KULI HENTAM ANWAR..TAPI ANWAR JAWAB APA SOALAN YANG DI TANYA...KULI PUN TAK MALU JUGA TAWAR DIRI SENDIRI NAK JADI PM
ANWAR MENIPU? APA MASALAH KALAU ANWAR MENIPU ISU AUDIO? MAHU LAWAN PENIPU KENA TIPU PENIPU....
Rakaman audio sahih! Saya bekas setiausaha sulit Anwar, kata Azmin
Apa sangat la anwar kalau pun dia menipu bab audio tu....
Nik Beduh pun pernah tak ngaku suara dia...last-last ngaku juga
tapi lebai hadi sucikan dia dengan fatwa " boleh menipu demi parti".
Hahaha...
Tapi, paling best, menipu syarie. Contohnya, Dap menyekat hudud
dan RUU 355. Nah...sekarang kerajaan tebuk atap tanpa Dap dan lebai jadi
menteri. Mana RUU 355? Hudud jauh lagi la. Hahaha...itulah menipu syarie
namanya...
Apa la sangat audio Anwar dan Zahid...hanya sembang politik
kosong dan Zahid mengaku Anwar guru dia...salah? Anwar tak sebut pun dia guru Zahid...hahaha...
Lain la..kalah audio itu sembang pasal sogokan jawatan
menteri..jawatan dalam GLC dan sebagainya macam si Muhyiddin tawarkan dalam
satu audionya....itu rasuah beb...takkan lebai sokong rasuah? Hahaha...
Lain la kalau klip video semburit...itu lagi serius beb
berbanding audio Anwar dan Zahid. Video semburit tu salah seorang pelakunya
dikatakan oleh Haziq adalah salah seorang menteri kanan dalam kerajaan tebuk
atap sekarang...takkan lebai sokong semburit kot? Hahaha...
Isu audio Anwar dan Zahid itu hanya untuk alih perhatian kes
audio Muhyiddin dan video semburit. Selain itu, untuk alih perhatian tentang
kegagalan kerajaan tebuk atap sekarang ini yang masih gagal buktikan ada
majoriti sokongan di parlimen. Itu saja. So, kita jangan jadi bodo macam
walauncai dan JKOM.
WFAUZDIN NS
PAS MAIN DUA KOLAM DI PAHANG, UMNO PULA TERPINGGIR
Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional di Kuala Rompin, Pahang
semalam, jelas menunjukkan Pas bersama Bersatu dan PN. Dalam masa yang sama,
baru-baru ini MB Pahang nyatakan di Pahang kukuhnya Muafakat Nasional antara Umno
dan Pas.
Seperti biasa, Pas jenis makan keliling. Main dua kolam asalkan
mereka untung. Mereka tak peduli perasaan dan hati kawan-kawan. Parti yang sering
jual agama ini akan berkawan dengan pengkhianat mandat rakyat kalau dapat
jawatan di Pusat. Di Pahang, demi mahu jaga Kerusi mereka, mereka kata mereka
kawan Umno kerana takut Umno langgar Kerusi yg mereka menangi sekarang. Pas tahu
Umno begitu marah dengan Bersatu atau PN, tetapi lebai buat pekak saja asalkan
kerusi mereka terjamin.
Ertinya, di Pusat mereka untung, di negeri pun mereka untung.
Simpati dengan Umno, yang pemimpin mereka ditekan dan dibuli oleh Bersatu, tapi
rakan mereka Pas tidak rasa bersalah pun untuk bersama Bersatu. Itulah nilai
persahabatan dengan parti lebai ini.
Keadilan sudah masak berkawan dengan Pas. Umno akan kenal Pas
suatu hari nanti....
WFAUZDIN NS
GAMBAR-GAMBAR : NURUL RASMIKAN BENGKEL PEMBANGGUNAN WANITA PULAU PINANG
NURUL IZZAH DAN DR NORLELA ADUN PENANTI
Merasmikan Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita 2021
Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga & Sidang Wanita 2020 di Hotel
Ixora pagi tadi.
Saya menekankan peranan pemimpin wanita dalam komuniti kerana
mereka lah yang akan menjadi mata dan telinga bagi mengenalpasti keperluan
masyarakat setempat dan bekerjasama bagi mencapai muafakat dalam merancang dan
melaksanakan program pembangunan.
