DOK P TOLONG BUAT APA...MB SELUT NI BUKAN BOLEH BAWA BINCANG.

 Tular dimedsos PBAPP (Perbadanan Air P.Pinang) membantu kerajaan Kedah yang berhadapan dgn masalah bekalan air..Mana Sanusi Raja Lawak??




TIDAK MALUKAH PEMIMPIN UMNO DISERGAH OLEH PEMIMPIN BERSATU.


 Di sebalik Perhimpunan Agung UMNO atau PAU semalam telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan akan keluar daripada kerajaan menjelang 1 Ogos, seorang pemimpin Bersatu menyergah beberapa menteri UMNO dengan menyarankan agar mereka meletakkan jawatan dengan segera.

Dengan melabelkan mereka sebagai panglima perang berwajah dua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Md Yusof berkata, sikap menteri terbabit yang jelas tergambar dalam ucapan di PAU semalam sama sekali tidak boleh diterima.

“Menteri-menteri ini bersikap lain di depan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin, tetapi ketika mereka berada dalam kalangan ahli parti sendiri, mereka bersikap sangat berbeza.

“Bagi saya, menteri ‘dua wajah’ ini boleh pergi. Sekiranya anda tidak mahu jadi sebahagian daripada kerajaan, jangan jadi,” katanya kepada portal berita FMT.

Maka, di mana menteri-menteri UMNO berkenaan nak letak muka?


Tidak malukah terus berada sebagai anggota kabinet dalam kerajaan yang telah dicerca dan mahu diputuskan hubungan?

Kenapa tidak segera letak jawatan?

Redzuan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Wan berkata, mereka yang berada dalam kerajaan mesti tegas dalam pendirian dan pegangan.

“Adakah anda mahukan perpaduan antara ummah supaya negara boleh maju ke depan atau adakah anda mahu meneruskan budaya panglima perang dalam UMNO?” soalnya.

Beliau bagaimanapun “lega” apabila PAU semalam telah menunjukkan “perangai sebenar” panglima perang UMNO, termasuk mereka yang ada dalam Jemaah Menteri.

“Budaya panglima perang masih ada. Kita tahu beberapa personaliti dalam UMNO mahu menggunakan parti itu untuk menjaga diri sendiri, untuk melepaskan diri dari keadilan.

“Ia mengecewakan ada orang lain mahu jadi sebahagian daripada itu,” tambah beliau yang juga Ahli MPT Bersatu.

Mengenai resolusi yang diluluskan UMNO, termasuk menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 akan datang, Pak Wan berkata, perkembangan itu tidak mengejutkan.

“Kita (Bersatu) akan bertemu hari ini atau esok untuk membincangkan pendirian dan respon terhadap perkara itu.

“Untuk PRU15, Muhyiddin sudah menyatakan dengan jelas kita sedia bersaing dengan UMNO

“Walaupun kita mahu semua parti Melayu bekerjasama, kalau UMNO sudah mencabar, kita akan sahut,” tegasnya.

Pada Sabtu lepas, Muhyiddin berkata, Bersatu sedia bertanding di setiap kerusi yang ditandingi UMNO tidak kira satu lawan satu, satu lawan dua atau tiga penjuru.


 (Shahbudindotcom 29/03/2021)






UMNO TAK BERUBAH SEBENARNYA

Hamzah Rie Na

Mereka bergaduh sesama bangsa dan beragama islam, tapi bila nak menampakkan diri masing-masing mulia, ala-ala pejuwang bangsa dan agama DAP jugalah yang dituduh punca segala 

permasalahan. Ehhhh sila terjun sungai kelang lah korang.



 

VIDEO : LEPAS KENA KUTUK Hadi tergesa-gesa tinggalkan PAU, enggan beri komen..KEH..KEH


Abdul Hadi Awang enggan memberi sebarang komen mengenai ucapan dasar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan dilihat tergesa-gesa meninggalkan Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.





HAI...TAK BOLEH NAK SENYUM DAH KE HADI ?

 


May be a meme of 3 people and text


BOB KELANANG


Cer tengok leklok gambar ni... Gambar diambil sebelum Persidangan UMNO berlangsung smlm...

Senyuman Ku Li penuh bermakna. Senyuman manis hingga ke telinga...

