ADAKAH MUHYIDDIN TELAH MEMPERDAYA AGONG BERKENAAN PERLAKSANAAN DARURAT?

 

Yang Di-Pertuan Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara itu pada satu kenyataan hari ini.

“Perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Oleh hal yang demikian, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen daripada bersidang adalah tidak tepat.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa perkenan Agong kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan Istana Negara ini dikeluarkan sejurus selepas Agong berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

Dalam sesi menghadap itu, Agong telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip keluhuran perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

“Agong juga mengambil maklum atas hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan dan etika tataperlakuan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas dan bertindak agar sentiasa bersifat mulia dan dipandang tinggi,” kata kenyataan Istana Negara itu lagi.

Dua perkara paling mudah dapat difahami daripada kenyataan Istana Negara ini.

Pertama, Agong menekankan tentang pentingnya prinsip keluhuran perlembagaan dijadikan pegangan, sesuai dengan amalan demokrasi yang Malaysia amalkan selama ini.

Untuk itu, Parlimen sebagai salah satu cabang dalam sistem demokrasi tidak harus dikecualikan daripada berfungsi, walaupun dalam tempoh darurat, lebih-lebih lagi jika dalam keadaan politik negara yang tidak menentu dan bercelaru seperti sekarang.

Makna kata, dalam situasi kedudukan Muhyiddin dipertikaikan keabsahannya, Agong jelas mahukan Parlimen dibenarkan bersidang bagi menyelesaikan ketidaktentuan yang sudah berpanjangan ini.

Kenyataan Istana Negara tentang Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat ini juga secara tersiratnya adalah suatu teguran daripada Agong kepada Muhyiddin.

Dalam hal ini, oleh kerana Agong hanya boleh menetapkan tarikh sidang Parlimen setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, maka Muhyiddin tidak harus lagi ‘sekadar buat bodoh’ atau buat-buat tak tahu saja.

Berdasarkan kenyataan Istana Negara ini, Muhyiddin sebenarnya terikat dengan tanggungjawab moral untuk segera menghadap Agong bagi menetapkan tarikh sidang Parlimen diadakan.

Haruslah disedari, sementara Muhyiddin merupakan ketua kerajaan, tetapi Agong adalah ketua negara serta payung kepada rakyat jelata.

Muhyiddin, dengan ini, jangan sesekali cuba derhaka kepada kebenaran Agong bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dilaksanakan.

Kedua, kenyataan Istana Negara ini dengan jelas menyebut perkenaan Agong terhadap darurat yang dicadangkan oleh Perdana Menteri hanyalah untuk membendung wabak Covid19, bukan dengan tujuan lain seperti untuk melindunginya kuasa daripada dijatuhkan dengan cara menggantung Parlimen atau sebagainya.

Dalam erti kata lain, melaksanakan darurat dengan Parlimen digantung pada waktu yang sama, bukanlah termasuk dalam perkenan yang baginda berikan kepada Muhyiddin sebelum ini.

Jadi, bagaimana Parlimen boleh diumumkan digantung bersekali dengan perlaksanaan darurat?

Adakah ini bermakna Muhyiddin telah memanipulasi atau memperdaya Agong berhubung cadangan darurat yang dipohon perkenannya daripada baginda dengan memberikan alasan untuk membendung Covid19, sedangkan tujuan lain yang lebih besar di sebalik darurat itu ialah menggantung Parlimen demi melindungi kuasanya yang semakin rapuh?

Dengan Istana Negara mengeluarkan kenyataan ini bersamaan dengan tempoh setahun Langkah Sheraton yang memperlihatkan kuasa rakyat dikhianati, Agong terbukti telah memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap keadaan negara yang tidak menentu suhu politiknya sejak tempoh setahun yang lalu.

Mahu tidak mahu, Muhyiddin tidak punya banyak pilihan lain lagi kali ini selain akur untuk membenarkan Parlimen bersidang dengan segera. 

(Shahbudindotcom 24/02/2021)



BILA PARLIMEN AKAN BERSIDANG?


Menurut beliau ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menandatangani sebarang akujanji untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang. Beliau berkata demikian menerusi satu wawancara hati ke hati bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiapost pada Ahad.






34 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


SILA TEKAN  > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI'

SOKONGAN ANDA DIHARGAI



RINA HAMZAH

Ingatkan rumah Pam air, ingat tandas atau ingat rumah guard. Semuanya salah.... ini adalah rumah bantuan dari lebai, tanpa bekalan elektrik dan air. Inikah cara ulamak mentadbir?


