HALA TUJU UMNO KEMANA?


Mohd Shah Rim

 Malam ini, peristiwa penting akan berlaku..

Lokasi : Janda Baik, Pahang..

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi memutuskan samada menerima atau menolak BERSATU..




MAK BAPA KENA PRANK LAGI..,


Kah..kah..Masa mak bapak kalut dok beli baju seluar kasut sekolah...dia tutup. Sekolah...bila mak bapak kalut hutang beli HP Laptop...dia buka sekolah...patut la orang kata PNIPU....KAH..KAH..KAH
 

(LIVE) Anwar Ibrahim: Dialogue On "The Renaissance Man, Prof Diraja Ungk...




Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam sesi wacana yang dianjurkan Pejabat Timbalan Rektor IIUM dengan kerjasama Kesatuan Pelajar IIUM dan GamesMy Studio dengan tajuk ‘The Renaissance Man: Prof Diraja Ungku Aziz’ pada malam ini jam 8.20 malam.




(Kenyataan Media, Sarikata) Anwar Ibrahim: Malaysia Sedang Bergerak Pant...



KENYATAAN MEDIA - 19 Februari 2021 Saya terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap laman berita #Malaysiakini atas sebab menghina mahkamah dan juga denda yang melampau tinggi yang dikenakan terhadapnya. Serbuan polis terhadap #Gerakbudaya dan tindakan merampas sebahagian dari komputer mereka adalah juga memprihatinkan. Kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik. Kesemua cabang pemerintah adalah bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas. Dalam masa yang sangat singkat Perikatan Nasional mengemudi negara, tampaknya terdapat serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas. Pemerintah yang kuat dan yang punyai keyakinan terkait keabsahan mereka tidak mungkin akan berkelakuan seperti ini. Apa yang kita dihadapkan hari ini adalah sikap sebuah kerajaan yang lemah yang sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari masyarakat umum dan kebertanggungjawaban dalam bentuk Pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan serangan yang berterusan terhadap media yang bebas. Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu, tetapi mereka dihukum kerana komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet yang tidak dikenali di laman berita mereka. Taktik semacam ini pernah dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia, dan ini adalah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran. Tindakan ini hanya akan merobek kepercayaan dan keyakinan dalam soal penegakan negara hukum di Malaysia dan akan menjauhkan lagi para pelabur asing dari negara ini. Saya terharu dengan dukungan rakyat terhadap Malaysiakini saat ini. Majoriti rakyat Malaysia senantiasa komited dalam memperteguh dan mempertahankan prinsip-prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan. ANWAR IBRAHIM


MANA PRESIDENG PAS?

 

Baem


Presiden PAS pernah cakap kalau PAS perintah Malaysia, kos hidup dapat dikurangkan.


Kepala bapak dia!



TANYA MAMAT MAMAT BANGLA ..DEPA KATA KELUARGA DI KAMPUNG SUDAH DAPAT SATU BULAN LEBIH....KAH.....

 

Shahbudin




Kita terlalu berlebihan dan tidak kena tempat dalam meraikan seolah-olah vaksin ini hero negara.


Apa yang membanggakan negara dengan pembelian vaksin ini, sedangkan Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu daripada kita memperolehinya?




Panas! Mursyidul Am PAS cabar dedah audio rakaman ‘jatuhkan’ Hadi. Tedia....ada ka tak dak?

 


Panas! Mursyidul Am PAS cabar dedah audio rakaman ‘jatuhkan’ Hadi


Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menafikan wujud audio yang mengaitkan dirinya dengan gerakan yang mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti heboh diperkatakan.

Beliau turut mencabar individu yang menyebarkan fitnah itu supaya mendedahkan audio rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Audio apa yang dimaksudkan? Tidak ada audio seperti didakwa, saya nafikan apa yang disebarkan itu.

