ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

 

Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahasiswa terutamanya dari UPM yang menganggur. Sebagai jalan penyelesainnya, Anwar melalui pusat pertanian dan jabatan pertanian telah menganjurkan skim siswazah menggnggur dengan menggalakkan pertaniansecara lading. Tanah pertanian di Seberang Perai, terutamanya tanaman padi diusahakan oleh siswazah menganggur dengan mewujudkan estet padi..dan kini  usaha itu kekal dengan pengunaan teknologi moden dari masa kemasa.kini beiau di Port Dickson menggalakkan kaedah yang sama untuk siswazah dan bakal sswazah.

 

May be an image of outdoorsMay be an image of 2 people, people standing and outdoorsMay be an image of one or more people, people standing and outdoors


Meninjau ladang cili yang diusahakan anak-anak mahasiswa di Kolej UNITI, Port Dickson pagi ini.

Ladang ini mempunyai hampir 5,000 pokok cili dan terdapat 3 jenis cili yang ditanam iaitu cili kulai, cili bara dan cili akar. Ia akan terus dipasarkan ke pasar yang terdekat sesudah dipetik.

Saya difahamkan tenaga pekerjanya terdiri dari kalangan para pelajar dan mahasiswa, dan menerusi program pertanian dan keusahawanan ini mereka mampu untuk meraih duit belanja dari usaha dan keringat mereka sendiri.

#PortDickson

 

NAK TURUN KES-RAMAI LA LOMPAT

 

IBRAHIM MAT ISA


Kalau ada lima ekor katak lagi yang melompat ke kolam sana, kes Covid19 ini dijangka menurun di bawah angka 500 sehari.

Cepatlah katak... Melompat laaaaaa 



 May be an image of map and text that says "STATUS TERKINI COVID-1 MALAYSIA 2.3.2021 KES BAHARU MENGIKUT NEGER Jumlah kes baharu 1,555 KEMONTERANKESIHATANMAAISIA Jumlah keseluruhan kes 304,135 PERLIS +0 KEDAH +11 KELANTAN +46 P.PINANG +106 TERENGGANU +7 PERAK +63 SELANGOR +672 LABUAN +0 PAHANG 3 K.LUMPUR +145 N. SEMBILAN PUTRAJAYA +115 +1 MELAKA +11 JOHOR +163 SABAH +53 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN PKPP) SARAWAK +159 SUMBER: CPRC KEBANGSAAN NEGERI JUMLAH KES BAHARU comms@moh"

LAGI ANTI COVID 19 TIBA

 

IBRAHIM MAT ISA


More and more to come. Those are:

1. Astra Zeneca

2. Sinovac

3. COMIRNATY (Pfizer)


May be an image of text

 

ANWAR SERAH PERANTI UNTUK KELUARGA YANG MEMERLUKAN

 

Menyerahkan 300 unit peranti pintar kepada anak-anak kakitangan kerajaan di Port Dickson.

Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Pejabat Kesihatan Port Dickson.

Semoga sumbangan ini dapat memampan sedikit dampak pandemik dan dimanfaatkan oleh anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran.

#PortDickson

 

May be an image of 1 person and standingMay be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standingMay be an image of 1 person, standing and indoor

DULU WALAUNCAI MAIN ISU SAJAT-SEKARANG HAMBA ALLAH NI KATA TAK MAHU ISLAM DAH..APA HANGPA NAK JAWAB?WOIII....

 

Masa PH perintah, lebai dan walaun tak nak Menteri Agama Dr Mujahid jadi Islam dan baik bila Sajat pi umrah pakai pakaian wanita. Gelaran mereka ke Mujahid seperti biasa, Mujahid munafik, Mujahid mujahat.. bla bla bla..

Now, semasa PAS menempek jadi kerajaan, Sajat sendiri dah tak mau jadi Islam..

Macam mana PAS? Bagi la dalil.. hangpa kan pakar dalil yang lucu dan songsang .



 Sajat 'dah tak nak jadi orang Islam'

malaysiakini.com
Sajat 'dah tak nak jadi orang Islam'
"Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada agama Islam,” katanya.

MUHYIDDIN SEMAKIN TIDAK DIKEHENDAKI, 46% MAHU BELIAU LETAK JAWATAN



 Polemik politik sentiasa berlaku terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) selaku Perdana Menteri sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 membentuk Kerajaan Perikatan Nasional.

Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengalami pasang surut berkaitan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadapnya untuk memegang amanah jawatan nombor satu negara.

Apakah ‘mood rakyat’ dalam menilai polemik ini?

Apakah pilihan terbaik buat beliau di kaca mata rakyat Malaysia?

Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, hanya 19% yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.

Majoriti responden, 46% memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.

29% pula berpandangan beliau wajar membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Hanya 2% sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa.

Berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, survei mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21 tahun hingga 66 tahun ke atas.

Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti.

Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

Info lanjut layari web: www.ideselangor.com / Facebook, Youtube & Twitter IDE.

Dikeluarkan oleh: UNIT PENYELIDIKAN IDE



Panas! Pemimpin UMNO dedah menteri dari Bersatu cuba campur tangan pemilihan ketua kampung

 


Panas! Pemimpin UMNO dedah menteri dari Bersatu cuba campur tangan pemilihan ketua kampung
Veteran Umno Shahrir Ab Samad membidas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan yang tidak berpuas hati berkenaan pelantikan ketua kampung yang dikatakan banyak dipilih dalam kalangan orang Umno sahaja.

Shahrir memberikan bayangan bahawa calon-calon yang diketengahkan Bersatu untuk jawatan ketua kampung tiada yang memperoleh markah tinggi dalam temu duga dengan Pejabat Daerah.

Malah, dakwanya, ada usaha daripada menteri Bersatu yang mahu mengambil alih urusan pemilihan ketua kampung itu, meskipun urusan itu sebenarnya terletak di bawah kerajaan negeri.

“Apa nak bertelagah kalau tak ada yang tinggi markah dalam temuduga Pejabat Daerah.

“Memang ada usaha di Johor, Menteri Pembangunan Luar Bandar (Abdul Latiff Ahmad) cuba ambil alih pemilihan ketua kampung melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Tapi jawatan ketua kampung bawah kerajaan negeri bukan Federal (persekutuan) punya.

“Lain kali, kenalah ketengahkan calon-calon yang lebih berwibawa, boleh lulus tinggi bila ditemu duga. Ada kualiti, bolehlah bertelagah. Jangan harapkan kuota saja,” katanya di Facebook.


Untuk rekod, Abdul Latiff ialah ahli parlimen Mersing yang menukar sokongannya kepada Bersatu selepas pilihan raya umum lalu.

Semalam, Muhammad Shamsuddin membidas menteri besar Johor Hasni Mohamad kerana dikatakan langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional (PN) yang dilaungkan sebelum ini, apabila calon Bersatu tidak dipilih sebagai ketua kampung.

Katanya, Husni yang juga pengerusi perhubungan Umno Johor, sebelum ini mahu memberikan hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan PN yang memimpin negeri Johor.

Tetapi, katanya lagi, lantikan jawatan ketua kampung di Johor dikuasai orang Umno.

Sebelum keruntuhan pentadbiran PH, Bersatu menerajui kerajaan negeri tetapi kemudian Umno kembali memimpin negeri itu pada hujung Feb tahun lalu.

Meskipun Umno menyokong PN, parti itu bukan termasuk sebagai anggota PN.




’Lagi berkuasa lagi tak berguna untuk masyarakat’, sindir penyokong kepada pimpinan PAS

 


’Lagi berkuasa lagi tak berguna untuk masyarakat’, sindir penyokong kepada pimpinan PAS


Penyokong Pas yang kontroversi, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut mengakui parti itu hanya lantang memperjuangkan undang-undang syariah sebelum berkuasa.

Usahawan burger yang tahun lalu tular apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat itu dilihat kecewa dengan sikap Pas yang ketika ini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya bagi 5 ha (ketawa). Apa nak jadi tak tahulah. Penakut yang amat sekarang ni.

“Nak kritik sedikit pun tak berani. Malah disuruh kita hormat. Mulalah kutip kes yang berlaku puluhan tahun dahulu,” bidasnya.

Asri, 43, turut berkongsikan kenyataan media Pas berkenaan keyakinan parti itu bahawa undang-undang sivil dan syariah boleh diharmonikan.

