MANA KOMPUTER RIBA PERCUMA?
“Kita pun tak tahu di mana silapnya, susah ke nak beli komputer riba? Ada banyak jenama dan banyak kilang. Kalau tak boleh beli semua dalam satu jenama, beli pelbagai jenama, perkara sangat mudah namun gagal dilakukan dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, apabila rakyat membuat #KerajaanGagal, sepatutnya mereka melihat perkara berkenaan sebagai positif dan tingkatkan usaha memperbaiki namun kegagalan ini amat ketara.
SERVEY: ISI GOOGLE LINK DISEDIAKAN. NYATAKAN PENDIRIAN ANDA SEBAGAI RAKYAT
Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian berkenaan "Reaksi Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0" bagi mendapatkan maklum balas rakyat.
Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PKP 3.0
Mohon kerjasama tuan/ puan yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjawab soal selidik
melalui pautan berikut:
https://forms.gle/CuEV38p52XBjQRZC9
dan menyebarluaskan kepada semua untuk mendapatkan lebih ramai responden.
Tempoh Kajian: 20 hingga 24 Mei 2021
Terima kasih kerana sudi menjawab kajian ini.
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
ANTARA TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN RAKYAT
1.Membuat TOTAL LOCKDOWN disertakan insentif dan bantuan kepada rakyat terutama golongan B40. LAKSANAKAN MORATORIUM AUTOMATIK SEPERTI LOCKDOWN 1
2.Membuka semula parlimen untuk bersidang demi membincangkan kemaslahatan rakyat dan memastikan keabsahan kerajaan demi kebaikan negara dan dihormati .
3.Memotong sekurang kurangnya 205 gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Yang Berkhidmat, dan sekelas dengannya untuk disalurkan kepada rakyat dan frontliners.
4.Membuat SOP dengan lebih kemas dan bertimbang rasa supaya rakyat lebih selesa untuk kompromi.
5.Bertimbang rasa dalam penguatkuasaan kompaun dan saman serta tidak menyalahgunakan kuasa. Rakyat marah=rakyat memberontak
6.Memastikan semua rakyat termasuk semua peringkat dan pangkat dalam masyarakat mematuhi SOP. Tiada pihak berkecuali. Kami cuma marahkan double standard di kalangan VIP,VVIP, dan Menteri.Tiada SOP berbeza antara marhaen dan kayangan juga artis.
7.Memastikan semua rakyat mendapatkan dos 1 dalam program vaksinasi kebangsaan. Setelah selesai, laksanakan program vaksinasi dos 2 secara berfasa. Ambil contoh United Kingdom.
8.Membuat lebih banyak infografik dan juga penyampaian maklumat tentang keseriusan jangkitan dan implikasi penyakit Covid-19. Mewujudkan barisan pasukan "Anti-Fake News Dan Anti-Vaksin News" kerana amnya masyarakat tanpa jaringan internet dan maklumat lebih mudah percaya kepada ramalan kiamat dan kemunculan Dajjal tetapi menidakkan Covid-19. "Create fear, then awareness will come"
9.Membuat SOP KETAT dan TEGAS terhadap sektor industri perkilangan kerana banyak kes berpunca dari sektor tersebut. BERHENTILAH MELOBI KAPITALIS. AWAS KEBANGKITAN RAKYAT MARHAEN DAN SOSIALIS!.
10.Menghentikan pengambilan individu bukan kerakyatan Malaysia untuk tujuan kerja dan sebagainya. Kebanyakkan kes berpunca dari varian UK, Afrika dan India. Inilah masanya untuk mengkaji semula Akta Buruh dan mengoptimumkan pengambilan rakyat Malaysia untuk mengurangkan kadar pengangguran.
DPIM cadang kerajaan beri moratorium lagi
By
20 May 2021
Shahir Adnan
KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memberikan moratorium automatik
selama tiga hingga enam bulan bagi memberi kelegaan kepada rakyat selepas
banyak perniagaan merudum sejak awal Ramadan lalu.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata,
ramai peniaga-peniaga kecil mengalami kerugian yang drastik apabila jualan
persiapan bagi sambutan perayaan Aidilfitri terpaksa dibatalkan.
