MASA MANA DAP DAN ANWAR TERINGIN NAK BERSAMA PAS? BARU 18 KETUL DAH PERASAN.PADA HAL HAPA PUN TAK BUAT ?

 


PAS boleh terima parti lain asalkan tanpa Anwar Ibrahim dan DAP

PAS boleh terima parti lain asalkan tanpa Anwar Ibrahim dan DAP

Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin.

Beliau berpendapat, pendirian itu jelas demi agenda kesatuan ummah.

“Pas mengambil pendekatan politik untuk menyatukan parti-parti, NGO dan NGI Islam dan Melayu di atas dasar perpaduan ummah. Perkukuh Muafakat Nasional dan pertahan Perikatan Nasional (PN) adalah jalan tengah yang diambil bagi mengusahakan perdamaian politik antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perdamaian politik ini amat perlu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

“Ada yang bertanya kepada saya, sekiranya Pas komited dengan agenda penyatuan ummah dan bersungguh mengajak UMNO untuk terima Bersatu, boleh atau tidak Pas menerima parti yang lain, baik yang berasaskan Melayu atau bukan Melayu? Jawapannya boleh dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, sekiranya semua pihak berpegang teguh dengan keadilan dan akhlak Islam iaitu sabar, berlapang dada, memaafkan, bertolak ansur, tidak terlalu dominasi, tidak mengkhianati perjanjian, kesatuan itu akan berjaya dan berkekalan.

“Oleh yang demikian, Pemuda Pas, Pemuda UMNO dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu fokus dan memperkasa titik persamaan antara tiga sayap parti ini dan jadikan ia sebagai pencetus kepada pengukuhan agenda kesatuan ummah.

“Percayalah, sekiranya sayap-sayap pemuda ini boleh bersama, ia adalah masa depan yang cerah buat negara ini,” katanya..



Ingatkan semua dah mati habis, rupanya ada lagi ‘jebon’ dalam PAS – Mahfuz

 


Ingatkan semua dah mati habis, rupanya ada lagi ‘jebon’ dalam PAS – Mahfuz

“Dulu depa kata kami ‘jebon’, saya ingat ‘jebon’ dah mati habis dah. Rupanya ada lagi dalam Pas, saya terkejut juga apabila ada lagi ‘jebon’ yang mahu menjatuhkan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, parti itu perlu menjelaskan situasi tersebut sama ada terdapat kumpulan yang anti kepada Abdul Hadi wujud ataupun sebaliknya.

“Tetapi penafian-penafian daripada Pas itu adalah perkara biasa. Dulu mereka nafi ada hubungan dengan UMNO walaupun sebenarnya memang ada.

“Saya dengar dari kawan-kawan lama dalam Pas, mereka akui gelisah dengan perkembangan dan pergeseran yang sedang berlaku ini,” katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian sumbangan kembali ke sekolah oleh Pasaraya Econsave Pokok Sena pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pergeseran yang kononnya kini sedang berlaku dalam kepimpinan Pas.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pergeseran yang berlaku dalam parti tersebut sudah lama dan menjadi antara faktor beliau dan pemimpin lain keluar daripada Pas kerana hala tujunya telah menyimpang.

Sinar Harian melaporkan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Rabu menganggap bahawa dua kumpulan dikenali sebagai ‘Geng Publika’ dan ‘Geng Ustaz’ dalam parti itu tidak wujud.

Malah Ahli Parlimen Bachok itu juga enggan mengulas lanjut dakwaan yang mengaitkan beliau menjadi antara empat ahli ‘Geng Ustaz’ kononnya memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menukar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tular di satu kumpulan WhatsApp politik beberapa hari lalu mengaitkan Pas berdepan perpecahan dalaman parti susulan kewujudan ‘Geng Publika’ yang dikatakan pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ‘Geng Ustaz’ yang didakwa memihak kepada UMNO serta dikatakan cuba menukar Abdul Hadi.



Panas! Pemimpin UMNO dakwa menteri undang-undang dari PAS sibuk dengan politik sempit

 


Panas! Pemimpin UMNO dakwa menteri undang-undang dari PAS sibuk dengan politik sempit

Saya ada seorang sahabat yang tidak aktif dalam UMNO tetapi sangat menyokong UMNO dan BN kerana dia amat sedar bahawa dasar dan strategi kerajaan BN lebih pro-rakyat semasa DS Najib jadi PM.

