NAK JADI KETUA PEMUDA PUN HANGPA DOK KALUT...ADOIII....KANG KATA BENGGONG HANGPA MARAH....





 Sapa tikam belakang sapa?ha mai pakat baca bagi faham.gila jawatan sanggup tikam belakang dan khianat keputusan perbincangan.


Saya terbaca kenyataan sdra Razeef Rakimin baru-baru ini mengenai Pemuda Harapan Pusat yang masih belum pilih Ketua. 


Rupa-rupanya bab pilih ketua pun geng-geng pemuda Harapan tak boleh nak selesai lagi. 


Tapi saya pelik juga. Macam mana boleh tak selesai.sebelum ni dengar lepas Langkah Sheraton, YB Akmal Nasir Ketua AMK dah dipilih jadi Ketua. 


Tiba-tiba la ni kata takdak ketua pulak. Apa dah jadi???? 


Saya siasat punya siasat..rupa-rupanya ada cerita di sebalik cerita. 


Ada Ketua Pemuda sayap satu parti ni pun gila nak jadi Ketua Pemuda PH.Tapi layak ka dia?ukur la baju di badan sendiri dulu.


Takpa, kita tak kisah. Yang penting ada ketua. Tapi kita takmaulah pilih ketua yg main-main,xda prinsip dan syok sendiri.Ini soal nak lead Pemuda Harapan Malàysia bukan pemuda harapan cawangan dan ni bukan benda kecik oii.Ketua yang kita nak tonjolkan untuk bersaing dengan pemuda UMNO, BN dan PN. Depa punya Tokoh-tokoh pemuda pun bukan calang-calang.


Jadi saya nak ajak semua, apa kata kita kenal sikit latar belakang ketua-ketua sayap pemuda Pakatan Harapan ni. 


Calon Pertama:


YB Howard Lee. Ketua DAPSY (Pemuda DAP)

> Asal : Ipoh, Perak

> Umur : 37 tahun

> Pendidikan : BTEC National Diploma in Science at Great Yarmouth FE College

> Jawatan sekarang : Adun Pasir Pinji Perak 

> Jawatan masa PH memerintah : Exco Belia Kerajaan Negeri Perak (Semasa PH perintah negeri)


Calon kedua :


Sdra. Shazni Munir. Ketua Pemuda Amanah

> Asal : Segamat, Johor

> Umur : 34 tahun

> Pendidikan : Tidak diketahui 

> Jawatan sekarang :

Tiada

> Jawatan masa PH memerintah : 

1. CEO Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. 

2. Pengurus Besar, Pengurus Besar

Melaka International Bowling Centre (MIBC).


Calon ketiga :


YB Akmal Nasir. Ketua AMK

> Asal : Johor Bahru

> Umur : 35 tahun

> Pendidikan : Ijazah Actuarial Science and Economics, University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat. 

> Jawatan sekarang : Ahli Parlimen Johor Bahru. 

> Jawatan masa PH memerintah : Tiada


Apa yang saya tahu, isu pemilihan Ketua Pemuda Harapan ni tertangguh sebab Sdra Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah mahu jawatan itu diberikan kepada Pemuda Amanah yang mana beliau akan jadi Ketua Pemuda Harapan. Dan keinginan Shazni Munir ini mendapat sokongan kuat daripada DAPSY.Baik punya depa atur kot belakang.Ha ni baru orang kata Tikam Belakang walaupun keputusan dah buat Sebelum ni.


Namun apabila YB Akmal Nasir memaklumkan kepada kepimpinan AMK Malaysia yang beliau mahu menyerahkan jawatan itu kepada Shazni Munir, kepimpinan AMK Malaysia sebulat suara menolak. 


Jadi keadaannya sekarang ialah, Shazni Munir dari Pemuda Amanah calonkan diri sendiri untuk jadi Ketua Pemuda PH dan mendapatkan sokongan padu dari DAPSY. 


AMK pula tak setuju sebab merasakan YB Akmal lebih sesuai jika nak disaingkan dengan tokoh-tokoh pemuda dari BN dan PN. 


Maka tergantunglah isu pemilihan Ketua Pemuda PH ni sebab ada yang jenis xda prinsip dalam hidup dan snggup tikam belakang untuk nak jawatan.


Kekal Berprinsip


Ikhlas dari :

Pemuda Anti Tikam Belakang.