Kelmarin, Pas berpendirian akan berusaha supaya undang-undang sivil yang berteraskan Undang-Undang Lazim atau Common Law dalam negara ini dapat diharmonikan dengan undang-undang syariah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata Pas juga yakin pengiktirafan undang-undang syariah termasuk oleh Mahkamah British di negara ini pada zaman pra-kemerdekaan berupaya mewujudkan wajah baharu terhadap sistem perundangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berharap semua pihak menghormati hal tersebut dan tidak melakukan tindakan tidak wajar.

Sehubungan itu, Asri mengaitkan sikap Pas yang menyumbang 14 Ahli Parlimen dalam kerajaan ‘tebuk atap’ PN itu dengan watak pengkhianat dalam filem klasik yang menjadi lagenda fiksyen perjuangan Rejimen Askar Melayu semasa zaman Perang Dunia Kedua.

“Lagi berkuasa lagi tak berguna untuk masyarakat. Sebelum berkuasa berapi-api, berpantun-pantun paluan jihad.

“Sejak bergaji puluhan ribu bagaikan watak si Buang dalam filem Sarjan Hassan,” kecamnya lagi.

Bagaimanapun, semakan mendapati hantaran tersebut telah dipadam dari Facebook pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu yang pernah mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Dalam filem terbitan tahun 1958 yang dibintangi oleh Tan Sri P. Ramlee itu, watak Buang lakonan Salleh Kamil telah mengkhianati bangsanya dengan bekerja sebagai polis rahsia Jepun. – MD





 

Muhyiddin berdepan kesukaran di Pagoh jika pertandingan banyak penjuru

Oleh B. Suffian

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati kerusi Parlimen Pagohnya kompetitif sekiranya kerusi itu berubah menjadi pertandingan banyak penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, ramal Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong. 

Chin Tong memberitahu, daripada 65 peratus pengundi yang merupakan Melayu di Pagoh, Muhyiddin tidak mempunyai separuh daripada kumpulan itu sementara baki sokongannya datang dari pengundi bukan Melayu yang merupakan 36 peratus dari pengundi kawasan tersebut. 

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Muhyiddin berdepan dua pencabar di Pagoh tetapi memperoleh 23,558 (45.7 peratus) undi daripada 43,667 jumlah pengundi (84.8 peratus), iaitu beliau berdepan calon Umno, Ismail Mohamed yang meraih 16,631 undi (32.3 peratus) sementara calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz mendapat 2,483 (4.8 peratus) undi.

“Saya fikir ia adalah kerusi yang sangat berbahaya untuknya jika bukan pertarungan satu lawan satu. Dengan tiga kerajaan (three kingdom) diterjemahkan ke dalam pertandingan pilihan raya, ia bermaksud ada pertarungan tiga penjuru.

“Tiga kerajaan ini merujuk kepada tiga kekuatan politik pasca Sheraton, yang telah saya jelaskan dalam artikel sebelumnya – Muhyiddin dan rakan-rakannya; Umno dan rakan-rakannya; serta PH dan parti pembangkang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter hari ini. 

Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP berkata, beliau tidak fikir Muhyiddin akan menjadi sangat popular dalam masa tiga bulan atau setengah tahun ini. 

Jelasnya, sangat sukar bagi Muhyiddin untuk mengubahnya dalam jangka masa singkat, walaupun hingga bulan Ogos. 

“Meskipun apabila beliau (Muhyiddin) begitu popular pada Jun 2020, partinya tidak dan tidak akan popular,” katanya. 

Tambah Chin Tong, memandangkan hubungan Bersatu dengan Umno terus meruncing, ini bermakna Bersatu kini tinggal sokongan dari PAS, iaitu parti komponen satu lagi dari pakatan tiga parti Muafakat Nasional.

“Ini tidak mencukupi.

“Muhyiddin mungkin bertaut di bahu PAS tetapi beliau tidak boleh bergantung sepenuhnya pada PAS. Bersatu kini mempunyai 31 ahli Parlimen di Dewan Rakyat, namun tanpa sokongan kedua-dua Umno dan PAS, ia tidak akan dapat mengekalkan kerajaan,” katanya. –

Menteri Kewangan, tunaikan janji pada rakyat segera – Kasthuri

 

Bagaimana seorang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh mengeluarkan kenyataan dalam Dewan Rakyat tanpa apa-apa asas atau jaminan bahawa ianya boleh dilaksanakan?

