[[LIVE]] 25.4.2021 Seperti yang diduga. UMNO masih tidak ada telor.
[[LIVE]] 25.4.2021 Seperti yang diduga. UMNO masih tidak ada telor. Gagal tarik diri dari PN dan sekadar bersandiwara. Pemilihan Parti UMNO bakal jadi titik mati Zahid Hamidi. 2690 kes baru. 100 hari darurat 11 hari paras lebih 2000. KWAN adalah wang amanah untuk pelaburan masa depan. Di mana bajet 3 billion vaksin?
SELEPAS BERBELANJA SAKAN, PECAH TABUNG ANAK-ANAK
Mengulas mengenai kenyataan media Menteri Undang-Undang, Dato' Takiyuddin Hassan, pada 20 April 2021, Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin, berkata beliau tidak pasti sama ada tindakan Kerajaan TEBUK ATAP ini mampu meyakinkan rakyat atau makin menambahkan lagi kebencian rakyat.
“Saya juga tidak begitu pasti adakah kenyataan itu berpotensi untuk dilabelkan sebagai "lawak jenaka teristimewa abad ini,” sindirnya.
CEK HAID PELAJAR KERJA BODOH
NORMAN RADZUAN
Kenapa suka mencari keaiban org...
CEK HAID PELAJAR KERJA BODOH
Rupanya bukan satu kes tapi terlalu banyak kes dan sudah puluhan
tahun ia berlaku apabila ada guru yg cek haid pelajar utk mengelak pelajar
tersebut tidak solat. Lalu seorang pemuda menulis tweet dan bertanya apa
cadangan utk mengelak pelajar perempuan menipu? Lalu saya ingin bertanya untuk
apa disibukkan... nak tahu kaedah bagaimana ada caranya di penghujung artikel
nanti.
Suka menyibuk hal org memang itulah style org kita. Sebab itulah
kisah gosip di negara kita ini cukup laku. Artis mahu bercinta dgn siapa,
kenapa dia putus cinta, artis berkahwin dan bercerai semua dia mahu ambil tahu
dan diperbualkan sehingga ada artis merasakan privacy mereka telah diganggu.
Apa dia sibuk pasal artis tu kita pun tak faham... jenis2 macam ni lah senang
ditipu dgn 'zikir' Dap.
Niat guru itu bagus tapi caranya tak betul. Saya beri contoh ada
kes seorang kawan perempuan mengadu dia kecewa apabila sering disindir oleh
kawannya kerana tidak bertudung. Walaupun niat kawannya itu betul tapi memaksa
dan mengaibkan dia dgn kawan2 yg lain itu tidak betul. Sdgkan dulu katanya
mereka juga tidak bertudung.
Kita nak dakwah kena belajar tertibnya. Sb itu saya kata
keluarlah 3 hari. Kita tak boleh main paksa org. Kita kena ingat mungkin ada
antara kita waktu muda dulu pun tidak solat dan wanita tidak menutup aurat. Ada
para pendakwah atau org2 alim dtg mengherdik kita dgn cacian atau sindiran
hingga kita berasa aib? Kalau ada org itu bukan pendakwah.
Saya ada kawan yg bila saya pulang ke Semenanjung dahulu sering
ikut saya ke sana sini. Dia tahu saya masa itu agresif ikut jamaah tapi dia
senang dgn saya yg tidak memaksa apatah lagi kami kenalan lama. Jika tidak
sudah tentu dia serik utk ikut saya ke sana sini.
Selalu saya singgah di masjid tapi dia tidak turun dari kereta.
Saya tidak pernah paksa dirinya utk ikut saya solat... cukup sekadar jom solat.
Tapi bila dia tidak mahu kita mahu buat bagaimana? Sekadar doakan sahaja dia
dpt hidayah.
Begitu juga dulu apabila rakan krew MAS dtg ke KK dan menemui
saya dan kebanyakkan mereka tidak bertudung dan bergaya tetapi saya rasa mereka
selesa berborak dgn saya walaupun selalunya saya dtg bertemu mereka dgn
berjubah dan kopiah kerana baru pulang dari masjid. Bukan nak cerita saya ni
bagus sb dosa atau keaiban saya Allah tutup tapi nak beritahu saya belajar
tertib dakwah tu utk membuat sesiapa sahaja selesa dgn kita dan tidak
mengaibkan sesiapa.
