TAK SOKONG MACAMANA NAK MAKAN GAJI BUTA?

 

PAS tetap sokong Muhyiddin, kata Hadi




Abdul Hadi Awang (kanan) berkata kerajaan Perikatan Nasional dibentuk tahun lalu berpandukan lunas demokrasi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap pemimpin politik negara bermula hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Hadi turut mengecam beberapa pihak yang masih enggan berhenti berpolitik ketika pandemik Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara.

“PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara,” katanya.

Meskipun demikian, katanya, masih ada pihak yang tidak mahu berhenti dan cuba mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri.

“PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

“Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan,” katanya.

Agong dijangka bertemu beberapa pemimpin parti politik secara berasingan dalam dua hari ini bagi membincangkan penamatan darurat dan pembukaan semula Parlimen.

Ia juga susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara kerajaan menangani dan menguruskan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil menghadap Agong esok.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang berada di Istana Negara pagi tadi selama hampir sejam setengah berkata, perbincangan bersama Agong tertumpu kepada darurat dan langkah untuk memerangi pandemik.

Menurut beliau, tidak ada langsung perbincangan kemungkinan pembentukan kerajaan baharu.

Pertemuan dengan ketua parti politik itu diadakan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan Rabu depan bagi membincangkan krisis Covid-19, menurut laporan Straits Times Singapura.

INI ANTARA PERKARA DIBANGKITKAN ANWAR DALAM PERTEMUAN DENGAN AGONG


Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima mengadap pagi tadi di Istana Negara.

Saya menzahirkan kebimbangan terkait langkah darurat yang benar-benar memberi dampak buruk ekonomi negara dan juga kepada warga yang miskin dan melarat.

Saya bangkitkan juga soal ujian saringan yang rendah ketika ini, serta angka jangkitan dan kematian yang amat membimbangkan.

Saya turut menyebut bahawa tidak ada kewajaran untuk melanjutkan darurat melebihi dari 1 Ogos dan ia amat wajar untuk ditamatkan sesegera mungkin.

Saya juga terharu dengan kearifan dan keprihatian Tuanku Agong berkenaan perkembangan semasa yang semakin meruncing.

Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan media yang komited menjalankan tugas pagi ini.

Menjunjung kasih Tuanku.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH.

HIKAYAT LAKSAMANA BENTAN


May be an image of nature and sky


Laksamana Bentan keluar berperang dengan lanun yang menggangu gugat perairan Johor, kepada Sultan Mahmud lah disandarkan harapan untuk menjaga keluarganya dari sebarang bahaya.

.

Isterinya, Dang Anum sarat mengandung anak sulung Laksamana Bentan. Terlalu mengidamkan nangka dari kebun diraja, dirayu kepada penjaga kebun agar dapat diberikan hanya seulas.

.

Terlalu kasihan akan keberadaan Dang Anum, dicungkil seulas keluar dari nangka yang ditanggung untuk santapan Sultan untuk tengahari. Gembira bukan kepalang Dang Anum dapat melepaskan keinginannya terhadap nangka didalam kebun diraja.

.

Tiba masa untuk menjamah, Sultan tersedar satu ulas telah hilang dari buah nangka berkenaan. Marahnya bukan kepalang, santapannya diusik seseorang. Dipanggil tukang kebun untuk dihukum.

.

Datanglah tukang kebun ketakutan menghadap Sultan. Sepertimana manusia lain, tukang kebun juga manusia biasa, ingin melepaskan diri dari nasib terkena hukuman Sultan.

.

Bercerita lah tukang kebun, kejadian yang berlaku di kebun diraja.

.

Merah muka sultan, ditambah dengan adu domba dari orang kiri dan kanan, terus dipanggil Dang Anum isteri Laksamana Bentan untuk disoal.

.

Apabila diceritakan oleh Dang Anum akan duduk situasi, sultan tidak berpuas hati, termakan hasutan orang kiri dan kanan, terus sahaja dibelah perut Dang Anum untuk melihat adakah anak didalam kandungan itu benar-benar mengidam nangka berkenaan.

.

Sultan terlupa, suami Dang Anum itu sedang membawa perintah nya untuk menghapuskan lanun-lanun.

