ANNUAR MUSA KENA TARUK LAGI...


Annuar musa kena sebijik oleh Fuad Zakarshi.  Kalau Annuar musa boleh kenal audio itu adalah suara Anwar-zahid 101% kononnya tulen, ertinya Annuar musa ini sudah boleh jadi pakar forensik.  


Kalau hanya audio saja boleh kenal, tentu kacang buat Annuar Musa untuk kenal video berwarna.  Video hotel Sandakan yang Haziq mengaku dia atas katil bersama Azmin semburit, boleh tak Annuar Musa bantu PDRM untuk mengenal wajah siapa pasangan Haziq yg sebenar?  Azmin atau Zuraidah?  


WFAUZDIN NS




KEMBALI PADA ASALNYA

 May be an image of text that says "M UPDATE PERTUKARAN TERMA PANGGILAN SABAH & SARAWAK Penggunaan terma "negeri" untuk Sabah & Sarawak ditukar dengan menggunakan Wilayah Sabah Wilayah Sarawak BERKUATKUASA SERTA SERTA-MERTA 08 April 2021 Msia Update Malaysian Update Inm Malaysian Update"

Kembali kepada Asalnya.
Jika kita merujuk kepada sejarah penubuhan Malaysia melalui buku tulisan Professor AJ Stokwell dalam bukunya bertajuk MALAYSIA. Ianya memang status Sabah & Sarawak adalah Wilayah seperti mana yang diakui oleh PBB.





HADI GELABAH BEWAK...TAKUT KECUNDANG DENGAN PENJAJARAN BAHARU POLITIK ?

 

Rakaman ‘perbualan Anwar-Zahid’ bukti cubaan tubuh jajaran baharu politik, kata Hadi.


PETALING JAYA: PAS menyifatkan perbualan telefon yang dikatakan antara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim sebagai sebahagian pembentukan kerjasama politik baru yang ditolak parti Islam itu, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

“Itu (perbualan) sebahagian daripada jajaran baharu, jajaran baharu telah diumumkan, itu tanda-tanda jajaran baharu,” Hadi memberitahu pemberita di Marang, Terengganu.

Beliau menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno jika parti itu mahu membentuk jajaran politik baharu termasuk dengan Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi PKR, DAP, dan Amanah.

“Kita tidak akan terima (jajaran baharu), kerana kita bersetuju dengan Muafakat Nasional (MN), yang bukan sahaja melibatkan Umno, ia melibatkan PPBM, melibatkan Melayu Islam-Bumiputera,” kata beliau.

“Kemudian dengan masyarakat majmuk dalam PN, kita bekerjasama dengan gabungan (MN-PN),” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan secara dalam talian di Masjid Rusila pada Jumaat.

Hadi akur kesahihan rakaman perbualan yang dikatakan antara Zahid selaku presiden Umno dan Anwar yang memimpin PKR, belum dipastikan, namun berkata perkara lebih penting ialah rekod buruk PH dalam menunaikan janji.

“Tulin ke tak tulin audio itu saya tak tahu, cukup biar masyarakat menilai, sudah berapa kali (sebut) tulin tak tulin, kerja begitu sudah banyak kali (kita dengar). Manifesto yang berjanji tapi tak buat, jadi audio ini kecil dari itu lagi, manifesto kata nak buat itu ini…janji nak turun harga minyak tidak buat,”katanya.

Zahid dan Anwar nafi perbualan berkenaan, yang dikatakan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 baru-baru ini.

Presiden Umno itu diasak pengkritik ekoran dakwaan ada cubaan melibatkan ahli parti itu untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Ditanya mengenai desakan beberapa pemimpin Umno meminta Zahid meletak jawatan sebagai presiden Umno susulan pendedahan rakaman itu, Hadi berkata PAS tidak mencampuri urusan parti lain.

“Itu terpulang kepada Umno, saya tak campur,”katanya.

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah antara yang berpendapat jika rakaman itu terbukti benar, Zahid tidak layak lagi memimpin parti.

DAH CERAI BINI TUA...KINI DEKAT BINI MUDA...KAH...UMNO KENA TIPU DENGAN PAS...