Tentang guru atau bro yg menulis di tweet tu nak tahu murid
tidak mahu solat... apa salahnya ambil date dia tidak solat. Paling lama
seminggu dia tidak akn solat. Jika berpanjangan tidak solat maklumkan sahaja
kpd ibu bapa mereka.. mungkin pelajar itu sakit haid berpanjangan.
Tanggungjawab kita dah selesai. Jgn sibuk sampai nak melihat darah haid ada
meraba kemaluan pelajar terbabit.
Adakah anda tidak merasakan ia seperti membuka keaiban pelajar
tersebut? Tugas kita dkt dunia bukan membuka keaiban seseorang. Tugas kita
menutup keaiban seseorang.
Kadang2 guru atau org agama ini nakal atau alim tak bertempat.
Bila report pasal ada org bermaksiat tak sampai 10 minit laju je 4-5 org
berkumpul nak serbu sambil ambil video. Kalau report org nak minta bantuan
zakat dan lain2 ( asalkan bantuan ) berminggu atau berbulan baru depa dtg nak
selesai.
Buat guru2 tu lebih bagus cari keperluan pelajar utk
pembelajaran. Itu jauh lebih berfaedah utk pelajar2 tersebut. Kalau dia malas
solat report sahaja pada ibu bapa mereka. Tugas kita dakwah pelajar tu dosa
besar tak solat, berdosa menipu....Jgn ambil tugas malaikat nak catit kesalahan
org sampai mengaibkan mereka.
INI FUNGSI PAYUNG
MOHD MUFIZ II
Serius aku dengki tengok payung dia. Payung yang betul-betul
menepati fungsi. Cukup-cukuplah dengan payung yang setakat jaga kepala.
Kaki meredah lecak, terkadang terkena percikan air dalam lopak
yang dilanggar kenderaan lain. Paling malang, kaki masuk lecak akibat kepala
fikirkan perkara lain masa berjalan. Tak tumpu perhatian.
#DengkiKe? Yes
aku dengki. How I wish I can have this kind of payung satu hari nanti.
.
PATUT TAK SIMPAN DIA LAMA LAMA...KALAU SETI A TAK KENA PUNGGAI LA DENGAN BOTOI
Penyokong bagi tahu lama dah...jangan simpan pengkhianat dalam parti....jangan sampai "dah
tergantuk baru tergadah"...sampai orang
punggai botoi air pun simpan lagi???
Buang pengkhianat dari parti. Parti tak rugi buang orang macam
Tian Chua...sungguh !!
KITA TENGOK MENTERI AGAMA NI NAK LANTIK SAPA PULAK
Panas! Menteri Agama tamatkan kontrak CEO Tabung Haji
April 25, 2021
Khabar duka melanda.
Idola perakaunan dan pakar kewangan korporat Islam, serta insan yang tak lokek belanja minum anak muda dan titipkan kata hikmah, Tuan Nik Hasyudeen bakal ditamatkan perkhidmatan sebagai CEO Tabung Haji oleh Menteri Agama.
Benih baik dicampak ke laut akan jadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung.
Tabung Haji hanyalah persinggahan dan lebih merupakan tanggungjawab sosial Tuan Nik Hasyudeen kepada agama dan negara.
Didoakan Tuan Nik Hasyudeen sekeluarga sentiasa dirahmati Allah Taala dan digantikan ganjaran lebih baik dunia dan akhirat.
TUUU DIA, PATUT KULI PANGGE JALANG....
Pas mengaku sanggup main 10 kolam
April 25, 2021
Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khiruddin menjelaskan soalan mengenai PAS ‘bermain dua kolam’ dengan menyertai gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.
“Dahulu saya jawab secara teknikal. Sekarang kalau main 10 kolam sekali pun demi penyatuan ummah saya akan buat.
“Penyatuan ummah bukan hak eksklusif PAS dan Umno, ia juga melibatkan NGO, NGI serta parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem.