.

Matilah Dang Anum sia-sia. Puaslah hati sultan.

.

Sampai masanya, pulang Laksamana Bentan membawa berita gembira, lanun yang menggangu berjaya dihapuskan, perairan Johor kembali rancak berniaga.

.

Sultan yang gembira mendengar berita itu menghulurkan pelbagai jenis hadiah dan gelaran kepada Laksamana Bentan, menghargai usaha kerasnya itu. Dia terlupa yang dia telah membunuh isteri kesayangan Laksamana Bentan. Dia terlupa yang Laksamana Bentan sangat cintakan isterinya.

.

Pulanglah dengan girang akan Laksamana Bentan membawa pulang hadiah-hadiah dari Sultan untuk bertemu cinta hati. Dipanggil berkali-kali cinta hati tetapi tidak bersahut. Terus laksamana terjah ke rumah mencari setiap sudut kalau-kalau isterinya sedang bergurau bersembunyi. Namun tidak jumpa.

.

Apabila tidak terjumpa walaupun bayang sang isteri, terus laksamana bertanya kepada kenalan kemana isterinya pergi.

.

Jawapan yang diterima meluluhkan hati laksamana. Sultan yang diharapkan untuk menjaga keselamatan keluarganya sewaktu dia keluar berjuang ibarat pegar makan padi.

.

Terpercik api marah yang membara ganas didalam hati Laksamana Bentan. Terlalu marah sehingga Sultan yang dahulunya sangat dikasihi kini dilihat sebagai makhluk yang wajib dilenyapkan di muka bumi agar tidak menyusahkan orang lain di masa hadapan kelak.

.

Tiba masanya, sewaktu pagi Jumaat dimana Sultan dijunjung ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ditahan Sultan di tengah perjalanan hanya beberapa jarak sahaja lagi untuk tiba di masjid oleh laksamana Bentan.

.

"Sultan adil disembah, sultan zalim disanggah" - Jeritan dari laksamana Bentan yang sungguh garang, seolah-olah dihadapan nya adalah seorang lanun yang wajib dihapuskan sedangkan itu adalah Sultan.

.

Habis jeritan itu, terus terhunus secara automatik keris di tangan Laksamana Bentan mencucuk bertubi ke tubuh Sultan yang masih dijunjung oleh juak-juaknya. Parah luka di badan Sultan, roh tidak lagi mampu bertahan di badan yang sudah lagi lemah fungsi.

.

Seluruh kudrat dihalakan ke tangan Sultan, dicabut keris yang tersisip di pinggang kemudian dilemparkan kearah laksamana Bentan sehingga terkena ibu jari kaki laksamana.

.

"Jika aku Sultan yang berdaulat, maka haramlah bagi Laksamana Bentan dan 7 keturunannya dari menjejakkan kaki di sini", lepas nafas, terus Sultan menghembus nafas terakhir.

.

Laksamana yang kakinya terkena keris almarhum Sultan secara tiba-tiba muntah darah dan terjelupuk ke tanah. Dan terus sahaja menghembus nafas yang terakhir.

.

Berakhirlah riwayat Laksamana Bentan. Dan yang paling menghibakan, riwayat Sultan Mahmud bukan sahaja habis malah keseluruhan keturunannya yang datang dari salasilah Kesultanan Melaka juga tamat bersama-sama dengannya.

.

Rakyat berkorban jiwa dan raga untuk merancakkan ekonomi Malaysia yang sedang terjejas akibat dua keadaan, pandemik dan kebodohan pentadbiran pemimpin khianat.

.

Rakyat meletakkan harapan agar Sultan menjadi penjaga kepada kehijauan bumi Malaysia agar kehijauan ini dapat diwarisi dan dinikmati oleh keturunan rakyat yang akan datang.

.

Malang sekali, pecah berkecai harapan rakyat apabila melihat alam yang hanya satu-satunya warisan yang ingin diwariskan kepada keturunan rakyat yang akan datang musnah dan kemusnahan ini datang dari tangan yang sangat dipercayai untuk menjaganya.

.