 

PAS tangguh rundingan kerusi dengan Umno, teruskan dengan PPBM, kata Hadi.



Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, rundingan dengan Umno terpaksa ditangguh bagi memberi ruang kepada parti itu menyelesaikan isu dalaman.

PETALING JAYA: Rundingan kerusi PAS dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditangguh bagi memberi ruang kepada Umno menyelesaikan isu dalaman, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, rundingan pengagihan kerusi dengan PPBM, bagaimanapun, diteruskan.

“Itu (isu pembahagian kerusi) tertakluk kepada Umno menyelesaikan masalah mereka dulu, kerana (dulu) sudah ada jawatankuasa (rundingan kerusi) dibentuk tapi Umno ubah di tengah jalan.

“Sehingga kini, oleh kerana Umno ada masalah, kita bincang dengan PPBM dulu,” kata beliau ketika ditanya berkenaan perkembangan berhubung agihan kerusi dengan parti rakan, selepas menyampaikan kuliah duha mingguan secara dalam talian di Masjid Rusila, Marang.

Umno dilihat sedang dalam keadaan berpecah-belah dengan beberapa pemimpin mendesak presidennya, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, khususnya selepas beliau didakwa cuba menjalin kerjasama dengan PKR.

Zahid dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menafikan mereka mengadakan sebarang perbincangan sebegitu, namun desakan dalam kalangan pemimpin Umno mahukan Zahid berundur terus lantang.

Mengulas keputusan Umno Terengganu tidak mahu bekerjasama dengan PAS dan PPBM dalam pilihan raya, Hadi berkata ia hanya pandangan di peringkat negeri, justeru belum muktamad.

Kata beliau, apa yang lebih penting, perpaduan ummah dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bersama masyarakat majmuk lain perlu dipertahan.

“Kita akan melihat perkembangan semasa, kerana dalam Umno sendiri pun tidak sekata, kita masih lagi menyeru kepada perpaduan ummah Islam dan masyarakat majmuk,” tambah beliau.

Hadi berkata, permuafakatan yang diinginkan PAS berbentuk menyeluruh dan tidak terhad kepada Umno sahaja.

Beliau menegaskan tidak semua dalam Umno yang menyokong menamatkan kerjasama dengan PPBM, dan PAS tetap akan berusaha mendirikan penyatuan ummah yang menyeluruh.

“Perpaduan umat Islam ini ialah dalam Muafakat Nasional (MN) bukan sahaja PAS dengan Umno, termasuk PPBM. Itu dasar, prinsip bersama kita telah bersetuju.

“Tapi masalah pimpinan Umno tak ikut itu hak merekalah dan difahamkan bukan semua orang Umno begitu (menolak kerjasama dengan PPBM).

“Kita nak menyatukan orang Melayu. Bukan PAS dengan Umno sahaja Melayu. Melayu ini ada NGO, individu,” kata Hadi.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini mendesak PAS untuk memilih sama ada bekerjasama dengan tunjang Barisan Nasional itu atau PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin bagi menghadapi PRU15.

PAS menegaskan ia tetap akan bekerjasama dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional dan menolak Umno dalam membentuk sebarang penjajaran baharu dengan Pakatan Harapan.




Geng 24’ Bukit Raja guna wang, pengaruh umpan pelajar jadi ahli, kata polis

 

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed (kanan) menunjukkan gambar ahli ‘Geng 24’ Bukit Raja yang masih diburu polis.

SHAH ALAM: “Geng 24” Bukit Raja menggunakan kemewahan wang ringgit, perlindungan, pengaruh dan kuasa sebagai umpan untuk merekrut pelajar sekolah menengah di sekitar Lembah Klang menjadi ahli kumpulan kongsi gelap itu.

Hal ini didedahkan oleh polis, dengan Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, ramai belia berusia awal 20-an menyertai kumpulan itu selepas tamat persekolahan dan menjalani upacara tradisi gengster, iaitu “sumpah darah”.

Kata beliau, “Geng 24” Bukit Raja kini dianggarkan mempunyai hampir 100 ahli, termasuk remaja yang masih bersekolah (10%), belia 20-an (60%), 30 hingga 40 tahun (20%) dan 40 hingga 50 tahun (10%).

