EFEK SIKIT SAHAJA...HA HA...
HANYA 25,770 org SAHAJA yg melaporkan ada kesan sampingan
selepas ambil vaksin COVID-19. Angka itu TERSANGATLAH KECIL. Takde sesiapa pun
mati akibat vaksin yg DISAHKAN oleh WHO sebagai TERSANGATLAH SELAMAT.
Jangan bimbang, teruslah ambil vaksin ye? Kesianlah pada para
selebriti kat TV tu iklan mereka tentang pengambilan vaksin DIPUTAR setiap 3 4
minit sekali tapi seperti dilaporkan di Kedah, pendaftaran utk ambil vaksin
masih rendah. Tak patut rakyat Malaysia ni you...tak patut, tak patut....
Sekali lagi, HANYA 25,770 org SAHAJA yg dpt simptom ringan
seperti sakit kepala, sakit sendi, demam, keletihan, muntah dan loya.
Paling teruk pun HANYA bengkak muka, sukar bernafas, tak selesa
di dada, don't worry lah, jauh dari perut tu tak mati aih.
*Nota : Hanya puji-pujian terhadap vaksin COVID-19 dibenarkan.
Kejian dan pandangan negatif terhdp vaksin akan dianggap sebagai "BERITA
PELESU" atau Fake News.
Wallahualam.
- Zus Din
08 April 2021
**************
25,700 MELAPORKAN KESAN SAMPINGAN SETELAH MENGAMBIL VAKSIN!
PUTRAJAYA: Kementerian kesihatan telah menerima 25,770 laporan
kesan sampingan dari mereka yang telah menerima dos pertama dan kedua vaksin
Covid-19, pada 31 Mac.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengatakan antara kesan sampingan
ringan yang dialami adalah sakit di tempat suntikan, sakit sendi, demam, sakit
kepala, keletihan, muntah dan loya.
"Kesan sampingan yang teruk termasuk pembengkakan pada
bahagian badan seperti wajah, sesak nafas dan rasa tidak selesa di dada.
"Semua mereka yang mengalami kesan sampingan yang serius
dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lebih lanjut," kata Adham dalam
satu acara di Universiti Putra Malaysia.
Pada hari Isnin, Adham mengatakan 451,655 orang telah menerima
dos pertama, menjadikan jumlah dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 yang
diberikan di negara ini kepada 580,765.
Sementara itu, menteri mengatakan 2,525 orang telah ditangkap
kerana melanggar peraturan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 11 Mac.
Pindaan ini menaikkan denda dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk
individu dan RM50,000 untuk badan korporat.
Adham berkata, 156 saman ini dikeluarkan oleh kementerian dan
selebihnya oleh polis.
Beliau berkata setakat ini hanya 205 yang menyelesaikan denda
mereka.
Adham mengatakan kementerian kesihatan telah menetapkan beberapa
lokasi, termasuk pejabat kesihatan daerah, untuk pesalah membayar denda mereka.
"Mereka yang membayar denda kompaun dalam tujuh hari
pertama akan diberi diskaun 50% dan mereka yang menyelesaikannya dalam 14 hari
akan mendapat potongan 25%.
“Pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang berpendapatan
rendah B40 dapat membuat permohonan kepada pejabat kesihatan daerah.
"Kami kemudian akan membuka kertas penyelidikan dan
menyerahkannya kepada petugas kesehatan untuk membuat keputusan akhir."
Adham menegaskan bahawa denda itu bukan bertujuan untuk menindas
orang tetapi untuk memastikan orang tidak melanggar prosedur operasi standard.
https://permataselatan.com/25700-melaporkan-kesan.../
https://www.freemalaysiatoday.com/.../25700-report-side.../
TOLONGLAH JANGAN JADI "SELFISH" SEHINGGA MENYUSAHKAN ORANG LAIN...
Tak cukup dengan geng artis kayangan tunjuk diva melangkawi
sempadan negeri, yang diberi borang siap chop pun sama naik?
Ini nak kira sebagai apa? Kalau polis dah tak percaya pada org
ramai utk rentas negeri nak salahkan sape? Ada Frontliners pun rasa kecewa dan
marah dgn sikap sesetgh orang yang cari pasal pi upload perkara yang tidak
sepatutnya..
