Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Astro Awani
Jun 8, 2021
Sejak Isnin, desas-desus mula bertiup kencang yang mengatakan kesemua presiden parti politik tanahair dipercayai akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan beberapa parti telah mengesahkan perkara tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Esok Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memulakan siri menerima menghadap ketua-ketua parti politik secara berasingan di Istana Negara.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu akan menjadi ketua parti pertama menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
Seperti mana rutin mingguan setiap hari Rabu, Muhyiddin selaku PM menghadap YDPA untuk menyembah maklum perkembangan pentadbiran kerajaan dan negara sebelum mesyuarat kabinet.
Difahamkan, tiga ketua parti politik akan menyusul selepas Muhyiddin, namun tidak dapat dipastikan parti mana yang dipanggil esok.
Dua lagi ketua parti akan menghadap yang di-Pertuan Agong pada Khamis dan difahamkan seorang ketua parti pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadap yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
Sementara itu, Parti Warisan Sabah Warisan termasuk antara parti politik yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.
Menurut sumber terdekat kepada Astro AWANI, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap tersebut tiga hari lalu.
Namun, sumber tersebut tidak mendedahkan tarikh sebenar Mohd Shafie dipanggil menghadap.
Sejak Isnin, desas-desus mula bertiup kencang yang mengatakan kesemua presiden parti politik tanahair dipercayai akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan beberapa parti telah mengesahkan perkara tersebut.
ATOK PARTI APA? DAH DILULUSKAN KAH ?
Dr M menghadap Agong Khamis
PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan semua pemimpin parti politik akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung keadaan semasa negara ini.
Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata, pengerusi parti Dr Mahathir Mohamad akan menghadap baginda pada Khamis.
“Surat jemputan rasmi dari Istana diterima minggu lalu. Bagaimanapun, masanya belum lagi ditentukan,” katanya dipetik Bernama.
MENTERI PELAJARAN PUN KUAT MENIPU JUGAK KER..?? MANA DATA PENERIMAAN SEKOLAH YANG TERIMA DAN NEGERI MANA?
malaysiakini.com
Menteri: Hampir 13,000 peranti telah diberi kepada murid B40
Baki agihan sebanyak 40,290 unit akan selesai pada 12 Jun dan 96,823 unit dijangka selesai akhir September, kata menteri pendidikan.
BOB KELANANG
Biasa kalau ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan
warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... mesti akan ader sorotan
pengagihan tu dalam siaran Berita…
Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan
mana-mana media... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure"… takkan
la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis
pemberian laptop nih...
Memang tak lojik betul... dalam portal Yayasan Hasanah pon xder
video penyerahan dan pengagihan nih...
Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la
wei... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit...
KOH KOH KOH…
P/S : Kalau ada bran... bagitau la nama sekolah yang muridnya
dapat tu... boleh la orang buat semakan... xkan rahsia jugak macam harga
vaksin…
KOH KOH KOH… jilaker!!
Jajaran baru diperlukan segera
NORMAN RADZUAN
Biarlah kita beri Kelantan dan Terengganu kpd UMNO dan PH ambil
Kedah selepas kerosakkan, penipuan pengurusan dan agama yg sgt teruk kpd
rakyat. Mereka langsung tiada wibawa menguruskan negara. Yg mereka wibawa
hanyalah menuduh org lain tidak beragama dan hanya bersama mereka yg maksum...
Hanya baru 16 bulan memerintah kerosakkan berlaku sgt teruk buat
negara ini. Yg mereka tahu 'membodek' ketua utk kekal jawatan dan kuasa.Tiada
apa yg mereka perjuangkan hak rakyat dan agama yg dimomokkan selama ini. Harga
minyak sudah naik hampir 100%....apa yg mereka lakukan???
Mereka menghafal ayat2 suci utk diperdagangkan hanya utk
kesenangan peribadi. Jika sahabat Nabi seperti S.Umar mencemburui pengorbanan
S.Abu Bakar membela rakyat... puak2 ini mencemburui sesama mereka dgn berlumba
lumba berkereta mewah. Yg negeri miskin berkereta Mercedes, yg di sana Volvo,
yg di Utara Velfire... rakyat?
Saban minggu ada sahaja isu lebai2 ini dari skandal balak,
kereta mewah, pelanggaran SOP, wanita, kegagalan menguruskan kementerian,
kegagalan menguruskan negeri dan bermacam macam lagi. Enough is
enough...Seperti kata Habib Ali Zainal org yg paling bahaya di dunia ini adalah
' para Ulamak'.