Sepertimana berkecai hati Laksamana Bentan mendengar berita isterinya terkulai di tangan Sultan, begitulah berkecai hati Rakyat melihat alam hijau musnah di tangan ahli keluarga Sultan.

.

Apa salah kami, wahai Sultan?

.

Apa salah kami sampai keturunan kami dinafikan terus untuk terus melihat alam hijau?

.

Apa salah kami? Apa yang kami buat sampai keseluruhan kami keturunan kami dihukum sedemikian rupa?

.

ahmades

(Janganlah baca untuk diri sendiri semata-mata, tolonglah tekan butang share agar ramai dapat baca)

 FB ZUBAIDI SUDIN

ADAKAH SOLUSI SEMUDAH INI?

 May be an image of 1 person and text


Ya betul, bila semua rasa mereka diambilkira darjah amarah tu pasti berkurangan. Itu IDEALISTIK. Itu yang kita suka berlaku.

TAPI....or rather MALANGnya...secara Logik, REALISTIK, statistik, logistik, plastik dan segala tik lagi..IT DOESN'T WORK that way in Malaysian Politics sebab PoliTIKUS kita MAJORITInya mengamalkan politik benci, dendam peribadi, busuk hati, lebihkan kepentingan PARTI dan Kelompok mengatasi kepentingan Rakyat dan Negara.

Wallahualam


ZUS DIN

LEBAI BODOH SOMBONG ( DI PAHANG ADA MOKHTAR SCUD DI PERAK ADA KASTAM MAKAN SAMAN FITNAH)

 

May be an image of 3 people, people sitting and text that says "MALAYSIA MD dateline HOME BERITA VIDEO June 9, 2021 4:36 PM RENCANA Sumbangan Iklan ស Apa pun berlaku pastikan DAP tidak berkuasa, kata Pesuruhjaya Pas Perak Oleh FAZLI RADZI/"

Macam cerita budak-budak takut kepada pokok yang kononnya berhantu. Begitulah ketakutan lebai sekor ni kepada DAP. Hakikatnya, lebai ni yang takut kuasa mereka hilang. Bukan senang nak dapat kuasa, kalau tak dengan cara tebuk atap dan bersekongkol dengan pengkhianat, kirim salam la lebai ni boleh jadi sebahagian dari kerajaan.

Isu sebenarnya bukan DAP. Lebai sengaja nak perbodohkan rakyat dengan main isu perkauman dan agama, sedangkan yang memberi kebenaran pesawat Israel masuk Malaysia tu bukan menteri dari DAP, tapi dari MCA sebagai menteri pengangkutan yang direstui oleh kerajaan tebuk atap di mana lebai tercongok kat situ. Menteri pertahanan atau menteri luar yang cuai bila 16 buah pesawat tentera dari China berjaya ceroboh ruang udara Malaysia, dan kedua-dua menteri itu pun bukan datangnya dari DAP.

Sejarah di Perak tempat lebai bangang ini pun tercatat sejarah pada PRU 2008 di mana di Dun Perak paling ramai adalah DAP, tetapi DAP serah kepada Nizar yang ketika itu dalam parti lebai jadi MB Perak walaupun parti lebih terlalu sedikit kerusi Dun berbanding dengan DAP dan Keadilan.

Sudah-sudah lah lebai nak memperbodohkan walaun. Sekarang semua tahu yang menyebabkan rakyat susah adalah puak kamu dan kerajaan tebuk atap. Buktinya, hari ini Agong terpaksa bertemu kesemua ketua parti untuk cuba perbaiki kebobrokan kerajaan kamu. Dah la bodo, sombong pulak lebai ni.

WFAUZDIN NS

 

Qori Lucu Dan Merdu Asal Aceh, Kesukaan Abuya Uci, Ustadz H Fajif Fandi



Allah kurniakan suara yang merdu, malangnya dia gunakan untuk cari duit dengan mempersendakan ayat al-quran dengan alunan lagu yang menyebabkan penonton bertepuk tangan, ketawa bukannya insaf dan takut dengan kalimah Allah itu. Seolah-olah berlagu dengan mengejek-mengejak, lagi banyak duit diselitkan di kopiahnya, lagi hebat  dia mempermainkan kalimah Allah.


