ANWAR DAN HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA

 

Tanggal 3 Mei setiap tahun kita kembali mengingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dan menghargai peranan para wartawan dan pengamal media dalam memberikan laporan terbaik kepada masyarakat.

Sambutan ini juga dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai peri penting aspek kebebasan akhbar dalam mana-mana masyarakat yang terbuka dan demokratik.

Ia juga meningatkan semua pihak akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Namun, lain halnya di Malaysia tatkala para wartawan dan pihak media diganggugugat serta diancam pendakwaan dalam menyampaikan laporan yang mungkin tidak enak pada halwa telinga pemerintah.

Sebagai masyarakat dan negara yang berpaksi pada demokrasi, sikap sebegini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab serta menampakkan betapa lemahnya pemerintah yang ada hari ini, di semua segi.

Wartawan dan pihak media mesti diberi ruang dan kebebasan dalam melapor selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak itu.

Keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya kita benar-benar mahu membangun tamadun yang beretika dan cemerlang.

ANWAR IBRAHIM

3 Mei 2021.



Kayangan yang mabuk

Faisal Tehrani

 

Kayangan tidak dapat menongkat langit tanpa lantainya; dunia kumuh. Hari ini kita melihat berleluasanya kaum Kayangan menggunakan segala kesempatan ada untuk menompok kekayaan. Percayalah, kekayaan yang ekstrem tidak akan dapat berlaku jika tiadanya kepapaan dan kemiskinan yang juga keterlaluan, dan mengerikan.

Begini, mari kita kembali ke zaman lampau. Untuk kita sorot pedihnya.

Ketika zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, umat Islam sedang meluaskan wilayah. Perlahan-lahan banyak kawasan diterokai dan agama Islam diperkenalkan. Peluasan wilayah ini tidak hanya meramaikan jumlah penganut Islam, akan tetapi juga membawa petaka yang kurang disedari; iaitu limpahan kekayaan dari hasil mahsul bumi baharu ini; dan juga rampasan medan perang.

Menjelang pemerintahan Khalifah Uthman Affan, kelas atasan dan bawahan orang Arab yang sebelum ini terbahagi antara kelas pedagang Quraisy dan kelas hamba bukan Quraisy berdepan dengan satu masa depan yang tidak saksama. Kekayaan yang diperolehi dari pembukaan zon-zon baharu umat Islam ini telah menciptakan kumpulan pemodal dan kelas saudagar yang luar biasa mewah.

Kelas atau kaum Kayangan baru ini menjadi norma biasa dan terdiri dari veteran perang iaitu sahabat-sahabat Nabi Muhammad sendiri. Ada yang misalnya memiliki vila besar dengan kebun luar biasa, dan jumlah kuda yang tidak masuk akal. Pendapatan harian dari Mesir, Parsi, dan Iraq ditimbun menjadi ratus ribu dinar.

Apabila Khalifah Ali Abi Talib diangkat menjadi pemimpin, masalah ketidakadilan dan ketidakseimbangan ekonomi ini sangat melampau dan sukar untuk baginda luruskan kembali. Sesetengah pemimpin wilayah malah membeli umat dengan wang dan segala taburan keduniaan. Korupsi berleluasa.

Keadaan Kayangan yang menjolok mata ini disebutkan oleh Ali dalam Nahjul Balaghah yang dikenali sebagai Khutbah 129. Dalam khutbah ini, baginda berucap menjelaskan bahaya kemewahan dan keduniaan yang diuliti oleh Kayangan ini. Ia berbunyi begini:

“Kalian tinggal di zaman ketika kebajikan merosot, kejahatan kian bertambah maju setapak demi setapak, dan syaitan menjadi lebih rakus dalam usahanya untuk membinasakan manusia. Hari ini kelengkapannya telah diperkuatkan, perangkap dan umpanan didirikan di pelbagai tempat, dan korban telah masuk perangkap terjerumus dengan mudah.