PERSOALAN : KENAPA TIDAK DITEMPATKAN DIRUMAH ORANG TUA TUA. MANA JABATAN KEBAJIKAN DAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI.?


Bersidang ketika darurat peluang buktikan Parlimen ‘medan sebenar’ suara rakyat, kata pemimpin Umno

 

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata ini peluang menonjolkan kepemimpinan terbaik kepada rakyat.

PETALING JAYA: Semua wakil rakyat perlu menggunakan peluang membuktikan dan mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berpandangan bahawa institusi itu boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan.

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin turut mengingatkan semua wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan perebutan kuasa bila Parlimen bersidang serta menggunakan ruang itu untuk menonjolkan kepemimpinan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Ini adalah peluang terbaik untuk semua Ahli Parlimen membukti dan mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat.

“Ketepikan sebentar pergeseran ideologi politik dan perebutan kuasa. Sebaliknya, manfaatkanlah ruang ini untuk memberikan kepemimpinan terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Semoga amalan demokrasi berparlimen negara ini akan terus matang dan kita semua akan mendapat manfaat yang selayaknya,” katanya dalam kenyataan sambil menyuarakan keyakinan titah Agong juga akan disambut baik semua pihak.

Katanya,semua Ahli Parlimen, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu mengambil ruang dan peluang ini kembali bersidang dengan serius menyelesaikan kemelut kesihatan dan ekonomi.

“Bahaskanlah secara serius serta objektif akan jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini,” katanya.

Agong berpandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan, pada suatu tarikh difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, keputusan Agong itu dibuat selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara, hari ini.



Akhirnya terdedah! Ingatkan di Kelantan tiada aktiviti pelacuran

 


Akhirnya terdedah! Ingatkan di Kelantan tiada aktiviti pelacuran


Lima wanita tempatan ditahan di sebuah banglo di Kubang Kerian di sini, dipercayai terbabit aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat.

Mereka yang berusia 20-an hingga 60 tahun itu ditahan pada 3.45 petang semalam, sempena Op Noda.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, turut ditahan sembilan lelaki termasuk warga Myanmar.

Katanya, ketika serbuan, wanita berkenaan berada di dalam bilik bersama pasangan masing-masing, manakala banglo itu dipercayai disewa sebagai lokasi kereta sewa.

“Kita juga menahan seorang lagi lelaki berusia 20-an, disyaki individu yang berperanan untuk mendapatkan pelanggan melalui aplikasi MiChat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafien berkata, pihaknya merampas buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, sebuah kotak hitam berisi enam kondom yang belum digunakan, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, kunci bilik, sebotol minyak urut, dua kondom yang sudah digunakan dan wang tunai RM1,917.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B kanun sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti haram sebegitu boleh menyalurkan maklumat ke talian hotline 09-7450999.


Buku sejarah ‘agungkan komunis’ dilaksanakan era menteri UMNO

 


Buku sejarah ‘agungkan komunis’ dilaksanakan era menteri UMNO


BUKU teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mengagungkan komunis dan ‘memfitnah Melayu telah disemak ketika zaman pemimpin UMNO menjadi menteri pendidikan.

Bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, kurikulum Sejarah telah disemak semula pada tahun 2014 dan dilaksanakan pada tahun 2017 bermula dengan murid-murid tingkatan satu.

“Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini sebenarnya telah diperkenalkan pada 2017 menggantikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989.

“Kesimpulannya mudah, KSSM ini telah bermula pada tahun 2017, yang mana waktu itu Menteri Pendidikan adalah dari parti UMNO,” kata Maszlee.

Beliau menjawab dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa sukatan buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi fakta yang mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Asyraf Wajdi Dusuki turut mendakwa buku teks tersebut juga terdapat elemen memfitnah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Tentera Anti Jepun Tanah Melayu (MPAJA).

Beliau mendakwa perkara tersebut semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’  secara halus kepada pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidak buruk.

“Amat mustahil untuk PH melakukan semua ini dalam masa setahun lebih memerintah. Ini bermakna untuk buku teks yang dicetak pada 2019 dan digunakan pada tahun 2020, prosesnya bermula sejak 2014/2015 lagi.

“Sekali lagi, saya nak beritahu kepada Dr Asyraf Wajdi, menteri pendidikan pada tahun 2015 adalah dari parti UMNO. Boleh tanya beliau sendiri,” kata Maszlee.

Tambah beliau, kesemua pakar yang diletakkan penghargaan di muka depan buku teks tersebut adalah pakar Sejarah Malaysia dan sebahagiannya dikenali rapat dan condong dengan parti UMNO.