Bersedialah utk kita bekerjasama dgn parti2 lawan utk kita
mencampakkan parti yg menjual agama ini. Mudarat yg paling kita bimbangkan bila
agama diperdagangkan dgn harga yg cukup murah. Hingga melahirkan umat yg tidak
mampu berfikir. Implikasi kpd umat dari generasi ke generasi sgt bahaya.
Percayalah mereka tidak boleh dipercayai langsung...Slogan 'kalau tak menipu
bukan lebai' dan 'Syarat jadi walaun mesti bodoh' mesti kita hentikan.
WALAUN YANG BEBAL...
SEBAB MB BODO LAH RIUH SATU MALAYA...NAK NIPU PUN KENA CERDIK...BELI VELLFIRE BALIK SOROK , KONONNYA KADA NAK PAKAI AKHIRNYA TUKAR MB PUNYA KENDERAAAN..TU MENIPU KURANG CERDIK...SELUT
Panas! Cuepacs tempelak JPA, kenapa nak ambil duit orang mati?kata kerajaan Melayu Isle....
June 8, 2021
Tindakan kerajaan ‘memotong’ sebahagian elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana, sekali pun mereka meninggal dunia pada tempoh tertentu bulan depan mengejutkan CUEPACS.
Menurut pekeliling JPA yang dilihat FMT menyebut, “bagi pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2021, pegawai (berkenaan) akan terlibat dalam pelaksanaan sumbangan ini kerana pegawai masih lagi berada dalam perkhidmatan” pada tarikh itu.
Pekeliling itu juga menyebut sekiranya seseorang pegawai meninggal dunia pada 15 Julai, elaunnya juga akan dipotong untuk disumbangkan kepada tabung berkenaan kerana beliau dianggap masih dalam perkhidmatan pada 1 Julai.
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin mempersoalkan keperluan JPA menggubal peraturan khusus untuk kakitangan awam yang meninggal dunia.“Namun kadar sumbangan perlu dikira secara berkadaran, mengikut pengiraan emolumen pada bulan tersebut,” mengikut pekeliling berkenaan di bahagian “soalan lazim pelaksanaan sumbangan melalui pengurangan elaun dalam mendepani pandemik Covid-19”.
“Walaupun kita berharap semua kakitangan awam selamat dan tiada keperluan peraturan ini digunakan, CUEPACS tetap membantah keperluannya kerana ia mencerminkan seolah-olah JPA tidak prihatin.
“Apabila seseorang meninggal dunia, ahli keluarga tentunya dalam kesedihan. Jadi, untuk menafikan mereka sebahagian pendapatan orang yang sudah tiada, adalah sedikit kejam.
“Kenapa (JPA) mahu ambil duit orang yang sudah meninggal dunia? Adalah lebih baik kerajaan membatalkan klausa ini, “ kata beliau.
Rahman berkata, CUEPACS tidak dihubungi oleh JPA dalam merangka syarat pemotongan elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.
Pada 1 Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali mengumumkan penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 56 akan menyerahkan sebahagian elaun mereka selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana.
Menurut beliau, sumbangan itu adalah “manifestasi solidariti” kepada tindakan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji bagi tempoh sama dalam memerangi pandemik Covid-19.
Zuki berkata, elaun terbabit adalah Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) bagi pengurusan tertinggi Gred 44 hingga Gred 56 dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 4.
Beliau berkata, sumbangan lebih 800,000 penjawat awam itu dianggarkan berjumlah RM30 juta.
Katanya, bagi kumpulan JUSA A dan ke atas, kadar sumbangan adalah 50%, manakala bagi JUSA B (20%) dan JUSA C (10%), sementara Gred 44 hingga Gred 56, kadar sumbangan elaun adalah 5% membabitkan elaun ITK.
Bagi Gred 29 hingga 41, kadar sumbangan elaun ITKA adalah RM10.
Wan Saiful kalau mahu jadi wira rakyat perjuangkanlah moratorium – Asyraf
Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR – ”Cepat betul Ketua Penerangan PPBM ‘claim
credit’,” sindir Ketua Pemuda UMNO kepada Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa
keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh adalah
tepat dan telah mula menunjukkan hasil.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata,
penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah
kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.
Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki
bertanya adalah Wan Saiful lupa bahawa pelaksanaan total lockdown yang
dikuatkuasa sekarang diminta oleh rakyat sebelum angka kes jangkitan mencecah
9,000.