Katanya, kerajaan sekurang-kurangnya
perlu memberikan pilihan untuk melaksanakan i-Lestari 2.0 atau I-Sinar 2.0
dalam situasi sekarang.
“Anak-anak pula sudah memulakan proses pembelajaran dan
pengajaran di rumah. Menteri Kewangan juga perlu bertindak cepat dengan
menyalurkan bantuan komputer riba seperti yang dijanjikan dalam belanjawan lalu
bagi membantu pelajar…150,000 laptop yang dijanjikan, kemudian “dipinjamkan”
masih belum nampak hasilnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Shahir lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN)
perlu berjiwa besar untuk mengakui kelemahan pelaksanan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0 yang gagal melandaikan kes harian Covid-19,
seterusnya memperbaiki SOP PKP 3.0 agar ianya berjaya.
“DPIM mencadangkan agar PKP 3.0 ini
diperketatkan seperti mana PKP 1.0 agar kes harian dapat diturunkan dengan
drastik. Rakyat makin tertekan dengan PKP yang berlarutan, tetapi separa masak
yang menyebabkan kes harian tidak turun-turun.
“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Selangor, perlu menerima
realiti bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar kes harian dan keadaan ini
membimbangkan. Usah politikkan situasi Covid-19 dan tanggungjawab mereka adalah
untuk mententeramkan keadaan semasa,” tegasnya. –MG
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH….MUSIBAT PUNYA KAJIAN
Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dinamakan sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik negara ini, demikian menurut satu tinjauan oleh O2 Malaysia.
O2 Malaysia adalah sebuah pusat penyelidikan dan libat urus sosial yang memfokus kepada sentimen umum merangkumi isu politik serta pilihan raya, sosioekonomi dan penyelidikan dasar awam dengan melihat analisis data.
Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata, Mahiaddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.
Menurut tinjauan itu yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua popular selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus.
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…..
Mahiaddin paling popular dan Hadi Awang di tempat kedua – berita ini benar-benar suatu lawak jenaka, lebih lawak daripada menonton Maharaja Lawak atau lawak jenaka oleh Sepahtu dan Harith Iskandar.
Seluruh negara pasti akan ketawa membaca laporan ini.
Di mana kajian ini dibuat agaknya?
Di Pagoh dan di Marang?
Atau hanya di kalangan kakitangan pejabat serta ahli Bersatu dan Pas sahaja?
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…
Dari segi apa Mahiaddin dikatakan paling popular?
Adakah kerana terlalu kerap membuat perutusan khas yang membosankan rakyat mendengarnya?
Begitu juga, dari segi apa Hadi Awang meraih tempat kedua popular?
Adakah kerana jadi Duta Timur Tengah tapi duduk rumah dan makan gaji buta?
Rasanya tiga hari tiga tiga malam pun susah ketawa saya mahu berhenti, termasuk ketika sedang tidur juga dengan dapatan O2 Malaysia ini.
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…..
(ShahbudinHusin 20/05/2021)
TAKUT NAK BERI MORATORIUM KE ?
PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin
Muhafandi Muhamad
Mei 20, 2021
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh seperti pada Mac 2020 atau 'full lockdown' akan diputuskan esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat.
"Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya mkn perlu memikirkan opsyen yang perlu ada, itulah perkaranya selama ni kita mengadakan PKP, PKPP, PKPB itu adalah langkah-langkah yang perlu diambil samada secara keseluruhan atau bersasar itu bergantung kepada keadaan … kalau kita lihat perkembangan di samping langkah kita ambil pelan PICK begitu tersusun cuma kita lihat ada perkara yang perlu kita tekan kan kurangnya sambutan rakyat untuk dapatkan vaksin sedang diusahakan di semua negeri,” kata Takiyuddin.
Takiyuddin berkata demikian di sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil Majlis Keselamatan Negara di sini, hari ini.
"Itu diputuskan esok, ada sidang COVID yang melibatkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu akan dibincangkan.”
Bagaimanapun, SOP terperinci berkenaan 'full lockdown' ini, jika dilaksanakan, masih belum diketahui secara penuh.
