BOHONG | HarakahDaily tergamak “MENIPU” untuk bodohkan ahli?
Kenyataan Media
Merafak Sembah Memohon Ampun ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu Menafikan Ummah Care Malaysia Terlibat dalam 440 NGO Islam
Menyokong Tempoh Darurat dikekalkan.
1. Pihak Ummah Care Malaysia telah menerima pertanyaan demi
pertanyaan berkaitan pemberitaan oleh Portal Harakahdaily.net yang disiarkan pada 16 Jun 2021 melalui
pautan https://harakahdaily.net/.../440-ngo-islam-sokong.../...
2. Pemberitaan tersebut telah menyenaraikan Pertubuhan Ummah
Care Malaysia (senarai 347) sebagai salah satu NGO yang menyarankan agar
darurat perlu dipanjangkan sehingga tahun 2022.
3. Ummah Care Malaysia ditubuhkan pada 16 September 2008 di
bawah Ikatan Amanah dan pada 15 November 2016 secara sah berdaftar dengan ROS
sebagai sebuah badan Bukan Kerajaan(NGO). Ummah Care berhasrat untuk menjadi
penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam
apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan
lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia dan dunia tanpa
mengira warna kulit dan ideologi politik. Page FB kami Ummah Care Malaysia-NGO.
https://www.facebook.com/394074250937325/posts/1469617883382951/
4. Justeru itu, Ummah Care Malaysia ingin menegaskan:
A. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH dihubungi oleh mana-mana
individu termasuk oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) atau wakilnya
sebelum kenyataan itu dikeluarkan.
B. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH BERSETUJU dengan mana -mana
isi kandungan kenyataan itu sehingga dirundingi terlebih dahulu.
C. Ummah Care Malaysia menjunjung tinggi peranan dan percaya
atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-raja Melayu dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang berlaku di
dalam negara.
D. Ummah Care Malaysia MEMBANTAH disertakan pertubuhan kami
dalam senarai NGO yang disertakan oleh UMMAH yang dilihat amat bercanggah dan
seolah-olah menderhaka dengan kenyataan yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja pada 16 Jun 2021.
E. Ummah Care Malaysia PERCAYA bahawa nama pertubuhan yang
disertakan itu adalah merujuk kepada kami yang berdaftar dengan nombor
pendaftaran PPM-003-07-15112016 atas nama Pertubuhan Kebajikan Kasih Ummah
Malaysia (Ummah Care Malaysia) melainkan dibuktikan sebaliknya.
F. Ummah Care Malaysia MENJUNJUNG KASIH DAN MENYOKONG SEPENUHNYA
PENYELESAIAN yang dicadangkan melalui titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.
G. Ummah Care Malaysia merasa AMAT KESAL atas sikap yang amat
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pihak UMMAH dan pihak portal yang menyiarkan kenyataan
tersebut dan telah dikongsi secara meluas oleh media sosial.
H. Ummah Care Malaysia MENUNTUT PERMOHONAN MAAF SEGERA DAN
DISIARKAN DI AKHBAR-AKHBAR UTAMA DAN PORTAL HARAKAHDAILY.NET DALAM MASA 48 JAM DARI KENYATAAN MEDIA INI
DIBUAT.
I. Ummah Care Malaysia akan berbincang dengan peguam bagi
tindakan seterusnya bagi menjaga integriti dan nama baik kami.
Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria
Presiden
Ummah Care Malaysia