Baru-baru ni, dia bertanya kepada saya kenapa UMNO dan BN menyertai kerajaan PN bawah TS Muhyiddin?

Masih lagi, katanya, isu Arwah Adib dan Tabung Haji tidak diselesaikan walau ada menteri-menteri UMNO dan BN dalam kerajaan PN. Tidak kah UMNO terpalit sama dengan kelemahan dan kegagalan PN?

Saya jawab: “You pun tahu kan sistem menteri dan portfolio masing-masing serta sistem collective responsibility jemaah menteri.”

Dia mengangguk kerana dia pernah bekerja dalam badan berkanun kerajaan.

“Menteri-menteri UMNO lebih menjaga kementerian yang terlibat dengan wabak COVID. Seperti Ismail Sabri jaga Pertahanan dan MKN. KJ jaga vaksin. Adham jaga Kesihatan. Tiga-tiga ni terlibat direct dengan COVID.” Saya kata.


“Isu besar rakyat adalah ekonomi, pendidikan, undang-undang dan agama. Ekonomi dijaga olih Azmin. Dia tak perform. Banyak sangat politik syiok sendiri. Pendidikan kelam kabut. Menteri PPBM yang walaupun seorang terpelajar, tapi tak paham tentang pendidikan. Undang-undang orang PAS yang sibuk politik sempit. Sampai dibiarkan Darurat melarat kepada tergantung Parlimen. Salah tu.”

Saya sambung lagi.

“Kes Arwah Adib pun dibawah menteri undang-undang dan menteri KDN. Dua-dua ni tak berminat nak selesai isu ini. AG pun kelam kabut, tak berani.”

“Agama dijaga olih bekas mufti. Orang nya baik tapi diklentong olih orang korporat PH yang jaga Tabung Haji. Urus Jemaah pun ada masalah tapi bekas mufti tak sedar dan tak faham.”

Sahabat saya mengangguk dan memahami penjelasan saya.

“Sekarang ni keadaan luar biasa sikit. UMNO sebagai parti tetap ada pendirian sendiri. Isu KWSP, isu moratarium, isu Arwah Adib, isu Tabung Haji, isu ekonomi, isu pendidikan, isu undang-undang.”

“Bila PRU nanti, UMNO dan BN akan bertanding bukan sebagai parti pemerintah. Itu PN. PPBM dan PAS. Dan Gerakan. Kita akan ada lambang sendiri dan manifesto sendiri. Sebagai parti sendiri. Mungkin akan ada electoral pact dengan PAS kerana ada rundingan. Dengan PPBM, entahlah. Mereka pun tak transparent dari prinsip rundingan.”

“Apa yang penting, UMNO dan BN dah sokong Bajet supaya pentadbiran negara bolih berjalan lancar, umpamanya dalam soal COVID dan vaksinnya. Isu-isu besar bawah menteri PPBM dan PAS kita ada pendirian yang berbeza dari kerajaan PN.”

Sahabat saya senyum.

“Bila PRU, tok?”

Saya jawab, tak lama lagi tak.

#BNmemBinaNegara
#UMNOsatuPerjuangan

RENTASAN 834 | PANAS!!! MUHYIDDIN YASSIN DITEMPELAK AGONG?





MENARIK DALAM RENTASAN 834

1. RAKYAT GEMBIRA PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT 2. DI MANA UMNO TANPA POLITIK KEBENCIAN? 3. SIAPA YANG DERHAKA? 4. YANG SOMBONG ITU SIAPA?