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menyelar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz atas kegagalannya dalam memastikan kenyataan yang dibuat menerusi Belajawan 2021 dapat direalisasikan.

Dua soalan dibangkitkan Kasthuri yang juga merupakan Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP kepada pihak kerajaan:

  1. Dimanakah 150,000 komputer riba yang dijanjikan ini?
  2. Apakah status peruntukan RM100 juta dari kerajan bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN?

“Kerajaan Perikatan Nasional ibarat meletak garam pada luka warga marhaen.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tengku Zafrul harus sedar bahawa setiap satu kata dari mulutnya itu akan memberikan impak yang besar kepada kualiti pembelajaran dan keadaan kesihatan mental kanak-kanak dan pelajar-pelajar dari golongan B40 yang tertekan dengan status sosioekonomi mereka,” tegas Kasthuri lagi.



Muhyiddin boneka Mahathir?

 


Muhyiddin boneka Mahathir?


Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali.

Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad berkata, teori oleh pihak tertentu yang menggambarkan Dr Mahathir berada di belakang pentadbiran Muhyiddin tidak masuk akal.

“Saya fikir teori itu tidak betullah, itu tidak benar. Kalau dikatakan Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai puppet, tidak… itu tidak betul.

“(Bagaimanapun) Hubungan dengan Tun Dr Mahathir dari dulu amat akrab, baik dan saya lihat Muhyiddin ini seorang yang begitu tinggi hormat kepada Tun Mahathir, cukup tinggi hormatnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Marzuki sekali lagi menjelaskan bahawa pendirian Muhyiddin adalah jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah dalam apa jua keadaan.

“Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, saya fikir pendirian beliau adalah jelas, hal-hal mahkamah ini beliau tidak boleh mencampuri.

“Malah, kita dalam sistem kerajaan ini pun, ada ‘separation of powers’, antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Jadi itu pun adalah satu perkara yang penting dalam konteks sebuah negara demokrasi.

“Apa lagi kalau kita bercakap tentang soal integriti, jadi Muhyiddin telah buat pendirian beliau dan umum ketahui… bahawa beliau sebut banyak kali… dalam apa jua keadaan sekalipun, beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah,” jelas Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Bicara Politik Khas Pintar: Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional pada petang Isnin.



Cuti di New Zealand: Dr Santhara perlu letak jawatan - Wanita KEADILAN

 




Timbalan Menteri Wilayah Datuk Seri Dr Edmund Santhara tidak wajar bercuti selama 55 hari di New Zealand mengunjungi keluarganya sedangkan barisan hadapan di Malaysia sedang bertungkus lumus memerangi pandemik Covid 19.

Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, penjelasan Dr Santhara tidak dapat diterima rakyat.

Katanya, Timbalan Menteri itu harus pulang segera ke Malaysia dan meminta maaf kepada rakyat atau meletakkan jawatan sebagai jalan penyelesaian.

"Selepas meneliti penjelasan panjang lebar Timbalan Menteri Wilayah Datuk Seri Dr. Santhara, saya menggesa beliau agar pulang ke tanah air dan memohon maaf kepada rakyat atau letak jawatan dengan serta-merta kerana telah gagal memikul amanah dan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat terutamanya dalam tempoh pelaksanaan darurat ini.

"Dr Santhara memberikan alasan peribadi dan peranan yang beliau perlu laksanakan sebagai bapa dan suami bagi mewajarkan cuti selama 55 hari.

"Namun, saya berasa kesal dengan sikapnya yang tidak langsung terfikir untuk memendekkan cuti dan pulang ke Malaysia berganding bahu bersama rakyat memerangi wabak Covid-19 pada waktu yang sukar ini, selepas pengisytiharan darurat yang dilaksanakan mulai 12 Januari 2021 lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ker Chean lagi, menteri kabinet Perikatan Nasional sepatutnya mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap petugas barisan hadapan yang tidak dapat menjalankan atau memainkan peranan mereka sebagai ibu-bapa, anak atau suami isteri dalam keluarga masing-masing.

Katanya, menteri seharusnya bersama-sama memberi sokongan kepada barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga secara berterusan demi kepentingan tugasan memerangi Covid-19.