Sumber kewangan utama geng itu, menurut Arjunaidi, diperolehi melalui pelbagai kegiatan jenayah, termasuk samun, pemerasan dan wang perlindungan yang dibayar pusat hiburan.

Beliau berkata, kegiatan licik “Geng 24” Bukit Raja itu terbongkar hasil siasatan ke atas kes pergaduhan membabitkan lebih 40 ahli kongsi gelap dengan pengawal keselamatan di sebuah pusat hiburan di Setia Alam, Shah Alam, pada September tahun lalu.

“Kejadian terbabit berpunca daripada tindakan beberapa lelaki tempatan (ahli kumpulan ‘Geng 24’ Bukit Raja) yang meminta pemilik pusat hiburan terbabit membayar sejumlah wang perlindungan setiap bulan.

“Semasa perbincangan, pemilik premis tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, mengakibatkan kumpulan kongsi gelap terbabit menyerang, merosakkan premis, memukul pekerja dan pelanggan,” kata beliau pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Susulan itu, polis melancarkan Ops PD dan menahan 16 individu disyaki terbabit dalam pergaduhan itu, yang juga ahli “Geng 24” Bukit Raja.

“Sehingga kini, polis sudah menangkap 50 ahli ‘Geng 24’ Bukit Raja yang terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah di Lembah Klang.

“Daripada jumlah itu, 19 ahli terbabit, termasuk ketuanya, sudah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah, manakala 20 ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan 11 masih direman,” kata beliau.

Arjunaidi berkata, polis masih meneruskan operasi bagi mengesan saki-baki ahli kumpulan kongsi gelap itu.




Pemukiman PH: Anwar calon PM PRU 15, tuntut PN henti gantung sidang Parlimen

 



POSTED BY AMIR WRLR


Pemukiman pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson menyedari demokrasi di Malaysia telah dilemahkan dengan dasar-dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merosakkan kemampanan ekonomi dan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini menuntut agar Malaysia segera diselamatkan dengan cara mengalahkan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan seawal hujung tahun ini

"PH menginsafi pandemik Covid-19 telah mendatangkan dampak yang cukup mendalam kepada rakyat, ekonomi dan negara serta dasar-dasar PN yang jelas gagal menangani keadaan semasa

"Kami juga menyesali demokrasi di Malaysia telah parah akibat malapetaka pengkhianatan dan pembelotan politik yang terkutuk sehingga menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi itu sendiri luntur dan terhakis




"Oleh itu, usaha memulihkan negara terletak kepada kemenangan PH dalam PRU ke-15. Justeru usaha menggembleng seluruh kekuatan perlu berasaskan prinsip dan agenda Reformasi, manakala kelangsungan kerajaan bergantung kepada kestabilan dan

keutuhan politik," kata mereka dalam satu kenyataan.

Dengan itu, pemukiman pimpinan PH telah memutuskan 7 resolusi untuk dilaksanakan:

1. Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen PRU ke-15 dan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia;

2. Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat;

3. Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh PH dalam mendepani PRU ke-15, seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah negara dengan amanah, demokratik dan adil;

4. Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu

Indonesia di Kalimantan;

5. Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto PH;

6. Kami mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi demi kepentingan rakyat; dan

7. Kami akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan tawaran PH menyentuh isu ekonomi rakyat, kestabilan politik dan krisis pandemik Covid-19.

Pemukiman selama 2 hari pada 8 dan 9 April itu dihadiri pemimpin-pemimpin utama PH seperti Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, pemukiman juga dihadiri anggota-anggota Majlis Presiden PH, ketua wanita dan pemuda di samping Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

 

PRU 15: Pengkhianat bertanding di Selangor hilang wang pertaruhan

 



POSTED BY AMIR WRLR

Pengkhianat KEADILAN tidak perlu bermimpi untuk menang di kawasan kubu mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Pengarah Operasi Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Yahya Shari berkata, jentera KEADILAN di negeri itu telah siap siaga untuk mengalahkan mana-mana calon pengkhianat sekiranya mereka bertekad untuk mempertahankan kawasan.

"Selangor ada 22 Parlimen. Kita bertanding 10 Parlimen (PRU 14) dan KEADILAN menang semua. Dari itu 3 jadi pengkhianat.