“Kalau selepas ini saya bekerjasama dengan MCA macam mana? Kalau saya jumpa pula dengan NGO Muslim yang kuat, satu kolam lagi,” katanya ketika ditanya pada wawancara Sinar Harian, terbit hari ini.
Umno telah memutuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik PRU15 bermula.
Pendirian ini menimbulkan tanda tanya kepada PAS yang didakwa masih bersama Umno dengan MN dan pada masa sama menjadi sebahagian parti komponen PN.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rundingan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan Umno bukan dihentikan tetapi ditangguh.
Jelasnya, PAS buat masa ini hanya membincangkan perkara berkenaan dengan Bersatu.
Abdul Hadi juga berkata Umno perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.
Sementara itu, Khairil Nizam juga berkata soal penyatuan kini bukan lagi hak milik Umno dan PAS.
“Ini adalah milik hak umat Islam dan hak orang bukan Islam yang tidak ekstrem yang mahukan kepada penyatuan rakyat,” jelasnya pada wawancara Sinar Harian.
Selaku pemimpin Pemuda PN, dia juga ditanya sekiranya gabungan itu boleh mencapai kemenangan pada PRU akan datang.
Menjawab soalan itu, Khairil mengulangi penegasannya bahawa perkara yang paling penting sekali ialah mewujudkan satu kesatuan ummah yang bukan hak milik eksklusif PAS dan juga Umno
“Jadi, kalau Umno kata dia tidak mahu bersama dengan kerajaan PN, kami pun terfikir kalau dah bubar parlimen esok, menteri-menteri Umno buat apa?
“Jadi saya rasa mengenai rumah tangga mereka (Umno), biarlah mereka selesaikan dahulu. Kita di peringkat PN ini, perlu terus mencari sokongan.
“Mana-mana yang minat bersama dengan PN, hendak menyokong silakan. Tapi mereka bukannya ahli PN. Terbaru, parti Gerakan telah bersama kita,” katanya lagi.
PEEEEEGEDAH...JAGA PARTI SENDIRI DULU
Panas! Pemuda PKR kecam Syed Saddiq, terjahan terhadap Anwar mirip ‘laskar murahan PN’
April 25, 2021
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syukri Razab menyifatkan kenyataan bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai “pramatang dan dangkal.”
Syukri merujuk dakwaan Syed Saddiq mengenai kerjasama Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menurutnya mirip serangan ‘laskar murahan PN.’
Jelas Syukri, ini kerana Anwar telah berkali-kali menafikan kerjasama partinya bersama pemimpin kleptokrat Umno.
“AMK merasakan terjahan Syed Saddiq terhadap Anwar ini amat pramatang dan dangkal setelah Anwar berulang kali menyatakan bahawa tidak wujud sebarang usaha rasmi seperti yang didakwa.
“Secara terbuka juga presiden PKR telah menegaskan bahawa yang ada hanyalah sekadar pertemuan-pertemuan tidak rasmi bersama kepimpinan daripada pelbagai parti dalam rangka usaha Pakatan Harapan mengambil alih semula tampuk kepimpinan kerajaan daripada kerajaan pintu belakang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Syed Saddiq yang juga merupakan pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menegaskan keenganan pihaknya untuk bekerjasama dengan Anwar sekiranya anggota parlimen Port Dickson itu benar-benar menjalinkan kerjasama bersama Umno.
Tambah wakil rakyat Muar itu, dia tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kleptokrasi.
Sementara itu, Syukri turut mempersoalkan ‘serangan’ Syed Saddiq terhadap Anwar, dengan mendakwa ia seakan mirip gesaan yang diucapkan oleh beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN).
“Nada kenyataan Syed Saddiq ini juga sangat seiring dengan kenyataan beberapa pemimpin PN yang cuba menyerang Anwar melalui isu yang sama.
“AMK percaya ini adalah langkah terdesak untuk menggagalkan usaha Anwar membentuk semula kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya dengan menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak menjadi jurucakap PN dengan membuat dakwaan yang tidak berasas.