Harapan saya, mereka mengambil peluang melalui platfom ini untuk
mempertingkatkan potensi diri demi memperkasakan agenda wanita. Terima kasih
dan syabas
Penang Women's
Development Corporation-PWDC
di atas pengajuran bengkel ini!
HA..HA... SEMBURIT NAK BUKTIKAN APA SEBENARNYA ?
WOiii jEMIN...HA.AHA////apa hal kau melalak nih...kau ingat orang PKR bodo kah...tak yah la....kalau pun dia sembang dengan Zahid..apa hal? tidak ada pun pengkhianatan seperti yang kau lakukan terhadap pimpinan kamu selama ini. Sejarah telah membuktkan bahawa kau adalah pengkhianat dengan mengenepikan pimpinan Wan Azizah satu ketika dulu, kau tidak endah pun arahan presiden. malah kau langgar Presiden sendiri kerana kamu tamakkan kuasa.
SELAIN IBRAHIM ALI...RAMAI LAGI DIJANGKA BERTANDING DI GOMBAK...AWAS TAKTIK INI
Panas! Selepas Ezam, Ibrahim Ali umum lawan Azmin di Gombak
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak yang kini dipegang oleh Mohamed Azmin Ali atau kerusi di Kelantan.
Ibrahim bertanding dalam lapan pilihan raya terakhir di Pasir Mas, dengan berjaya mencatat kemenangan tiga kali iaitu pada tahun 1986, 1990 dan 2008.
Dia mengatakan bahawa Putra tidak akan bergabung dengan mana-mana gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sejajar dengan konsep parti itu yang tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu.
Namun, Ibrahim menambah bahawa Putra terbuka untuk bekerja dengan pihak yang memiliki mandat untuk membentuk kerajaan jika sokongan mereka diperlukan, asalkan kerjasama itu dapat membantu perjuangan Putra.
“… untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.
“Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya seperti dilapor Bernama selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.
Ibrahim berkata Putra berhasrat untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.
Dia juga mengesahkan bahawa dia akan bertanding pada PRU dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau salah satu kerusi Parlimen di Kelantan.
Sementara itu Utusan melaporkan bahawa Abdul Rani Kulup, telah bergabung dengan Putra dan akan bertanding di kerusi Bandar Tun Razak.
Abdul Rani, yang merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk bergabung dengan parti politik itu setelah 22 tahun berjuang untuk membawa suara rakyat melalui platform organisasi bukan kerajaan (NGO).
“Selama ini saya berjuang, bersuara di depan balai polis, saya menyuarakan masalah rakyat dengan cara report polis hingga orang gelar saya ‘raja report’.
“Saya mahu melibatkan diri dalam politik sebab saya nak kuasa, kalau tak ada kuasa apa pun tak boleh buat. Jadi andai kata saya masuk politik dalam PRU-15, sokonglah saya.
“Ini peluang saya nak ubah landskap politik tanah air, beri saya peluang ke Parlimen supaya saya boleh bersuara demi agama, bangsa,” katanya.
NURUL LAWAT WARGA EMAS PERMATANG PAUH
Rutin di #PermatangPauh,
meneruskan ziarahan kasih buat Makcik Pah di Mukim 4. Alhamdulillah, cucu-cucu
Cik Pah telah dibantu menerusi Program Bantuan Persekolahan Zakat Pulau Pinang.
Saya bertanyakan tentang keperluan rumah dan bimbingan
pendidikan yang diperlukan. InshaaAllah, mereka juga akan diberikan bimbingan
kelas tuisyen percuma di bawah inisiatif #KitaBelajar
yang saya usahakan semenjak 2018 buat pelajar-pelajar kurang berkemampuan di
Permatang Pauh.
KENAPA GELABAH HADI?
NORSHIDAH MD DAUD
Perintah negeri pun tunggang langgang
Ape jadi ngan Kelantan?
Keperluan asas, air pun smpai sudah x mampu nak selesaikan
Ada ati nak sembang bab manifesto orang lain walhal sepanjang PH
perintah dalam tempoh singkat tu boleh semak sendiri samada usaha untuk
gerakkan manifesto tu berlaku atau x (tolak kata Madey pengkhianat dlm bab
manifesto PH ni)
Ni gila babi nk bagi rakyat beli keta tanpa interest la
Hudud la
Realitinya, pemimpin PAS sendiri beli keta mewah siap ngan no
plate booking
Hudud?