Tetapi, kata Asyraf, Presiden PPBM yang menolak melaksanakannya
dan memberi fakta salah dengan mendakwa negara akan rugi kalau buat total
lockdown.
Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
dari PPBM pula bermati-matian pertahankan untuk jangan buat lockdown.
Asyraf berkata, tidak mengapa lah kalau Wan Saiful mahu menjadi wira rakyat.Namun, beliau mencadangkan agar Wan Saiful tolong perjuangkan juga suara rakyat yang meminta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dan moratorium automatik tanpa caj dan faedah tambahan yang ketika ini hanya diberikan kepada B40
MB Kedah tidak perlu beri alasan
Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tidak
perlu memberi alasan walaupun bukan beliau yang memandu uji kenderaan di sebuah
pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, baru-baru
ini.
Ini kerana pusat jualan kereta dan aktiviti pandu uji tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menteri besar itu sepatutnya mencontohi Datuk Seri Najib Razak yang tidak pun menafikan apabila video tular kerana tidak melakukan imbasan suhu badan ketika datang ke sebuah restoran nasi ayam.
Mohd Puad berkata, sebelum ini ada seorang menteri menafikan
ditahan polis dalam operasi sekatan jalan raya walaupun Ketua Polis Trengganu
telah mengesahkannya dan siasatan diambil alih oleh Bukit Aman.
Namun sehingga hari ini tiada penjelasan oleh mana-mana pihak
insiden perdana menteri tidak pakai pelitup muka ketika memasuki lobi Hotel
Zenith di Johor Bahru pada 31 Mac lalu.
Soal Mohd Puad: “Apakah itu ‘attitude’ pemimpin PN. Nafi, diam
diri dan saman. Mereka seperti yakin akhirnya rakyat akan senyap dan
melupakannya.
”Ingatlah, keindahan Islam itu diteladani, bukannya jadi
pelindung kemunafikan.” ujarnya.
Semalam, Sanusi menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa
untuk menyiasat kes yang dikaitkan dengan beliau.
Setakat semalam, lima individu telah panggil untuk dirakamkan
keterangan berhubung siasatan ke atas Sanusi yang didakwa memandu uji kenderaan
pacuan empat roda di Juru, ketika sekatan pergerakan penuh.
Siasatan dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan
dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Siasatan itu dibuat selepas polis menerima laporan beberapa
gambar dan video tular di laman sosial Facebook memaparkan individu dipercayai
Sanusi sedang memandu uji sebuah kereta jenis Ford Raptor.
Kejadian itu didakwa berlaku ketika Menteri Besar Kedah bersama pemandu dan pengawal peribadi berhenti di Juru untuk membeli makanan ketika perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan.
Wartakan semua klinik kesihatan sebagai PPV
Pada 9oleh PENTADBIR
Oleh B. Suffian
DAP mendesak Kerajaan PN untuk bertindak segera dengan mewartakan semua klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini adalah untuk memastikan vaksinasi tersedia, mudah diakses dan mampu dimiliki kepada semua rakyat Malaysia terutama di luar bandar.
“… (Langkah ini) demi mencapai imuniti kelompok 80 peratus penduduk dengan cepat dan lancar menjelang 31 Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa ini, menurut Guan Eng, hanya terdapat 382 PPV di seluruh negara, dengan 11 di Pulau Pinang dan 29 di Sabah, yang mana jelas tidak mencukupi untuk kedua-dua negeri tersebut.
“Bagaimana 382 PPV dengan berkesan dapat memberikan vaksin kepada 80 peratus daripada 32.75 juta penduduk di negara ini, termasuk bukan warganegara?
“Atas sebab ini, Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) bergerak dengan kadar perlahan dengan 2.4 juta orang menerima dos pertama atau 7.5 peratus penduduk; 1.13 juta mendapat vaksinasi penuh 2 dos atau 3.5 peratus penduduk,” katanya.
Tambahnya, PICK telah teruk tergendala akibat kelewatan tempahan bekalan vaksin oleh Kerajaan PN dan juga penundaan penghantaran, yang menyebabkan kadar vaksinasi yang rendah.
Sekiranya kerajaan terus mengekalkan kadar itu dengan kurang dari 100,000 dos setiap hari, Guan Eng berkata, tidak mungkin Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok menjelang 31 Disember 2021.
