Macam cerita budak-budak takut kepada pokok yang kononnya
berhantu. Begitulah ketakutan lebai sekor ni kepada DAP. Hakikatnya, lebai ni
yang takut kuasa mereka hilang. Bukan senang nak dapat kuasa, kalau tak dengan cara
tebuk atap dan bersekongkol dengan pengkhianat, kirim salam la lebai ni boleh jadi
sebahagian dari kerajaan.
Isu sebenarnya bukan DAP. Lebai sengaja nak perbodohkan rakyat
dengan main isu perkauman dan agama, sedangkan yang memberi kebenaran pesawat Israel
masuk Malaysia tu bukan menteri dari DAP, tapi dari MCA sebagai menteri
pengangkutan yang direstui oleh kerajaan tebuk atap di mana lebai tercongok kat
situ. Menteri pertahanan atau menteri luar yang cuai bila 16 buah pesawat tentera
dari China berjaya ceroboh ruang udara Malaysia, dan kedua-dua menteri itu pun bukan
datangnya dari DAP.
Sejarah di Perak tempat lebai bangang ini pun tercatat sejarah
pada PRU 2008 di mana di Dun Perak paling ramai adalah DAP, tetapi DAP serah
kepada Nizar yang ketika itu dalam parti lebai jadi MB Perak walaupun parti
lebih terlalu sedikit kerusi Dun berbanding dengan DAP dan Keadilan.
Sudah-sudah lah lebai nak memperbodohkan walaun. Sekarang semua tahu
yang menyebabkan rakyat susah adalah puak kamu dan kerajaan tebuk atap.
Buktinya, hari ini Agong terpaksa bertemu kesemua ketua parti untuk cuba
perbaiki kebobrokan kerajaan kamu. Dah la bodo, sombong pulak lebai ni.
WFAUZDIN NS