Kahhhhhhh
Sendiri langgar SOP pastu diam
Hudud kepala bapak kau
Xde duit mintak derma
Saman orang, pastu sendiri yang kena bayar kos pada yang nak disaman
Olamak gila babi ape ni?
Pak sedara ngan anak sedara belah bini dia tu sama je ...
Selagi ada balak kat negeri tu slalu tu abis nak ditebang
Betul x orang Kedah ngan Kelantan?
GELABAH BILA EZAM UMUM BERTANDING LAWAN MB ?
Wahh..hebat SUTPOL MB ni. Dia suruh parti ambil tindakan kepada
ahli-ahli yang serang kepimpinan parti. Waktu Azmin dan Zuraida serang Presiden
berkali-kali dulu, kamu berada di mana?
Dalam gua? Waktu itu tak kata pun macam yang kamu kata sekarang. Kenapa kamu
rasa gelabah bila ada kumpulan yang sedang memburu saki baki kartel?
PKR CABANG SILAM TOLAK KERJASAMA DENGAN PIHAK YANG TIDAK MAHU REFORM
NORA JAMILAH
Baru saja selesai MATC 2020 Cabang Silam P.188 yg terpaksa
dibuat secara on line dlm google meet berikutan pengumuman PKP Lahad Datu
secara mengejut berkuatkuasa pada hari ini sehingga 24hb April, 2020.
Antara usul penting daripada lain-lain usul yang dibawa & dipersetujui
semua ahli pada hari ini, adalah "AGAR PARTI KEADILAN MENOLAK SEBARANG
KERJASAMA DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG TIDAK BERSETUJU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
DIANGKAT SEBAGAI PM KE 9 DAN MANA-MANA PIHAK YANG MENOLAK AGENDA REFORMASI SELARAS
DENGAN KETETAPAN PORT DICKSON BERTARIKH 8-9HB APRIL, 2021." #ANWARforPM #LawanTetapLawan
Muhyiddin tunggu Umno pecah
Tajuk artikel ini saya pinjam daripada Sin Chew Daily, “Muhyiddin is waiting to see Umno split” atau Muhyiddin sedang tunggu untuk saksikan Umno berpecah. Begitu bunyi tajuk yang diberi kepada terjemahan penulisan kolum rakan saya Tay Tian Yan, editor kanan akhbar berbahasa Cina itu.
Saya tidak akan mengulas penulisan rakan saya itu. Sekadar menegaskan saya setuju dengan rumusan tajuk rencana kolumnya. Jelas dan nyata Umno berpecah membawa 1001 nikmat kepada Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya, PPBM. Serta Perikatan Nasional gabungan yang diketuainya.
Umno memang sedang berperang saudara. Antara puak Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan puak pro PPBM-PN. Lebih tepat apa yang dipanggil kluster menteri. Ini pun jelas terang dan nyata. Oh ada lagi kumpulan yang pro-Umno yang mahu Zahid mengundur diri kerana masalah peribadinya.
Beberapa hari lalu pula timbul rakaman perbualan yang didakwa antara Zahid dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Tidak perlu saya ulas apa yang diperbualkan kerana umum kemungkinan besar sudah mendengarnya melalui pelbagai platform media sosial.
Yang ingin di ketengahkan ialah Anwar menyifatkan rakaman audio itu sebagai usaha kepimpinan negara setelah gagal “mengugut” dan “merasuah” pemimpin pembangkang.
“Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam Umno, nak guna kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik PPBM nak menikam pimpinan Umno,” Anwar dipetik berkata.
Pemimpin Umno, Puad Zarkashi melonjakkan pertanyaan sama ada rakaman audio itu dan juga penyebarannya satu “konspirasi di peringkat tertinggi?”.
Zahid menganggapnya “percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno”.
Semua hujah yang disenaraikan, sama ada fakta atau tuduhan, menjurus kepada naratif Umno pecah, Muhyiddin untung.
Untuk rekod, Zahid dan Anwar menafikan mereka orang yang dirakam berbual seperti yang didakwa.
Namun bagi Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamad, presidennya diserang kerana Perikatan Nasional tidak mahu Umno menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik.
Kata Jazlan, kesahihan klip audio yang disebarkan belum dipastikan, namun jika ia sah sekali pun, “tidak ada salahnya Zahid bercakap dengan presiden PKR kerana kedua-dua parti mencari ‘common ground’ ( titik persamaan) menjelang pilihan raya umum akan datang”.