Pada PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu, semua pergerakan rentas daerah dan negeri dilarang.
Manakala semua syarikat dan premis perniagaan juga tidak dibenarkan beroperasi, kecuali yang dalam sektor kritikal.
PKP PENUH PERLU DILAKSANAKAN DI KL DAN NEGERI KES COVID TINGGI
MSO
Nasihat dan cadangan pakar² kesihatan agar dilaksanakan PKP
sepenuhnya di Kuala Lumpur dan juga negeri yang kadar jangkitan tinggi perlu
diberi perhatian.
Pihak kerajaan tidak perlu berfikir panjang apa lagi mengambil
kira kesan politik sekiranya PKP sepenuhnya dilakaanakan.
Dalam beberapa tindakan mengekang pandemik kerajaan dilihat
semacam berhati hati untuk melaksanakan sesuatu dengan tegas kerana memikirkan
kesan politik dan sokongan rakyat kepada mereka. Maka kerana itu ternampak
jelas kerajaan jadi serba salah sehingga menjelaskan KEGAGALAN sebagai sebuah keeajaan.
Mahaiddin dan the geng patut memikirkan nyawa rakyar daripada
nyawa politik dan kerajaanya. Para Mutfi boleh memberi panduan dan fatwa
mengenai hal ini jangan Mufti juga membuat fatwa mengikut rasa dan menimbang
jasa. Trims.
Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng
-
May 20, 2021 4:23 PM
Chow Kon Yeow menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan
bertarikh 12 Mac yang menolak sumbangan dua juta dos Sinovac percuma dari
sebuah syarikat swasta pada sidang media Selasa lalu. Turut hadir Lim Guan Eng.
GEORGE
TOWN: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini berkata, beliau sedia meminta
maaf berhubung dakwaan Putrajaya menghalang tawaran sumbangan dua juta dos
vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang, jika terbukti ia adalah “scam”.
Semalam,
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy
Jamaluddin berkata, janji “penderma” dan syarikat yang berpusat di Hong Kong
itu kemungkinan besar palsu, selepas pencarian mengenai syarikat itu di negara
terbabit menunjukkan ia tidak wujud.
Ketua
Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Lim sebelum ini mendakwa Kementerian
Kesihatan (KKM) menghalang Pulau Pinang mendapatkan vaksin itu daripada
penderma.
“Jika
apa yang dikatakan Khairy itu benar, maka saya akan minta maaf supaya kita
boleh menumpukan perhatian terhadap perkara penting mendapatkan vaksin untuk
rakyat,” kata bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dalam kenyataan.
“Sama
ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara tidak berapa penting, dan
sepatutnya tidak mengalih perhatian daripada dua isu utama kerajaan persekutuan
memberikan kelulusan segera kepada semua kerajaan negeri untuk membeli vaksin
atau mendapatkan sumbangan vaksin.
“Tidak
salah untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi melindungi diri rakyat
melalui apa saja cara yang dibenarkan.
Lim yang
juga setiausaha agung DAP berkata, KKM dengan tegas mengatakan “tidak” terhadap
“tawaran” vaksin itu, sebulan selepas Chow menulis surat kepada KKM Februari
lalu.
“Ketika KKM menolak tawaran untuk penderma vaksin, tidak ada disebutkan status syarikat itu sebagai syarikat palsu,” katanya.
Menurut Chow, Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah
menulis surat kepadanya menyatakan negeri itu tidak perlu mempertimbangkan
sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan
melaksanakan PICK.
Lim berkata, pemberian vaksin harus diagihkan ke negeri supaya
lebih ramai orang dapat divaksin.
“Kerajaan Pulau Pinang telah menyuarakan kesediaannya menjadi
perantara bagi memberikan vaksin percuma kepada petugas barisan hadapan dan
golongan berisiko tinggi serta mereka yang mampu mendapatkan vaksin.
“Mengapa harus ada monopoli vaksin oleh sebuah syarikat saja,
apabila agihan kuasa dapat meningkatkan kadar vaksinasi?