Antara yang disenaraikan adalah Prof. Madya Shamrahayu Aziz (UIAM); Prof. Kamaruzaman Yusoff (UTM); Prof. Emeritus Abdullah Zakaria Ghazali dan Dr. Ho Hui Ling(UM); Prof. Sivamurugan Pandian (USM); Prof. Madya Rohani Abd Ghani (UKM) dan Prof. Madya Bilcher Bala (UMS).

Pada muka surat 75 buku teks tersebut menyatakan terdapat gerila Cina yang dikuasai oleh nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT) menentang tentera Jepun di utara Tanah Melayu terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan.

Mereka telah menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) yang dikenali sebagai Tentera Bintang Satu. Gerila KMT bersetuju bekerja sama dengan MPAJA atau Parti Komunis Malaya menentang Jepun.

Pada muka surat sama, buku teks tersebut menyatakan MPAJA merupakan gerakan anti-Jepun yang terbesar di Tanah Melayu.

Gerakan MPAJA yang semakin meningkat mendorong pentadbiran tentera Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai orang Melayu untuk menentang kumpulan itu.

Buku teks itu menyatakan, tindakan tentera Jepun tersebut telah menimbulkan ketegangan kaum. 


“Ini bererti, kohort murid-murid tingkatan satu pada 2017 akan memasuki tingkatan empat pada tahun 2020.

Malaysia menjelang PRU-15: Adakah rakyat bersedia?


Oleh Fakhrurrazi Rashid

(Koordinator Program Research for Social Advancement (REFSA))

Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan wabak Covid-19 telah reda dan Pilihan Raya Umum adalah selamat untuk diadakan.”-  Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perutusan Khas: Penjelasan Terkini Mengenai Pelaksanaan Proklamasi Darurat pada 4 Februari 2021.

Petikan ucapan di atas memberi gambaran awal kepada rakyat bahawa Malaysia sudah berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Perkara ini telah menjadi sebahagian perancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika negara sedang berada dalam fasa pemulihan pandemik.

Apa yang boleh kita sahkan sekarang adalah hala tuju kerajaan PN bukan lagi mengurskan pandemik, tetapi lebih cenderung melawan musuh politik untuk kekal berkuasa di Putrajaya.

Perbalahan antara ketiga-tiga parti PN iaitu UMNO, PAS dan BERSATU dalam soal pengagihan kerusi PRU-15 kian rancak. Serangan politik antara ketiga-tiga parti Melayu ini tidak dapat dibendung lagi dan telah menjadi punca utama kerajaan Muhyiddin goyah. Kini, mereka percaya pilihan raya merupakan jalan pintas untuk menyelesaikan politik dalam kerajaan PN.

Sebelum memasuki PRU-15, kerajaan PN  terlebih dahulu menundukkan musuh politiknya secara perlahan-lahan dalam tempoh darurat. Selain menggantung fungsi parlimen sepanjang darurat, beberapa keputusan yang diambil kerajaan dari sudut dasar dan SOP lebih cenderung untuk menutup kecuaian tadbir urus mereka dan mematahkan usaha rakyat dan musuh politik PN.

Contohnya, keputusan Menteri Pendidikan membuka semula sekolah pada 1 Mac. Saya berpendapat bahawa keputusan membuka semula sekolah pada saat-saat akhir adalah satu respon politik untuk menutup kelemahan kerajaan yang tidak mampu meningkatkan kualiti pendidikan atas talian sejak tahun lepas.

Selain itu, keputusan ini juga dilihat sebagai satu tindak balas politik kerajaan PN untuk memperlahankan mobilisasi rakyat dan musuh politiknya yang lebih ke hadapan membantu anak-anak sekolah mendapat bantuan kemudahan pembelajaran atas talian.

Apa yang menyedihkan ialah ibu bapa terpaksa menanggung beban atas keputusan kerajaan PN ini setelah mereka menghabiskan duit mereka untuk membeli kelengkapan pendidikan atas talian.  Cuma, saya gusar sekiranya kemudahan teknologi yang diberi oleh NGO dan wakil rakyat terpaksa dijual semula oleh ibu bapa bagi mendapatkan wang untuk menampung kos persekolahan harian anak-anak mereka.

Apa yang kita lihat sekarang, kerajaan PN sudah ‘shutdown’. Akibat tidak tahu atau kelu dalam membuat perancangan yang memberi impak kepada rakyat, PN hanya memilih jalan mudah untuk menyelesaikan masalah politik dan membuat persiapan menjelang PRU-15.