“Mengubah klinik kesihatan menjadi PPV juga akan membantu memperluas jangkauan dan akses vaksinasi ke kawasan luar bandar.
“Banyak yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak menghadapi masalah logistik untuk pergi ke PPV yang terletak jauh dari rumah mereka,” katanya. –
APAKAH NASIB PDPR, MASIHKAH TERUMBANG-AMBING?
Apakah nasib PdPR, masihkah terumbang-ambing?
Nasib Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih terumbang-ambing tanpa kaedah pembelajaran yang sesuai dan perancangan masa hadapan, di samping dibelit isu kelembapan pengagihan 150,000 unit laptop oleh kerajaan.
Bagi Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin, sesuatu perlu dibuat untuk menetapkan pelan jangka panjang PdPR dalam menyelamatkan pendidikan generasi anak-anak pandemik yang semakin terhuyung-hayang pembelajarannya.
“Bahkan dalam mekanisme semasa yang telah berjalan, kita perlu menilai semula sejauh manakah keberkesanan rancangan program pendidikan seperti Didik TV membantu para pelajar dan guru menjayakan PdPR?
“Daripada aspek jadual dan pengisiannya, apakah benar-benar membantu atau ‘sekadar ada’?” tanya Shazni dalam satu kenyataan.
Ketua Pemuda Amanah itu juga tertanya-tanya apakah yang menyebabkan program bantuan laptop begitu lambat pengagihannya.
Bagi yang telah menerima, katanya, terdapat pula isu peranti yang diberikan kurang berkualiti.
“Sehingga ke hari ini, pemberian 150,000 laptop masih belum selesai sepenuhnya seperti mana yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021.
“Sepatutnya pemberian fasa kedua telahpun lengkap pada Mei 2021. Namun menurut sidang media menteri, agihan fasa kedua masih diteruskan sehingga 12 Jun 2021. Persoalannya, mengapa lembap sangat?
“Lebih menyedihkan apabila pakej di bawah Jaringan Bantuan Prihatin ini, media telah melaporkan rungutan penerima bahawa peranti yang diterima berkualiti rendah sehingga menyukarkan proses PdPR. Menteri tahu atau buat-buat tak tahu?” tanyanya lagi.
Menurut beliau, rakyat Malaysia berhak berasa risau dan marah. Kalau peranti yang diterima pun masih terkait isu kualiti yang menyukarkan PdPR, bagaimana pula nasib hampir 90,000 pelajar yang masih belum menerima apa-apa bantuan?
“Adakah jawapannya, ‘Pandai-pandai sendirilah nak hidup’ atau bagaimana YB Menteri? Kalau isu-isu teknikal kelengkapan dan peranti pun masih bergelut untuk dituntaskan setelah hampir setahun setengah ini, apa sebenarnya yang menteri dan dua timbalan yang dikenali melalui poster itu telah buat sebenarnya?” kata Shazni lagi.
KAH....MASUK BAB PELABURAN DAN EKONOMI..MULA LA KACAU..CINA DAP JUGA YANG SALAH BILA REGA MINYAK NAIK
W.FAUDZIN.
Ingatkan sanggup jadi khianat tempah tempat dlm neraka tu dpt la memerintah
dgn lebih baik dari kerajaan sebelumnya. Tapi, lihat la sendiri. Itu baru pasal
harga barang. Belum cerita pasal ekonomi dan pelaburan. Keselamatan negara
pun dah terabai, selamba je pesawat perang negara asing masuk msia. Agama
pun tak boleh nak jaga, musuh islam seperti negara israel itu pun dpt
kebenaran pesawat mereka masuk msia. Nak tunggu sampai jahanam macam
mana lagi? Harapkan puak lebai? Mereka leka bawa janda...leka shopping
kereta baru....
TEORI APA LA DIA BELAJAR BAHAN MENTAH NAIK HARGA TINGGI , BAHAN PROSES TURUT NAIK JUGAK? HABIS PETANI YAG UNTUNG ATAU RUGI?
W.FAUDZIN
Dia menteri apa sebenarnya? Ohh...menteri perdagangan dan hal
ehwal pengguna merangkap menteri getah dan sawit. Haha..
Bayangkan kalau ini jawapan menteri di era PH? Rasa aku seminggu
mereka berdemo kat padang merbok sambil maki Dap.