“Saya percaya ia hanya mainan pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama pemimpin Pas,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Berdasarkan maklumat tular, terdapat audio rakaman Mohd Khairuddin dengan Hashim, mendakwa Mohd Khairuddin tidak berpuas hati dengan Presiden Pas dan diluahkan kepada Hashim,,anakala Hashim pula didakwa seakan bersetuju dengan apa dilaporkan Mohd Khairuddin.

Turut disebarkan, wujud satu gerakan untuk menjatuhkan Abdul Hadi selain Pas kini berpecah kepada dua iaitu kumpulan yang pro UMNO dan satu lagi pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas lanjut, Hashim menegaskan beliau tidak pernah membangkitkan isu kepimpinan Abdul Hadi apatah lagi mempersoalkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Marang itu.

“Saya tak pernah cakap seperti didakwa, walau dalam kelas pengajian sekalipun. Saya tiada masalah dengan Abdul Hadi, kalau benar ada audio itu, dedahkan supaya dapat dikenal pasti sama ada ia benar atau palsu,” katanya.

Menurutnya, apa yang disebarkan itu hanya mainan politik pihak luar parti itu yang berhasrat melaga-lagakan pemimpin Pas.

“Sehingga kini semua pemimpin taat pada Abdul Hadi, tiada langsung cubaan untuk singkirkan beliau. Tiada gerakan macam itu dalam parti. Malah tak wujud puak-puak dalam Pas, itu mainan pihak luar,” katanya.

Hashim berkata, apa yang disebarkan itu hanya rekaan semata-mata memandangkan parti itu sentiasa tenang dan damai berbanding parti lain yang dilihat bergolak.

“Mereka iri hati dan rekalah cerita. Pihak luar parti yang cetuskan, dalam politik memang orang suka lagakan pihak lain. Kalau ada perselisihan faham atau saya tak suka mana-mana pemimpin, itu bukan saya putuskan. Kalau saya baik dengan pemimpin mana pun, dia tidak akan dapat pengaruhi saya dalam keputusan parti sebab itu semua diputuskan dalam mesyuarat,” katanya.

Hashim turut tegaskan, pendirian Pas masih kekal dengan dasar yang diputuskan sebelum ini iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN). 



Dr Mujahid ajak orang ramai bantu pelajar kurang berkemampuan

 


Dr Mujahid ajak orang ramai bantu pelajar kurang berkemampuan


Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengajak orang ramai terutama golongan korporat memberi bantuan peranti kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Dr Mujahid berkata, bermulanya sesi persekolahan yang baharu , berlaku kesukaran dan kerunsingan ibubapa serta pelajar dalam penyediaan fasiliti pembelajaran dalam talian menjadi semakin ketara

“ Saya mengharapkan lebih ramai dermawan prihatin dapat bersama-sama menyumbang untuk program bantuan peranti/gajet ini.

“ Lebih ramai yang menyumbang, lebih ramai pelajar dari keluarga kurang berkampuan akan menerima manfaat program ini” katanya semasa menyampaikan sumbangan tablet kepada dua pelajar di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau dekat sini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang awal yang membantu dalam program bantuan peranti/gajet kepada pelajar di Parlimen Parit Buntar anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar.

“ Hari ini, saya menyerahkan satu unit tablet baru kepada seorang pelajar sekolah rendah kerana peranti yang digunakan sebelum ini, sebuah telefon bimbit telah rosak .

“ Beliau terpaksa berkongsi dengan adik beradik lain untuk mengikuti PdPR (pembelajaran dalam talian) . Ibunya seorang ibu tunggal tidak berkemampuan menyediakan peranti yang lebih baik” katanya

Menurutnya, seorang pelajar lagi yang menerima tablet adalah pelajar sekolah menengah yang juga berkongsi dengan adik beradik lain untuk mengikuti PdPR.

“ Keluarganya tidak mampu menyediakan peranti yang lain kerana bapa beliau seorang nelayan yang berpendapatan rendah.