Agak janggal sekiranya PN menganggap PRU-15 merupakan pendekatan tunggal untuk menyelesaikan masalah politik mereka ketika rakyat sedang resah di tengah-tengah krisis pandemik.  Mungkin, dengan memberi bantuan kewangan dan bermacam-macam lagi kepada rakyat ketika pandemik, Muhyiddin berharap rakyat akan memberi mandat kepada PN pada PRU-15.

Jika tanggapan ini benar, maka PN masih berada di takuk  ‘politik’ lama. Hakikatnya, politik pasca PRU-14 telah membuktikan bahawa parti kerajaan tidak mempunyai jaminan untuk kekal berkuasa, khususnya pemimpin yang tidak telus dalam menguruskan masalah rakyat. Jika Barisan Nasional (BN) yang telah menaburkan berbilion ringgit pada PRU-14 telah tersungkur, apakah jaminan PN akan menang dalam PRU-15 dengan pendekatan yang sama?

Pandemik juga telah memberi kesedaran kepada rakyat bahawa mereka memerlukan sebuah kerajaan yang demokratik dan berfungsi untuk menerajui negara.  Rakyat sudah mula berbicara mengenai sebuah kerajaan yang boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak, khususnya ahli parlimen pembangkang, dalam soal membina semula asas yang baik buat Malaysia pasca krisis Covid-19. Gabungan parti yang cuba mendominasi politik dan berfikiran pemenang sapu semuanya (Winners take all) tidak lagi menjadi idaman rakyat Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi dunia dan Malaysia dijangka akan meningkat dengan kadar yang perlahan pasca Covid-19. Ini memberi gambaran awal bahawa pilihan raya akan datang berlaku ketika ekonomi rakyat masih tidak stabil

Tidak kira apa pun yang berlaku, rakyat perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Anak muda yang layak mengundi perlu mendaftar segera sebagai pengundi. Penyertaan anak muda dan seluruh rakyat Malaysia dalam pilihan raya begitu penting demi memastikan negara ditadbir oleh gabungan parti politik yang berkemampuan dan berintegriti.

Undi rakyat boleh diibaratkan seperti ‘vaksin’ yang boleh menamatkan krisis politik negara. Jika rakyat keluar mengundi secara beramai-ramai, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi komited untuk mencorak masa depan negara. Jika tidak, maka anak muda dan rakyat telah memberi jalan mudah kepada pemimpin tidak kompeten untuk terus berkuasa dan menjalankan tadbir urus negara tanpa mementingkan keperluan rakyat mahupun negara.

PRU-15 dilihat akan menjadi penentu kepada masa hadapan politik Malaysia dan perkara ini harus dilakukan dengan betul oleh rakyat untuk membina semula asas yang baik buat politik negara. Ia juga merupakan langkah permulaan bagi memastikan sistem demokrasi Malaysia tidak lagi memberi ruang kepada politik pengkhianat dan gila kuasa untuk generasi akan datang.



Wanita KEADILAN ucap tahniah syarikat Malaysia dalam indeks kesaksamaan gender

 


Wanita KEADILAN mengalu-alukan beberapa syarikat Malaysia disenaraikan dalam Indeks Kesaksamaan Gender (GEI) Bloomberg untuk tahun 2021.

Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, agenda kesaksaan gender itu telah diperjuangkan oleh KEADILAN dan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) sejak lebih sedekad lalu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Maybank, Bursa Malaysia dan Digi.Com kerana tergolong dalam tiga syarikat dari Malaysia yang tersenarai dalam Indeks Kesaksamaan Gender (GEI) Bloomberg untuk tahun 2021.

"Ketiga-tiga syarikat ini telah diiktiraf di antara 380 syarikat dari seluruh dunia dan merangkumi 44 negara. Pengiktirafan ini penting kerana mencerminkan komitmen terhadap amalan dan polisi berkaitan gender di tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan.

Indeks Kesaksamaan Gender, Bloomberg telah menyediakan kerangka kerja bagi syarikat untuk berkongsi prestasi mereka dalam tonggak bakat kepimpinan wanita; kesama-rataan gaji; budaya inklusif; polisi mengenai gangguan seksual, dan penjenamaan pro-wanita. Perkara ini bukan hanya merupakan tonggak terpenting dalam sektor awam dan swasta, tetapi juga di dalam bidang politik.

Manakala KEADILAN sejak sekian lama mempunyai dasar 30% kuota wanita untuk jawatan dan peranan kepimpinan yang turut diperjuangkan dalam pentadbiran negeri.