50 JASA PH..

 

NORA JAMILAH


50 JASA- JASA

TERBAIK

PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH NEGARA

1. Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH

2.. Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego – PH

3. Yang bayar hutang 1mdb – PH

4.. Yang hapuskan GST – PH

5. Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH

6. Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH

7. Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH

8. Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH

9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH

10. Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH

11. Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH

12. Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH

13. Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH

14. Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH

15. Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH

16. Yang kekalkan institusi raja-raja – PH

17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH

18. Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku – PH

19. Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH

20. Yang kurangkan beban guru-guru – PH

21. Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH

22. Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH

23. Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH

24. Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH

25. Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH

26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH

27. Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH

28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH

29. Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH

30. Yang naikkan elaun guru KAFA – PH

31. Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH

32. Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH

33. Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH

34. Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH

35. Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH

36. Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH

37. Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH

38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH

39. Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH

40. Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH

41. Yang turunkan tarif elektrik – PH

42. Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH

43. Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH

44. Yang berjaya tangguhkan UEC – PH

45. Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH

46. Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH

47. Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH

48. Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH

49. Yang set harga minimum getah sekerap – PH

50. Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH

Inilah agenda PH yang mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihat lah kejayaan demi kejayaan yang telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini.. Apa yang berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.

 

BERANI TOLAK PN DAN BERSATU BUKTI UMNO KUASA BESAR SEBENAR


 Walaupun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada UMNO berhubung keputusan sebenar mesyuarat MT Jumaat lalu, desas-desus mengenai pendirian parti itu dalam menghadapi PRU15 akan datang tampaknya amat meresahkan Bersatu dan PN.

Diperkatakan ramai, MT UMNO dalam mesyuaratnya di Janda Baik itu kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Bersatu serta PN dan keputusan tersebut bukan saja tidak berbeza dengan ketetapan sebelum ini, malah senada dengan usul yang telah diluluskan oleh majoriti bahagian-bahagian UMNO.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan PN hanyalah setakat tempoh Parlimen berakhir atau sehingga pilihanraya diadakan di mana dalam PRU15, parti itu akan berlawan dengan Bersatu serta PN.

Kalau ada pun yang UMNO ingin bekerjasama, ia hanyalah dengan Pas, tetapi itu pun bergantung kepada keinginan parti Islam itu sama ada masih mahu meneruskan muafakat bersama MN atau sebaliknya.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Bersatu dalam pelbagai saluran media mula tampil menyerang UMNO berdasarkan keengganan bekerjasama itu.

Rata-rata menggunakan sentimen Melayu dan penyatuan ummah dengan mengatakan keputusan UMNO itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Semua keputusan UMNO itu, kata mereka, hanya memperlihatkan keinginan parti tersebut memperolehi lebih banyak kuasa dalam kerajaan.

“Kalau UMNO fikirkan soal perpaduan Melayu, keputusan enggan bekerjasama dengan Bersatu dan PN pasti tidak timbul,” demikian antara kesimpulan yang diluahkan beberapa pemimpin Bersatu.

Ada juga pemimpin Bersatu yang mengingatkan UMNO bahawa era parti itu sebagai kuasa besar dalam lanskap politik negara ini sudah pun berakhir.

Sehubungan itu, kata pemimpin berkenaan, UMNO harus bekerjasama dengan Bersatu dan PN jika mereka ingin menang pilihanraya dan mampu membentuk kerajaan.

Bersama pendirian tersebut, ada juga pemimpin Pas yang pro kepada Bersatu tetap menaruh harapan agar tiga parti Melayu – UMNO, Bersatu dan Pas kekal bekerjasama dalam PRU15 akan datang.

Selain untuk mempertahankan kuasa Melayu, pemimpin berkenaan berkata, keengganan UMNO bekerjasama dengan PN hanya akan menyebabkan DAP berkuasa semula di negara ini.

Jika diperhati, banyak lagi ulasan bernada bimbang diluahkan pemimpin Bersatu dan Pas berhubung pendirian UMNO itu.

Mereka semuanya bercakap dengan hujah suci, sambil menjual tema agama dan bangsa bagi melindungi niat sebenar untuk mengekalkan keseronokan berkuasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Di samping nikmat kuasa untuk diri sendiri, perkara pokok yang terus cuba disembunyikan oleh Bersatu dan Pas di sebalik inginkan kerjasama UMNO dalam PRU akan datang tidak lain ialah untuk memastikan Muhyiddin Yassin terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri.

Bagi mereka, hanya dengan Muhyiddin dikekalkan sajalah yang dapat memastikan segala nikmat keduniaan yang diperolehi sekarang lebih berpanjangan tempohnya.

Dengan itu bermakna, pertandingan tiga penjuru dan tiada kerjasama daripada UMNO kepada Bersatu dan PN dengan sendirinya akan menyebabkan nyawa politik Muhyiddin jadi pendek.