“ Semoga dengan bantuan tablet ini dapat membantu para pelajar ini untuk mengikuti PdPR, agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran” katanya

Orang ramai yang berhajat menyumbang peranti baru atau terpakai boleh disampaikan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar beralamat No 7,Jalan Merbok, Pekan Baru. 34200 Parit Buntar.

Sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 08022010050832 di atas nama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar

Untuk Maklumat lanjut Sila hubungi HAWA – 017 5175576, NAKHAIE – 019 5749656, HADI – 010 3757377 atau melalui email beralamat parlimenparitbuntar@gmail.com



SIAPA YANG MANIPULASI SENTIMEN KAUM?



"Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan. "Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara. Berpegang kepada prinsip inilah Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan bagi menggalas tugas berat memastikan agenda perpaduan nasional dijayakan," tegasnya.




ISU JUDI DAN TEGURAN MP ASEAN: PAS KENA CERMIN DIRI



Persoalannya siapa Pas untuk mempertikaikan desakan pemimpin negara luar?” tanya Yuslaini. Katanya, Pas mungkin lupa kerajaan Malaysia juga mendesak hal yang sama apabila tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa jadi apabila ada desakan pemimpin negara-negara luar ini bermakna ketidakadilan sedang berlaku dalam sistem politik negara ini.




Kerajaan Selangor agih bantuan bakul makanan


Image result for KERAJAAN SELANGOR AGIH BANTUAN BAKUL MAKANAN


Kerajaan Selangor agih bantuan bakul makanan

Kerajaan Negeri Selangor mula mengagihkan bantuan bakul makanan bagi menangani kesan kesukaran ekonomi rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari, Bantuan Bakul Makanan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Kita Selangor yang diumumkan Kerajaan Negeri pada 20 Januari lalu dengan peruntukan keseluruhan RM73.877 juta.

“Jumlah penerima bagi Bantuan Bakul Makanan kali ini adalah sebanyak 2,361 orang penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR), 6,233 orang pemandu teksi iaitu termasuk teksi tempatan, teksi lapangan terbang, kereta sewa dan limosin.

“Juga 1,601 orang pemandu bas sekolah, 8,432 orang pemandu lori KDEB Waste Management dan 6,000 ketua isi rumah Orang Asal di negeri Selangor,” katanya dalam majlis penyerahan bantuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam, petang tadi.

Sementara itu, menurut beliau pemberian makanan kering (dry food) atau makanan bermasak (cooked food) akan dilakukan secara berperingkat dan diselaraskan oleh beberapa jabatan.

Agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat adalah seperti Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), KDEB Waste Management dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri berharap inisiatif Bantuan Bakul Makanan Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat dan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak pandemik Covid-19 yang masih belum reda,” katanya lagi.

Selain itu, Amirudin turut menggesa rakyat Selangor terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan negeri itu masih mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.

Kerajaan Negeri, katanya akan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha memutuskan rantaian Covid-19 serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian sewajarnya.



Tutup Sugar Daddy, buka kedai judi?

 


Image result for sugar daddy


Tutup Sugar Daddy, buka kedai judi?

Ipohmali

Hari ini 16hb Febuari.. Belum habis Tempoh PKP yang dijangka tamat 18 Febuari.. Semua Kedai Judi, Toto..Magnum gembira mengumumkan Pembukaan.. Itulah hebatnya Kerajaan Melayu Islam..

Baru seronok semalam berlakon jadi pejuang Islam menjerit kononnya Laman web SugarB%%& kononnya disekat..walhal yang disekat itu bukan Perniagaan..Tetapi capaian melalui ISP.. Apps mereka berfungsi seperti biasa.. Mana org layan Web pun..

Baru semalam umum tutup web Sugarb$$k..walhal takda sapa peduli dgn Sugarb$$k pun..hari ni bukan kedai Judi.. Jadi apa lagi pejuang pejuang Islam semua.. Setelah berjaya tingkatkan jumlah cabutan..Mungkin boleh berjuang Tutup Toto dan Magnum..

Jadi apa lagi..Bersiap sedialah Berdemo kat Padang Merbok..



Mansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat 2021



Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menggesa supaya memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selari dengan surat yang ditulis oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun, William berpendapat memansuhkan seksyen tertentu lebih berkesan berbanding cadangan Azalina yang mahu Kabinet digantikan oleh Kabinet Darurat Khas dan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan Mengandungi Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.

"Walaupun saya bersetuju dengan Timbalan Yang di-Pertua bahawa ia adalah sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan agar eksekutif bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, saya berpendapat daripada menubuhkan Kabinet Darurat Khas dan Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan, lebih baik guna pendekatan memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

"Kedua-dua seksyen ini menghapuskan kebertanggungjawaban Eksekutif kepada Parlimen dengan menangguhkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semasa tempoh darurat," katanya.

William berpandangan, adalah tidak rasional dan tidak masuk akal untuk menggantung Parlimen dan Dewan Negara semasa pandemik Covid-19.

"Tidak ada negara lain yang terkena wabak Covid-19 yang telah menggantung Parlimennya. Tidak ada alasan yang kukuh untuk penangguhan atau penghapusan hak dan institusi demokrasi untuk menangani wabak tersebut.

"Pandemik Covid-19 tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjalankan tanggungjawab perlembagaan mereka dan memegang jawatan Eksekutif untuk kepentingan umum," katanya.

Justeru, William meminta Perdana Menteri dan Kabinet untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) agar tidak menggagalkan operasi asas demokrasi perlembagaan negara.

"Menggunakan darurat kesihatan awam Ini adalah tanda utama pemerintahan diktator. Untuk membenarkan penggantungan kawalan pemerintahan demokratik bukanlah tindak balas pemerintahan demokratik," katanya.

 

Pekerja asing dakwa ditindas Bestinet?

 

untitled image


POSTED BY AMIR WRLR

Sebuah video sedang tular di media sosial mendakwa syarikat Bestinet Sdn Bhd, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan adik kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memperlakukan pekerja asing secara tidak wajar.

Dalam video tersebut, terpapar individu yang dipercayai merupakan pekerja warga Bangladesh yang dibawa masuk oleh syarikat tersebut dan beragama Islam merayu supaya dia dan rakan-rakan senegaranya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kami diminta membayar RM 15,000 jika ingin kerja di Malaysia. Bayaran yang tak patut dikenakan kerana kerajaan Malaysia tak pernah letakkan caj.

"Ada yang terpaksa berhutang, jual tanah untuk cari peluang, cari rezeki di Malaysia.

"Tak cukup itu, gaji bila kerja di Malaysia dipotong untuk bayar macam-macam caj yang kadang-kadang melampau.

"Duit untuk anak isteri memang tak pernah dapat beri. Nak makan untuk diri sendiri pun tak cukup. Terpaksa kerja tanpa rehat untuk cukupkan keperluan bulanan," dakwa individu dalam video itu.

Dakwanya lagi, di Bangladesh juga sedang berlaku protes ke atas tindakan syarikat berkenaan dan mereka meminta kerajaan Malaysia campur tangan.

Pada Ogos 2018 lalu Bestinet, syarikat yang membawa masuk pekerja asing, pernah digantung operasinya oleh Kementerian Sumber Manusia berikutan dakwaan mengeksploitasi pekerja warga Nepal.

Bagaimanapun pada Disember 2019, Menteri Sumber Manusia ketika itu, M. Kula Segaran berkata tuduhan tersebut tidak tepat.

 


Perlupusan sisa radioaktif Lynas: Jangan lakukan konsultasi, tapak masih belum ditukar status

 


POSTED BY AMIR WRLR


Proses Konsultasi Awam berkaitan Kajian Impak Alam Sekitar ke atas Tapak Pelupusan Kekal Sisa Buangan Radioaktif (PDF) Lynas sepatutnya tidak boleh diteruskan memandangkan kawasan yang dicadangkan belum ditukar status dan masih merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) bernilai warisan Tahap 1.