“Kalihkan pandangan kalian; kalian akan melihat orang miskin yang nyaris tidak boleh bernafas dalam keadaannya yang amat miskin dan sengsara, atau orang kaya yang telah mengubah nikmat Allah ke dalam kekufurannya. Atau, kalian akan melihat orang yang rakus mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sendiri seraya mengabaikan perintah Allah yang dibebankan kepadanya, atau kalian akan menemui para pemberontak yang hatinya liar sehingga mereka tuli dari teguran dan nasihat.

“Di manakah orang baik, orang takwa di antara kalian? Di manakah orang yang merdeka dan dermawan? Di manakah mereka yang menghindari setiap penipuan dalam perdagangan dan menuntut kesalehan dan kejujuran dalam tindak-tanduk mereka?”

Fenomena pincang Kayangan ini disebut Ali sebagai “sakarat al-ni’mah” iaitu bermaksud “mabuk yang timbul oleh kekayaan”. Ini bukanlah satu keberkatan atau pemberian dunia yang diredhai bahkan satu bencana, kerana Ali menyebutkan dalam pidato lain, iaitu Khutbah 151, yang berbunyi begini terjemahannya:

“Kalian, wahai bangsa Arab akan menjadi mangsa badai yang kian menghampiri. Hati-hati kalian dengan mabuk kekayaan dan takutlah oleh bencana yang menurutinya.”

Ali kemudian di khutbah lain pula memesan, iaitu pada Khutbah 187, perihal badai atau kemabukan dunia ini:

“Ini akan terjadi ketika kalian akan dilupakan, bukan dengan minum anggur, namun dengan kekayaan dan kesejahteraan.”

Ada pun kekayaan dan kesejahteraan yang dimaksudkan tentulah limpah ruah kemewahan yang pembahagiannya tidak adil. Kekayaan ini tidak terbahagi dan dilata sehingga ke bawah iaitu untuk kaum Murbawan kerana nepotisme dan diskriminasi sudah mulai menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam.

Apabila Ali akhirnya tewas ditetak dan dibunuh dalam bulan Ramadhan, anakanda baginda, Hasan, pula cuba membetulkan; tetapi kaum Kayangan ini dengan sedaya upaya mencipta helah. Kemuncak pertembungan kelas yang menggila ini tentulah disaksikan oleh cucu Rasulullah, Hussein, yang mana apabila baginda berusaha untuk membetulkan keadaan ini, baginda telah mengalami pembunuhan yang dahsyat sekali di padang Karbala.

Fenomena Kayangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakadilan di mana kaum Murbawan ditimpa dengan pelbagai musibah dan ketidakadilan berlaku sejak dulu dan malangnya berulangan sehingga ke hari ini. Peristiwa peniaga burger yang didenda besar berbanding selebriti dengan selempang hajah; atau peristiwa peniaga colek yang digasak oleh saman luar biasa bedebah selain seorang lagi peniaga runcit yang tersandar oleh kompaun raksasa lantas hilang semangat hidup ini sudah pun terlihat jauh lama dahulu.

Gejala ulama menumpuk kekayaan seperti yang terlihat di Kota Bharu dan Kubang Kerian, bukanlah tidak terlihat di Kufah, Baghdad, dan Iskandariah satu ketika dulu.

Ketidakadilan ini dibogelkan dalam zaman Covid-19 ini kerana wabak selalu datang untuk menanggalkan kepalsuan dan menzahirkan apa yang tersembunyi. Inilah punca program revolusioner Hussein dimusuhi dan dimomokkan sehingga hari ini. Mereka mahu anda tidak tahu dan dibodohkan. Mereka suka anda kekal jahil dan dijauhkan dari sejarah. Ini supaya Kayangan dapat terus berpestaan mabuk.

Tentu kita berasa kecewa melihat daging lembu Wellington disamakan dengan Roti John kering di bazar Ramadan, tentu juga kita berasa terkejut melihat Kayangan boleh terbang bebas ke London berbanding kita yang dipaksa peram tidak dapat menemui ibu dan ayah semata-mata atas alasan SOP dan pandemik.

Ketidakadilan dan pembinaan sejahtera aplikasi komuniti Kayangan ini bukan asing dan bukan hanya terjadi dalam masyakarat Melayu sahaja. Ia dulu berlaku dalam kalangan Arab dan Parsi sekarang ia menular menjadi wabak dalam kalangan Melayu. Kayangan ini tercipta di zaman Islam. Malah Islam ala kayangan inilah yang melindungi haji atau hajah tertentu dari sebarang kesalahan. Kaum Murbawan melihat mereka dengan rasa tidak percaya dan pengharapan agar akan ada Hero Zaman yang datang membetulkan.