Jika Muhyiddin pendek nyawa politiknya, Hamzah Zainuddin, Azmin Ali dan gerombolannya yang lain, termasuk Hadi Awang, juga berpotensi besar bakal hilang kuasa masing-masing.

Berdasarkan trend yang sentiasa menaik ketika ini, menolak atau menjatuhkan Muhyiddin adalah keinginan utama majoriti rakyat negara ini.

Dengan tempoh setahun yang lalu sejak PN berkuasa hanya dipenuhi dengan kecelaruan dan ketidaktentuan, malah banyak janji perubahan terbukti sekadar omong kosong, membiarkan lagi Muhyiddin kekal seumpama memilih neraka kehidupan saja layaknya.

Untuk itu, jika UMNO ingin dilihat bersama naluri rakyat rakyat, kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Bersatu dan PN serta membiarkan pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU akan datang adalah pilihan yang terbaik sekali.

Keputusan itu bukan saja bermakna UMNO senada dengan kehendak rakyat dan dapat mengelak turut sama ditolak sepertimana keinginan mereka menjatuhkan Muhyiddin, malah tiga penjurulah yang akan membuktikan UMNO adalah kuasa besar yang sebenar dalam lanskap politik negara.

Sedia bersama dan bekerjasama, awal-awal lagi akan menjadikan UMNO bukan lagi kuasa besar, sebaliknya akan membuatkan ular lidi Bersatu terus membesarkan lagi kepalanya sebagai kuasa besar dengan impian sebenar untuk menelan dan menjadikan ular sawa UMNO sebagai makanannya. 

(Shahbudindotcom 25/02/2021)



32 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL : TERKINI! HISHAMMUDDIN DAN ANNUAR SABOTAJ UMNO?





SILA TEKAN    >      UNTUK MEMBACA  BERITA AWAL.

 TERIMA     KASIH KERANA    MENGUNJUNGI   WRLR.





Speaker Parlimen perlu bertemu PM tetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat

 




Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun didesak untuk segera bertemu Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menetapkan tarikh persidangan Parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan persidangan boleh berlangsung ketika darurat berkuatkuasa.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Azhar dalam hal ini perlu menjunjung, mempertahankan dan memelihara kebebasan serta kedaulatan kuasa Parlimen dengan mengembalikan fungsi dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Berikutan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, bahawa Proklamasi Darurat tidak melarang sidang Parlimen atau membatalkan fungsi dan kuasa perlembagaannya, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun harus segera bertemu dengan Perdana Menteri Muhyiddin untuk menetapkan tarikh seawal mungkin bagi sesi persidangan Parlimen.

“Agong telah menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi berbanding Azhar mengenai kepentingan Parlimen dan menghormati mandat pilihan raya daripada rakyat. Azhar tidak boleh sekadar duduk, goyang kaki dan menunggu perkembangan atau arahan PM yang semestinya ingin menangguhkan sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah keadaan darurat adalah tindakan proaktif khusus untuk memerangi wabak, tetapi beberapa pihak keliru dan mempunyai tanggapan tidak tepat bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen daripada bersidang.

Agong bertitah demikian selepas pertemuan dengan Azhar dan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Oleh itu, kata Lim, pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan dengan Azhar dalam tempoh segera.

"Pemimpin PH meminta pertemuan seawal mungkin dengan Azhar untuk menyampaikan kepentingan mengembalikan demokrasi Parlimen," katanya.

Semalam, Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat. Darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19.

 

Parlimen harus bersidang 8 Mac, ikut takwim sedia ada - Hassan Karim

 



POSTED BY AMIR WRLR


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berdolak-dalik lagi mengenai kewajiban mengadakan sidang Parlimen dalam waktu terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Muhyiddin perlu segera memutuskan tarikh berdasarkan keseriusan Yang di-Pertuan Agong semalam memanggil Spekaer Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dan Presiden Dewan Negara, Datuk Seri Rais Yatim bagi menyampaikan hasrat baginda mahu persidangan dilaksanakan semasa perintah darurat.

Bagi Hassan, beliau merasakan tarikh sebaik-baiknya PM memanggil sidang Parlimen adalah mengikut takwim yang telah dipersetujui sebelum ini, iaitu pada 8 Mac.