Ada benarnya kata-kata Jazlan itu. Lagi pun semua berkemungkinan dalam politik. Tidak dinafikan Umno adalah ancaman besar buat PPBM khususnya dan PN secara am. Apa lagi jika Umno kuat.
Buat masa ini, Umno dilihat “agak lemah”. Bagaimanapun jika ia menjalin hubungan dengan PKR, gandingan dua parti ini akan memberi ancaman lebih hebat bagi PPBM-PN. Diakui untuk menjalin kerjasama Umno–PKR-PH bukan sesuatu yang mudah. Tetapi berbalik kepada kenyataan “dalam politik semua boleh jadi”.
Ada tanggapan, terutama pada suatu ketika dulu, orang Melayu “memerlukan Umno untuk memperjuangkan agenda Melayu”. Setuju atau tidak terpulang. Memang tanggapan ini telah dan boleh dipertikaikan.
Namun, antara yang yakin akan tanggapan sedemikian ialah Dr Mahathir Mohamad walaupun ketika beliau memegang tampuk kepimpinan PPBM dahulu. Ketika itu ramai dalam PPBM turut berkongsi pendapat itu.
Pun begitu, menurut Mahathir ketika itu, bukan Umno yang ada (masa itu) yang boleh diharapkan orang Melayu kerana “ini Umno Najib Razak” walaupun ketika berkata begitu, Najib bukan lagi presiden Umno.
Oleh itu, Mahathir mahu PPBM (parti baru yang lemah) menjelma sebagai Umno yang akan menjadi juara Melayu dan sekali gus diterima majoriti orang Melayu.
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian mengingatkan saya, semasa saya menulis satu artikel tiga tahun lalu, bahawa Mahathir pernah berkata PPBM mahu menjadi Umno 1946 yakni Umno asal yang ditubuhkan Onn Jaafar.
Justeru, Mahathir menerima masuk orang Umno ke PPBM termasuk Mustapa Mohamad yang kini masih dalam PPBM tetapi bertuankan Muhyiddin.
Ketika itu, orang Umno dilihat akan keluar parti berduyun-duyun atau berbondong-bondong masuk PPBM. Ini akan melumpuh bahkan melenyapkan Umno sama sekali.
Tetapi itu tidak berlaku. Majoriti orang Umno – pemimpin dan ahli – tidak berganjak dan Umno kekal hingga ke hari ini. Sebaliknya Mahathir sendiri keluar PPBM bersama beberapa orang setianya termasuk anak beliau, Mukhriz.
Langkah Sheraton terjadi dan tidak perlu diulas lagi. Muhyididn menjadi pemimpin nombor satu PPBM dan saya katakan beliau juga impikan PPBM mengambil alih Umno sebagai parti Melayu terunggul.
Bagaimanapun, sebagai seorang politikus pengalaman, Muhyiddin tentunya tahu partinya tidak segagah yang diharapkan walaupun dibantu sedikit sebanyak oleh PAS dan “diperkuat” kumpulan Azmin Ali yang berpaling tadah terhadap PKR.
Tetapi itu di peringkat pimpinan. Di akar umbi, PPBM tidak ada yang membanggakan. Orang Melayu rata-rata juga tidak terlalu ghairah terhadap parti itu.
Malang buat Muhyiddin, pucuk pimpinan Umno (selain mereka yang ada dalam kluster menteri) tidak sebulu dengannya. Pada hal, amat penting buat beliau, Umno ada di sebelah pihaknya. Ini boleh dilakukan jika kumpulan dalam Umno yang pro beliau mengambil alih pucuk pimpinan parti.
Tentunya Muhyididn “memerhati dengan tekun dan teliti” agar orang Umno yang menyokongnya akan berjaya menyingkirkan Zahid dan tim pada pemilihan parti kelak. Atau sebelum itu, kerana tidak dapat dipastikan bila pemilihan Umno akan diadakan walaupun sebelum ini dikatakan ia akan dijalankan tahun ini.
Namun, jika Zahid kekal presiden apabila PRU15 diadakan dan beliau ditonjolkan sebagai “poster boy” Umno atau BN (jika gabungan itu masih ada), Muhyididn mungkin akan tersenyum lebar kerana imej Zahid yang tercalar akibat kes mahkamah yang dihadapi akan dieksplotasikan semasa kempen.