"Persoalan di sini adakah jawatan yang dipegang oleh Dr Santhara penting dalam pasukan anggota pentadbiran sekarang? Secara mudahnya, jika beliau mampu menghilangkan diri begitu sahaja selama 55 hari dengan izin Perdana Menteri, adakah ini bermakna situasi darurat yang dicanangkan oleh kerajaan tidaklah setenat seperti yang digambarkan?

"Tidak kira mana satu situasi Dr. Santhara berada sekarang, rakyat mempunyai hak untuk memantau keberkesanan usaha kerajaan dalam memerangi pandemik ini.

"Oleh itu, Dr Santhara wajar meletakkan jawatan atau dipecat oleh PM demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketegasan kerajaan dalam urusan pentadbiran negara," kata Ker Chean lagi.

Semalam, Dr Santhara dikecam netizen selepas menjelaskan beliau memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui menteri dan mendapat kelulusan perdana menteri pada 3 Disember lalu.

'Kehilangannya' didedahkan oleh laporan Sarawak Report yang mendakwa Santhara tidak pulang ketika Segamat dilanda banjir pada bulan lalu dan dikatakan telah kembali ke Malaysia sebelum Hari Wilayah pada 1 Februari, tetapi pergi semula ke New Zealand selepas itu.

 

Tinjauan mood rakyat: 46% mahu Muhyiddin letak jawatan PM




POSTED BY AMIR WRLR


Tinjuan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sebanyak 46% responden mahukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan berbanding hanya 2% sahaja yang menyokong perisytiharan darurat dan mahukan beliau terus berkuasa.

Kajian yang dikeluarkan IDE itu sempena setahun kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kuasa sejak 1 Mac 2020.

"Berdasarkan dapatan Survei IDE terkini, hanya 19% yang memilih untuk beliau (Muhyiddin) kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.

"Majoriti responden, 46% memilih untuk beliau meletak jawatan kerana kehilangan sokongan majoriti. 29% pula berpandangan beliau wajar membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15.

"Hanya 2% sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk (Muhyiddin) terus berkuasa," kata kenyataan yang dikeluarkan IDE.

Menurut IDE lagi, kajian bertajuk 'Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional' itu dibuat secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 responden seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, survei mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21 tahun hingga 66 tahun ke atas.

"Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain," kata kenyataan itu lagi.

Menurut bandan pengkaji tersebut, profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti.

Survei itu juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani Covid 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

 

Isu pelantikan ketua kampung: Bersatu dan UMNO bergaduh teruk

 


Isu pelantikan ketua kampung: Bersatu dan UMNO bergaduh teruk


Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi.

Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut pelantikan ketua kampung.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata ramai ketua kampung yang baru dilantik dikuasai orang Umno.

“Hari ini heboh seluruh Johor mengenai Surat Perlantikan Ketua-ketua Kampung di mukim-mukim seluruh negeri Johor yang kebanyakkan berpihak kepada satu parti sahaja.

“Hal ini menunjukkan Hasni Mohamad selaku menteri besar Johor langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional yang beliau sendiri pernah laungkan sebelum ini untuk memberi hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memimpin negeri Johor ketika ini,” katanya pada satu kenyataan.

Hasni juga pengerusi perhubungan Umno Johor.

Shamsuddin berkata dia yakin Hasni seorang yang “berjiwa besar dan berpegang pada janji.

“Armada Johor menantikan satu penyelesaian yang tegas, bijak dan harmoni dalam memastikan agenda memperkasa masyarakat secara holistik dapat dicapai,” katanya.

Sebelum keruntuhan pentadbiran PH, Bersatu menerajui kerajaan negeri tetapi kemudian Umno kembali memimpin negeri itu pada hujung Feb tahun lalu.



INI VIDEO SAJAT KATA : Panas! Sajat kata dia nak keluar Islam

 


Ketika masih dalam buruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, sekali lagi tular di media sosial.

Tidak dapat dipastikan bila video itu dimuatnaik, namun kali ini ia memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

Terdahulu, polis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jais mengesan Nur Sajat.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.