"Parti Keadilan Rakyat mempunyai dasar 30% kuota wanita untuk jawatan dan peranan kepimpinan, dan ini termaktub dalam perlembagaan parti. Salah satu pencapaian yang membanggakan merupakan peningkatan sehingga 22% Ahli Parlimen wanita yang menang dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

"Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan, telah hampir memenuhi kuota 30% wanita dalam lantikan Ahli Majlis, melantik seorang wanita sebagai Datuk Bandar, dan seorang wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan juga Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Di Pulau Pinang pula, Kerajaan negeri telah mengumumkan inisiatif baru, "Top-up Women Only Additional Seats (TWOAS) for the State Assembly". Ini adalah usaha yang memberangsangkan dan akan memastikan kuota 30% wanita dipenuhi dalam Dewan Undangan Negeri," katanya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, Wanita KEADILAN akan terus meningkatkan kesedaran mengenai peri pentingnya kepimpinan wanita dan kesan positif budaya demokratik serta inklusif, baik di sektor swasta, sektor awam atau politik.

 

'Tidak perlu kabinet darurat, kerajaan PN memang tak boleh pakai' - Abdullah Sani



Cadangan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini agar kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada diganti dengan Kabinet Khas Darurat dianggap tidak relevan.

Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, bukan sahaja Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mungkin menerima nasihat seumpama itu, malah katanya tidak ada pembaikan dalam kerajaan atau kepada negara walau kabinet apa pun yang dibentuk dan dianggotai oleh pemimpin PN.

"Mereka semua ini (PN) tak reti soal pentadbiran kerajaan. Sebenarnya kewujudan sekarang satu sahaja, iaitu kerajaan darurat dan tidak perlu kabinet (khas).

"Kita sudah ada jawatankuasa yang melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong. Rujuk Perlembagaan perkara 150. Kenapa nak buat kabinet (khas)? Bagi saya, menteri yang ada sekarang ini semuanya tak boleh pakai, termasuk perdana menteri," katanya.

Sebaliknya, menurut Abdullah, perkara yang diminta rakyat adalah darurat segera ditarik balik.

Oleh kerana Kerajaan PN 'yang tidak boleh dipakai' itu telah pun kehilangan majoriti maka terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada melantik PM interim bagi meneruskan pentadbiran atau pun membubarkan Parlimen untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke 15.

 

 

WALAUNCAI AKAN MAKI SIANG MALAM....SESUAI DENGAN TAHAP BODO GABAN


Andai Mujahid ceduk sikap Zulkifli sebagai Menteri Agama, apa reaksi masyarakat ketika ini?

Andai Mujahid ceduk sikap Zulkifli sebagai Menteri Agama, apa reaksi masyarakat ketika ini?

Bayangkan, seandainya Dzulkefly Ahmad selaku menteri kesihatan menangani wabak Covid-19 sebagaimana Adham Baba, apakah yang akan terjadi terhadap beliau?

Atau, Wan Azizah selaku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat melaram dengan baju kurungnya di pejabat sebagaimana Rina Harun, apakah pula yang akan diperkatakan?

Atau, Mujahid Yusof Rawa selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencedok sikap dan pendirian Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika berdepan dengan pertikaian seperti pemandu mabuk, LGBT, kasino dan SOP solat di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagaimana pula reaksi masyarakat?

Itu pun belum Maszlee Malik, jikalau prestasinya sekadar tahap Radzi Jidin, yang kelihatan berserabut ketika membuat keputusan untuk persekolahan sepanjang musim penularan Covid-19 – barangkali sudah lumat digiling media. Malah, andainya Maszlee Malik mengajak siswa-siswi untuk menyertai pertandingan Tik Tok sebagaimana Noraini Ahmad, wartawan hampir pasti akan berada di situ untuk menjerat dengan soalan susulan “Adakah KPM akan mengadakan bengkel Tik Tok di universiti?”, supaya apa pun jawapan menteri – “Ya”, “Tidak”, “Akan dikaji kemudian” – dijadikan bahan ketawa orang ramai.

Setahun PN memerintah

Hampir setahun kabinet Muhyiddin Yassin ditubuhkan. Berbanding penilaian prestasi kabinet Pakatan Harapan sempena ulang tahun pertama, apakah prestasi kabinet Perikatan Nasional lebih terserlah? Jikalau Teresa Kok dipersendakan lantaran saranan “sehari sesudu minyak sawit” selepas setahun mengetuai Kementerian Industri Utama, apakah pula yang terlintas dalam otak kita ketika menyebut nama penggantinya, Khairuddin Aman Razali?