Tapi bawah kjaan melayu isle tebuk atap, buat la apa pun, tetap
ada dalil. Nak murah, beli minyak campur air mawar....ehehh
DULU MASA KAU PEGANG PTPTN, ADA KAU BUAT YANG BETUL ?//
PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful
PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri kesihatan Lee Boon Chye berkata, pemimpin politik tidak seharusnya menganggap pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai kejayaan tanpa mengambil kira penderitaan jutaan isi rumah yang kehilangan sumber pendapatan mereka dalam tempoh ini.
Beliau berkata, keperluan untuk PKP dilaksanakan berulang kali di seluruh negara adalah kerana kegagalan langkah kesihatan awam, iaitu pengesanan kontak, ujian massa dan mengenal pasti serta pengasingan kes.
“Kos PKP di seluruh negara (FMCO) dianggarkan sehingga RM 1.5 bilion setiap hari. PKP adalah jalan terakhir apabila langkah kesihatan awam yang lebih bersasar gagal. PKP adalah akibat kegagalan, bukan kejayaan,” katanya kepada FMT.
Semalam, seorang pemimpin Bersatu berkata, keputusan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh adalah tepat dan mula menunjukkan hasil.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.
Dalam pada itu Lee berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal membendung virus yang menyebabkan Covid-19, walaupun berjaya pada awalnya semasa PKP 1.0
Katanya, antara kegagalannya adalah gagal membina keupayaan pengesanan kontak.
“Sekiranya setiap kontak rapat dapat dikenal pasti, diuji dan diasingkan dalam 48 jam, setiap kes penularan wabak dapat dibendung. Virus Covid-19 tidak muncul secara tiba-tiba dan setiap kes baharu mesti dijangkiti daripada orang lain,” kata beliau.
Lee juga berkata, antara kelemahan pelaksanaan PKP adalah seperti kegagalan melaksanakan SOP yang jelas dan konsisten.
Beliau juga berkata, kerajaan gagal mencegah kes import setelah kejayaan PKP 1.0, selain kadar vaksinasi yang perlahan.
“Salah satu aspek penting ialah kegagalan kepemimpinan. Kita menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, iaitu krisis kesihatan dan juga krisis sosio ekonomi.
“Negara sedang berperang dengan virus! Pada masa perang, segala sumber yang sedia ada seharusnya dialihkan untuk menghadapi perang, iaitu untuk melawan wabak,” tambah beliau.
Katanya, Jemaah Menteri tidak boleh berfungsi seolah-olah “keadaan seperti biasa” dan semua jabatan yang kurang relevan semasa pandemik seharusnya disusun semula dan sumber tambahan (tenaga kerja dan peruntukan) dialihkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), selain membantu program vaksinasi.
Lee berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin gagal dalam kepemimpinannya.
“Akhirnya saya menganggap ‘budaya membodek’ harus dihentikan. Jangan sibuk ‘membodek’ sedangkan 3,460 nyawa telah terkorban dan puluhan juta rakyat dalam kesusahan,” katanya.
Semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk seluruh negara terus menunjukkan trend penurunan sejak minggu lalu sehingga mencecah di bawah paras 1.0 buat kali pertama sejak dua bulan lepas.
Menurut data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, kadar kebolehjangkitan semalam adalah 0.97 berbanding 0.99 sehari sebelumnya.
ZAFRUL NI TARAK LAYAN LA....SAYANGI BANK DARI RAKYAT....KAH.....
Putrajaya digesa arah bank beri moratorium automatik kepada B40, M40
PETALING JAYA: Sekumpulan 28 NGO Islam dan badan berkaitan menggesa kerajaan mengarahkan bank memberikan moratorium pinjaman automatik selama enam bulan kepada golongan B40 dan M40 susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.
Penyelaras kumpulan Ahmad Yazid Othman berkarta, moratorium automatik itu amat diperlukan kerana kerajaan tidak mampu memberi bantuan tunai setimpal dengan kerugian yang ditanggung rakyat sepanjang PKP penuh.
“Moratorium automatik ini mampu menghindari mereka terjebak dengan hutang ‘ah long’.
“Kami menyeru kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan Darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan ini dengan berkesan.
“Rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan untuk melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kumpulan itu melancarkan satu petisyen menerusi change.org dan menerima lebih 10,000 tandatangan.
Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, pemberian moratorium pinjaman secara menyeluruh bermakna kerajaan perlu memberi ganti rugi kepada bank untuk langkah yang mungkin tidak diperlukan sejak awal.