Pastinya orang-orang yg benar-benar ditimpa kecemasan seperti kematian
keluarga terdekat, sakit tenat atau urusan penting yang memerlukan rentas
sempadan negeri yg akan terkesan.
Orang mcm saya yang terpaksa mohon kebenaran rentas negeri sebab perlu
angkut barang anak-anak dan bawa balik dari universiti sebab cuti semester serta yang
tamat pengajian, boleh dan MUNGKIN terkesan gara-gara ada segelintir individu yang
"Selfish" dan gemar menyalahgunakan kebenaran pihak polis.
Pada mereka yang gemar buat kerja bodo mempamerkan borang kosong
atau kebenaran polis di SocMed, RENTIKANLAH kerja takde pekdah dan boleh
menyusahkan orang lain tu.
Wallahualam
- Zus Din
08 April 2021
RENTASAN 863 | PANAS!!! KINI BERSATU LANCARKAN SERANGAN BALAS TERHADAP U...
'Rakaman audio tunjuk betapa gundah-gulana pimpinan negara' - Anwar
Tian Chua: Penularan ‘perbualan Anwar-Zahid’ sistematik, seperti serangan ‘terancang’
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menarik perhatian pengikutnya kepada cara rakaman dikatakan perbualan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, tersebar.
Tian Chua berkata rakaman itu nampaknya disebarkan secara sistematik sejak dua hari lalu, dengan mesej yang disebarkan secara teratur dan bersasaran.
“Jelas ini sebahagian daripada serangan yang terancang dan terselaras untuk memburukkan nama lawan politik kerajaan Perikatan Nasional,” katanya di Facebook.
Tian berkata pihak penguatkuasaan undang-undang seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia patut siasat “tindakan jenayah” ini.
“Isu yang kita sepatutnya marah adalah betapa begini tahapnya memburuk-burukkan lawan dalam politik hari ini.”
Namun apa yang lebih membimbangkan Tian adakah ada pihak ketiga terlibat dalam merakam perbualan peribadi pemimpin-pemimpin politik.
Beliau berkata rakyat patut berasa takut sekiranya ada pihak ketiga secara rahsia memantau orang yang kritikal atau melawan parti pemerintah.
“Merakam perbualan telefon secara terselubung bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga mencabul kebebasan politik,” katanya.
Tian berkata rakyat umumnya sedar kerajaan mempunyai teknologi dan kapasiti untuk memantau ribuan rakyat, namun ia patut hanya boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman.
“Tidak kira rakaman itu tulen atau palsu, tidak mungkin perbualan peribadi antara pemimpin mewakili dua parti politik utama boleh jadi ancaman kepada keselamatan negara atau ketenteraman awam.”
Zahid dan Anwar nafi perbualan berkenaan, yang dikatakan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 baru-baru ini.
Presiden Umno itu diasak pengkritik ekoran dakwaan ada usaha melibatkan ahli parti itu untuk bekerjasama dengan pembangkang..
Kenapa jumpa menteri Myanmar sedangkan PM kritis terhadap junta, soal PH
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menuntut penjelasan Putrajaya berhubung pertemuan duta besar Malaysia ke Myanmar dengan menteri elektrik dan tenaga kerajaan junta itu.
Gabungan pembangkang itu ingin tahu kenapa pertemuan itu diadakan sedangkan perdana menteri sendiri kritis terhadap junta.
PH berkata, pertemuan itu menimbulkan banyak persoalan mengenai pendirian Malaysia berhubung junta yang mengambil alih kerajaan Myanmar selepas rampasan kuasa 1 Feb lalu.
Katanya, Muhyiddin Yassin sebelum ini menggesa tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi, dibebaskan segera.
“Beliau juga menggesa satu sidang tergempar Asean diadakan untuk membincangkan keadaan di Myanmar selepas kudeta pada 1 Feb,” kata Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR, Khalid Samad daripada Amanah dan Liew Chin Tong daripada DAP menerusi kenyataan bersama.
Mereka berkata, pertemuan Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Zahairi Baharim dengan menteri negara itu, Aung Than Oo, memberi persepsi Malaysia mengiktiraf junta.
“Ini tidak membantu usaha mengembalikan demokrasi di Myanmar. Oleh itu, kami mendesak menteri luar segera memberi penjelasan.”