"Pada hari akhir sidang Parlimen tahun 2020 selepas Belanjawan 2021 diluluskan, pihak Parlimen telah mengeluarkan takwim sidang Parlimen bermula pada 8 Mac 2021 dengan upacara Majlis Perasmian Pembukaan oleh Yang diPertuan Agong.

"Maka saya cadangkan tarikh 8 Mac 2021 itu dikekalkan," kata Hassan kepada Suara Keadilan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, Agong boleh menentukan sendiri tarikh sidang Parlimen tanpa nasihat dari PM Muhyiddin, lebih-lebih lagi katanya, dalam situasi darurat seperti sekarang.

"Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri, apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan," katanya dipetik.

Bagaimanapun, PM Muhyiddin sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk tarikh yang sesuai untuk sidang Parlimen.

Malah Muhyiddin juga tidak bertemu Speaker Parlimen bagi membincangkan tarikh tersebut.

 

Rakyat P. Pinang diseru beri sokongan penuh program imunisasi, daftar segara

 

Oleh B. Suffian

Semua rakyat Pulau Pinang diseru memberikan sokongan penuh terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, sokongan itu boleh dilakukan dengan membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera serta saluran-saluran pendaftaran ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada kadar sesegera mungkin. 

“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negeri ini bakal dipecahkan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun. 

“Sasaran adalah meliputi 70 peratus iaitu 1.3 juta rakyat Pulau Pinang bagi membolehkan imuniti kelompok dibentuk. 

“Sehingga kini, JKNPP memaklumkan bahawa sebanyak 15 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenal pasti membabitkan tiga (3) dewan bagi setiap daerah  di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kon Yeow menjelaskan, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang akan bermula pada 28 Februari 2021 iaitu Ahad ini. 

Sehubungan itu katanya, beliau telah dijemput untuk melancarkan program berkenaan bagi peringkat Pulau Pinang dengan diberikan suntikan dos vaksin COVID-19 pertama sebagai simbolik bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri tersebut. 

Sejurus itu, tambahnya, ia bakal disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, Profesor Dr. P. Ramasamy; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar; Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr. Asmayani Khalib dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd. Manan pada sesi sama. 




Menangani pandemik Covid-19 secara bertanggungjawab

 

Oleh Terence Naidu

(Adun Pasir Bedamar dan Ahli Jawatankuasa DAP Perak)

Banyak syarikat dan perniagaan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB, sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Pengumuman bantuan oleh kerajaan kepada kumpulan terkesan untuk membantu usaha pemulihan perniagaan dan ekonomi mungkin tidak dirasai oleh semua pihak. Masih ada kumpulan yang tertinggal.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

Ambil contoh Australia dan New Zealand. Dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19, kedua-dua negara itu telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan yang ketat dengan menyekat segala pelaksanaan operasi dan apa jua aktiviti dalam negara dengan serta-merta. Hasil tindakan tersebut, kes Covid-19 di kedua-dua berkenaan menurun kepada satu angka, sekali gus dilihat sebagai negara paling cekap dalam menangani penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Meskipun Malaysia telah menerima bekalan vaksin, tahap imuniti kelompok (herd immunity) hanya akan dapat dicapai setelah sebahagian besar rakyat Malaysia diberikan imunisasi. Maka timbul persoalan; adakah kerajaan mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk mengawal pendemik ini dengan kuasa sedia ada. Saya berani katakan: tidak.

Mari kita lihat apa kata Ketua Pengarah Kesihatan semasa pendemik ini mula merebak. 

Katanya, bagi merendahkan kadar penularan jangkitan Covid-19 ujian saringan amat penting bagi mengenal pasti individu yang terdedah kepada Covid-19 tetapi tidak menunjukkan apa-apa simptom (asymtomatic).

Langkah-langkah untuk menguji individu sebegini dilihat amat penting untuk mengurangkan penularan wabak. Malah, pembukaan semula pusat-pusat kuarantin seperti MAEPS adalah salah satu cara untuk mencapai tujuan matlamat tersebut. 