Kita tngok pulak

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

. Gambarnya sedikit kabur mcm ayam berak kapur...

Nakal Ku Li... hikhikhik

Monink fren... Assalamualaikum.

 

VIDEO : BUDAYA TAKFIRI PUNCA CUBAAN BUNUH PEMIMPIN



Hadi mendakwa PAS mewarisi ilmu para khalifah yang adil dan para ‘ulamak yang setia bersama Islam. “Setiap penganut Islam wajib mengerti bahawa buta Al-Quran itu lebih besar akibatnya daripada buta huruf dan perlu menyedari orang yang boleh membaca, menulis, berpendidikan tinggi dan mendapat ijazah berjela-jela dan gelaran ilmiah tetapi buta Al-Quran, amalannya tanpa cahaya hidayah yang tidak membawa kepada wawasan kita.






LGE TAHU OT95 BUAT PERANGAI SEJAK AWAL TAPI APA DIA BUAT?

 


KALI ini saya malas nak ulas panjang. Anda baca sendiri SCREENSHOTs berita dari FMT yg disertakan. Nak gelak, nangis atau maki je LGE a.k.a Tokong Lim nih?

Dia tahu apa yg berlaku, dia tahu OT95 a.k.a SAKATua memg KHIANAT sejak awal tak mahu tunaikan sebahagian dari Manifesto seperti pemansuhan Tol tapi apa dia buat?

Sehingga hari ini Tokong Lim begitu menyokong OT95. Bukan dia shj, tapi mereka #K3 yg pernah merasa jawatan di bawah SAKATua seperti Loke, LCT, 3 Mak Dara Pingitan, Kula dan yg sama waktu dgnnya begitu memuji muja si OT95 PENGKHIANAT yg meletak jawatan lalu membuka laluan utk Kerajaan PH dijatuhkan.

Utk tidak ulas panjang, sila baca SCREENSHOTS disertakan yg menimbulkan beberapa PERSOALAN kerana sungguh canggung dan janggal bila #K3 DAP tetap sokong SAKATua malah kdg2 menyanggah DSAI. Apa motif mereka?

Wallahualam.

"TRUST IS TO BE EARNED, NOT GIVEN".

- Zus Din

29 March 2021

Link berita : https://www.freemalaysiatoday.com/.../dr-m-bantah.../...

 

PKR TOLAK PENANGGUHAN UNDI 18


UMNO-BERSATU BERTEMBUNG, MUHYIDDIN KECUNDANG DI PAGOH?


Kesan keputusan Umno dalam PAU semalam

 

ULASAN PAU






PAU 2020 yang diadakan 28 Mac 2021.

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 yang tertangguh sejak setahun lalu telah diadakan dan sudah berakhir semalam. PAU semalam dilihat dari berbagai sudut dan kepentingan dengan citarasa masing-masing sesudai diwaktu pandemik. 

Ada mengatakan ia sebagai satu himpunan untuk meluluskan solusi yang sudah dibuat awal dan ada juga mengatakan sekadar rutin biasa Umno sebagai mematuhi peraturan ROS.  Kedua-dua pandangan itu boleh diterima dan ada kebenarannya. 

Apapun PAU semalam telah berjaya mengambil ketetapan atau endorsement daripada perwakilan berhubungan satu perkara yang membelenggu Umno sejak beberapa bulan lalu. PAU semalam mengambil ketetapan untuk tidak bekerjasama politik dengan PPBM parti yang dianggap sebagai ular Lidi yang hendak menjadi Naga. Muktamad. 

Seluruh perwakilan yang hadir dalam dewan PWTC bangun menyatakan tindakan itu. 

Perkara itu sudah dijangka awal-awal lantaran desakan bertalu-talu dari akar umbi Umno yang dibuat semasa mesyuarat bahagian masing-masing. Walaupun ia baik dan satu keputusan tepat kepada Umno, namun ia memberi kesan dan implikasi lain khasnya kepada pihak yang beriya yang mahukan Umno bersama dengan PPBM atas sebab-sebab sendiri dan logikal politik sang orang pemikirnya. Kerana Umno patuh kepada pendapat dan keputusan majoriti, maka idea untuk membawa Umno bersama PPBM itu tertolak total. 