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan pertemuan itu dengan berkata, kunjungan hormat berkenaan memberi mesej buruk kepada negara lain dan bertentangan pendirian serantau dan negara terhadap rejim junta.
Mereka memberi respons terhadap gambar pertemuan Zahairi dan Aung di Naypyidaw yang tersebar di media sosial hari ini.
Zahairi dikatakan duta pertama dari Asia Tenggara yang mengadakan pertemuan rasmi dengan anggota kerajaan baharu tentera itu.
Terkini! Adun Teratai isytihar keluar DAP
Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH.
Perkembangan ini di tengah-tengah dia berdepan dakwaan mempunyai hubungan sulit.
Dalam kenyataan hari ini, Lai berkata keputusan itu agar DAP tidak terus terpalit dengan skandal tersebut.
“Saya tidak ingin nama parti yang saya cintai terjejas kerana masalah peribadi saya.
“Selepas membuat pertimbangan, saya memutuskan untuk keluar DAP dan menjadi Adun bebas yang pro-DAP dan pro-PH untuk berkhidmat di kawasan saya,” katanya.
Lai berkata dia membuat keputusan itu setelah DAP menerima “serangan” berterusan berkaitan dakwaan terhadapnya, walaupun setelah dia meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor minggu lalu.
Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada DAP atas kesan terhadap parti daripada perkara ini,” katanya lagi.
Keputusan Lai ini tidak memberi kesan kepada kerajaan Selangor, di mana PH mempunyai majoriti besar.
Polis kenal pasti wanita dakwa anggota IPD Gerik maut akibat vaksin COVID-19
KAH.......MACAMANA NAK BELAT AYAQ...KERUSI PUN TAK SELESAI
Gagal selesaikan pembahagian kerusi di Kedah, Sanusi serah pada pusat untuk tentukan
Perikatan Nasional (PN) Kedah menyerahkan kepada kepimpinan pusat untuk menentukan pembahagian kerusi bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses pembahagian kerusi telah dibincangkan pada peringkat PN negeri.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, pihaknya memang ada berjumpa dan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
“Yang mana, perbincangan dengan Bersatu maka dengan parti itu sahaja, manakala mana perbincangan melibatkan UMNO maka dengan parti tersebut sahaja.
“Kita bincang dengan kedua-dua pihak tetapi keputusan tetap dibuat pusat,” katanya ketika diminta mengulas tentang proses pembahagian kerusi PN di Kedah setakat ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Pagi Menteri Besar Kedah bersama Penjawat Awam Kedah di Dataran Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.
Menurutnya, keputusan pembahagian kerusi tidak dilakukan peringkat negeri, sebaliknya hasil perbincangan diserahkan kepada kepimpinan pusat untuk membuat keputusan.
Ketika diminta mengulas sama ada beliau bertemu dengan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Muhammad Sanusi memaklumkan belum menerima jadual berhubung perkara itu.
Pada Rabu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan pada Jumaat ini bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya umum akan datang.
Dalam perkembangan sama katanya, beberapa isu berbangkit selepas Perhimpunan Agung UMNO pada Ahad lalu tidak memberi kesan kepada Kedah dan pentadbiran berjalan seperti biasa.
Katanya, mereka yang ingin berpolitik diminta pergi jauh memandangkan pihaknya sibuk untuk menguruskan pentadbiran dan akan memberi tumpuan kepada Kedah.
Sebelum itu, Muhammad Sanusi turut menerima cek wakalah agihan balik zakat disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim.
WAH PROJEK BARU TERNAK LALAT
ROZY RAZID
Lepas bawak masuk
sampah, dia suro bela lalat.. Terbaik sangat la.. Bila nak suro bela vavi lak?
Ngan lalat sekali dapat.. Mana tau leh multi kaya..
Masa PH dulu bila
menteri PH suruh tanam buloh walaun kata nak jahabamkan lading sawit Melayu.
Sekarang menteri kamu akui buloh mempunyai nilai dagangan bebbillion.
Tapi bab ternak lalat
ni aku tak berapa pasti…owh ya lupa baa
masuk sampah perlu sekali lalat kah?
\
SILAP NAK PEDAJAL NEGERI YANG JAUH LEBIH MAJU
HAMZAH RIE NA
Sanusi tersilap salur air selut kat negeri sendiri ke?