TIADA PM INTERIM KERANA ANWAR PUNYA CUKUP MAJORITI ?


May be an image of 1 person and text



ABD RAUF & WAN FAUDZIN

Tak ada PM Interim kerana Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang telah membuat SD.

Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen secara individu bukan melalui ketua-ketua parti sebagai contoh salah satu ahli parlimen yang menyokong Anwar dan membuat akaun SD ialah ahli Parlimen Simpang Renggam dan banyak lagi yang Anwar tak dedahkan kepada umum kerana ia hanya untuk pengetahuan YDPA.

Anwar Ibrahim ada sokongan majoriti ahli-ahli parlimen maknanya tak parlu PM INTERIM dan Anwar Ibrahim sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri menurut Perlembagaan.


Tuanku pernah tengok mahathir perintah, dua kali. Tuanku pernah tengok Najib perintah. Tuanku juga dah tengok Muhyidin perintah. Cuma yang Tuanku belum pernah tengok adalah Anwar memimpin negara ini. Kebetulan pula, Anwar adalah pemimpin dari gabungan PH yang rakyat beri mandat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dikhianati dan dirampas tanpa melalui amalan demokrasi.

Apakah rugi sekiranya kita benarkan Anwar diangkat menjadi PM dan PH diberikan haknya kembali? Kita harapkan sesuatu pertimbangan yg adil dan bijaksana dapat dilakukan bagi menghentikan kebobrokan kerajaan yang ada sekarang.

ANDA SUDAH SUNTIK?- TAMBRIN TUN GHAFAR

 ANDA  SUDAH  SUNTIK?


Tamrin Tun Ghafar




1.   ASALKAN  apa saja buatan Amerika atau Britain, TIDAK  ADA  sebarang soal jawab, siasatan  dan kajian, TANPA LENGAH ianya  PASTI  lulus dan boleh digunapakai.

2.  Ini AMAT  BERBEZA   dengan  ubat COVID  dari China mahupun dari Russia.

3.  Berapa ramai rakyat China dan Russia mati setelah menerima suntikan buatan mereka sendiri  jika dibandingkan dengan kematian  di Amerika dan Britain sejak pengenalan ubat buatan mereka sendiri?

4.  Rakyat ingin tahu apakah tindakan melambat - lambatkan  penerimaan ubat COVID  ini  berasaskan kepada KAJIAN  SAINS   atau ADA  PERKIRAAN  LAIN? 

      YOU SCRATCH
      MY  BACK
      I  SCRATCH
      YOURS

5.  Apakah saintis kita lebih hebat dari pakar - pakar mereka yang sudah pun  menghantar rakyat mereka ke Orbit  dan mengeluarkan kuasa  nuklear?

6.  Biarlah rakyat menderita dan mati, biarlah angka positif dan kematian terus meningkat  ASALKAN  mereka  yang terlibat kaya raya dan bermewah ATAS kesengsaraan dan penderitaan rakyat yang mereka fikir boleh terus diperbodoh  dengan segala penipuan  mereka.

7.  SURAH  AL MULK
     mukasurat 563
     Ayat 13

Firman ALLAH  SWT :

'Rahsiakan Perkataanmu  atau nyatakan sahaja? ‘Sesungguhnya Dia Maha  Mengetahui Segala Isi Hati'.
      
    MAKSUDNYA

ALLAH SWT  mengetahui  SEGALA  APA  yang dilakukan kemudian disembunyikan dari pengetahuan  manusia.

8.  Apakah ini salah satu SEBAB  mengapa Parlimen  yang hanya mempunyai 220 orang MP  DIGANTUNG?

9.  Oleh kerana Agong  BERSETUJU  dengan  Mahiaddin mengisytiharkan darurat dan  MENGGANTUNG Parlimen maka TIDAK  BOLEH  DIPERSALAHKAN rakyat  apabila PARLIMEN  KINI  BERSIDANG  di jalan raya, warung dan di mana saja termasuk di media sosial.