"(Dalam hal pemulihan parti) kita ambil contoh Ampang, Lembah Jaya dan beberapa kawasan lain. Keseluruhan Ampang seolah-olah runtuh. Tetapi dalam masa singkat kita berjaya betulkan Ampang. Sekarang kita lihat sokongan dari jentera dan rakyat tidak berkurangan (di Ampang)

"Gombak, Menteri Besar (MB) jadi penyelaras. Mula-mula nampak macam goyah. Selepas dikumpulkan jentera, nampak sokongan naik.

"Sama juga di Sementa dan sebagainya. Kuala Langat (lebih hebat), hari ini diumumkan (penyandang) lompat, esok MB Selangor jumpa semua pimpinan Kuala Langat dan kita gerakkan (jentera). Apa yang penting pimpinan di peringkat akar umbi tidak ikut berkhianat.

"Oleh itu, saya yakin yang khianat kalau nak bertanding (semula mempertahankan kawasan) akan hilang wang pertaruhan," katanya dalam forum Facebook Borak Dahsyat bertajuk, "Adakah PH akan Kekalkan Kemenangan di Selangor Pada PRU 15", malam tadi.

Menurut Yahya lagi, pelancaran Bilik Gerakan Utama pilihan raya Selangor malam semalam merupakan, antara lain usaha awal untuk menggempur dan mengambil alih kerusi-kerusi yang telah dikhianatiMengenai pendapat umum bahawa PRU lambat lagi dan persediaan terlalu awal sebagai membazir,Yahya tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian."Dalam kita merancang PRU ia bukan boleh dibuat apabila hampir PRU. Sebab kita parti politik, bisnes kita ialah PRU dan mesti menang PRU."Gerak kerja PRU sebenarnya dimulakan sebaik sahaja tamat PRU, dan kita merancang ke hadapan

"Kita ambil contoh dari 1999. Kita parti baru. 2004 orang kata KEADILAN akan habis. Kita terus bekerja dan merancang. Saya ketika itu sasarkan PRU 2008 kita mesti menang selangor. Saya yakin kita boleh menang, tetapi orang tak nampak yang kita boleh menang," katanya.

Berkongsi perancangan menawan Selangor pada 2008, Yahya berkata pemimpin harus meneliti survey yang dilakukan oleh banyak pihak. Dalam survey itu, katanya, boleh dilihat kelemahan parti dan tindakan segera perlu dilakukan menjelang PRU untuk menukar kelemahan itu menjadi kekuatan.

"Ketika itu (2008) tak ada satu survey kata kita boleh menang. Saya baca survey dan macam mana kita counter survey itu, kelemahan kita dan sebagainya.

"Dapatan survey, kita gunakan macam mana nak buat strategi," katanya.

Sehubungan itu, Yahya tidak menolak pengalaman menawan Selangor pada 2008 boleh digunakan untuk mengambilalih negeri-negeri lain.

"Bagaimana nak ambil alih negeri-negeri? Formulanya, gerak kerja mesti bermula dari bawah. Tidak boleh dari atas.

"Kedua, sudut keyakinan pimpinan negeri itu sendiri berhubung dengan parti komponen. Kalau di peringkat pimpinan negeri sentiasa berkrisis dan tidak punya hala tuju yang jelas, maka pimpinan komponen lain juga ragu-ragu.

"Ketiga latihan jentera PRU. Orang kata faktor calon, sokongan dan pelbagai lagi. Tetapi latihan penting, kalau kita tidak sediakan latihan ia sangat sukar kepada kita (menjelang PRU)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berbangga dengan jentera pilihan raya Selangor yang banyak digerakkan oleh sukarelawan.

Sukarelawan ini, kata Yahya, bukan sahaja membantu dari segi logistik tetapi juga membantu kewangan serta turun ke mana-mana Pilihan Raya Kecil sekiranya PRU telah selesai.

 

‘Mana RCI untuk Peristiwa Memali, kenapa sekarang diam membisu?’, penyokong sindir pemimpin PAS

 


‘Mana RCI untuk Peristiwa Memali, kenapa sekarang diam membisu?’, penyokong sindir pemimpin PAS


Bismillah….