Bagaimanapun, yang membimbangkan Muhyiddin ialah jika Zahid undur diri dan diganti oleh timbalannya, Mohamad Hasan, yang disifatkan ramai sebagai “bersih” dan “berwibawa”.
Jika Tok Mat berganding dengan pemimpin seperti Nur Jazlan mahu pun seorang lagi Jazlan – Ahmad Jazlan Yaakub dari Kelantan atau Nazri Aziz atau mungkin juga Johari Ghani, bekas menteri kewangan dan ahli korporat berkaliber – satu barisan pimpinan Umno yang menggugat PPBM akan muncul.
Tidak perlu kita jadi pakar politik untuk tahu Muhyiddin tidak mahu itu terjadi.
NASIB BAIK BUKAN DARI PKR,AMANAH DAN DAP...KALAU TIDAK SAH GEMPAR MALAYSIA TERANCAM....KAH.....
Eddin Syazlee mohon maaf tertidur, dia makan ubat sebelum ke majlis, kata pegawai khas
SEREMBAN: Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, semalam.
Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.
“Untuk makluman Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.
“Alhamdulilah pada majlis itu Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Rakaman audio: Kenapa siasat kalau tiada unsur jenayah, soal peguam
PETALING JAYA: Rakaman audio tular yang didakwa suara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bukan “kesalahan yang boleh ditangkap” dan justeru, polis tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat, kata seorang peguam.
Sankara N Nair, mempersoalkan keputusan siapa untuk mengarahkan siasatan, kerana beliau mendakwa tiada asas perundangan untuk berbuat demikian.
“Ada satu, dan hanya satu, peruntukan bawah Seksyen 110 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), yang memberi kuasa kepada KPN untuk menggunakan kuasanya memulakan siasatan jenayah.
“Dan ini berlaku selepas polis menerima laporan yang mendedahkan kesalahan yang boleh ditangkap,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Abdul Hamid Bador berkata siasatan dibuka ke atas rakaman audio yang didakwa melibatkan kedua-dua pemimpin politik itu.
Nair berkata, untuk lebih mudah, kesalahan yang boleh ditangkap umumnya merupakan kesalahan serius di mana tiada syarat untuk memiliki waran untuk membuat penangkapan, sambil menambah kes kecurian dan rompakan adalah antara contohnya.
Hanya dalam situasi di mana sesuatu kesalahan yang boleh ditangkap itu, katanya, polis diarahkan untuk menggunakan kuasa mereka mengambil keterangan saksi yang berkaitan.
“Dalam kes ini, bagaimana perbualan telefon biasa yang kononnya betul, disahkan atau tidak, tanpa kaitan dengan jenayah, termasuk dalam makna dan klasifikasi kesalahan yang boleh ditangkap?”
Nair menyeru supaya KPN menjelaskan bagaimana beliau diberi kuasa untuk memanggil Anwar dan Zahid memberi keterangan, kerana memanggil mereka boleh bercanggah dengan KPJ dan Kanun Keseksaan.
Anwar dan Zahid sebelum ini menafikan rakaman audio yang membincangkan perkara berkaitan Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) bulan lalu, terutama mengenai “No Anwar, No PPBM, No DAP” dalam membentuk pakatan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
BERSAMA BN, UMNO BERKUASA 60 TAHUN, KALAU BERSAMA PH, TIDAK MUSTAHIL MAMPU BERTAHAN 120 TAHUN
Tulisan ini ditujukan khusus untuk pemimpin, ahli dan orang-orang UMNO di seluruh negara.
Ia bukan untuk menghasut atau meracun minda, tetapi agar mereka berfikiran lebih terbuka, tidak jumud serta menyedari bahawa dalam politik, yang penting adalah kuasa.
Waima bagi parti yang melaungkan Islam siang malam pun, kuasa lebih mereka kejar akhirnya berbanding pahala.
Kalau bukan kerana mengejar kuasa, mana mungkin Pas sanggup bekerjasama dan berada dalam kerajaan bersama golongan yang diketahui umum sebagai pengkhianat dan penjual kerusi.
Dan kalau bukan kuasa yang ingin dipertahankan, tidak mungkin Pas sekarang jadi begitu taksub kepada Mahiaddin Md Yasin serta sanggup menyertai gabungan PN sehingga lupa kepada UMNO yang telah ditunanginya dalam MN.