Keputusan yang sedikit suspen yang diambil dalam PAU semalam, adalah apabila parti kebangsaan yang hilang kuasa itu membuat ketegasan mereka akan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN. Tarikh atau masa diberikan ialah pada Ogos. MKT amnya dan presiden Ahmad Zahid Hamidi mendapat pengihtiarafan dan diberikan mandat penuh oleh perwakilan untuk menentukan tarikh penarikan itu. 

Walaupun tarikh akhir diberikan Ogos, tetapi Zahid diberikan "pisau" dan "pistol" untuk menghabisikan kerajaan itu, melakukan pemutusan itu bila-bila masa sahaja. Kalau mengikut amarah dan perasaan perwakilan mereka mahu penarikan itu dibuat semalam juga. 

Bayangkan kalau Umno mengumumkan menarik balik sokongannya semalam, hari ini sudah tentu negara menjadi riuh randah dan sudah ada menteri atau timbalan menteri yang menulis surat meletak jawatan dan juga ada menteri dan timbalan menteri yang dilihat liat untuk tidak sedia berbuat demikian. Jangkaan saya antara menteri yang bergeliat untuk letak jawatan, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan Hishammudin Hussein.  

Tetapi tarikh menarik sokongan itu ditetapkan pada Ogos. Signifikan tempoh itu sesuai dengan janji mulut dilafazkan Muhyiddin Yassin yang mengatakan proklamasi darurat akan tamat pada 1 Ogos dan sebaik tamat pilihan raya akan diadakan?

Walaupun Umno atau Zahid tidak menyebut syarat penarikan itu, dapat difahami sekiranya pada tarikh itu Parlimen tidak dibubarkan maka Umno akan mengarahkan ahli-ahli parlimennya khasnya yang memegang jawatan dalam kerajaan, menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC meletak jawatan.

Ketetapan dan keputusan itu sedikit jenaka bunyinya, kerana ia dilihat seperti ada sesuatu yang sedang dibincang dan dirundingkan antara Umno dengan PPBM atau Bersatu. Kenapa diberikan senggang masa? Kenapa tunggu Ogos untuk menarik sokongan? Kenapa tidak sekarang? Apakah beza dan kelainannya menarik sekarang dengan tunggu sampai Ogos. Apakah kalau menarik sokongan Ogos Umno akan mendapat laba besar tetapi kalau dibuat sekarang akan rugi? 

Sepekara dalam perjuangan termasuk juga politik ketepatan dan kecepatan menguruskan masa sangat penting.  

Apakah Umno menghormat kepada Yang diPertuan Agong yang memberi perkenan ke atas proklamasi darurat itu.  Rasanya ia tidak logik begitu kerana apabila Agong memberi penjelasan bahawa darurat tidak bermakna parlimen tidak boleh bersidang ertinya Agong tidak memihak dan mengawal bila masa hendak diadakan Piraum.

Atau senggang masa itu diberikan kerana Umno masih berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN). Kerana hubungan itu kini renggam maka Umno memberi tempoh beberapa waktu untuk berusaha mengejapkannya kemudian baru membuat hentam kepada kerajaan PN. Apakah Umno yaking Pas akan kembali bertaut mesra dengannya. 

Natijah kepada tindakan Umno itu kita nampak ia mahu Piraum diadakan. Umno sudah ghairah untuk berpilihan raya seperti gadis sunti sudah baligh "belengah" untuk berkahwin.  Keghairahan itu disusuli dengan keyakinan akan menang hatta kalau bertanding secara bersendirian pun Umno yakin mereka boleh menang. 

Mungkin Umno ada hujahnya dan petunju dalaman tetapi kepada umum tidak ada indikator Umno boleh menang kalau bertanding bersendirian. Bukan sahaja Umno gabungan dan koalisi lain juga tipis untuk menang besar sehingga mencapai majoriti mudah.  

Justeru meletakkan syarat dan memberi peluang akan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN kepada Ogos tidak praktikal. Melainkan Umno mengira apabila mereka menarik sokongan menyebabkan Muhyiddin tidak ada pilihan lain akan bubar parlimen. Apakah Umno tidak terfikir kemungkinan-kemungkinan lain. Muhyiddin dan gengnya masih ada akal untuk melanjutkan usia kerajaannya. Mereka tidak akan berhenti daripad aberfikir mencari helah untuk melanjutkan usia pentedbirannya.