Namun kehampaan demi kehampaan, ketulian demi ketulian kekal. Islamnya kaum Kayangan ini ialah Islam yang gotong-royong menyembunyikan kejahatan mereka. Kaum melarat dan murbawan menangis pedih dan menagih bantuan yang palsu serta tidak kunjung tiba.

Ramadan ini ramai Kayangan ditelanjangkan untuk diperlihatkan kepada kita secara polos, baik mereka itu dari kelompok bangsawan sehinggalah kepada kelompok pedagang Qarun betina yang luar biasa angkuhnya. Ramadan ini kita melihat tema-tema pokok yang disebutkan Ali itu berjejeran tersusun di depan mata.

Rahsia kecaman Ali terhadap kaum Muslimin Kayangan di eranya itu tidak begitu kedengaran dalam khutbah Jumaat atau aksi keinsafan Jejak Rasul. Islam ala Kayangan ini terus-terusan melindungi dan menyembunyikan nasib celaka yang menimpa marhaen. Malah lebih dahsyat ada kaum Murbawan yang menjilat kaum Kayangan ini dan mempertahankannya meskipun tidak beroleh apa-apa habuan.

Sudah tiba masanya perlawanan yang pernah diketuai Ali terhadap Kayangan itu dipugar kembali.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Campurtangan politik terhadap polis harus dihentikan

 

By

 Aliran admin


Aliran memandang berat pendedahan Ketua Polis Negara Hamid Bador berkenaan campurtangan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di dalam urusan anggota polis.

Campurtangan semberono memberi kesan kepada profesionalisme, kemandirian serta integriti anggota polis – sebuah faktor yang menjadi duri dalam daging bagi masyarakat kebanyakan.

Campurtangan Hamzah baru-baru ini melibatkan perlantikan baru serta pemindahan pegawai yang dilakukan oleh Hamid merupakan sebuah perkara yang perlu diberikan perhatian kerana ianya memberi kesan kepada profesionalisme anggota polis.

Hamzah tidak sepatutnya mengetuai Suruhanjaya Anggota Polis bagi memastikan ketelusan serta kemandirian pasukan polis.

Pasukan polis perlu berhenti dari menjadi perkakas politik bagi kerajaan hari ini.

Melihat kepada keadaan sekarang, pendedahan awal Hamid berkenaan wujudnya kartel di dalam pasukan polis sudah pun menggugat keyakinan terhadap integriti anggota polis.

Kami menuntut kerajaan untuk menubuhkan sebuah inkuiri suruhanjaya bebas diraja bagi melihat perkembangan serius serta penderaan, keganasan serta kematian dalam tahanan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kami juga mendesak ditubuhkan secepat mungkin suruhanjaya bebas aduan salah laku polis (IPCMC) yang sepatutnya sudah dilakukan bagi memartabatkan integriti serta maruah pihak polis.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 Mei 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

 


‘Katak politik’ juga berlaku zaman PH, SPRM tak harus bersikap ‘terpilih’, kata PKR

 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

PETALING JAYA: PKR mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan siasatan terpilih dalam isu “katak politik”.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, mengakui isu lompat parti turut berlaku di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan SPRM juga perlu melakukan siasatan.

“Pada masa lepas dalam tempoh 22 bulan PH memerintah kita juga akui ada wakil rakyat Umno yang (lompat) ikut menyertai komponen dalam PH, kenyataan kami bersikap terbuka dan terpakai kepada semua dan sepanjang masa sebab politik tak boleh dicemari dengan amalan seperti ini (lompat parti, rasuah).

“Saya setuju ia harus kalau tindakan dan siasatan dibuat tidak boleh ikut tempoh masa, yang lepas (zaman PH), sekarang (zaman PN) dan yang akan datang semua perlu disiasat. Tindakan SPRM juga tidak harus bersikap terpilih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Beliau mengulas kenyatan Abdul Hamid Bador, yang bersara sebagai Ketua Polis Negara hari ini, sebelum ini mahu SPRM menyiasat ahli politik yang melompat parti dengan mendakwa amalan rasuah berada “di mana-mana”.