10. Berbagai andaian dan cerita yang menyakitkan telinga  termasuklah dakwaan kononnya Agong, Mahiaddin, Khairy Jamaluddin 
yang di zaman Dollah Badawai dulu dikenali dengan panggilan 'Budak Tingkat 4' dan Menteri Kesihatan  MENERIMA  KOMISYEN  dari  beberapa pembekal - pembekal  vaksin tersebut  yang  berjumlah Ringgit Malaysia  puluhan juta - Wallahualam !!!

11.  Sememangnya tidak ada bukti namun bak kata pepatah :

       JIKA  TIDAK 
       ADA  ANGIN
       TAKKAN 
       POKOK  BOLEH
       BERGOYANG

       JIKALAU TIDAK
       BERADA - ADA
       TAKKAN  
       TEMPUA
       BERSARANG  
       RENDAH

12.  Rakyat kini DAHAGAKAN  jawapan seperti di bawah  sama ada dari Mahiaddin yang sibuk  dengan  'Perutusan Khasnya’, dari  Menteri Kesihatan dan 2 orang Timbalan yang makan gaji buta, dari Khairy, Menteri yang mengelolakan pembelian dan  pengimportan vaksin atau dari Menteri Kanan SEMBURIT  yang memberi pengecualian  ( exemption ) kepada ribuan kilang dan perniagaan  sedangkan Mahiaddin kata 'TOTAL  LOCKDOWN'  - pepatah Inggeris  menyebut :

    TOO  MANY  COOKS
    WILL  SPOIL 
    THE  SOUP

i.  berapakah jumlah Ringgit  Malaysia SEBENAR yang dibelanjakan membeli vaksin terebut?

  ii.  jenama dan buatan negara pengeluar produk?

  iii.  jumlah yang telah disuntik dari jumlah yang perlu diberi suntikan?

   iv.  adakah sesiapa MENERIMA KOMISYEN  sama ada di dalam atau di luar negara?

INGAT, TIADA  SESIAPA  PUN  TERKECUALI  DARI  PERLEMBAGAAN  DAN  UNDANG - UNDANG  TERMASUK   AGONG  JIKA  DIDAPATI  SALAH.

  SEPANDAI - PANDAI
  TUPAI  MELOMPAT
  PASTI  AKAN  JATUH
  KE TANAH  JUA.

13.   Rakyat juga ingin tahu  APA PERLUNYA  BERDAFTAR dengan MySejahtera untuk mendapat suntikan  SEDANGKAN setiap warganegara  mempunyai kad pengenalan ( KP ) - kan lebih mudah dengan  HANYA  KP mereka LAYAK  disuntik dan Kementerian Kesihatan  memberi kad pengesahan setelah suntikan?

14.  BAGI  MENENTUKAN  setiap  orang menerima suntikan, Kerajaan  British   kini  menggunakan kaedah  'PERPUSTAKAAN  BERGERAK'  yang pernah di satu ketika dahulu  dikendalikan oleh kita bagi MENENTUKAN  rakyat luar bandar TIDAK  TERCICIR dari membaca.

15.  Di Amerika setiap orang disuntik  apabila kenderaan mereka merentasi TOL.

16.  Selain dari membeli vaksin dari Luar Negara difahamkan  Kerajaan Jokowi, Indonesia  juga MENSYARATKAN   mana - mana pengeluar  MESTI  mendirikan kilang pengeluaran mereka secara usahasama bagi :

     a.  Menentukan keperluan bekalan yang cukup dengan lebihannya nanti boleh dieksport

     b.  Menyelamatkan pegaliran wang negara dari terus melimpah keluar.

    c.  Menyediakan peluang pekerjaan  yang banyak bagi rakyatnya.

17.  Lain di Malaysia, terlampau ramai Menteri yang sibuk cari publisiti murah sehingga bergaduh sesama sendiri.

18.  Di dalam kesibukan  Pergerakan Kawalan Perjalanan atau PKP   rakyat marhaen  yang susah dikenakan denda sewenang - wenangnya  jika melanggar syarat PKP tapi Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri seolah  - olah  ada  KEKEBALAN; BIASANYA  TIDAK  ADA  SEBARANG  TINDAKAN  polis terhadap mereka - semua kes mereka yang :

    DAH  TERANG
    LAGI  BERSULUH

diarah TUTUP begitu sahaja - bak kata Mat Sabu :

        INILAH
        MALAYSIAKU.