Bagaimana pula kalau Umno menarik sokongan dengan 35 orang MPnya itu, tiba-tiba ada pengalang ganti yang menjadi menyokongnya pula?

Semisalnya tiba-tiba Keadilan akan mengisi kekosongan ditinggalkan Umno itu menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Mana tahu kalau selepas ini ada pula perjanjina mulut antara Muhyiddin dengan Anwar. Dengan menerima politik itu seni serba mungkin dan aksi dan tindakan bervariasi, ia tidak boleh dikesampingkan. Walaupun sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi mereka terus melakukan persumpahan demi persumpahan kerana itu sebagai daripada game mereka. Mereka bukan bersumpah dengan Zabul, Injin, Taurat tetapi dengan Quran juga.   

Kalau Muhyiddin merelakan dirinya ditukar kepada Anwar sebagai perdana menteri, ia tidak mustahil? Tidakkah ketika itu nanti Umno akan menangis tidak berlagu.  

Dua keputusan besar dibuat oleh Umno semalam dengan penuh berani, bertanggungjawab dan terdesak, ialah 1. Tidak akan bersama PBBM, 2. Akan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN Ogas nanti.

Daripada dua keputusan itu saya melihat ada beberapa implikasi sampingan yang lain. Maksudnya keputusan Umno semalam mempengaruhi suasana politik negara dan turut mengesankan parti-parti politik lain.

1. Umno jelas akan menghadapi pilihan raya umum nanti secara bersendirian. Umno tidak akan berkolaborasi dengan mana-mana parti atau gabungan parti politik. Umno akan kekal bersama BN yang mempunyai MCA dan MIC.

2. Umno bakal kehilangan Pas. Ini kerana Pas telah menunjukkan minat mendalam untuk bersama PPBM berbanding dengan Umno, walaupun ia bergabung lebih awal dengan Umno. Alasan diberikan Abdul Hadi Awang Pas ingin menyertai Piraum sebagai kerajaan cukup kuat untuk meletakkan Pas akan bersama PPBM. 

3. Tindakan diambil Umno itu (bertanding bersendirian) memberi peluang untuk perwujudan kerajaan gabungan selepas pilihan raya. Tindakan dan keputusan ini terbaik dalam saat Umno merasakan ia dipermain dan diperbudakan oleh PPBM dan hilang kesetiaan Pas. Umno mengambil sikap biar "sama-sama saja." 

4. Keputusan Umno itu juga memberi kesan sampingan kepada pihak lain. PH (Keadilan dan DAP), yang sebelum ini diura-ura akan mengadakan pakatan dengan Umno, mungkin tidak akan berlaku. Bagi Pas pula menjadikan parti itu terjepit di antara dua harapan dan kerinduan dan tergolek dilembah antara dua gunung maha curang. 

5. Keputusan Umno selama sekali lagi mempamerkan politik tidak berani yang tidak bijak kepada medium politik Melayu. Melayu terus berpecah dan dipecah-pecahkan kerana kepentingan politik.

6. Keputusan dan cara Umno itu juga menjadikan kedudukan parti-parti utama untuk membentuk kerajaan terbuka. Parti-parti utama ialah Umno, Pas, Keadilan dan DAP.  [wm.kl.9:14 am 29/03/2021] 

 

TEMPOH LIMA BULAN NIKAH MUTAAH YANG ADA, MACAM2 MUHYIDDIN, AZMIN DAN HAMZAH BOLEH RANCANG KEKAL KUASA

 

Keputusan PAU semalam yang menyetujui UMNO putus hubungan dengan Bersatu dan akan bergerak sendirian pada PRU15 nanti pada asasnya memang sudah dijangka dan sama sekali tidak mengejutkan.

Sebagaimana itulah kehendak akar umbi UMNO, ditambah dengan penyusunan jurucakap di mana tahun ini ia hanya terdiri daripada Pengerusi UMNO negeri-negeri, sudah tentu momentum serangan terhadap Bersatu tidak mungkin dapat dikendurkan lagi.

Apatah lagi dalam ucapan perasmian pada sebelah pagi semalam, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah memulakan serangan terhadap Bersatu dan menaikkan semangat perwakilan tentang perlunya putus hubungan itu dimuktamadkan.