“Lebih masuk akal untuk membiarkan mereka yang mampu membayar,
membeli vaksin dengan kos mereka sendiri kerana ini akan menjadikan lebih
banyak vaksin tersedia untuk diberikan secara percuma kepada orang lain,”
katanya.
Rekod tertinggi 6,806 kes baharu Covid-19.
KERAJAAN TAKUT NAK BAGI MORATORIUM 46 BILLION..TAPI KERAJAAN KATA BELANJA 600 BILLION....LOGIK MANA TAK TAU LA
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,806 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Rekod
sebelum ini ialah 6,075 kes yang dicatatkan semalam.
Menerusi hantaran di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 492,302.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitanSegerakan sidang media PKP penuh, gesa ahli Parlimen DAP
PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen DAP menggesa Putrajaya segera mengadakan sidang media bagi menjawab persoalan sama ada perintah kawalan pergerakan lebih ketat akan diadakan di Lembah Klang atau seluruh negara.
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan berkata, sidang media terdiri daripada Perdana Menteri bersama menteri bertanggungjawab di setiap kementerian yang terbabit jika PKP penuh dilaksanakan adalah perlu kerana spekulasi mengenainya semakin hangat diperkatakan ketika ini.
“Mari kita elakkan situasi sidang media ‘one man show’, kemudian diikuti kenyataan ‘u-turn’ oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain.
“Mengadakan sidang media bersama Jemaah menteri akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional berkeupayaan untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya sambil menambah sidang media itu boleh dilakukan secara fizikal dan maya.
Beliau turut menggariskan lima persoalan yang perlu dijawab Jemaah Menteri dalam sidang media itu.
(i) Apakah rancangan untuk ujian saringan berkelompok dan mengesan kes positif ketika pkp diadakan? Berapa lama kita perlu asingkan dan beri sokongan kepada individu yang disahkan positif ketika program ujian saringan berkenaan?
(ii) Apakah garis masa untuk kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkaitan seperti vaksin Sputnik dari Russia dan Cansino? Apakah maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk menilai keberkesanan vaksin ini?
(iii) Apakah perancangan negara untuk mengawal penularan Covid-19 di sektor perkilangan yang mencetuskan hampir separuh kluster ketika ini? Apakah jenis penempatan yang perlu ditukar terutama bagi pekerja asing yang duduk di dalam kawasan kilang?
(iv) Apakah rancangan untuk mencegah wabak ini di penjara dan pusat tahanan negara? Adakah terdapat perancangan untuk memberi vaksin kepada tahanan dan pegawai penjara dalam waktu terdekat?
(v) Bagaimana bantuan kewangan dapat disasarkan kepada mereka yang paling terkesan ekoran PKP penuh antaranya peniaga kecil, sektor peruncitan dan sektor pelancongan? Adakah subsidi gaji akan ditawarkan kepada syarikat di beberapa sektor ini?
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba baru-baru ini berkata pihaknya dalam perancangan untuk mempertimbangkan PKP secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut menegaskan negeri berkenaan tidak menolak PKP secara menyeluruh bagi membendung penularan Covid-19.
Negara merekodkan 46 kematian dan 6,075 kes baharu Covid-19 semalam, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari dengan merekodkan 2,251 kes baru semalam. Setakat ini jumlah kumulatif jangkitan bagi negeri itu sebanyak 159,305 kes.
KERAJAAN TIADA DATA RAMAL JANGKITAN COVID 19
Kerajaan tiada data ramal jangkitan Covid 19
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) jelas gagal belajar daripada pengalaman menghadapi virus maut Covid 19 sejak setahun lalu kerana tidak mempunyai data pergerakan masyarakat.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, pihak kerajaan sepatutnya telah memiliki data mobiliti rakyat dan boleh menentukan bilakah peningkatan jangkitan harian Covid seterusnya.
“Langkah kerajaan menangani Covid dilihat hampir sama (sejak tahun lalu) walaupun keadaan berubah dan cara merebaknya berubah. Kita harus tanya mengapa Covid nampak merebak?
“Pihak berkuasa biasanya menjangka 2 – 3 minggu ketinggalan. Misalnya apabila ada kelonggaran pergerakan seperti balik kampung dan sebagainya kes akan meningkat.