Jikalau kita tidak berpuas hati dengan prestasi Anthony Loke selaku menteri pengangkutan, apakah pula prestasi Wee Ka Siong yang memahat dalam ingatan kita, setelah hampir setahun beliau mengambil alih portfolio ini? Jikalau Syed Saddiq terlalu mentah untuk mengetuai sesebuah kementerian, bagaimana pula isu belia dan sukan ditangani oleh Reezal Merican, yang jauh lebih berusia dan berpengalaman berbanding “budak hingusan” itu?

Kabinet Muhyiddin ketika mesyuarat atas talian

 

Cuba pejam mata, dan tampilkan menteri-menteri PN yang kita ingat sepanjang tempoh setahun ini, bersama kejadian yang menggilap nama mereka dalam ingatan kita. Hishamuddin Hussein, hisap vape dalam sidang Dewan Rakyat? Ismail Sabri, SOP yang semua orang pening? Zuraida Kamaruddin, memakai PPE ketika menyembur cecair nyah kuman atas jalan raya? Annuar Musa, bertiga ketika bersenam sedangkan SOP menetapkan dua sahaja? Tuan Ibrahim, seruan agar penduduk Kelantan manfaatkan air hujan?

Untuk berlaku adil, mungkin terdapat seorang dua menteri PN yang dilihat melakukan kerja dengan sebaik mungkin, misalnya Khairy Jamaluddin, yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Tidak dinafikan juga adanya menteri PH yang hanya boleh kita menggelengkan kepala.

Namun, tepuk dada tanya selera, benarkah kabinet PN, dengan 32 orang menteri, ditambah dengan tiga orang duta khas bertaraf menteri, dan 38 orang timbalan menteri, berfungsi dengan jauh lebih berkesan, berbanding kerajaan Pakatan Harapan?

Masalah kekal bawah PN

Tanpa kayu ukur yang objektif, penilaian prestasi kabinet mungkin dianggap subjektif, bergantung kepada pendirian politik masing-masing. Misalnya, penyokong PH mungkin tidak berpuas hati dengan pendekatan Tengku Zafrul Aziz mengendalikan isu moratorium, sementara penentang PH akan menyindir betapa “kedekutnya”Lim Guan Eng ketika menyandang jawatan menteri kewangan, sehingga PH dilabel sebagai “kerajaan e-wallet RM30”.

Saya tidak berniat untuk menilai prestasi PN bertitik tolak dari pendirian politik. Cuma, ingin saya ketengahkan pandangan bahawa apa pun gandingan parti politik yang memerintah, tetap akan ada masalah yang timbul, dan mengambil masa untuk diselesaikan. Isunya sentiasa lebih rumit daripada apa yang terbayang, mengambil kira latar belakang masyarakat yang berbilang, dan kumpulan berkepentingan yang pelbagai. Contohnya, isu judi, arak, hudud, sekolah pelbagai aliran dan sebagainya – mustahil diselesaikan dengan retorik yang berapi-api.

Malah, ada kalanya, untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan semata-mata pun bukan tugas yang mudah. Ambil contoh kes kematian anggota bomba arwah Muhammad Adib, yang dikerah sepenuhnya oleh pemimpin PAS dan Umno ketika PH memerintah – kekal tidak selesai setelah PH tumbang, dan peguam negara ketika itu, Tommy Thomas digantikan seorang Melayu-Muslim.

Namun, perasankah kita, bahawa kehangatan dan keterdesakan isu-isu yang tersenarai tadi, semakin meluntur ketika pemerintahan PN? Dari mufti, ustaz, KOL (pemimpin pendapat), ahli akademik, hinggalah saudara-mara yang berkongsi mesej berhubung kelemahan PH dalam menangani masalah-masalah tersebut dalam kumpulan WhatsApp, apakah mereka masih aktif? Adakah mereka masih terhanyut-hanyut dalam ilham tidak bertebing untuk berpuisi menjelang pagi Jumaat? Adakah mereka masih gusar kerana Islam terancam apabila berlakunya kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk? Adakah mereka masih menjuarai kempen BMF (Buy Muslim First)? Atau mereka sudah bertaubat, tidak mahu berpolitiking dan nak move on?

Jikalau mereka neutral, dan tidak menyebelahi mana-mana gandingan parti politik, maka kita ingin tahu, apakah pendirian dan penilaian mereka, ketika berdepan dengan masalah yang kononnya gagal diselesaikan PH, tetapi juga gagal diselesaikan PN setelah hampir setahun? Juga, adakah mereka lebih selesa dengan sebuah kerajaan yang gagal memberi kata dua dalam isu “imbas atau tidak MySejahtera di stesen minyak”? Atau, adakah mereka lebih berpuas hati dengan seorang menteri yang “buat dulu, fikir kemudian”, mengumumkan sekolah dibuka semula sebaik ibu bapa memerah segala-gala yang ada untuk membeli peralatan seperti komputer riba atau tablet bagi anak-anak mereka?