“(Pemimpin) mabuk kuasa dan sedia membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah,” katanya pada sidang media Jumaat lepas, selain mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya untuk campur tangan urusan polis, termasuk menyekat pertukaran pegawai pasukan itu yang bermasalah.

Saifuddin berkata, teguran terbaharu Hamid tidak boleh dianggap remeh dan SPRM tidak boleh berdiam diri kerana ia menyebabkan rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan peguatkuasa di negara ini.

“Bola sekarang di kaki SPRM, yang buat pendedahan ini bukan calang-calang orang, beliau Ketua Polis Negara, kalau SPRM memilih berdiam diri itu adalah satu yang malang buat negara kita,” katanya.

SPRM tak siasat kes ‘katak politik’ bukti agensi kerajaan jadi senjata politik, kata Guan Eng

 

Lim Guan Eng berkata, kegagalan SPRM menjalankan tugas secara profesional dan bertanggungjawab hanya akan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International terus merosot.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan kenapa agensi anti-rasuah itu belum menyiasat lima Ahli Parlimen yang melompat parti baru-baru ini, sama ada disebabkan dorongan atau ugutan.

“Kegagalan SPRM bertindak hanya mengesahkan pernyataan yang dibuat Pakatan Harapan bahawa agensi kerajaan, termasuk SPRM, telah ditukar menjadi senjata politik terhadap pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Lim menamakan lima Ahli Parlimen itu yang terdiri daripada Awang Husaini Sahari (Putatan), M Karupaiya (Padang Serai), S Kesavan (Sungai Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) dan Natrah Ismail (Sekijang).

Jumaat lalu, bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, SPRM perlu menyiasat ahli politik yang melompat parti dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis semata-mata kerana beliau melihat rasuah berlaku “di mana-mana” dalam politik.

“(Pemimpin) mabuk kuasa dan sedia membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah,” kata Hamid dalam sidang media minggu lalu.

Lim mendakwa pendedahan Hamid mengesahkan rasuah digunakan untuk “mendorong dan mengancam” wakil rakyat pembangkang bagi mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong, yang meninggalkan PKR untuk menyokong kerajaan PN mengakui beliau dijanjikan kedudukan rasmi.

“Sekiranya SPRM gagal bertindak, walaupun aduan rasuah dari (bekas) KPN sendiri, masihkah ada harapan bagi orang awam bahawa SPRM akan bertindak ke atas aduan mereka terhadap rasuah politik di peringkat tertinggi?” soalnya.

Beliau berkata, kegagalan SPRM menjalankan tugas secara profesional dan bertanggungjawab hanya akan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International terus merosot.

Malaysia turun enam anak tangga, daripada tangga 51 pada 2019 ke 57 tahun lalu dalam CPI.

VIDEO : MENGAPA DARURAT PERLU DITAMATKAN



“Mungkin begitulah keadaannya seseorang yang dianggap ilmuan dan ulama’ taraf dunia selepas menghasilkan tulisan dan kupasan yang turut disertakan ayat Al-Quran dan Hadis,” ujar Khalid dalam tulisannya di Malaysia Dateline. Terdahulu, Hadi dalam tulisannya yang diterbitkan di Harakahdaily menyifatkan mereka yang mahu darurat ditamatkan sebagai golongan pelampau politik, sehingga melupakan nyawa manusia demi mencapai agenda politik mereka.




VIDEO SIDANG MEDIA PKR : Dakwaan Hamid Bador: 'Kalau SPRM pilih berdiam diri, malang buat negara ...



PKR hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli parlimen yang melompat parti, yang dibangkitkan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, Jumaat lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pendedahan yang dibuat Abdul Hamid itu tidak boleh dianggap remeh dan SPRM tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan tersebut. Pada Jumaat lalu Abdul Hamid dalam sidang media membuat beberapa pendedahan berkaitan tugasnya selama ini.