“Sebelum itu, bila ada sekatan tegas kontak antara masyarakat jauh menurun tetapi apabila dilonggarkan kes meningkat. Sepatutnya tiap-tiap minggu kita tahu (dapat menjangka).
“Kita hairan seolah-olah ada kejutan dan kerajaan panik. Padahal kes ini boleh dijangka. Tiga minggu sebelum peningkatan jumlah pesakit Covid positif, kita boleh jangka,” kata Anwar dalam satu siaran langsung Facebook.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, tanpa data menyeluruh (big data) maka tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ‘borong’ ke atas semua kawasan akhirnya tidak menyelesaikan masalah.
Malah katanya, menambahkan kesukaran kepada masyarakat luar bandar apabila sekolah yang tidak terjejas Covid ditutup. Sedangkan pelajar tidak mempunyai kemudahan mencukupi untuk belajar dari rumah.
“Kalau kita tidak guna pengalaman setahun lalu maka kita menghadapi masalah lebih besar. Kita tidak ada data mencukupi, maka tidak boleh kita tekanan PKP kepada semua. Saya beri contoh Cameron Highlands, Gua Musang, Baling, Sabak Bernam umpamanya tidak terlalu terkesan. Tetapi diborong semua. Orang di kampung yang tiada kes merebak didera dengan peraturan yang sama seperti kes di sekitar kota.
“Perlu ada persefahaman jelas dengan pergerakan masyarakat, hubungan antara manusia dan mengapa perlunya pambatasan sosial serta vaksin, kerana kalau kita tidak tegas dalam hal ini keadaan akan menjadi tidak terkawal.
“Tindakan yang diambil untuk satu negeri kerana kurang kefahaman kes-kes terperinci juga bermasalah. Kita buat keputusan semberono. Sekolah ditutup, pasar ditutup dan sebagainya. Padahal ada sekolah di kawasan pedalaman yang tidak terkesan. Jadi dalam hal sedemikian perlu ada tindakan yang lebih arif tentang fakta,” kata Anwar.
Mengulas situasi Covid 19 yang mendadak tinggi di Selangor, beliau berkata hal itu kerana banyaknya ujian saringan dilakukan.
Katanya, tidak bermakna di negeri lain jangkitan kurang. Sekiranya negeri lain juga membelanjakan peruntukan untuk saringan percuma sebagaimana Selangor, barangkali kes yang dicatat akan sama tingginya.
“Kita harus jelaskan penambahan di Selangor kerana jumlah ujian saringan bertambah. Semalam yang disaring 3,000. Hari ini yang disaring 3,900 sekurang-kurangnya.
“Maknanya bertambah kerana di kawasan lain jauh berkurangan (ujian saringan). Kes Covid bertambah ini menjadi masalah dan kurang kawalan. 9 daripada 10 kes, iaitu 89.1% ialah sporadik, tercetus tanpa dapat dikesan dari mana.
“Oleh itu saringan (seluruh negara) mesti ditambah. Jangan ambil contoh Selangor kerana saringan inisiatif Kerajaan Negeri. Jadi kalau melihat kecuaian ini, saya anggap ia kecuaian (kerajaan PN) dalam menangani masalah ini,” katanya lagi.
Statistik Covid 19 mencatat jumlah tertinggi dalam sejarah semalam apabila kes jangkitan harian mencecah lebih 6,000 dengan jumlah di Selangor sahaja melebihi 2,000 kes.
CHINA BENARKAN VAKSIN DIBELI PIHAK SWASTA, KERAJAAN JANGAN SEKAT
China benarkan vaksin dibeli pihak swasta, kerajaan jangan sekat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang enggan membenarkan sektor swasta membeli vaksin Covid 19.
Sedangkan, katanya, beliau telah menghubungi pengeluar vaksin di China dan diberi fakta bahawa bukan kerajaan pusat sahaja yang dibenarkan mengimport vaksin.
“Saya hubungi kawan-kawan di China, apakah boleh bawa masuk (vaksin jika bukan kerajaan)? Jawapannya Ya. Apakah mesti melalui satu syarikat (yang dilantik kerajaan)? Jawabnya Tidak. Apakah harganya setinggi sekarang? Tidak.