Puluhan tahun menjerit diatas pentas,ribuan ceramah diseluruh negara, asal setiap kali hampir pilihanraya kita akan mainkan isu ini,

Hari ini Allah dah beri kita peluang ada dalam kerajaan, malah salah seorang dari kita berjawatan menteri undang-undang, jika puluhan tahun dahulu kita mendesak tubuhkan RCI untuk ” PERISTIWA MAMALI” kenapa sekarang diam membisu?

Adakah kalian semakin lalai dengan jawatan?

Kalian sudah bermewah,sudah mempunyai driver, pejabat besar,kakitangan ramai, gaji kalian puluhan ribu sebulan, adakah kalian semakin terpesong?

Asri Janggut





Terkini! Anwar dinamakan PM

 


Terkini! Anwar dinamakan PM

Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka pada pilihan raya akan datang.

Gabungan itu – yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah – juga memutuskan terbuka untuk “rundingan” dan “kerjasama” dengan mana-mana kumpulan.

Walau bagaimanapun, gabungan itu menjelaskan keterlibatan ini pelu berpaksikan pada agenda reformasi PH dan demi kepentingan umum.

Ini adalah antara keputusan yang dibuat oleh pemimpin koalisi semasa retret dua hari mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan yang bermula semalam. 


WOIII PAK LEBAI MELAYU ISLE..BILA NA TUTUP KELAB MALAM ? WOIII NWGARA KAPIAQ DAH TUTUP WOIIII

 


Bimbang gelombang keempat Covid-19, Korea Selatan tutup kelab malam, kerajaan Melayu-Islam PN?

Bimbang gelombang keempat Covid-19, Korea Selatan tutup kelab malam, kerajaan Melayu-Islam PN?

Korea Selatan kembali mengenakan larangan ke atas oerasi kelab malam, bar karaoke dan kemudahan hiburan malam lain, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Reuters melaporkan, perintah itu dikuatkuasakan selepas kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan, sekali gus mencetus kebimbangan tentang kemungkinan penularan gelombang keempat virus itu.

Perdana Menteri Chung Sye-kyun mengumumkan perintah larangan itu, yang bermula Isnin ini selama tiga minggu.

Kes baharu harian di Korea Selatan menunjukkan peningkatan dan mencapai angka tertinggi dalam tempoh tiga bulan sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, perintah penutupan operasi tempat makan umum pada jam 10 malam dan larangan perkumpulan yang melebihi empat orang, akan diteruskan buat masa ini.

“Tanda-tanda gelombang keempat epidemik yang kita ingin elakkan nampaknya semakin dekat dan menjadi lebih kuat. Kita akan kekalkan protokol kesihatan berkaitan penjarakan fizikal, malah akan giat mengetatkan langkah-langkah pencegahan lain bergantung pada situasi,” kata Chung dalam satu mesyuarat berkaitan pengendalian pandemik berkenaan.

Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KDCA) melaporkan sejumlah 671 kes baharu pada Khamis, sehari selepas kes jangkitan di negara itu mencecah angka tertinggi sejak Januari lalu.

Banyak kluster baharu juga dikenal pasti, berpunca daripada perhimpunan di gereja, bar dan gimnasium, dengan kebanyakannya di sekitar Seoul.

Keseluruhan jumlah kes COVID-19 di negara itu adalah seramai 108,269, dengan 1,764 kematian setakat ini. 









KAH..KAH...YANG TUA TUA DAN MUDA DALAM UMNO PASTI AKAN KEECUNDANG JUGA AKIR DI TELAN PN

 

‘Pergi jahanam’, Nazri beritahu Ahmad Maslan selepas diarah ‘tutup mulut’

Nazri Aziz berkata, beliau diarahkan oleh Ahmad Maslan supaya tidak mengulas perkara berkaitan parti.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz yang terkenal lantang bersuara berkata, beliau dilarang membuat kenyataan selepas mengkritik Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, larangan itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang memaklumkan beliau hanya tiga orang dibenarkan bersuara bagi pihak parti, iaitu dirinya, Zahid dan Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan.