19.  SEMBURIT  pula selain dari berkumpul beramai - ramai di kediamannya di Hari Raya, sibuk juga dengan memberi  PENGECUALIAN kepada ribuan pekilang dan perniagaan selain dari MENYIBUKAN DIRI  BERLAGAK MENCUCI SEBAHAGIAN  KECIL  RUANG  MASJIDIL HARAM sedangkan Kerajaan Saudi sejak dulu telah melantik pekerja - pekerja  Pakistan , Bangladesh  dan dari negara lain; ini drama alim beliau nak tutup kes SEMBURIT kot.

20.   SEMOGA  GAMBAR  DAN  KLIP  VIDEO  YANG  DILAMPIRKAN  MENCERITAKAN  SIAPA  SEMBURIT  SEBENARNYA.

Wassalam
Terima Kasih.

SAYA TABIK SPRING DENGAN PAS, KEMAMPUAN DOLAK DALIK MEREKA LUAR BIASA - A KADIR JASIN


No photo description available.


Kalau pasal berdolak-dalik, berdalil dan berfatwa politik, saya tabik spring kepada Pas. Apabila menguntungkan, tidak ada apa yang haram tapi kalau merugikan, semua haram. Oghang Kedah kata, pasai pa hang pi dok caghi bala jengok-jengok kegheta Fod Renja masa singgah Jughu beli nasik kandaq Pelita?

Bila Mahiaddin Md. Yasin rampas kuasa daripada Pakatan Harapan (PH), Presiden Pas Abdul Hadi Awang kata kerajaan tebuk atap. Tapi bila dilantik jadi Duta Khas bertaraf menteri dia suruh kakitangan awam berhenti kalau tidak selesa dengan kerajaan. Sekarang khabarnya dia terlantar di Insitut Jantung Negara (IJN). Moga-moga segala-galanya dipermudahkan.

Dua, tiga hari lepas, Setiausaha Agongnya, Takiyuddin Hassan pula kata, kerjasama Pas-Umno dalam Muafakat Nasional (MN) adalah ibarat adik-beradik sedarah sedaging manakala hubungan dengan Bersatu merupakan adik-beradik sesusuan. Dulu kata Umno “kafir” dan Bersatu khadam DAP.

Kalau pasal bercakap, Pas “nombor one”. Tapi minta maaflah kalau saya kata, sesetengah pemimpin Pas ini macam rusa masuk kampung bila dapat kuasa. Dia tak tahu apa nak buat. Kalau setakat makan pucuk ubi atau minum air tak apalah. Tapi kalau kerbau, lembu dan kambing betina pun hendak dicabul susahlah sikit pasal Pas ni Parti Islam.

Tapi nampaknya selera dan nafsu pemimpin Pas

hebat

. Kereta hendak yang mewah saja. Tak kira hasil negeri tak cukup dan banyak rakyat jelata papa kedana. Kalau wanita pula mesti kategori artiste dan jelitawan. Nampak sangat mereka sedang mabuk dibuai hedonisme ala Melayu Baru.

Undang-undang pun tak berapa hormat sampai ada yang kena denda tak ikut SOP Covid-19. Yang terbaru kena tahan di sekatan jalan raya khabarnya cuba merentas sempadan negeri. Polis Terengganu sahkan yang pemimpin Pas berpangkat Menteri diperiksa di SJR. Menteri kontroversi itu kemudian ancam akan saman polis pasal dedahkan identiti dia. Realitinya polis tak dedah pun orang ramai dah tahu.

Oleh kerana guna label agama tapi selera dan nafsu rakus, buat apa pun tak kena. Masa bersekedudukan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) dituduh jadi alat kepada kafir. Bila bersama kerajaan PN dituduh halalkan arak dan judi.

Sama ada Abdul Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang ketika dalam PR atau dengan Mahiaddin dalam PN, tidak sepatutnya memeranjatkan kita kalau kita faham psikologi dan strategi kepemimpinan Pas.