Selain itu, AMK juga menyindir Syed Saddiq agar kekal komited menolak sebarang kleptokrasi, merujuk kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Setelah apa yang didedahkan oleh Liew Chin Tong baru-baru ini mengenai sikap Mahathir semasa menjadi perdana menteri selama 22 bulan, tidak kedengaran suara Syed Saddiq dalam menegur atau menyerang Mahathir.
“Hanya kerana Mahathir tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah, tidak bermakna sejarah pentadbirannya yang dikotori dengan pelbagai pencabulan demokrasi boleh dipadamkan begitu sahaja,” jelasnya.
Sebelum ini, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendedahkan kesahihan surat sokongan Umno terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri yang ditandatangani Ahmad Zahid dan Najib.
Spekulasi mengenai kerjasama Umno-PKR itu kembali dibangkitkan setelah tular audio perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid.
Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.
Kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan namun setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mereka.
Isu klip audio ini juga dijangka dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok.
SUKUK 101.KAUFAHAM KA TIDAK NI LEBAI ?
SUKUK 101
SUKUK adalah hutang. Ingat tu. Nak buat hutang senang. Janji ada cagaran, dah boleh buat hutang.
Bila berhutang, wajib bayar hutang + bunga. Bunga sukuk dipanggil coupon. Di hujung tempoh sukuk, wajib bagi balik pokok hutang tu tadi. Simple kan?
Kenapa kena buat sukuk? Sebab tak de duit. Nak pakai duit. Kenapa tak pinjam bank? Kalau pinjam bank, bunga lagi tinggi. Kenapa tak pinjam kat Indonesia, Brunei, Arab Saudi? Kalau depa bagi pinjam, buat apa nak isu sukuk lagi.
Apa beza sukuk dengan bond? Sukuk arab, bond omputih. Tu aje. Kalau antum mau beli sukuk pun boleh PM ana. Setahun 6.00% - 6.85". Spread kecil, fee termurah di pasaran. Siap ada stepped up maximum 15% setahun lagi.
Jadi, apa yg sampai ucap tahniah tu? Tambah hutang pun ucap tahniah. Mcm ucap tahniah kat orang baru keluar tandas. Tahniah ya kerana berjaya berak, gitu.
Good morning frenzzzz.
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Perunding Sukuk Bertauliah
MUSUH SEBENAR UMNO UNTUK KEMBALI BERKUASA BUKANLAH BERSATU….
Selaku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kini memikul beban serta tanggungjawab paling besar dalam sejarah parti itu.
Dibahunya terpikul tugas untuk memastikan UMNO kembali berkuasa setelah ia ditewaskan buat pertama kali pada PRU14 lalu.
Berbanding Presiden UMNO sebelum ini yang hanya bertanggungjawab mengekalkan kemenangan dan mempertahankan kuasa, inilah kali pertama seorang peneraju parti itu perlu memikul beban menebus kembali kuasa yang telah hilang.
Lebih-lebih lagi, berikutan akar umbi telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, walaupun UMNO kini berada dalam kerajaan PN, ia juga harus menghadapi PRU15 akan datang dengan kedudukan sebagai pembangkang.
Maka, tugas dan tanggungjawab beliau adalah paling berat berbanding semua Presiden UMNO sebelum ini yang juga pada waktu yang sama turut memegang jawatan Perdana Menteri.
Zahid Hamidi pula sudahlah tugasnya paling berat, beliau juga tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Untuk itu, mampukah tugas tersebut dipikul Zahid Hamidi dan bolehkah UMNO kembali berkuasa semula di bawah kepimpinannya?
Realitinya, bukanlah mustahil untuk UMNO mampu merebut kembali kuasanya yang hilang itu, tetapi yang pertama sekali, ia harus lebih dulu memastikan dirinya benar-benar bersih daripada segi dalamannya sebelum berhadapan musuh yang sebenar.
Walaupun musuh yang bakal dihadapinya dalam PRU15 ialah Bersatu bersama PN serta PH, tetapi musuh sebenar dan lebih besar adalah kluster menteri yang ada dalam UMNO sendiri sekarang ini.