Sekejap jer Allah nak tunjukkan ke atas sikap sombong, bongkak
& kejam PAS terhadap rakyat Pulau Pinang.....
SR
BUKAN MAIN SOMBONG SEKARANG NI…
Aku perhatikan sekarang ni MCA dan MIC sedang naik tocang...
sama naik gak macam Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)... Masing-masing tunjuk
samseng dalam Barisan Nasional... diorang tahu yang kalau diorang keluar dari
Barisan Nasional... tentunya Mahiaddin Md Yasin akan amik diorang dan kutip
diorang bawak masuk Perikatan Nasional... dan last-last akan terkontang kanting
la UMNO sendirian dalam Barisan Nasional... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1820890138088721&id=100005032563860
Semua ini adalah parti opportunis... parti parasit... parti
dedalu...
Masa pokok kuat... diorang menumpang... sekarang diorang nak
cabut dulu... hampeh... Patutnya UMNO dah lama nampak perangai diorang ni...
MCA dan MIC mana pernah menang di kawasan kaum diorang ramai... xdernyer...
Diorang akan menang di kawasan yang ramai pengundi melayu...
pengundi UMNO yang akan bekap diorang selama ini bagi menang... sekarang
diorang rasa besar... rasa
hebat
... diorang tahu yang Perikatan Nasional ada banyak duit...
boleh sponsor diorang... tapi diorang lupa... jenama Barisan Nasional memang
kuat... logo Barisan Nasional memang
hebat
... pastinya Perikatan Nasional susah nak tembusi kawasan akar
umbi Barisan Nasional...
Jadi sebenarnya selepas PRU14... UMNO ada peluang yang besar
untuk singkirkan parasit ni... tapi UMNO ni baik sangat... tu yang dua ekor
parti cikai ni buat perangai... disitulah silapnya...
Apa pun... benda ni kena buat 'clarification' awal... supaya tak
pening... n ereih nak panggil meeting pun macam-macam cekadak.... adoilah....
kasi cantas la...
SELAGI PIMPINAN ADA SIKAP MELAWAN SEPERTI SEKARANG, SUKAR UNTUK UMNO DIHARAMKAN, TAPI…..
Bolehkah UMNO diharamkan?
Ini adalah antara isu yang menghantui UMNO sekarang ini, selain isu kedudukan hubungannya dengan Bersatu dan kemampuan untuk menang dalam PRU15 akan datang.
Dengan banyak kuasa berada dalam tangan Bersatu dan parti itu diketahui umum tidak mungkin mampu bernafas selesa meneruskan pegangan kuasanya dalam negara jika tanpa kerjasama UMNO, tidak mustahil pilihan bagi Bersatu ialah mengharamkan UMNO.
Apalagi setelah UMNO kini memuktamadkan putus hubungan dan tiada lagi kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, itulah jalan terakhir dan terbaik yang boleh dilakukan parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin jika beliau ingin mudah terus mengekalkan kuasanya.
Alasan mengharamkan UMNO pula bukannya susah, di samping boleh dicari dan dicipta, fail lama berkenaan perkara tersebut ketika Mahiaddin memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang diserahkan kepadanya untuk diambil diambil tindakan oleh Tun Mahathir Mohamad sebelum ini, pasti sama ada masih lagi dalam simpanannya atau kini berada di tangan Menteri Dalam Negeri sekarang, Hamzah Zainuddin.
Jika kita masih ingat, sebaik mengetahui perkara itu, mujur Anwar Ibrahim segera menemui Mahiaddin dan menasihatkannya agar jangan bertindak mengharamkan UMNO, meskipun alasan menerima dana 1MDB sudah boleh dijadikan sandaran tindakan pengharaman.
Anwar mengingatkan Mahiaddin tentang jasa-jasa dan sumbangan UMNO kepada orang Melayu, walaupun mereka berdua tidak lagi berada di dalam parti Melayu terbesar itu.
Dengan UMNO diharamkan, ditambah sudah sedia ada pemimpin dalam UMNO sendiri yang lebih sayang kepada Bersatu berbanding parti mereka sendiri, sudah tentu ahli-ahlinya akan bertempiaran dan seterusnya akan muncullah saranan agar menjadikan Bersatu sebagai ganti wadah perjuangan.