Rakyat dihasut pada zaman PH

Nampak? Sememangnya saya tidak bersetuju untuk menyerang mana-mana kerajaan dengan isu perkauman dan agama. Saya menolak andainya PH cuba merampas semula kuasa dengan meludah balik air liur daripada pemimpin Umno-PAS kepada pemimpin Umno-PAS.

Jikalau kita merenung sedalam-dalamnya, isu BMF adalah isu ekonomi yang menuntut penyelesaian tuntas, mempertingkat daya saing perusahaan kecil dan sederhana tempatan tanpa perlu mencungkil sentimen perkauman. Begitu juga isu pengiktirafan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), Sekolah Menengah Persendirian Cina, Dong Jiao Zong dan sebagainya, ia harus kembali kepada soal pendidikan – diukur dari segi kualiti, kelayakan, hak kaum minoriti dan sebagainya. Isu ini muncul lebih awal sebelum tertubuhnya PH, dan sudah tentu masyarakat Malaysia memerlukan lebih dialog untuk mencari muafakat sebelum ditemukan jalan keluarnya.

Justeru itu, tibanya masa kita menilai semula, apakah keresahan dan kegusaran yang ditimbulkan sepanjang tempoh 22 bulan PH berkuasa itu, adalah sesuatu yang sahih dan benar? Atau ia semata-mata diada-adakan untuk menghasut emosi kita, agar kemarahan dan kebencian yang tercetus, membuatkan kita hilang kesabaran dan pertimbangan yang waras ketika menilai, sehingga kita sanggup memberi laluan kepada pengkhianat (mandat rakyat) untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang (atau tebuk atap)?

Sesungguhnya, sesebuah negara akan menjadi makmur dan sejahtera seandainya ditadbir kerajaan yang cekap dan berkesan. Namun, mustahil juga sesebuah negara bertambah baik jikalau kualiti rakyatnya menjunam – kurang kesedaran, mudah terpedaya dan gagal membezakan antara yang benar dan yang batil.

Ya, sememangnya Langkah Sheraton adalah percaturan sekerat politikus oportunis yang bermuslihat. Namun, perlu diakui juga bahawa proses ini tidak akan berjalan lancar tanpa restu rakyat. Ia didasari kegusaran dan keresahan masyarakat Malaysia, yang dihasut secara terancang untuk mengatur setiap langkah ke arah itu.

Muhyiddin dalam pertemuan di Hotel Sheraton yang menjadi pemula kepada penjajaran baru politik tanah air

 

Rakyat perlu menjadi matang, diasah otaknya untuk berfikir secara berdikari. Hindari segala berita palsu, ucapan kebencian yang membakar emosi kita. Belajar untuk menyemak fakta – apakah sebenarnya yang berlaku, dan bukannya terikut-ikut dengan khabar angin yang belum pasti kesahihannya.

Akhir kata, kita mendapat apa yang memadai untuk diri kita. Jikalau anda menganggap prestasi Adham Baba, Rina Harun, Radzi Jidin, Wee Ka Siong jauh lebih baik berbanding Dzulkefly Ahmad, Wan Azizah, Maszlee Malik, Anthony Loke, tahniah. Tetapi jikalau anda bertanggapan sebaliknya, adakah anda pernah berkongsi berita palsu dan mesej berbaur kebencian dalam tempoh 22 bulan itu? Jika jawapannya ya, adakah anda menyesal sekarang? – MK


LIM HONG SIANG ialah pengarah eksekutif Saudara (penyelidikan sosiobudaya).

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Perak Insights.

Pengurusan Covid-19 di bawah Dzulkefly Ahmad jauh lebih baik berbanding Adham Baba

 


Pengurusan Covid-19 di bawah Dzulkefly Ahmad jauh lebih baik berbanding Adham Baba

Perbalahan dalaman Perikatan Nasional (PN) jauh lebih teruk berbanding pertelagahan Pakatan Harapan ketika menerajui kerajaan, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau mendakwa dalam kes PN, “hampir setiap hari dan minggu”, parti sekutu dalam kerajaan terbabit dalam “perbincangan dan usaha” menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dahulu, kita sering dituduh kerajaan PH ini tidak stabil, ada masalah pergelutan antara dua pemimpin tertinggi dan saya akur memang ada.