Sejak PAU2020 memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan wakil UMNO diputuskan akan keluar daripada kerajaan pada suatu masa yang belum ditetapkan, sebahagian pemimpin kluster menteri kemudiannya didapati jadi macam cacing kepanasan dibuatnya.
Kelemahan UMNO yang paling ketara di sini ialah di sebalik ketetapan putus hubungan dengan Bersatu telah dipersetujui, tetapi tiada tarikh khusus keluar daripada kerajaan diputuskan bersekali dengannya.
Itulah yang mendorong sebahagian pemimpin kluster menteri tampil menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan dengan andaian kepimpinan Zahid Hamidi menerajui UMNO kononnya tidak stabil serta sedang dipertikaikan.
Jika dalam PAU lalu, bersama dengan ketetapan putus hubungan yang telah dipersetujui akar umbi, ia turut disertakan dengan penetapan keluar kerajaan dengan segera, pasti kluster menteri tiada alasan lagi untuk bercakap tentang keperluan pemilihan UMNO perlu disegerakan.
Ternampak bahawa desakan agar pemilihan UMNO disegerakan itu lebih bertujuan untuk mengubah ketetapan PAU2020 dengan berselindung di sebalik alasan kepimpinan Zahid Hamidi tidak stabil dan sedang dipertikaikan.
Tidakkah Zahid Hamidi sebenarnya telah diberi sokongan dan mandat penuh pada PAU baru-baru ini?
Yang nyata, yang menyebabkan UMNO kelihatan tidak stabil dan mereka mempertikai kepimpinan Zahid Hamidi adalah daripada kluster menteri atau kalangan yang diketahui dekat dengan mereka saja.
Selagi kluster menteri ini tidak dibersihkan, selagi itulah UMNO akan berhadapan masalah besar untuk menang pada PRU15 akan datang.
Ini kerana sebahagian kluster menteri itunbukan mahukan UMNO kembali berkuasa sebagaimana dimahukan akar umbi atau pemimpin yang setia kepada parti, sebaliknya mereka lebih mahukan Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin kekal menerajui kuasa, sambil harapan lebih utama ialah mengekalkan kedudukan mereka sebagai menteri.
Dengan mandat akar umbi di belakangnya, Zahid Hamidi tidak harus bertangguh lagi daripada membawa UMNO keluar meninggalkan kerajaan dengan segera.
Tidak ada kompromi lagi bagi beliau berbuat demikian dalam mesyuarat MT petang ini jika hasrat akar umbi mahu UMNO kembali berkuasa benar-benar ingin direalisasikan.
Melalui keputusan tersebut, selain kedudukan kluster menteri dapat dikenalpasti sama ada sebahagian atau semuanya atau pengikut mereka masih setia kepada UMNO atau ada yang mahu bersama Bersatu, UMNO dengan sendirinya selepas itu tiada lagi kluster musuh dalam selimut di dalamnya.
Kluster mahkamah dalam UMNO adalah musuh bagi Bersatu, tetapi musuh yang perlu dibersihkan dalam UMNO ialah sebahagian kluster menteri yang berjiwa Bersatu.
Dengan itu, bersama semangat akar umbi yang tentunya akan membuak-buak untuk kembali berkuasa, UMNO akan lebih mudah menghadapi musuh di luar selimutnya dalam PRU15 nanti.. (ShahbudinHusin 25/04/2021)
Kenapa guna dana KWAN jika kerajaan buat pinjaman RM85 bilion, soal Najib
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak mempersoalkan kenapa kerajaan mahu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) selepas membuat pinjaman berjumlah RM85 bilion, selain mendapat hasil daripada penjualan beberapa aset negara.
Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah kerajaan menggunakan peruntukan Belanjawan 2021 berjumlah RM3 bilion yang diluluskan untuk pembelian vaksin.
“Kenapa masih perlu kikis tabung simpanan masa depan negara jika sudah meminjam RM85 bilion dan menjual banyak aset dalam tempoh 4 bulan sejak permulaan tahun.
“Ke mana perginya peruntukan asal RM3 bilion diluluskan dalam Belanjawan 2021 yang kerajaan kata sudah cukup untuk membeli vaksin untuk 85% penduduk,” katanya di Facebook.