Lalu, dengan gah kemudiannya Mahiaddin akan muncul melalui perutusan khasnya sambil menyeru semua orang Melayu agar bersatu di bawah payung Bersatu.
Atau, boleh juga setelah UMNO diharamkan, akan muncul sekumpulan pemimpin UMNO yang pro Bersatu diberikan surat oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk menghidupkan semula UMNO dengan nama UMNO 2.0, UMNO 3.0 atau seumpamanya.
Sebahagian pemimpin utama UMNO sedia ada akan diketepikan daripada cubaan menghidupkan semula parti itu di mana kes mahkamah yang sedang dihadapi dijadikan sebagai alasan mengenepikan mereka.
Selepas itu, pimpinan baru berkenaan bukan saja mula mengadakan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di PWTC, malah bergerak ke negeri-negeri untuk memberi penjelasan dan mengukuhkan sokongan.
Akhirnya, UMNO pun berjaya dihidupkan semula, tetapi oleh kerana organisasinya masih lagi dalam penyusunan dan belum teratur, maka ia perlu bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15.
Bekerjasama dengan Bersatu itu tentu saja bermaksud UMNO perlu berada di bawah dan kena tunduk hormat kepada Bersatu.
Sudahnya, selain Mahiaddin yang akan tersenyum lebar, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin juga turut sampai ke telinga senyumannya.
Realitinya, semua itu tidak mustahil berlaku kepada UMNO dan dilakukan oleh Bersatu tetapi selagi pimpinan UMNO terus melawan dan tidak gentar dengan apa jua cabaran, ia tidaklah semudah itu sesiapa mahu mengambil tindakan pengharaman itu.
Ketika kali pertama UMNO diharamkan, walaupun ia keputusan mahkamah, tetapi boleh dianggap pimpinan UMNO ketika itu memang menghendaki pengharaman tersebut.
Dengannya kemudian lalu ditubuhkan UMNO Baru dan golongan penentang kepada pemimpin yang berkuasa dalam kerajaan tidak dibenarkan langsung untuk menyertai UMNO, seterusnya lahirlah Parti Semangat 46.
Kali kedua UMNO cuba diharamkan ialah dengan Tun Mahathir, setelah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, telah memujuk dan memberi idea kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi agar membubarkan UMNO.
Zahid Hamidi telah bercakap banyak kali mengenai pengharaman itu, malah menyebut jika beliau setuju membubarkan UMNO ketika itu, pastilah tiada pendakwaan di mahkamah terhadapnya, namun tidak pernah sekali pun ia dinafikan oleh Tun Mahathir.
Ini memberi gambaran benarlah ada saranan dan pujukan untuk mengharamkan UMNO oleh Tun Mahathir kepada Zahid Hamidi itu.
Kalau Zahid Hamidi tiada sikap melawan atau mudah gelap mata dengan tawaran jawatan, UMNO sudah pun jadi “arwah” ketika ini.
Yang nyata di sini, dengan kali pertama UMNO diharamkan kerana itulah keinginan pimpinan waktu itu demi survival kuasa mereka dan cubaan kali kedua dilakukan dengan pujukan kepada pimpinan sedia ada, bermakna UMNO tidak mungkin atau terlalu sukar untuk diharamkan selagi pimpinannya ada sikap melawan kepada pihak yang mahu mengharamkannya.
Tun Mahathir sendiri telah membuktikan UMNO hanya boleh diharamkan melalui tindakan daripada dalam, bukan daripada luar.
Mengharamkan UMNO tanpa restu pimpinan dan sebahagian besar ahlinya, tidak dapat tidak, akan memungkinkan berlakunya huru-hara dan pemberontakan besar-besaran di kalangan orang Melayu sendiri.
Tetapi, sebaik UMNO sedia mengalah dan tunduk lentuk atau ketika pimpinannya sudah diambil alih oleh kelompok yang tidak berani melawan, ketika itulah laluan jadi terbuka untuk UMNO mudah dibubar atau diharamkan.
(Shahbudindotcom 08/04/2021)
Sidang kemuncak iklim: Kenapa Vietnam boleh dijemput, Malaysia ‘disisihkan’?
Pada 8
Oleh Roketkini
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sehingga kini masih gagal menjelaskan mengapa Vietnam boleh dijemput tetapi Malaysia ‘disisihkan’ daripada sidang kemuncak mengenai iklim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Tuan Ibrahim harus sedar diri dengan menetapkan wawasannya dalam bagaimana untuk mengintegrasikan langkah-langkah perubahan iklim ke dalam bidang tugas agensi-agensi kerajaan.