“Test, Identify, Isolate & Treat” (uji, kenal pasti, asing dan rawat) langkah ini dicadang bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan pusat perubatan serta fasiliti sedia ada serta mengurangkan tekanan ke atas fasiliti perubatan. Walau bagaimanapun, cadangan pelaksanaan ujian saringan secara meluas nampaknya tidak dilakukan di semua negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Perak. Mungkin inilah sebab mengapa kita menyaksikan peningkatan yang mendadak kes Covid-19 di Perak yang melonjak kepada 1,215 kes pada 21 Februari 2021 dengan majoriti kes dicatatkan di kawasan Teluk Intan.

Dalam usaha memulihkan keadaan ekonomi selepas tamat PKP, pelbagai sektor perniagaan dibenarkan beroperasi semula. Akan tetapi, tempat kerja telah menjadi punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 saban hari sehingga wujud “Kluster Tempat Kerja”. Kulster sebegini menjadi lubuk penularan penyakit kerana individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom. Yang menyedihkan adalah tempat penginapan berkelompok (dormitories) dan tempat penginapan pekerja termasuk fasiliti kerajaan seperti penjara yang terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi. Justeru, persoalan yang timbul adalah adakah ujian saringan awal membantu? Sudah tentu, tetapi adakah ia dilakukan secara meluas? Ya, tetapi tidak mencukupi!

Pelaksanaan suntikan vaksin oleh kerajaan kepada penerima bersasar akan dijalankan dalam masa terdekat, namun timbul persoalan adakah pelan tindakan ini telah dirangka secara komprehensif. Jika ya, kerajaan perlu membuat lebih usaha untuk memberi keyakinan kepada masyarakat umum. Adakah anda tahu apakah pelan tindakan ini dan bagaimana ia akan dilaksanakan? Perak akan menerima sehingga 79,650 dos vaksin Covid-19. Daripada jumlah ini sebanyak 33,503 dos vaksin telah dikhususkan kepada barisan hadapan di 49 pusat suntikan vaksin termasuk di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Suntikan dos vaksin fasa kedua akan diteruskan kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan individu yang berisiko tinggi pada pertengahan iaitu bulan April sehingga Ogos. Persoalannya, apakah pelan rancangan oleh pihak kerajaan untuk mengurus golongan berkenaan.

Imbas kembali kenyataan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Keluarga yang jelas menyatakan bahawa segelintir individu daripada kumpulan berisiko tinggi tidak diklasifikasikan sebagai penerima dos vaksin fasa pertama. Sekiranya golongan individu berisiko tinggi ini tidak disenaraikan dalam penerimaan dos vaksin fasa pertama, maka siapakah yang kerajaan sasarkan sebenarnya? Tambahan pula bukan menjadi rahsia bahawa mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah lazimnya akan menjauhkan diri dan enggan menyertai inisiatif kerajaan untuk menangani wabak ini. Jadi, bagaimanakah kerajaan akan dapat memastikan agar vaksin diberikan kepada golongan yang berisiko tinggi ini yang menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia?

Selangor telah menubuhkan unit “Task Force” yang bertindak proaktif dalam melaksanakan ujian Covid-19 dan mewujudkan  ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) bagi mengurangkan kes jangkitan wabak berkenaan. 

Keberkesanan penguatkuasaan ini tidak akan dirasai hanya dengan melaksanakan sekatan jalan raya semata-mata yang sebaliknya membawa gejala lain seperti gangguan seksual, pertikaian sempadan lokasi dan sebagainya. Sekatan jalan raya dan input pihak berkuasa lebih berkesan jika ditempatkan di lokasi yang berisiko tinggi.

Saya memohon dan mencadangkan agar satu “Task Force” diwujudkan bagi mencegah penularan dan peningkatan kes Covid-19 dengan mengambil contoh Selangor yang menerapkan langkah-langkah pencegahan yang wajar dan sistematik. 

Jumlah kes yang tinggi hanyalah suatu petunjuk dan pengurusan kes-kes ini adalah kunci untuk mengawal jangkitan wabak ini dan bagi kes yang berjumlah ratusan ribu – ia lazimnya berlaku di tempat-tempat yang mempunyai penduduk yang padat seperti di New Delhi, Beijing dan New York. Jadi kita tidak boleh samakan 10 kes di Perlis (yang merupakan negeri terkecil) dengan 10 kes di Sarawak (yang merupakan negeri terbesar).