Begitu pun, meski UMNO setuju memutuskan hubungan dengan Bersatu, tindakan keluar daripada kerajaan PN tidak pula dilakukan secara serta-merta.

Kalau dulu, ketetapan UMNO ialah keberadaannya dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi kini keputusan itu diserahkan kepada Presiden dan MT UMNO memilih masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Zahid Hamidi kemudian berkata, MT UMNO akan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN sebaik saja tempoh darurat tamat iaitu sama ada pada atau sebelum 1 Ogos depan.

Difahami bahawa tindakan ini adalah bertujuan agar PRU15 dapat diadakan selepas itu, bahkan ia juga bersesuaian dengan janji Muhyiddin Yassin sendiri yang berkata, PRU akan diadakan sebaik darurat tamat dan ancaman Covid19 sudah reda.


Bermakna, keputusan PAU semalam hanya merubah sedikit saja berkenaan hubungan nikah mutaah antara parti itu dengan Bersatu dalam kerajaan PN.

Dulunya tempoh nikah mutaah itu sehingga Parlimen dibubarkan yang tidak diketahui bila tarikhnya tapi kini dipendekkan kepada Ogos depan iaitu kira-kira lima bulan daripada sekarang.

Dalam tempoh lima bulan akan datang ini, UMNO dan Bersatu tetap kekal tinggal serumah dan makan semeja bersama seorang lagi madu dalam rumah yang iaitu Pas.

Selepas putus hubungan nanti, belum dapat dipastikan sama ada Pas akan memilih UMNO atau Bersatu untuk meneruskan fasa kehidupan berpolitik seterusnya.

Secara umumnya, keputusan UMNO yang tidak berani keluar serta merta daripada kerajaan, sebaliknya memberi tempoh lima bulan lagi untuk berbuat demikian, dengan sendirinya meletakkan parti itu terus dipertikaikan ramai.

Rata-rata mempersenda dan mempertikai ketetapan tersebut di mana jika Bersatu dan kerajaan PN sudah habis dikecam, ditempelak dan dicaci-maki dalam PAU semalam sehingga seolah-olah tiada satu pun yang baik mengenainya, kenapa UMNO tidak keluar segera dan masih sanggup bertahan lima bulan lagi tinggal bersama?

Apa lagi yang UMNO mahu tunggu?

Dalam waktu yang sama, turut dibimbangi kiranya dengan memberi ruang waktu lima bulan untuk keluar dan berpisah daripada kerajaan itu, ia seperti memberi masa kepada Muhyiddin dan Bersatu mencari jalan dan berfikir lagi menyelamatkan kedudukannya?

Jika dalam tempoh lima bulan akan datang Muhyiddin belum yakin mampu mengekalkan kuasanya, apakah mungkin beliau akan setuju membubarkan Parlimen?

Dalam tempoh lima bulan ini juga apakah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin serta konco-konconya akan duduk diam saja?

Tidak mungkinkah selepas ini angka kes Covid19 tiba-tiba akan mencanak naik dan darurat yang lebih ketat akan dicadangkan pula bagi menggantikan darurat yang ada sekarang?

Dengan kuasa yang ada dalam tangannya, masa pun ada lima bulan lamanya, macam-macam perkara mampu Muhyiddin lakukan untuk mengekal dan mempertahankan kuasanya.

Sebab itu, keputusan terbaik bagi UMNO untuk mencerahkan peluangnya kembali berkuasa ialah dengan keluar kerajaan secara serta-merta sehingga Muhyiddin dan kerajaan PN terkejut dibuatnya sehingga tidak punyai masa untuk berfikir dan merancang apa-apa seterusnya. 


(Shahbudindotcom 29/03/2021)





KEH..KEH...LETAK LAH APA LAGI...

 

W.FAUDZIN


Bersatu dah cabar Umno tu. Tunggu apa lagi? Mandat dari perwakilan akar umbi dah dapat. Tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai najib dan zahid disumbat masuk dalam? Nak tunggu sampai umno diharamkan atau dimusnahkan ? Nak tunggu bulan ogos ? Panjang lagi masa untuk mereka 'shopping' membeli MP-MP....