“Malangnya, sebagai salah seorang pemimpin parti yang berwarna hijau, Tuan Ibrahim Tuan Man telah merugikan negara dengan prestasi buruk dalam memupuk dasar hijau sehingga Malaysia dilihat sebagai jauh lebih rendah daripada negara Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media melaporkan, Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden itu akan berlangsung secara maya pada 22 dan 23 April dan bakal disiarkan secara langsung untuk tontonan umum.
Ia akan menampilkan pemimpin dunia dari 40 negara, termasuk Singapura, Indonesia dan Vietnam.
Guan Eng berkata, ramai yang mengatakan tindakan Biden itu boleh dianggap sebagai satu tamparan ke muka Malaysia kerana gagal mempertahankan reputasinya sebagai pemimpin dalam tindakan iklim di Asia Tenggara yang berjaya dicapai oleh mantan Menteri Pakatan Harapan (PH), Yeo Bee Yin.
Bagi menghindarkan Malaysia menjadi sebuah tapak pembuangan sampah plastik, tambahnya, Bee Yin menjadi peneraju terhadap usaha mengembalikan kontena sampah plastik ke negara asalnya.
Menurutnya, Ahli Parlimen Bakri itu juga memainkan peranan penting dalam pindaan klasifikasi sisa plastik di bawah Konvensyen Basel, sebuah perjanjian antarabangsa, untuk menyekat import sisa tersebut.
Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, ‘penyisihan’ Malaysia daripada sidang kemuncak berkenaan telah menjadi bahan jenaka, dengan kemerosotan kedudukan Malaysia sebelum ini sebagai peneraju dalam mempromosi isu perubahan iklim.
“Penyisihan Malaysia daripada sidang kemuncak tindakan iklim AS mengesahkan bahawa Malaysia dilihat lebih sebagai tempat pembuangan sampah plastik daripada rakan strategik isu alam sekitar,” katanya.
I N I S U D A H B A G O O S H . . .
Sebenarnya berita macam ni la yang aku suka... sebab berita macam ni memang amat ditunggu-tunggu... Ini sudah bagoosh...
https://www.utusan.com.my/.../pas-takkan-gadai-kerusi.../
KOH KOH KOH…
Pas akan mengekalkan kerusi tradisi parti itu yang dimenangi
dalam pilihan raya umum (PRU) lepas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15) nanti. Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Nik Muhammad
Zawawi Salleh itu sekali gus memberi gambaran Pas tidak akan sewenang-wenangnya
memberikan kerusi tersebut kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan
Gerakan atau parti komponen Perikatan Nasional yang lain.
KOH KOH KOH…
Berita macam ni la yang memang sepatutnya keluar dari mulut
PAS... baru jelas DAN nyata...
KOH KOH KOH… tak berselindung lagi... tak perlu pun PAS
hipokrit... jadi pastinya ini memang tujuan PAS untuk PRU15 nanti...
KOH KOH KOH… jilaker!!
Muhyiddin tiada alasan lagi untuk tangguh sidang Parlimen
Tiada lagi sebarang alasan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memanggil sidang Parlimen apabila gelombang ketiga wabak Covid-19 akhirnya berada di bawah kawalan.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, proses pendaftaran dan pengedaran vaksin Covid-19 perlu dipercepatkan untuk membolehkan kehidupan kembali norma dan memulakan proses pemulihan ekonomi dalam suku keempat tahun ini.
“Parlimen patut dipanggil bersidang untuk membuat keputusan mempercepatkan pelaksanaan program imunisasi Covid-19 kebangsaan menjelang hari Malaysia pada 16 September 2021 dengan mengguna pakai pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyrakat’,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Tambah Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, beliau berharap dapat melihat penurunan kadar kes Covid-19 yang berterusan dalam hari-hari yang akan datang.
Dalam pada itu, Kit Siang juga mempersoalkan sama ada adakah mesyuarat Kabinet yang dijadualkan hari ini akan memutuskan bagi Muhyiddin menasihati YDPA untuk memanggil sidang Parlimen bagi membolehkan wabak tersebut ditangani dengan lebih efektif.