Katanya, pemberian moratorium menyeluruh tidak wajar dari segi kewangan, “terutamanya dalam situasi sumber terhad untuk perang yang berpotensi berlarutan terhadap musuh yang boleh bermutasi tanpa memberi amaran”.
“Saya lebih suka memindahkan sumber tersebut dalam bentuk bantuan atau subsidi kepada rakyat dan segmen perniagaan yang amat memerlukan.”
BILA AMANAH DAN KUASA BERADA DI TANGAN MAKA KELEKAAN PUN MUNCUL DI HATI. WALAUN PULA MEMBELA SESUKA HATI WALAU SALAH
MB RAPTOR DAN MB RAKYAT SAMPAH
HAMDAN TAHA
Kes menteri pas dan menteri besar pas
Kita sayang parti dan perjuangan itu
Tapi mereka yang di beri amanah terleka dan cuai bila dah
berkuasa
Nama yang tak baik ialah islam
Bila warga net sebut nama nama seperti walaun,pak lebai dan
istilah istilah yang saya juga tidak setuju kerana tampa sedar merosakan imej
islam
Baru saya faham kenapa nama parti politik tidak boleh mengunakan
islam kerana pentakbir parti itu tetap manusia bukan rasul atau nabi atau
malaikat tetap akan terpalit dengan islam
Kes MB kedah bagi saya biasa jer kes tu CM Penang pun beli
kereta baru juga,menteri besar perak dulu dari Bersatu lupa pula nama dia pun
tukar juga semua ni bagi saya tak ada hal
Yang jadi hal bila ada penafian dari pejabat MB dan Menjadi hal
lagi apabila ahli parti mempertahankan tidakkan pemimpin mereka tampa maklumat
tepat dan seberono,asal pemimpin mereka sahaja tak mungkin salah dan buat
perkara salah kerana islam nama partinya
Contoh kes MB pakai Alpart bukan salah pun tapi sebelum ini ada
penafian dari MB sendiri bahawa kenderaan itu adalah bukan untuk kegunaan
beliau,masa itu hujah beliau begitu,tiba tiba sekarang dia pakai dan ada pula
tulisan Mb kan dah jadi lawak dan permainan musuh...
Begitu juga dalam kes Ford beria ia setpol mb buat karangan
mempertahankan Bos nya..kes pandu uji...
Tapi mereka yang ada di situ juga bermatian juga mempertahankan
hujahnya,akhirnya polis di gunakan untuk selamatkan keadaan,saya sangat percaya
jika ada soal siasat pada mana mana pimpinan politik semuanya akan di lapurkan
pada Menteri Dalam Negeri dulu,jika kes itu menjurus kepada rosaknya imej akan
ada arahan supaya buat sesuatu untuk selamatkan keadaan ini terpakai bukan
zaman PN ni saja termasuk zaman PH dan BN sama jer mereka ni tak ada terkecuali
Begitu juga kes Al Takiri dia nafi tapi bila polis sahkan
siasatan terhadap dia maka itu maknanya ada Kes dan perkara tersebut berlaku,cuma
polis dan menteri dalam negeri akan selamatkan beliau juga kerana itu lah
caranya pun
Tapi zaman sekarang ini agak susah nak selamatkan dari kebocoran
maka akhirnya rakyat tau apa yang sebenarnya berlaku
Yang menyedihkan ialah ahli parti yang setia dan taksub pada
pemimpin mereka yang bertengkar dengan musuh di FB dan media media lainnya,yang
ini bagi saya islam menjadi tercemar dan malu
Saya akhirnya bersetuju parti politik tidak boleh ada nama islam
kerana mudaratnya lebih berbanding kebaikan
Islam adalah islam iaitu agama wahyu yang di sampaikan oleh
Rasulullah 1400 dulu kepada manusia
Pas bukan islam dia ujud beberapa tahun dulu sahaja di daftarkan
di malaysia dan dia di luluskan di zaman kita belum merdeka
Pas ada parti politik yang mana ahli ahlinya sangat baik dan
mahu melihat negara malaysia ini di perintah secara islam
Tapi pas boleh saya di pesongkan oleh pemimpin kerana pemimpin
mereka mengutamakan keputusan politik dari islam
Maka islam menjadi tercemar
Seperi mana parti keadilan nama dan perjuangan untuk mencari
keadilan tetapi setelah dapat belum tentu mereka adil
Begitu juga umno pertubuhan melayu tapi terbukti selama mereka
memerintah hak melayu telah tehakis terutama tanah rezab melayu
Jadi kita fikir le sendiri