Biarkan Umno dengan was-wasnya.

Keadilan tetap lawan walaupun bersendirian. Kami tak tunggu 'tawar menawar" dari sesiapa.

 May be an image of 1 person and text that says "F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Letak lah jawatan, ahli PPBM beritahu menteri Umno 'dua wajah' Robin Augustin March 29, 2021 2:22 PM 88 Shares freemalaysiatoday.com"

LAAA.....KENA BAYAR SAMAN LAGI?

 


Terkini! Hakim arah Dr Kamarul bayar kos lagi

Terkini! Hakim arah Dr Kamarul bayar kos lagi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (29/3/2021) mengarahkan Dr Kamarul Zaman Yusoff,  pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) membayar kos sebanyak RM6 ribu kepada Malaysia Dateline dan Arif Atan iaitu RM3 ribu bagi setiap defendan.

Ini berikutan penyataan tuntutan dan writ yang difailkan Dr Kamarul ada kecacatan dan perlu difailkan semula.

Terdahulu Kamarul telah menfailkan saman fitnah dengan menamakan Malaysia Dateline sebagai defendan pertama dan Arif Atan atas kapasitinya sebagai pengarang sebagai defendan kedua kerana telah menyiarkan di portal Malaysia Dateline enam artikel daripada pelbagai pihak yang dikatakan memfitnah beliau.

Difahamkan bahawa keenam-enam pemilik asal itu juga telah disaman secara berasingan.

Malaysia Dateline dan Arif Atan telah memohon untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Kamarul itu kerana beberapa kecacatan yang terdapat Writ dan Pernyataan Tuntutan termasuklah tindakan Kamarul yang meletakkan amaun gantirugi yang dituntut sebanyak RM12 juta adalah bertentangan dengan undang-undang.

Hakim Tuan Quay Chew Soon ketika membacakan keputusan tersebut menyatakan bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan itu boleh dipinda dan diperbetulkan oleh Kamarul dan tidak perlu dibatalkan dan justeru permohonan defendan-defendan untuk pembatalan itu ditolak.

Pada masa yang sama Hakim mengarahkan Kamarul untuk membuat pindaan itu dalam tempoh 7 hari daripada tarikh keputusan ini.

Kamarul diwakili oleh peguam Mohd Harris Mohan Abdullah dan defendan-defendan diwakili oleh Dr Zulqarnain Lukman









Kebanyakan ahli KEADILAN mula aktif politik seawal usia 18 tahun

 



POSTED BY AMIR WRLR


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menempelak tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi 18 kepada September 2022.


Beliau berpendapat alasan SPR juga tidak boleh diterima kerana menganggap badan pengelola pilihan raya itu seharusnya menghormati hasrat 221 ahli Parlimen sebelum yang menyokong supaya undi 18 dilaksanakan.

Malah, Nurul Izzah berpandangan kebanyakan ahli politik termasuk yang mewakili KEADILAN mula giat dalam politik seawal usia 18 tahun.

"Sebilangan besar daripada kami yang memulakan aktivisme politik pada tahun 1998 berusia lewat remaja; bersama Rafizi Ramli, Chan Ming Kai, Chang Lih Kang, Nurin Aina, Sim Tze Zin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Kesavan Subramaniam, dan ramai yang lain berumur di antara 18 hingga 21 tahun, yang seterusnya menjadi antara anggota awal Parti KEADILAN Nasional (sekarang Parti KEADILAN Rakyat) menjelang tahun 1999.

"Ramai terpaksa hadapi sistem perundangan yang menghukum serta peraturan akademik yang mencabar, sehingga kehilangan masa depan tertiari hanya kerana memilih untuk menyuarakan perbezaan pendapat politik atau bersama dengan parti pembangkang," katanya.


Disebabkan itu, rata-rata dari kalangan mereka yang akhirnya menjadi ahli Parlimen menyokong hasrat untuk memastikan semua individu berusia 21 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih.


"Pada tahun 2012, Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) telah memperoleh undian Ahli Parlimen merentasi parti - bagi mendaftarkan rakyat yang berusia 21 tahun ke atas secara automatik sebagai pemilih," kata Nurul Izzah.


Namun, beliau kecewa apabila kerajaan Barisan Nasional ketika itu gagal menghormati keputusan perundangan secara keseluruhan.