“Polis sentiasa bersedia untuk membantu Jais mengesan Nur Sajat,” katanya dalam laporan terdahulu MyMetro, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, Jais dan Polis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sebaliknya dalam semua perkara.

“Jais akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menguatkuasakan segala undang-undang termasuk berkaitan kes terbabit,” katanya.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sumber memberitahu, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah terbabit.

Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang. 



BENARKAH CUTI TIMBALAN MENTERI WP BERCUTI UNTUK MEMENUHI SYARAT PEMASTAUTIN YANG DIMILIKINYA?


Isu cuti selama 55 hari ke New Zealand yang diluluskan Perdana Menteri kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara Kumar bukan saja meletakkan kerajaan PN dalam pertikaian serta kecaman yang semakin meluas, malah ada yang sampai menyumpah seranah.

Bagi majoriti rakyat, selain Santhara Kumar turut bersalah kerana memohon cuti begitu lama di tengah-tengah wabak Covid19 sedang melanda, bahkan turut berlaku banjir di Segamat, kawasan Parlimen yang diwakilinya, yang lebih salah lagi dalam hal ini ialah Muhyiddin Yassin atas kelulusan yang diberikannya.

Muhyiddin dianggap sebagai ketua kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan dasar dwi standard dengan kelulusan cuti begitu lama yang diberikannya kepada Ahli Parlimen Segamat itu.

Ini kerana sementara rakyat biasa tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, seorang timbalan menteri dan wakil rakyat senang-senang diberikan kebenaran merentas negara sambil bercuti selama hampir dua bulan lamanya.

Di mana hati perut Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang kononnya mengutamakan rakyat dalam hal ini?

Tidak rasa malukah Muhyiddin meluluskan cuti begitu lama kepada seorang timbalan menteri lantikannya sendiri yang bermakna dalam tempoh 55 hari itu, Santhara Kumar terpisah dengan rakyat dan tugas di kementeriannya?

Setelah sarat dengan pelbagai isu kelemahan dan kegagalan sebelum ini, Muhyiddin dan kerajaan PN nyata kini berdepan satu bebanan yang tidak dapat dielak lagi.

Selain pelbagai pelanggaran SOP melibatkan orang kayangan yang tidak diambil tindakan, golongan tersebut nampaknya terus menikmati keistimewaan yang melampau, sedangkan rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan untuk bergerak ke mana-mana.

Dalam penjelasannya semalam, Santhara Kumar berkata, beliau memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dan mendapat kelulusan Perdana Menteri pada 3 Disember lalu.

“Tujuan saya keluar negara adalah bagi melawat anak-anak saya di New Zealand, khususnya anak saya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

“Selain itu, sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya perlu bertemu dengan anak yang berusia sembilan tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang cuti rehat tersebut setelah hampir setahun tidak berjumpa.

“Di samping itu, saya juga perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan.

“Sebagai tambahan, upacara anak saya yang berumur sembilan tahun untuk menerima holy communion juga tidak dapat saya hadiri kerana sentiasa sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Segamat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, maklumat lain yang singgah ke laman ini memaklumkan pemergian Santhara Kumar ke New Zealand dikatakan bukanlah kerana bercuti, melawat isteri dan anak-anak atau sebagai tanda yang memperlihatkan beliau seorang bapa yang bertanggungjawab.

Maklumat itu memberitahu, beliau sebenarnya dikatakan mempunyai taraf penduduk tetap atau PR New Zealand.

Syarat seseorang yang memiliki taraf penduduk tetap New Zealand pula difahamkan mesti tinggal di negara tersebut sekurang-kurangnya 50 hari dalam setahun.

Dengan itu dikatakan pemergiannya ke New Zealand bukanlah untuk melawat isteri dan anak-anak, tetapi sebagai memenuhi syarat wajib taraf penduduk tetap yang dimilikinya.

Maka, benarkah Santhara Kumar memiliki taraf PR New Zealand?

Jika benar Santhara Kumar memiliki taraf PR New Zealand dan dalam masa yang sama beliau juga adalah Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, tidakkah ini boleh menimbulkan persoalan dan percanggahan serta setiap tahun cuti panjang mesti diluluskan untuknya? 


(Shahbudindotcom 02/03/2021)




NAK JADI KETUA PEMUDA PUN HANGPA DOK KALUT...ADOIII....KANG KATA BENGGONG HANGPA MARAH....





