Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR – ”Cepat betul Ketua Penerangan PPBM ‘claim
credit’,” sindir Ketua Pemuda UMNO kepada Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa
keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh adalah
tepat dan telah mula menunjukkan hasil.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata,
penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah
kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.
Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki
bertanya adalah Wan Saiful lupa bahawa pelaksanaan total lockdown yang
dikuatkuasa sekarang diminta oleh rakyat sebelum angka kes jangkitan mencecah
9,000.
Tetapi, kata Asyraf, Presiden PPBM yang menolak melaksanakannya
dan memberi fakta salah dengan mendakwa negara akan rugi kalau buat total
lockdown.
Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
dari PPBM pula bermati-matian pertahankan untuk jangan buat lockdown.
Asyraf berkata, tidak mengapa lah kalau Wan Saiful mahu menjadi wira rakyat.Namun, beliau mencadangkan agar Wan Saiful tolong perjuangkan juga suara rakyat yang meminta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dan moratorium automatik tanpa caj dan faedah tambahan yang ketika ini hanya diberikan kepada B40