Malangnya, perkara lebih kurang sama terjadi lagi pada 2021, apabila Izzah menyifatkan SPR telah menolak komitmen perundangan yang menyaksikan persetujuan kesemua Ahli Parlimen untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun menjelang 2021.


"Sebaliknya, tarikh September 2022 muncul sebagai garis masa baharu sekaligus menyingkirkan kewibawaan sayap legislatif dan meletakkan kelulusan parlimen hanya sebagai nota kaki, bukan keputusan yang harus dihormati.


"Selari dengan angin perubahan yang dirasakan mampu meningkatkan kemampuan kita untuk melaksanakan tindakan politik pada tahun-tahun yang tidak dapat dilupakan seperti tahun 1998-1999, begitulah juga kita harus memberi hak kepada anak-anak muda berusia 18 tahun bagi memilih dan membina masa depan bersama.


Justeru, Nurul Izzah menganggap rakyat terutamanya anak muda 18 tahun tidak boleh lagi berdiam diri dalam isu ini.


"Sudah tentu ini adalah tahun dimana kita tidak boleh bertolak ansur dengan SPR menggunakan alasan kuno seperti mekanisme pendaftaran pemilih yang mencabar bagi menunda pelaksanaan hak anak-anak muda berusia 18 tahun.


"SPR, dan semua anggota Parlimen harus menghormati dan melaksanakan komitmen perundangan yang dimeterai pada 2019 dan memastikan anak muda 18 tahun layak mengundi tahun ini," katanya.

 





Umno perlu rasional, teroka kerjasama dengan PH jamin kemenangan - Hassan Karim

 


POSTED BY AMIR WRLR


Keputusan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) semalam menyokong saranan presiden Datuk Seri Zahid Hamidi agar parti itu bertanding secara solo, dan melupakan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mewajarkan pertimbangan yang lebih rasional bagi menjamin kemenangan.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, formula kemenangan Umno selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah merintis kerjasama dengan blok pembangkang.

"Jika Umno mahu jadi parti di blok kerajaan selepas PRU 15 maka mulai sekarang Umno perlu bina kerjasama dengan KEADILAN, DAP dan Amanah iaitu Pakatan Harapan (PH), sebelum PRU15.

"Jika tidak, Umno akan menjadi parti yang lebih mengecil pengaruh dan kekuatanya jika bertandingan secara solo dengan jenama BN yang telah ditolak rakyat dalam PRU 14," katanya kepada Suara Keadilan.

Bagaimanapun, Hassan memuji keputusan Zahid dan perwakilan yang berani menamatkan kerjasama dengan parti pemerintah dan ketua PN, Bersatu.

Katanya, Bersatu hanya gah kerana Perdana Menteri (PM) disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan parti itu tiada akar umbi yang mantap.

"Keputusan Zahid itu logik dan munasabah.

"Dari segi kekuatan parti, Umno lebih kuat daripada Bersatu. Bersatu kuat sekarang kerana jawatan PM dipegang oleh Muhyiddin , Presiden Bersatu.

"Kuasa incumbency jawatan PM itu amat besar. Tetapi bila Parlimen bubar, Bersatu akan sedar dia tiada sokongan akar umbi," katanya.

Untuk langkah selanjutnya, Hassan menyeru agar Umno memikirkan pelan kerjasama di atas beberapa common policies dengan PH yang boleh meyakinkan rakyat.

"Antara polisi itu ialah ekonomi yang inklusif untuk rakyat dan pembangunan negara

"Agenda negara pelbagai kaum dan agama, di mana jaminan keadilan untuk semua selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara

"Juga reformsi dalam struktur asas negara yang menjamin kebebasan kehakiman, Parlimen, dan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia dan lain lain," katanya lagi.

Semalam, perwakilan PAU bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Umno akan bertanding secara solo pada PRU 15 sekiranya Pas mahu bersama Perikatan Nasional.

"BN telah memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian. Biar saya jelaskan, once and for all, untuk Umno menjadi dominan semula selepas PRU15, pertamanya kita mesti menang kerusi terbanyak.

"Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita," kata Zahid dalam ucapan dasar PAU di PWTC, Kuala Lumpur.