Pas keluar PR pada tahun 2015 kerana tidak tahan dengan diayah Umno yang menuduhnya bekerjasama dengan “kafir”. Pas bertanding PRU 2018 secara bersendirian. Selera dan nafsu Pas kuat tapi tenaga lain cerita. Ia bertanding 157 kerusi Parlimen tapi menang 18 saja. Amanah bertanding 34 menang 11. Bila PH tubuh kerajaan dan orang Amanah jadi Menteri dan Timbalan Menteri, Pas menerima kemaluan yang sangat besar.

Tiga faktor yang mendorong Pas bersekongkol dengan Mahiaddin dan konco-konconya merampas kuasa melalui “Sheraton Move” adalah hendak jadi Menteri dan Timbalan Menteri macam Amanah, bencikan DAP dan tidak mahu Anwar Ibrahim naik jadi Perdana Menteri.

Tidak seperti pemimpin Amanah yang lebih sejagat dan sophisticated, ramai pemimpin Pas tidak dapat menyesuaikan diri dengan pangkat dan kuasa. Mereka juga tidak nampak cemerlang dalam tugas-tugas pentadbiran. Sebaliknya sesetengah daripada mereka menjadi terkenal kerana hal-hal peribadi dan tingkah laku luar biasa.

 

Yang miskin dan kaya bergantung pada orang lain AKHIRNYA ORANG AGAMA AMBIL PELUANG

 

NORMAN RADZUAN


Antara ungkapan

Bacalah dengan hati yang lapang dan dengan dada yang terbuka.......

.

Yang miskin dan kaya bergantung pada orang lain

AKHIRNYA ORANG AGAMA AMBIL PELUANG

Orang miskin bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalui sedekah duit dan orang kaya bergantung kepaada orang miskin untuk masuk ke syurga. Pergantungan inilah yang membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Orang miskin (sihat tubuh badan) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Orang kaya pula meminta ahli-ahli masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan untuk bacaan Yasin. Mengharap orang lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati orang beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama untuk mencari keuntungan peribadi.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dalam karangannya 'Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu' : "Kamu dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Pendita Zaaba menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi di dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Kata Zaaba : "Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit."

Kata-kata cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.

Wahai orang Melayu! Jika benar air jampi boleh beri orang pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam untuk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yang suka bergantung kepada hidup pada orang lain. Jika ada kematian, 7 malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir hari ke 100. Ia dilakukan dengan harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dalam kubur berhadapan dengan malaikat.

Moralnya pergantungan orang Melayu kepada orang lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kepada amalan solehnya sendiri dan anak-anak.

Apabila Hamka menegur sikap orang Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting orang Melayu dengan alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yang telah diajar dari warisan guru-guru terdahulu.

Orang Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jangan mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan orang Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yang kritis, berwawasan dan akademis cuba membetulkan yang tidak betul kepada betul.

Zaaba menulis orang Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan orang Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira untuk menjadi kerani di pejabat-pejabat.

Saya mengajak kalian melihat sikap orang Melayu yang sangat lucu. Al Quran 100% orang Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya untuk bekalan akhirat.

Orang Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dengan hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Orang Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Hinggakan mencari syurga pun ramai orang Melayu mengambil jalan pintas dengan menyertai parti tertentu yang kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin-pemimpin dalam kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dengan kuasa politik tiba-tiba mengatakan adalah sukar untuk hudud dilaksanakan. Sedangkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad datang berbondong-bondong ahli terdiri dari orang-orang kampung dan susah berkumpul di KL dengan wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia-sia?

Lihat semalam apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan sedangkan orang yang menderma itu tengok salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin-pemimpinnya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikaldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 adalah percuma.

Air mineral dibaca surah sekian-sekian dari modal RM1 dijual RM10. Kismis yang dibaca surah-surah tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yang ini patuh syariah yang itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan orang lain hingga mudah dipergunakan.

Nabi yang dijamin masuk syurga pun tapi masih berusaha dengan solatnya. Nabi orang yang paling yakin dengan Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka tetapi jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga untuk nafkah keluarga... tiba-tiba kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?