Dengan memetik mesej itu, katanya, selain tiga orang terbabit, ahli lain hanya boleh bersuara “bagi diri mereka”.

“Tetapi, dia boleh pergi jahanam. Sekarang ialah 2021 dan Umno bukannya parti komunis.

“Dan saya sentiasa bercakap untuk diri saya juga,” kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu kepada FMT.

Menurut mesej yang diterimanya, Nazri diingatkan sebarang pendapat peribadi tidak patut menyukarkan lagi hubungan sesama ahli Umno.

Menurut mesej itu, sebarang pertikaian terbuka hanya akan mengundang laporan negatif dalam media yang tidak akan memanfaatkan parti.

“Jangan layan hasutan media untuk mensensasikan berita. Kita tiada tanggungjawab terhadap mereka.”

Larangan bersuara itu menyusul sehari selepas Nazri dilaporkan berkata, peluang Umno memenangi pilihan raya umum ke-15 sangat tipis selagi Zahid menjadi ketua gabungan itu dan tonggak kepada Umno.

Beliau turut mengkritik kepemimpinan Zahid dengan berkata, semakin jelas Zahid tidak lagi mendapat sokongan atau kredibiliti untuk memimpin Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, Zahid – yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram – perlu berundur dan membenarkan orang lain memimpin Umno serta BN.



Umno 3.0 sedia ambil alih daripada Zahid, Najib, kata sumber dalaman- Umno bakal melingkup.

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Najib Razak dari pentas politik menjelang Ogos ini, sekali gus menyambut kemunculan kepimpinan baharu parti dikenali sebagai Umno 3.0.

“Umno 3.0 bakal mempunyai kepimpinan baharu yang akan bekerjasama dengan PPBM dan PAS,” kata sumber yang hampir dengan perbincangan itu.

Selain itu, beliau menambah gesaan supaya Zahid berundur dijangka menjadi lebih lantang dalam sedikit masa lagi, terutama dalam kalangan menteri Umno.

Umno dikenali sebagai Umno 2.0 berikutan perpecahan dalam parti itu pada 1987.

Sumber berkata, sejumlah pemimpin parti “sangat setia” kepada Zahid, tetapi apabila dua mereka (Zahid dan Najib) diketepikan, Umno akan menjadi lebih kuat.”

Beliau berkata, Umno 3.0 akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang (PRU15) dan akan turun ke gelanggang untuk memenangi sokongan penyokong tegar di luar bandar sebagai parti Melayu terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, seorang lagi sumber dalaman Umno yang berpihak kepada kem Zahid berkata, kumpulan yang menyokong Umno 3.0 juga mungkin akan menyingkirkan timbalan presiden Mohamad Hasan kerana beliau merupakan calon pengganti sekiranya Zahid bukan lagi presiden parti itu.

“Mereka akan cuba menyingkirkan beliau juga,” katanya.

“Matlamat akhir mereka ialah untuk menguasai Umno dan menyokong PPBM. Tetapi apakah itu yang Umno mahu?,” soalnya.

Zahid terpalit dengan kontroversi baharu membabitkan rakaman audio tular yang didakwa merupakan perbualan telefon antara beliau dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan berbual selepas Perhimpunan Agung Umno bulan lepas, dengan Zahid menyifatkan rakaman tersebut sebagai muslihat jahat untuk menjatuhkan Umno.

Zahid dan Najib juga berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik masing-masing.

Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang berjumlah berjuta-juta ringgit berkait yayasan kebajikan miliknya, iaitu Yayasan Akalbudi. Perbicaraan kes sedang berjalan.

Dalam pada itu, Najib kini membuat rayuan terhadap sabitan hukuman 12 tahun penjara dan denda berjumlah RM210 juta dalam kes rasuah membabitkan SRC International.

Selain itu, beliau juga berdepan beberapa tuduhan lain berkait 1MDB.

Terdahulu minggu ini, beliau diserahkan notis kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkait cukai sebanyak RM1.7 bilion, yang dikatakan merupakan tunggakan cukai dari 2011 hingga 2017.




Swasta Dewan Orang Ramai: Jangan cari keuntungan atas harta awam - PH



Ura-ura Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menswastakan Dewan Orang Ramai di bawah kendalian pihak berkuasa itu dibantah oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan.