“Itu saya bingung. Pertama dilarang (bawa masuk vaksin). Orang lain tak boleh. Kedua dilengahkan. Ketiga, bila ada persoalan tentang harga. Namun tiada data berapa jumlah, tak ada. Harga tak tahu
“(Dalam hal pembelian vaksin) kalau kerajaan tak ada keupayaan, buka ruang. Sektor swasta masa ini, syarikat yang untungnya berbilion ringgit, pekerja puluh ribu, mereka boleh beli, bayar sendiri. Kerajaan nak pertahan mereka (kerajaan) sahaja boleh bayar, buat apa? Buka ruang, biar orang dapat kemudahan sebanyak mungkin untuk dapatkan vaksin,” katanya dalam siaran langsung Facebook, semalam.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN tersebut mengecam kerajaan PN yang seolah-olah menutup pintu kepada pihak lain untuk membeli vaksin. Malah Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, katanya tidak dibenarkan mengimport vaksin walaupun menawarkan menggunakan peruntukan sendiri.
“Selangor berapa lama minta vaksin. Ada yayasan minta vaksin. Tak usah temberang beri alasan. Kita tahu ada yayasan dari Mac minta beli vaksin, tak ada jawapan.
“Sekarang Pulau Pinang, soal teknikal, peraturan. Buat apa ada darurat (dekri kerajaan mengatasi undang-undang)? Kita buat darurat kononnya untuk menyelesaikan masalah Covid tetapi tetap tak boleh pinda atau arah syarikat (pengimport) beri kelonggaran.
“Semua pembelian perlu melalui Pharmaniaga. Saya tak ada masalah (dengan syarikat berkenaan) sebab mereka telah bawa banyak vaksin. Tetapi dalam krisis berilah ruang, orang mahu beli. Kerajaan boleh jimatkan belanja. Tetapi nak tunjuk mereka berkuasa. Kalau tanya pendapat kita, biarlah (siapa yang punya dana membeli) asalkan tiap rakyat dapat vaksin yang secukupnya,” katanya.
Selain itu, beliau juga menyelar kelembapan kerajaan PN menyuntik vaksin kepada rakyat yang kini sekitar 20,000 – 40,000 dos sehari.
Kata Anwar, suntikan tersebut jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan oleh menteri sebelum ini.
“Menteri kata 27 Januari lalu kita akan sediakan 75,000 suntikan tiap hari.
“Katanya akan berjalan pantas April sampai Ogos. Apa yang berlaku suntikan 25,000 sehari. Paling tinggi 40,000 dicatat. Sekarang jadi masalah. Dibangkitkan pula orang tidak mendaftar. Pendaftaran itu paling rumit. Padahal mengikut pengalaman saya orang tak daftar pun kalau diberitahu, dia datang.
“Yang menjadi masalah bekalan vaksin bukan masalah orang tak sedia. Untuk bersedia sepatutnya kempen menyeluruh di masjid, di televisyen dan sebagainya supaya orang menerima vaksin. Ini akan menyelesaikan banyak masalah,” katanya lagi.
PEGUAM INI BAGI SOALAN MAUT BUAT MB " SELUT" BERKAITAN AIR SUNGAI MUDA
May 20, 2021
Antara 2 persoalan saya dari dulu yg masih belum terjawab oleh Ketua kerajaan negeri Kedah yg sedia ada
1. Apakah Locus Standi (hak dari sisi undang2) kerajaan negeri Kedah untuk menuntut pampasan dari air mentah yg telah mengalir selama beribu2 tahun melalui Ulu Sungai Muda, dari kerajaan negeri Pulau Pinang? dan
2. Sekiranya betul2 ada Locus Standii (kalau ada yg tak paham jugak, bolehlah Google sendiri), kenapakah sampai sekarang, kerajaan negeri Kedah tak berani bawak kes ini terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, Ke Mahkamah, untuk menuntut ‘HAK’ yg dikatakan wujud itu?
Jangan berani sembang deraih di media saja. Pertahankanlah ‘HAK’ rakyat negeri Kedah!!!!
Saiful Izham