Malangnya pengurusan mikro (micromanagement) terhadap usaha menangani penularan virus ini masih kurang.



LEBAI FITNAH DIBIDAS

 

Razman dibidas! Tuduh zaman PH negara dijarah dan korupsi meningkat

Razman dibidas! Tuduh zaman PH negara dijarah dan korupsi meningkat

TRANSPARENCY International (TI) yang beribu pejabat di Berlin, Jerman mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kali ke 23 bagi tahun 2020

CPI merupakan penanda aras utama di peringkat global bagi rasuah sektor awam yang memberikan gambaran tahunan berkaitan tahap rasuah dengan menentukan kedudukan negara di seluruh dunia.

Kedudukan Malaysia dalam CPI 2019 meningkat 10 tangga ke kedudukan ke-51 berbanding tahun 2018 iaitu di kedudukan ke-61 daripada 180 negara yang mengambil bahagian.

Malaysia mendapat 53 berbanding 47 mata pada indeks 2018. Skor pada CPI 2019 merupakan yang terbaik bagi Malaysia sejak 20 tahun dahulu.

Tahap ranking sesebuah negara menunjukkan kedudukan negara tersebut berbanding negara lain dalam indeks tersebut.

Semakin rendah kedudukan, semakin kurang rasuah berlaku di sesebuah negara itu.

Malangnya pada tahun 2020 kedudukan CPI Malaysia kembali meningkat di kedudukan ke-57.

Oleh itu, kenyataan Pengerusi PAS Perak tidak tepat dan menyeleweng fakta yang sebenar.

Ambo tidak memihak pada mana-mana kumpulan cuma mahu tunjukkan fakta yg tidak benar.




Gempar! Ahli perniagaan Hong Kong jadi pemegang saham penting AirAsia

 


Gempar! Ahli perniagaan Hong Kong jadi pemegang saham penting AirAsia

AirAsia Group Bhd mengumumkan Dr Stanley Choi sebagai pemegang saham penting kumpulan melalui entiti milik penuhnya, Positive Bloom Ltd pada 18 Februari 2021.

Beliau memperoleh 167.1 juta saham AirAsia melalui tahap pertama penempatan persendirian, yang meningkatkan pegangan sahamnya dalam kumpulan itu kepada 332.5 juta saham bersamaan dengan 8.96 peratus.

Choi adalah Pengerusi Head & Shoulders Financial Group, selain Pengerusi dan Pengarah Eksekutif International Entertainment Corporation (IEC), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.

Beliau juga satu-satunya ahli pengasas bersama dari Hong Kong bagi YunFeng Capital, sebuah syarikat ekuiti swasta yang ditubuhkan pada 2010 oleh sekumpulan usahawan dan pemimpin industri berpengaruh.

YunFeng Capital dinamakan sempena pengasas bersamanya iaitu pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma dan dan pengasas Target Media, David Yu.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Target Insurance (Holdings) Limited dari 2014 hingga 2019; Pengarah ZhongAn Online P&C Insurance Co Limited dari 2013 hingga 2016; dan Pengarah Eksekutif Media Asia Group Holdings Limited dari 2011 hingga 2015.

Dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Choi memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan projek penggabungan dan pengambilalihan, dengan tumpuan khusus pada pelaburan ekuiti swasta.

Beliau juga pelabur awal untuk Kidswant, sebuah syarikat permulaan dari China yang kini menjadi peruncit produk ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di China bernilai lebih daripada AS$3 bilion.

“Saya berasa sukacita untuk menjadi salah seorang pemegang saham penting dalam AirAsia Group – syarikat tambang rendah terbaik dunia dan salah satu jenama yang paling terkenal di Asia yang kini turut menjalankan perniagaan digital.

“Saya percaya cabaran terburuk dalam sejarah industri penerbangan kini sudah berlalu. Saya yakin perjalanan udara akan pulih dan di bawah kepimpinan Tan Sri Tony (Fernandes) dan Datuk Kamarudin (Meranun), serta pelaksanaan vaksin di seluruh Malaysia, AirAsia mempunyai masa depan yang amat cerah.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua orang di AirAsia,” kata Choi dalam satu kenyataan dikeluarkan AirAsia.