Menurut mereka, Dewan Orang Ramai dibina menggunakan dana awam dan tidak wajar diserahkan pengurusannya kepada pihak swasta yang mungkin mengkomersialkan kemudahan komuniti tersebut.

"DBKL digesa untuk memastikan pengurusan Dewan Orang Ramai di Kuala Lumpur (DBKL) tidak diserahkan kepada syarikat swasta atau pihak ketiga.

"Dewan Orang Ramai yang dibina dengan menggunakan dana awam haruslah dibuka untuk penggunaan komuniti setempat. Ia harus diurus secara telus oleh DBKL demi manfaat orang ramai dan bukan diurus oleh pihak swasta yang bertujuan mengaut keuntungan.

"Dalam tempoh pentadbiran Kerajaan PH, kami telah ‘memutihkan’ Dewan Orang Ramai ini daripada kawalan parti politik kerajaan BN kerana ada di antara mereka menjadikan Dewan Orang Ramai sebagai hartanah persendirian dengan melakukan aktiviti perniagaan yang menguntungkan mereka.

"Kerajaan PH telah mengambil-alih kebanyakan dewan orang ramai ini dan menegah penswastaan dilakukan," kata mereka dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Ahli-ahli Parlimen Wilayah menuntut agar DBKL meneruskan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PH demi memastikan dewan yang dibina melalui dana awam dapat digunakan oleh semua pihak.

"Kami, Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan menyeru DBKL untuk meneruskan dasar ini. Kami juga menyeru DBKL membenarkan semua pihak termasuk parti pembangkang untuk menggunakan fasiliti dewan orang ramai," kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

 

Peja bakal kembali jadi MB Perak: Saya ikut skrip Allah sepenuhnya, kata Saarani

 


Peja bakal kembali jadi MB Perak: Saya ikut skrip Allah sepenuhnya, kata Saarani


“Ini kuasa Allah SWT. Saya ikut skrip Allah sepenuhnya.”

Demikian ujar Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berhubung kenyataan Ahmad Faizal Azumu yang membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri ini.

Saarani menjelaskan, sesiapa pun boleh menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkara itu, yang kini tular di media sosial.

“Itu (kenyataan) sesiapa pun boleh buat. Saya tiada komen tentang itu. Sesiapa pun boleh menyuarakan pendapat dan pandangan. Saya tidak boleh kata apa-apa.

“Sebab, saya berpegang kepada ayat Allah. Allah yang ada kuasa pemerintahan dan Dia yang lantik orang itu jadi Menteri Besar, Dia cabut jawatan itu.

“Ini kuasa Allah SWT. Saya ikut skrip Allah sepenuhnya. Tiada masalah tentang itu,” katanya..

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Terdahulu, Saarani hadir di program Moh Mengopi Bersama MB di Slim River, selain beramah mesra dan bersarapan dengan komuniti setempat.

Baru-baru ini, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri itu selepas meletak jawatan pada 5 Disember tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan Ahmad Faizal dalam ucapannya ketika majlis sambutan ulang tahun PPBM (Bersatu) Sabah di Kota Kinabalu. 

KISAH DALAM DUNIA MASYARAKAT MAJMUK....

 

KISAH MASYARAKAT..

Kisah pakcik Hisham Rejab yang berusia 87 tahun dan Liang Kok Hua 43 tahun..

Pakcik Rejab sudah semakin uzur, dan sdr Ah Hua lah yg menguruskan segala urusan pakcik Rejab yang dipanggilnya atuk, dari menghantar makanan, bayar bil, bawa kehospital dan keperluan yg lain..

Semasa kecil sdr LAh Hua dan adik beradiknya selalu bermain di kediaman pakcik Rejab yang sering membelikan barang mainan untuk mereka, dan kini beliau pula menjaga warga emas itu...

Nilah nilai kemasyarakatan dan kemuliaan yang perlu ada pada kita semua, jangan jadikan perbezaan bangsa dan agama penghalang untuk membantu mereka yang memerlukan...


May be an image of one or more people and text




RAKAMAN SUARA ZAHID – ANWAR, SIAPA KETAKUTAN?