SAKSIKAN DI ASTRO AWANI HARI INI,

 


NORA JAMILAH


Saya peminat cerita wayang Tamil polis hero lawan kleptomaniacs. Sentiasa berdoa apa yang dalam wayang tu benar-benar wujud di dunia nyata...Harap-harap lah ex IGP ikhlas nak amar makruf nahi mungkar....#PolisHero



May be a Twitter screenshot of text that says "Astro ÛWANI Awani 29m [EKSKLUSIF]: Tan Sri Abdul Hamid Bador dipercayai akan melakukan pendedahan berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang tokoh berjawatan penting dan dipercayai berpangkat 'Datuk Seri'. #AWANInews #AWANI745 astro AWANI Astro Awani Berita Tajuk Utama Hari Ini & Berita Terkini astroawani.com"

Neelofa ‘lapar’ perhatian – Pengarah drama


By

 Wartawan MalaysiaGazette

 3 May 2021


Neelofa


Kuala Lumpur: Pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin menasihati selebriti sensasi, Neelofa, 32, agar berhati-hati berkongsi aktivitinya yang kini aktif di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook, Shahrulezad meminta Neelofa berbuat demikian kerana bekas pengacara program MeleTop itu dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz begitu menjadi perhatian ramai ketika ini terutama netizen.

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.May be an image of 1 person and text that says "Asiah Abd Jalil Kesalahan berikutnya mungkin dah ak sesuai kompaun. danla aki lebai perlu didakwa di dan dihukum penjara. Minah tak serik. Betul dia? mak dia rasa sejuk masa mengandungkan Metro Kesalahan berulang Neelofa, suami dah tak sesuai kompaun BY WARTAWAN HM MAY 3, 2021 AT 2:55 PM am.hmetro.com.my Kuala Lumpur: Tindakan pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan harus dipandang serius pihak berkuasa"

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” tulisnya.

Semalam, nama Neelofa kembali viral berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Shahrulezad berkata, dia kadang-kala berasa usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Menurut Shahrulezad, kini tiba masanya dia bersuara untuk memberi teguran dan nasihat.

Katanya, alang-alang Neelofa kini berniqab, maka lagi lebih baik dia ‘niqab’ sekali media sosialnya.

Ujarnya, dengan imej baik yang ditunjukkan Neelofa itu juga tidak sepatutnya dikecam.

Imej sepertinya itu patut disayangi ramai dan bukan semakin dibenci kerana tindakan diri sendiri.

Semalam, Neelofa terus mencetuskan ‘isu panas’ untuk diperdebatkan netizen di media sosial apabila kali ini dia didakwa ‘merentas negeri’ lagi ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata netizen di media sosial bengang dan ‘panas hati’ dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baru didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu. 

 

TOK PETI UTARA SINIS TERHADAP AZHAR IDRUS

 

Keperluan ziarah ibu bapa melebihi penuhi undangan artis – Mufti Perlis


WARTAWAN MALAYSIA GAZETTE


MGF30072018_Pertemuan-Enam-Mata_10



Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat, keperluan menziarahi ibu bapa mengatasi keperluan yang lain.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, beliau berkata, ia termasuk melebihi keperluan memenuhi undangan artis.

“Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis,” tulisnya.

Namun tidak dapat dipastikan hantaran Mohd. Asri itu ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu pada majlis tahnik anak keduanya baru-baru ini.

Sebaliknya Siti berkata, individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Sebaliknya beliau hanya singgah bagi menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

 

 

MGNews: Gerak 98 Tanding Kerusi DUN Selangor Dan Kedah Lawan Mahathir Da...



MGNews: Gerak 98 Tanding Kerusi DUN Selangor Dan Kedah Lawan Mahathir Dan Azmin

Gerak 98 hari ini secara rasminya mengisytiharkan pihaknya akan bertanding sebanyak 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengasasnya, Ezam Mohd Nor berkata, kawasan yang akan ditandingi beliau dan calon-calon Gerak 98 adalah kawasan calon sekutu Ahli Parlimen Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Kongres Nasional KEADILAN 5 Jun ini


untitled image


Kongres Nasional KEADILAN kali ke-15 akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 5 dan 6 Jun ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persidangan bagi sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN akan diadakan pada 5 Jun manakala KEADILAN Pusat akan mengadakannya pada 6 Jun ini.