Najib merujuk kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa penggunaan dana KWAN adalah sama seperti pengeluaran simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan.
“Ada bezanya. Rakyat biasa tak pinjam sekitar RM85 bilion (termasuk RM5.4 bilion pinjaman asing melalui Sukuk Hijau yang dibuat minggu lepas) dalam tempoh empat bulan sejak perintah darurat bermula,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, jawapan kerajaan PN mengenai penggunaan dana KWAN juga tidak menjawab persoalan utama.
Katanya, antara lain beliau juga mempersoalkan peruntukan tambahan RM2 bilion yang menjadikan jumlah dana bagi pembelian vaksin adalah sebanyak RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.
Semalam Wan Saiful berkata, penggunaan dana KWAN adalah sama seperti pengeluaran simpanan KWSP.
Beliau meminta masyarakat supaya berhati-hati dalam membaca komen-komen daripada “kluster merungut” berhubung langkah kerajaan membenarkan pengeluaran dana KWAN.
Katanya berkata, bantahan daripada kluster yang diketuai oleh ahli politik itu dilihat tidak konsisten dengan kenyataan mereka sebelum ini.
Kerajaan PN belanja RM600 bilion, hutang negara akan menggunung - Azan
\
Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan
Perikatan Nasional telah membelanjakan RM600 bilion dalam lebih setahun
menangani Covid 19 dijangka akan menyebabkan ekonomi negara bertambah tenat
pada masa hadapan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, belum pernah dalam sejarah kerajaan berbelanja sebegitu besar namun hasilnya negatif manakala kes Covid 19 dan ekonomi tetap juga tidak menentu.
"Perbelanjaan RM600 bilion dalam masa setahun ini mencatat sejarah kerana sejak merdeka tidak pernah ada perbelanjaan begini besar
"Belanjawan RM300 bilion dan untuk menangani Covid ditambah pula RM300 bilion lagi.
"Kerajaan tebuk atap dengan pintu belakang ini memang tidak boleh diharap mengurus ekonomi kerana baru 4 bulan dalam tahun 2021 perlu minta lagi peruntukan tambahan (untuk membeli vaksin).
"Tetapi kesan besar ke atas ekonomi tidak nampak. Harga barang tetap mahal, rakyat tetap susah. Pengangguran meningkat, peluang pekerjaan tidak boleh dicipta
"Rasanya RM600 bilion itu kalau ditambah RM400 bilion lagi pun tidak akan jadi apa (dengan kelemahan yang ada)," katanya.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan ucapan Muhyiddin bahawa kerajaan beliau telah membelanjakan sekitar RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan.
Bagaimanapun Muhyiddin tidak menyebut secara spesifik tahun dan untuk kegunaan apa wang sebanyak itu dibelanjakan.
Pembangkang serta pimpinan Umno menyerang beliau dan meminta butiran lanjut mengenai perbelanjaan berkenaan sama ada digunakan dengan cara yang betul atau wujud penyelewengan.
Bagi Azan, apa yang pasti hutang negara akan bertambah tinggi dengan cara berbelanja boros pentadbiran Muhyiddin tersebut.
"Dengan sedia ada hutang negara RM1 trilion, dia akan mencapai kadar yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia. Mungkin hutang kita bertambah secara drastik menjelang hujung tahun.
"Mungkin hutang negara akan meningkat kepada hampir RM 2 trilion siapa tahu," katanya lagi.
Saifuddin Nasution beri sumbangan, ziarah warga Kulim Bandar Baharu
POSTED BY AMIR WRLR
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan Ziarah Kasih Ramadan bagi menyantuni penduduk Kulim Bandar Baharu selaku Ahli Parlimen di kawasan itu.
Beliau memulakan ziarah pada waktu pagi di Junjong sebelum bergerak ke Sedim.
Pada waktu tengah hari, Saifuddin singgah di Kuil Ladang Batu Lintang bagi menyampaikan sedikit sumbangan, sebelum menghala ke Taman Kelisa Emas dan sempat menziarahi beberapa orang pesakit yang terlantar.