“Dzulkefly menangani Covid-19 menggunakan data dan sains, tapi saya tahu keputusan yang dibuat (hari ini) tidak berdasarkan sains dan data.

“Jadi, kalau (PN) ada maruah, ini masa terbaik (kerajaan) ‘u-turn’ (dan) ubah balik keputusan (cara mengendalikan Covid-19),” katanya.

Antara yang perlu dikaji semula, menurut Syed Saddiq, adalah SOP yang sering dipertikaikan rakyat.

Beliau yakin jika PH masih menerajui Putrajaya, Parlimen tidak akan digantung dan institusi demokrasi tidak dilemahkan sepertimana yang dilakukan kerajaan PN ketika ini.

Dalam wacana itu, Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menepis tuduhan kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dengan baik sehingga rakyat terabai dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Beliau turut menempelak kebolehan PH memerangi Covid-19, jika masih berkuasa.

“Kalau pentadbiran sebelum ini (PH) yang memerintah sekarang, saya tidak yakin mereka dapat umumkan belanjawan dan bantuan rakyat sebesar (kerajaan PN) ini.”

Beliau berkata, zaman PH “tidak ada krisis kesihatan, tidak ada krisis ekonomi, yang ada hanya krisis siapa nak jadi perdana menteri”.

“Tetapi, kerajaan hari ini kita kekal fokus nak majukan kehidupan rakyat dan berdepan krisis dan pulihkan ekonomi kembali,” katanya. 



“(Tetapi) kalau dulu teruk, sekarang jauh lebih teruk dalam pergelutan politiknya kerana setiap minggu, setiap hari akan ada perbincangan untuk tarik sokongan supaya kerajaan (PN) jatuh,” katanya dalam wawancara Sinar Harian malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan PN tidak akan berupaya memberi fokus kepada usaha memerangi Covid-19, sekiranya krisis politik dan gerakan menjatuhkan kerajaan berterusan.

Katanya, pengurusan Covid-19 di bawah Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan di bawah pentadbiran PH jauh lebih baik berbanding Dr Adham Baba di bawah kerajaan PN.



Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong

 



Perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan proklamasi darurat pada 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung COVID-19.
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat..
Beliau menegaskan, perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan proklamasi darurat pada 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.
"Seri Paduka Baginda juga mengambil maklum atas hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan serta etika tataperlakuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas dan bertindak agar sentiasa bersifat mulia dan dipandang tinggi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini.


TU DIA AIHH NO...HEBAT LA KEDAH....TAK SANGKA NO...

 

RINA HAMZAH 


10 tahun lagi KEDAH SETANDING Lembah Klang??!.. 

Tak tau nak gelak ke nak maki.

Kalau 20 tahun lagi mungkin setanding London, Paris, New York mahupun S'pore kot.

Kelantan yang PAS perintah 45 tahun pun tak boleh nak setanding Lembah Klang.

Kalau yang setanding pun cuma air Kelantan. Tu pun takat setanding dengan air Sungai

 Klang. Lebai PAS kalau bab sembang serah kat depa..


May be an image of 1 person and text that says "Harakahdaily Kelantan dipegang PAS 45 tahun pun keperluan asas airnya sahaja sudah setanding dengan sungai di Lembah Klang.. Nasional Kedah setanding Lembah Klang 10 tahun lagi February 23, 2021 larikni A Kredit foto: UPDA SR suara rakya INIKAN PULA KEDAH, PAS BARU SETAHUN JAGUNG PERINTAH!! Dalam tempoh dianggap bakal setanding pelbagai pendekatan perancangan Sejahtera Berdaya Huni 2035' tahun akan datang Klang hasil bawah 'Kedah"




EGEN CIA NAFI TERLIBAT

 


Nik Abduh nafi terlibat Geng Ustaz
Nik Abduh menyifatkan perkara berkenaan fitnah dan tidak benar. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dirinya dikaitkan dengan kumpulan ustaz atau Geng Ustaz.
Beliau sebaliknya menyifatkan perkara berkenaan fitnah dan tidak benar.“Saya tidak hendak dengar cerita, anggaplah benda itu tiada,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan Pas yang berpecah kepada dua kumpulan "Geng Ustaz" dan "Geng Publika" seperti yang tular di media social.
Geng Ustaz dikaitan kumpulan yang mendokong Muafakat Nasional (MN) manakala Geng Publika dikaitkan kumpulan pro Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Geng Ustaz dikatakan cuba untuk menukar presiden yang dilihat lebih cenderung kepada Bersatu.
Selain Nik Mohamed Abduh, turut dikaitkan berada di dalam Geng Ustaz adalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razal