"Kongres ini akan dikendalikan secara hibrid iaitu secara maya dan fizikal bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"KEADILAN menjangkakan 1,000 perwakilan hadir secara fizikal yang meliputi 152 cabang dari Semenanjung, maknanya perwakilan dari Sabah dan Sarawak akan mengikuti secara dalam talian.

"Kongres kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam. Pada 6 Jun, perbahasan akan menyentuh usul ucapan dasar presiden. Pembahas negeri akan berbahas dari sudut kesihatan, ekonomi, politik dan isu rakyat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kongres kali ini bertemakan 'Pentas Rakyat' iaitu menumpukan kepada isu ekonomi, kesihatan, politik dan kebajikan rakyat.

"Kongres kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam. Pada 6 Jun, perbahasan akan menyentuh usul ucapan dasar presiden. Pembahas negeri akan berbahas dari sudut kesihatan, ekonomi, politik dan isu rakyat.

"Kita lebih tumpukan aspek ekonomi dan kesihatan kerana ia melibatkan penularan wabak Covid-19 tetapi sebagai parti politik, perspektif politik juga akan disentuh," katanya.

Tambahnya, kongres ini juga akan dihadiri pimpinan parti dari rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah sebagai tetamu jemputan.

Bagaimanapun, Saifuddin memberi jaminan bahawa insiden pergaduhan tidak akan berlaku lagi seperti kongres sebelum ini.

"Insiden yang terpalit sebelum ini memang memberi kesan kepada imej PKR, tetapi sebagai setiausaha agung dan pimpinan parti kita beri nasihat dan pandangan, malah ahli-ahli parti sangat fokus kepada isu pilihan raya, pembinaan parti dan isu rakyat, jadi saya percaya ia tidak akan berlaku dan terjadi lagi," katanya.

 

JANGAN PERCAYA PEDUKANG NI...DIA MASIH LAGI NAK KIRA KIRA ORANG DIA ITU INI....TOLAK MAHATHIR

 

PRU15: Saya tak nak, tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak tanding, kata Dr M


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Pejuang ditubuhkan untuk membaik pulih pentadbiran negara.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, penyokong beliau mungkin akan memaksanya bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Dalam temu bual dengan Dialektika TV di Facebook, beliau menyuarakan keengganannya untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya tak nak bertanding, tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak bertanding, ‘they get mad’ (marah). Saya tak tau nak buat apa,” katanya.

“Saya terpaksa ikut orang yang sokong saya. Dari dulu pun bukan nak bertanding, tapi orang yang nak saya bertanding.”

Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi bercakap mengenai parti pimpinannya, iaitu Pejuang, yang menurutnya ditubuhkan bagi membaik pulih pentadbiran negara.

Beliau menubuhkan Pejuang bersama lima Ahli Parlimen yang keluar Bersatu sebelum ini.

Lima Ahli Parlimen tersebut ialah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

“Waktu ini kita dapati Pejuang itu kecil. Perjuangan kita ini adalah perjuangan rakyat.”

Beliau berkata, ramai orang tidak senang dengan amalan rasuah yang dikaitkan dengan kerajaan sekarang.

“Wakil rakyat boleh dibeli, kerajaan pun boleh dibeli. Ini sangat berbahaya. Ramai rakyat tak nak sokong mana-mana parti sebab tujuannya untuk diri sendiri.

“Pejuang bukan parti untuk ahlinya. Parti ini untuk kita menang dan dirikan kerajaan yang mahu menjalankan tugas membersihkan dan membangunkan negara, bukan diri sendiri.

Parti itu tidak didaftarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pada Januari JPPM menghantar surat menolak pendaftarannya.

Bulan lepas Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan JPPM membuat keputusan berhubung permohonan rayuan pendaftaran parti itu.

Menteri dan JPPM dinamakan sebagai responden dalam tindakan undang-undang itu.