Untuk itu, dalam keadaan UMNO sudah kalah pada PRU14 lalu dan sekarang ini ingin kembali berkuasa semula, parti itu mestilah sedia berubah sambil sanggup bertolak ansur dalam beberapa perkara.
UMNO tidak boleh lagi terkepung dengan norma lama seperti ketika jadi kerajaan sebelum ini kerana kekalahan pada 2018 lalu sebenarnya menuntut UMNO lebih sedar diri dengan perubahan serta sedia untuk menyesuaikan diri.
Sementara dunia sudah banyak berubah, pemikiran rakyat berubah, kehendak dan keinginan manusia juga berubah, jika UMNO enggan berubah, maka ia tidak mampu ke mana-mana, bahkan lebih mungkin terus rebah.
Menyedari UMNO kini telah ditinggalkan oleh ramai rakannya sendiri dalam BN, malah yang ada bersamanya sekarang pun sudah berani melawan dan tidak lagi menghormatinya, parti itu harus pantas mencari rakan kongsi baru.
Buat apa kekal jumud dengan pendirian “No Anwar No DAP” jika akhirnya UMNO tidak mampu menang pilihanraya, walhal yang diutama dan dikejar dalam perjuangan sebagai parti politik ialah kuasa, kuasa dan kuasa?
Lagi pun, selain Pas yang sekarang begitu menentang Anwar dan DAP, parti itu lebih dulu berpeluk dan bermesra dengan PH ketika gabungan itu dikenali PR sebelum ini.
Begitu juga dengan Annuar Musa yang sering meratib “No Anwar No DAP” sekarang, sebelum ini beliau juga pernah menzahirkan sanjungan kepada Presiden PKR itu sebagai pemimpin yang diyakini dapat menyelamatkan negara.
Hanya kerana sudah dapat boss baru iaitu Mahiaddin yang memberinya jawatan dan untuk memastikan kedudukan sebagai menteri itu kekal, itulah sebab pendirian beliau berubah kepada menyokong PN mati-matian sambil paling kuat meratib “No Anwar No DAP” dalam kumat-kamit sehariannya.
Dalam keadaan di mana UMNO paling dominan di kawasan Melayu, manakala PH khususnya PKR dan DAP lebih diterima di kawasan campuran, separa bandar dan bandar, bekerjasama antara keduanya adalah pilihan paling terbaik sekali bagi parti Melayu itu.
Realiti harus diterima bahawa masyarakat Cina kini majoritinya adalah bersama DAP, manakala PKR yang menunjangi PH lebih diterima di kawasan campuran, separa bandar dan di kalangan generasi muda serta golongan pertengahan.
Jadi, apa lagi pilihan yang ada bagi UMNO dalam keadaan MCA dan MIC semakin diketepikan oleh kaum Cina dan India sendiri?
Meskipun banyak pandangan yang menyetujui tidak mustahil UMNO bekerjasama dengan PH, termasuk daripada Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dan beberapa pimpinannya yang lain, sebaik-baiknya persefahaman harus dipersetujui sebelum berlangsungnya PRU15 agar kemenangan di kawasan-kawasan yang kritikal dapat dijamin.
Jika kerjasama hanya ditargetkan selepas PRU15 tanpa ada persefahaman di kerusi-kerusi tertentu,adalah dibimbangi timbul banyak kekeliruan dan akhirnya apa yang dimatlamatkan tidak akan tercapai dengan jayanya.
Satu lagi perkara yang UMNO harus lebih terbuka ialah berkaitan kerusi Perdana Menteri dan memang benar ketika bersama BN, selamanya kerusi itu merupakan milik UMNO.
Tetapi, apabila bekerjasama dengan PH, situasinya sudah jadi berbeza, mungkin ia perlu disepakati untuk dipegang oleh PH dahulu, kemudian baru UMNO, diduduki secara bergilir atau seumpamanya.
Yang penting, dalam apa keadaan pun, kerjasama UMNO dengan PH adalah berbeza dan ia jauh lebih baik serta lebih menjamin kestabilan berbanding bersama PN.
Bersama PH, kemungkinan UMNO ditikam, dikhianati dan dibuli sebagaimana dilakukan oleh Bersatu terhadapnya dalam PN adalah sangat minima kerana semua parti mempunyai pasaran pengundi yang berbeza.