 Sapa tikam belakang sapa?ha mai pakat baca bagi faham.gila jawatan sanggup tikam belakang dan khianat keputusan perbincangan.


Saya terbaca kenyataan sdra Razeef Rakimin baru-baru ini mengenai Pemuda Harapan Pusat yang masih belum pilih Ketua. 


Rupa-rupanya bab pilih ketua pun geng-geng pemuda Harapan tak boleh nak selesai lagi. 


Tapi saya pelik juga. Macam mana boleh tak selesai.sebelum ni dengar lepas Langkah Sheraton, YB Akmal Nasir Ketua AMK dah dipilih jadi Ketua. 


Tiba-tiba la ni kata takdak ketua pulak. Apa dah jadi???? 


Saya siasat punya siasat..rupa-rupanya ada cerita di sebalik cerita. 


Ada Ketua Pemuda sayap satu parti ni pun gila nak jadi Ketua Pemuda PH.Tapi layak ka dia?ukur la baju di badan sendiri dulu.


Takpa, kita tak kisah. Yang penting ada ketua. Tapi kita takmaulah pilih ketua yg main-main,xda prinsip dan syok sendiri.Ini soal nak lead Pemuda Harapan MalĂ ysia bukan pemuda harapan cawangan dan ni bukan benda kecik oii.Ketua yang kita nak tonjolkan untuk bersaing dengan pemuda UMNO, BN dan PN. Depa punya Tokoh-tokoh pemuda pun bukan calang-calang.


Jadi saya nak ajak semua, apa kata kita kenal sikit latar belakang ketua-ketua sayap pemuda Pakatan Harapan ni. 


Calon Pertama:


YB Howard Lee. Ketua DAPSY (Pemuda DAP)

> Asal : Ipoh, Perak

> Umur : 37 tahun

> Pendidikan : BTEC National Diploma in Science at Great Yarmouth FE College

> Jawatan sekarang : Adun Pasir Pinji Perak 

> Jawatan masa PH memerintah : Exco Belia Kerajaan Negeri Perak (Semasa PH perintah negeri)


Calon kedua :


Sdra. Shazni Munir. Ketua Pemuda Amanah

> Asal : Segamat, Johor

> Umur : 34 tahun

> Pendidikan : Tidak diketahui 

> Jawatan sekarang :

Tiada

> Jawatan masa PH memerintah : 

1. CEO Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. 

2. Pengurus Besar, Pengurus Besar

Melaka International Bowling Centre (MIBC).


Calon ketiga :


YB Akmal Nasir. Ketua AMK

> Asal : Johor Bahru

> Umur : 35 tahun

> Pendidikan : Ijazah Actuarial Science and Economics, University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat. 

> Jawatan sekarang : Ahli Parlimen Johor Bahru. 

> Jawatan masa PH memerintah : Tiada


Apa yang saya tahu, isu pemilihan Ketua Pemuda Harapan ni tertangguh sebab Sdra Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah mahu jawatan itu diberikan kepada Pemuda Amanah yang mana beliau akan jadi Ketua Pemuda Harapan. Dan keinginan Shazni Munir ini mendapat sokongan kuat daripada DAPSY.Baik punya depa atur kot belakang.Ha ni baru orang kata Tikam Belakang walaupun keputusan dah buat Sebelum ni.


Namun apabila YB Akmal Nasir memaklumkan kepada kepimpinan AMK Malaysia yang beliau mahu menyerahkan jawatan itu kepada Shazni Munir, kepimpinan AMK Malaysia sebulat suara menolak. 


Jadi keadaannya sekarang ialah, Shazni Munir dari Pemuda Amanah calonkan diri sendiri untuk jadi Ketua Pemuda PH dan mendapatkan sokongan padu dari DAPSY. 


AMK pula tak setuju sebab merasakan YB Akmal lebih sesuai jika nak disaingkan dengan tokoh-tokoh pemuda dari BN dan PN. 


Maka tergantunglah isu pemilihan Ketua Pemuda PH ni sebab ada yang jenis xda prinsip dalam hidup dan snggup tikam belakang untuk nak jawatan.


Kekal Berprinsip


Ikhlas dari :

Pemuda Anti Tikam Belakang.