Ziarahnya berakhir di Kg Sri Bongsu, Gunung Bongsu dengan memberikan sumbangan dan turut berbuka puasa bersama masyarakat di kampung itu.
"Semoga sedikit sumbangan barangan keperluan asas ini dapat meringankan beban kepada mereka yang terkesan dengan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
"Insya-Allah bekalan barangan ini akan berterusan dan digerakkan setiap hari di seluruh Parlimen Kulim Bandar Baharu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita," katanya.
Pemuda Perikatan Nasional mengadakan mesyuarat pertama tanpa UMNO di Perak
April 25, 2021
MESYUARAT RASMI PEMUDA PERIKATAN NASIONAL NEGERI PERAK
24 April 2021 | 12 Ramadhan 1442H
Ini merupakan mesyuarat rasmi kali pertama Pemuda Perikatan Nasional peringkat Negeri Perak melibatkan Dewan Pemuda PAS Perak, ARMADA Bersatu dan Pemuda GERAKAN.
Mesyuarat diadakan pada jam 5.00 petang dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa ini sangat santai dan diadakan dalam suasana penuh mahabbah.
Bermacam agenda kebajikan dan politik dibincangkan sehingga memuktamadkan satu program besar melibat 3 parti yang akan dilaksanakan dibawah payung Pemuda Perikatan Nasional Negeri Perak. InshaAllah akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada delegasi dari ARMADA Bersatu dan Pemuda GERAKAN yang sudi berkunjung di Markaz PAS Kawasan Gopeng. Sebuah markaz yang diusaha hasil jerih perih wang dan kudrat ahli-ahli Pas Kawasan Gopeng.
Ini merupakan pertemuan kali ke-2 atau ke-3 jika secara tidak rasmi samada di pejabat atau lapangan, dan mungkin lebih. Alhamdulillah pertemuan berjalan dengan penuh rasa ukhuwwah dan hormat menghormati.
Semoga ukhuwwah kita berpanjangan.
Dewan Pemuda Pas Negeri Perak
KENYATAAN PERMOHONAN MAAF DARI MAMAT YANG BODO PIANG.
LIM SAM
Hari raya dah tak lama lagi,kalau kita ada buat salah dengan seseorang,tapi kita malu atau takut nak jumpa dia untuk minta maaf,kita boleh minta maaf melalui suratkhabar.
Contohnya macam ni
Saya cuma kongsi ilmu je..
NAK SALAHKAN SIAPA HARGA BARANG NAIK ?
BOB KELANANG.
Salah siapa sebenarnya dalam kes kenaikan harga barangan
termasuklah harga ayam... melampau sungguh kenaikan harganya...
PAS pun sekarang dah bisu...APA KATA SALAHKAN HAJI HADI....Dia pernah kata nak selesaikan masaalah hanya Islam boleh selesai dan Pas boleh selesai.Ka macamana?
ANTARA DENDAM MAHATHIR,RATIP HADI TERHADAP DAP,DAN PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT MISKIN....
HAFIZ ISMAIL
Mahathir dia berjuang kerana marahkan Anwar dan Najib
(MalaysianGazette). Hadi 'ratib' Dap Dap Dap. Anwar dok 'ratib' org miskin-miskin dibibirnya daripada bergelar Mahasiswa hinggalah hari ini,fikirlah pejuangan
mana yang benar. Sebab itu saya ikut berjuang denagn Anwar...saya yakin pilihan saya
tepat.
Anwar tak pernah dibibirnya ratib nama Mahathir walaupun dia
diaibkan paling hina sebagai orang politik. Ada Anwar ratib nama PAS... walaupun
PAS meninggalkannya. Malah dia telah menyelamatkan UMNO dari diharamkan
beberapa tahun lalu.
'Anwar selalu kata kita tak mahu toleh ke belakang. Isu bukan
nasib dirinya tapi nasib rakyat.' Dia berjuang bukan atas dasar dendam
peribadi.. dia berjuang hanya kerana nak bantu orang miskin atas sikap
diskriminasi, pembulian kepada orang-orang seperti kita.