Semua parti hanya perlu mengukuhkan kerjasama dan menjaga pasaran masing-masing, selebihnya berkaitan pembahagian kerusi atau jawatan, proses perbincangan dan muafakat adalah cara penyelesaiannya.
Dalam perkiraan kerjasama ini, soal realistiknya tidak sukar untuk difahami, asalkan sedia membuang sikap jumud, terbuka dan berfikir untuk jangka panjang.
Sekiranya selepas kerjasama dijayakan, diikuti dengan proses penerangan atau penjelasan secara tersusun dilakukan sehingga ke akar umbi, tidak ada sebab ia tidak boleh diterima dan difahami.
Dalam hal ini, jika bersama Perikatan dan BN, UMNO dapat berkuasa selama lebih 60 tahun, tetapi bersama PN, tidak sampai setahun sudah berantakan, sebaliknya dengan pilihan bekerjasama bersama PH, jangankan 60 tahun mendatang kuasa mampu dipertahankan, malah sehingga 120 tahun pun tidak mustahil kuasa itu mampu dikejap erat.
Pilihan kini di tangan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO untuk memulakannya dan kiranya kesepakatan bekerjasama dengan PH ini berjaya dimulakan di era kepimpinannya, beliau pasti akan dikenang akhirnya dalam lipatan sejarah sebagai pencetus pembaharuan dan dinamika baru yang lebih baik dan terjamin bagi UMNO.
Rakaman audio yang bocor beberapa hari lalu – kiranya ia tulen dan memang betul perbualan beliau dan Anwar – tidak mustahil adalah pembuka pintu kepada arah baru itu.
(Shahbudindotcom 11/04/2021)
VIDEO SEMBURIT NAMPAK WAJAH, INI HANYA SUARA
MEMALUKAN : VIDEO : WOIIIII NAK LENA BALIK UMAH LA WOIIII : TIMBALAN MENTERI TIDUR MASA PERASMIAN KONVO
PN semakin goyah, takut ke Parlimen luluskan peruntukan - Abdullah Sani
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang goyah ada tanda-tanda akan
runtuh sekiranya darurat ditarik balik
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, ramalan kejatuhan kerajaan PN bukanlah rekaan sebaliknya boleh menjadi realiti dan hal itu amat ditakuti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Buktinya, kata beliau, kerajaan PN mengeluarkan dikri bahawa peruntukan atau belanjawan tambahan boleh diluluskan tanpa melalui Parlimen.
Sekiranya melalui Parlimen, jelas Abdullah, terdapat kemungkinan Ahli Parlimen yang tidak menyokong akan lebih banyak daripada yang bersetuju dan kerajaan PN akan dimalukan.
"Dua perkara jelas PN perlu dibuktikan. Dia kena ada majoriti dibuktikan (Undi Percaya) di Parlimen. Perlu panggil Parlimen bersidang. Sedangkan tempat lain (sektor ekonomi) dibuka, jadi di situ terletaknya ketidak stabilan kerajaan ini
"Peruntukan pula dikeluarkan sendiri (tanpa melalui Parlimen), jadi masalah ini terlalu kritikal untuk negara," katanya.
Abdullah turut bersetuju dengan langkah yang diambil Umno dalam perhimpunan agungnya dua minggu lalu untuk meninggalkan kerajaan PN kerana kelemahan PN akan merosakkan masa hadapan Umno.
Katanya, Umno tidak akan rugi apa-apa sekiranya berundur dari kerajaan. Manakala kerajaan PM Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak boleh mentadbir selagi belum membuktikan keabsahannya.
"Itulah yang diramalkan dan telah diramalkan (pengunduran Umno)
"Ketiadaan pembuktian majoriti menjadikan kerajaan ini tidak stabil. Kalau awak tak ada nombor (cukup bilang Ahli Parlimen) maka awak tak boleh mentadbir. Dalam kata lain awak tak ada lokus standi dan melanggar Perlembagaan," katanya lagi.
Dua minggu lalu, dalam Perhimpunan Agung Umno, parti itu memutuskan untuk menarik diri dari kerajaan PN. Bagaimanapun Umno memberi kuasa kepada presidennya bagi menentukan tarikh yang sesuai berundur.
Spekulasi mendakwa berkemungkinan Umno akan menarik diri sepenuhnya pada Ogos depan apabila darurat tamat. Seandainya perkara itu berlaku Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atau melantik PM interim jika suasana pandemik Covid 19 masih tidak membenarkan pilihan raya umum diadakan.