Perwakilan PKR boleh bahas dakwaan kerjasama dengan Umno, termasuk ‘perbualan Anwar-Zahid’ pada kongres Jun

 

PETALING JAYA: Pimpinan PKR memberi kebebasan penuh kepada perwakilan membahaskan dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno, termasuk rakaman perbualan kontroversi, dikatakan antara presiden parti, Anwar Ibrahim, dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, pada kongres Jun ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata semua perwakilan diberi ruang “seluas langit dan bumi” untuk berbahas, ketika ditanya sama ada mesyuarat agung tahunan kali ini akan membincangkan dakwaan Anwar berbual dengan Zahid selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 dan usaha mewujudkan jajaran politik baharu dengan Umno.

“Perwakilan nak bahas apa dia bahaslah. Lagipun ini kongres nasional tahunan, mereka patut diberi ruang seluasnya untuk diberi pandangan, teguran, setuju (atau) tak setuju. Mereka boleh sebut apa sahaja termasuk (itu),” katanya pada sidang media.

Kongres PKR akan bersidang selama dua hari pada 5 dan 6 Jun. Ia akan dijalankan secara maya dan fizikal, mengambil kira pandemik Covid-19.

Satu rakaman audio didakwa mirip suara Anwar dan Zahid didedahkan di media sosial, selepas selesai Perhimpunan Agung Umno 2020 pada awal bulan lepas, di mana parti itu mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, Anwar, dan DAP.

Anwar dan Zahid nafi perbualan berkenaan, yang dikatakan berlaku selepas perhimpunan itu.

Sementara itu, Saifuddin yakin kongres kali ini akan bebas daripada kejadian baling kerusi atau keganasan lain sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Daripada laporan mesyuarat cabang, kami dapati dalam kalangan anggota parti sangat fokus kepada PRU, isu kekuatan parti, dan isu rakyat. Ia memberikan gambaran awal tidak akan berlaku seperti yang telah terjadi sebelum ini,” katanya.

Kenapa penerbangan dari India masih dibenarkan mendarat di KLIA? - Hassan Karim

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Malaysia memutuskan mulai 28 April lalu untuk menyekat semua penerbangan keluar atau masuk dari India berikutan lonjakan kes Covid 19 sehingga 200,000 kes sehari di negara itu.

Namun sebaliknya, rekod penerbangan di KLIA sehingga semalam menunjukkan masih terdapat pesawat dari India yang masih dibenarkan mendarat.

Hal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai ketegasan kerajaan mengawal merebaknya varian baharu virus Covid 19 yang kini melumpuhkan sistem kesihatan di India.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tindakan membenarkan pesawat dari India mendarat jelas berisiko tinggi dan mengingkari keputusan yang dibuat kerajaan sendiri.

"Kerajaan telah buat keputusan penerbangan dari India tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

"Jadi, saya ingin penjelasan dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob adakah benar laporan media yang menyatakan sejak semalam, Sabtu, 1 Mei 2021 sekurang-kurangnya tujuh penerbangan dari India telah mendarat di KLIA?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Jadual penerbangan dari India ke Malaysia

Hassan turut membariskan beberapa maklumat penerbangan yang dilaporkan media. Misalnya, pada 2 Mei 2021, tiga pesawat dari India dilaporkan telah mendarat.

Urutan penerbangan, MH6241 dari Chennai mendarat 4.45 petang; MH190 dari New Delhi mendarat 6.50 petang dan MH6245 dari Mumbai mendarat 8.35 malam.

Bagi Hassan, sekiranya kerajaan tidak serius menguatkuasakan larangan penerbangan maka tidak mustahil virus baharu Covid yang lebih ganas akan menyebar dari India ke Malaysia.

"Penjelasan dari Menteri Ismail Sabri Yacob adalah penting untuk meredakan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan penularan varian baharu Covid-19 dari India ke negara ini," katanya lagi.

Pada 26 April lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri dalam kenyataannya berkata, mana-mana pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit dilarang memasuki Malaysia.

Turut dikenakan sekatan ialah pekerja asing dari India yang mempunyai pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang masih sah laku, pelajar warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa.

Prosedur sama terpakai untuk bukan warganegara yang merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia.

Sebelum ini, akibat penerbangan masuk dari India yang tidak disekat, Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari negara itu dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya memaklumkan mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara, KLIA.