TOLONGLAH JANGAN JADI "SELFISH" SEHINGGA MENYUSAHKAN ORANG LAIN...

 


Tak cukup dengan geng artis kayangan tunjuk diva melangkawi sempadan negeri, yang diberi borang siap chop pun sama naik?

Ini nak kira sebagai apa? Kalau polis dah tak percaya pada org ramai utk rentas negeri nak salahkan sape? Ada Frontliners pun rasa kecewa dan marah dgn sikap sesetgh orang yang cari pasal pi upload perkara yang tidak sepatutnya..

Pastinya orang-orang yg benar-benar ditimpa kecemasan seperti kematian keluarga terdekat, sakit tenat atau urusan penting yang memerlukan rentas sempadan negeri yg akan terkesan.

Orang mcm saya yang terpaksa mohon kebenaran rentas negeri sebab perlu angkut barang anak-anak  dan bawa balik dari universiti sebab cuti semester serta yang tamat pengajian, boleh dan MUNGKIN terkesan gara-gara ada segelintir individu yang "Selfish" dan gemar menyalahgunakan kebenaran pihak polis.

Pada mereka yang gemar buat kerja bodo mempamerkan borang kosong atau kebenaran polis di SocMed, RENTIKANLAH kerja takde pekdah dan boleh menyusahkan orang lain tu.

Wallahualam

- Zus Din

08 April 2021