Bagi yang rajin ratip dap..dap , kini bila sampai masa jadi pemerintah, satu hapa pun tak boleh buat..janji juga islam itu adil, orang melihat islam pun bercakap bohong. Mana kan tidaknya. Janji hudud puluhan tahun, senyap, undang undang RUU355 pun dah jadi basi. Kini sehgalanya halal belaka.Sampaikan iklan judi dan juga cabutan kerajaan yang di hina dulunya PH, kini bila berkuasa pun bukan sahaja nak halang, nak tegur pun jadi setan bisu. Banyak lagi kalau nak cerita perangai lebai Pas ni..rasanya rakyat dah faham, cumanya walaun walaun saja yang perasan mereka membawa Islam di Malaysia, tapi bangsa lain lihat pak lebai ni sama saja , sebab kaki pembohong besar belaka. Tak tolak dunia , tapi kaut juga keuntungan dunia dengan menjaja nama islam.
Mahathir ula jangan cerita lah, siapa tak kenal, pengkhianat nombor satu ini dendam dia dan ketakutan dia mudah sangat rakyat faham. Asal saja sebut nama Anwar..saka ni akan kecut teloq dan mula naik meroyan. Takut dia kepada anwar ni , bukan sikit sikit...ditakdirkanlah anwar naik..dia sahih cabut, atau pun jadi pengkritik no wahid. Kritik tak salah , tapi kalau percaya pada si tua ni memang silap. Apa rahsia Mahathir yang Anwar tidak tahu??? silap silap dia juga akan ulang alik ke mahkamah....
DAGING TEMPATAN MAHAL KERANA INDUSTRI PENTERNAKAN TERABAI
Daging tempatan mahal kerana industri penternakan terabai
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak melakukan reformasi dalam industri penternakan negara.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus menangani isu harga barangan keperluan, khususnya daging tempatan yang makin meningkat permintaannya secara menyeluruh dan merupakan hidangan utama pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya AidilAdha.
“Menurut Laporan Kajian Pasaran Sektor Makanan 2019 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kadar sara diri daging lembu Malaysia pada 2018 pada kadar yang rendah sekitar 22% kerana kekurangan pengeluaran daging lembu tempatan. Oleh yang demikian, Malaysia terpaksa memenuhi keperluan daging lembu dalam negara melalui sumber pengimportan yang terhad.
“Keikhlasan kerajaan Muhyiddin dalam usaha ini sangat meragukan jika kita merujuk kepada Laporan Bajet MAFI 2021 mukasurat 13, di bawah Kod 22500, Projek Lembu Pedaging yang menunjukkan kerajaan hanya membelanjakan RM100 daripada baki jumlah harga projek RM 8,134,000 pada tahun 2020. Ia terbukti bahawa projek tersebut sudah terbengkalai pada tahun berkenaan.
“Kerajaan sewajarnya tidak mempunyai alasan lagi untuk melengahkan pelaksanaan reformasi dalam sektor ruminan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mantan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu lagi, kerajaan Muhyiddin perlu mengambil kira cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam laporan yang sama iaitu memecahkan oligopoli dalam kalangan pengeksport daging lembu dengan memperbanyak pusat sembelih yang layak supaya meningkatkan persaingan pengusaha, sekaligus memastikan kualiti daging terjamin.
“Pada masa yang sama, kerajaan Muhyiddin harus mengaktifkan kembali tanah ternakan kerajaan dan kemudahan jabatan yang terbiar atau yang tidak dioptimakan penggunaanya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan.
“Contohnya, kerajaan mempunyai beribu ekar tanah di Projek Pertanian Moden Kluang dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan seluruh negara yang belum mencapai tahap penggunaan yang optimum.
“Demi menggalakkan industri ternakan ruminan tempatan, kerajaan juga boleh menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri atau pembekal perkhidmatan utiliti dengan menawarkan tanah seperti rizab rintis TNB, tanah rizab di permukaan laluan paip gas dan rizab JPS tepi sungai bagi kegunaan tanaman makanan ternakan (napier atau jagung),” katanya lagi.
Sehubungan itu menggesa agar Kerajaan Muhyiddin melaksanakan reformasi besar-besaran dalam sektor ruminan yang telah dicadangkan sejak sekian lama.