Moralnya Nabi pun berusaha sendiri. Tidak mengharap pengikut menghulurkan makanan. Tak mengharap perlindungan Allah semata mata jika berperang... usaha dan tawakal.

Berubah jangan kita menjadi pentaksub mana-mana pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Untuk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan carilah ilmu.

Membaca itu untuk mencari makna dan membaca itu untuk membuka minda.

 

 

20 persoalan berkaitan PKP Penuh

 

Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming menyenaraikan 20 isu yang masih belum terjawab selepas seminggu negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) Penuh. 

Dalam satu kenyataan kelmarin, mantan timbalan menteri itu berkata, 20 isu itu adalah: 

1. Kita masih belum ada senarai menyeluruh mengenai kementerian mana yang bertanggungjawab ke atas satu-satu sektor atau industri.

2. Kita masih tidak tahu sama ada restoran dibenarkan untuk beroperasi sekiranya mereka belum menerima surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

3.Kita tidak tahu sama ada penjaja di tepi jalan yang menjual makanan dan minuman dibenarkan untuk terus beroperasi tanpa surat kebenaran daripada MITI.

4. Kita tidak tahu apakah kriteria yang digunakan untuk melarang penjualan alkohol tetapi membenarkan penjualan rokok.

5. Kita masih belum tahu sama ada bengkel kereta / automotif dibenarkan untuk beroperasi sekiranya mereka belum mendapat surat kebenaran daripada MITI.

6.Kita tidak tahu sama ada mereka yang berada dalam sektor perdagangan pengedaran dan pengedar perkhidmatan penting dibenarkan untuk beroperasi dan dari Kementerian manakah yang mereka perlu dapat kebenaran untuk beroperasi.

7.Kita tidak tahu sama ada kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih penghawa dingin dibenarkan untuk beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran.

8.Kita tidak tahu sama ada tukang paip dibenarkan untuk beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran.

9.Kita tidak tahu sama ada mereka yang menjalankan perkhidmatan menyelenggara mesin fotostat dan mesin cetak dibenarkan beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran untuk beroperasi.

10.Kita masih tidak tahu apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan atau menolak permohonan mereka yang berada dalam rantaian bekalan perkhidmatan penting.

11.Kita tidak tahu bagaimanakah proses pembelajaran atas talian dapat dijalankan apabila kedai telekomunikasi dan bahagian alat tulis di pasaraya ditutup.

12.Kita tidak tahu bagaimanakah orang hendak bekerja dari rumah (BDR) sekiranya komputer riba atau telefon mereka rosak sedangkan kedai IT dan telefon bimbit ditutup.

13.Kita tidak tahu bagaimana mereka yang bergantung kepada Rawatan Tradisional Cina boleh terus mendapatkan rawatan mereka.

14.Kita tidak tahu mengapa pewarna rambut tidak dibenarkan untuk dijual di farmasi.

15.Kita tidak tahu mengapa bahagian penambahbaikan rumah di sesetengah kedai ditutup.

16.Bagaimanakah orang hendak memasak di rumah sekiranya perkakasan (seperti periuk nasi dan cerek) mereka rosak, memandangkan kedai barangan elektrik tidak dibuka dan bahagian perkakasan elektrik di pasaraya juga ditutup.

17.Kita tidak tahu bagaimana syarikat yang bukan berada dalam sektor penting boleh terus menjaga pusat data mereka sekiranya berlaku kecemasan.

18.Kita tidak faham mengapa sesetengah syarikat diberikan surat kelulusan oleh MITI tetapi apabila kod QR mereka diimbas oleh pihak polis, butirannya menunjukkan yang syarikat ini berada dalam industri tidak penting.

19.Kita masih tidak dapat memahami mengapa aktiviti jogging dibenarkan tetapi aktiviti berbasikal dilarang.

20.Kita masih belum dapat mendengar taklimat sidang media bersama mengenai sektor-sektor di bawah bidang kuasa daripada menteri-menteri berikut — MITI, Hal Ehwal Dalam Negeri, Perdagangan Dalam Negeri, Komunikasi dan Multimedia, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (antara beberapa yang dinamakan).

Baca kenyataan penuh DI SINI