Menurut Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, tapak PDF itu telah termaktub dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035 sebagai sebahagian kawasan yang lebih besar sebanyak 202.35 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Kuantan, yang telah dikenalpasti sebagai kawasan Tapak Pelupusan Sisa Industri Berjadual Pelbagai Kategori (Multi Category Industrial Scheduled Waste Disposal Site - MCISWDS).

Katanya, Consultant EIA bagi pihak Lynas telah melaporkan bahawa kawasan tapak PDF tersebut sedang disisihkan (alienated) dari kawasan hutan simpan kekal tersebut.

"Bagaimanapun dapatan kajian saya mendapati kawasan yang dikenalpasti bukan setakat kawasan hutan simpan kekal tetapi fakta yang lebih merisaukan ialah ia merupakan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) bernilai warisan tahap 1, di mana kawasan seperti ini tidak boleh dibangunkan sekiranya kita berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa.

"Saya ingin tegaskan bahawa proses konsultasi dan pendengaran awam EIA Lynas ini merupakan satu proses yang songsang serta salah dari segi proses undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.




Menurut Fuziah lagi, sekiranya kerajaan mahu meneruskan penilaian maka status tapak tersebut perlu diubah terlebih dahulu.

Katanya, KSAS bernilai warisan Tahap 1 bermaksud kawasan tersebut tidak boleh ada aktiviti pembalakan, perlombongan, mahupun pertanian.

"Mengubah status KSAS ini melibatkan proses konsultasi dan pendengaran awam dijalankan.

"Sekiranya status KSAS tersebut berjaya ditukar melalui proses konsultasi dan pendengaran awam, barulah Kajian Impak Alam Sekitar boleh di jalankan ke atas tapak pelupusan kekal sisa industri berjadual pelbagai kategori pula.

"Ini juga kemudiannya memerlukan konsultasi dan pendengaran awam. Akhir sekali barulah boleh dijalankan kajian impak alam sekitar ke atas tapak PDF Lynas," katanya.

Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata lagi, Majlis Perbandaran Kuantan sebelum ini telah mematuhi garis panduan Rancangan Fizikal Negara dengan pewartaan kawasan berkenaan.

Maka diambang pemahsyuran menjadi Majlis Bandaraya Kuantan, katanya, amat tidak wajar sekiranya majlis itu tidak tersilap langkah di dalam isu berkenaan.

"Oleh itu, dalam keadaan di mana Majlis Perbandaran Kuantan diambang pemahsyuran menjadi Majlis Bandaraya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan tegas, supaya jangan tersilap langkah di dalam isu ini. Kuantan harus membangun secara lestari dan bukan sebaliknya," katanya.

Fuziah juga kesal dengan peraturan di Pahang yang mana hutan simpan kekalnya boleh dinyah warta secara mudah tanpa melalui proses konsultasi dan pendengaran awam seperti mana di Selangor.

 

JOM MAIN WAYANG

 Image


Bila pejuwang tak  di luluskan pendaftarannya...dia mula nak main wayang baru..wayang yang kalau orang Umno nak kena...sila la bawa dia masuk dalam Umno. Nak harap PH layang...bo..leow la....p la main jauh jaih....Jadinya AWAS MANUSIA INI SEDANG MENCARI DAHAN BERPAUT. BILA DAH DAPAT. SIAP HANGPA...

BUKAN BANGSA LAIN MEROSAKKAN ANAK MUDA MELAYU ,MELAINKAN MELAYU SENDIRI

 

Hamdan Taha


Zaman saya muda dulu ayat yang saya tahu sugar daddy sekarang dah sugarbaby pula...


Bekas artis sdr zul yahya dalam kenyataan beliau pengalaman hidup dia gadis muda di negara kita ni di rosakkan oleh lelaki kaya yang adanya di kalangan mereka pegawai tinggi kerajaan dan ada ahli politik parti melayu dan paling ramai ahli perniagaan kontraktor dan sebagainya...


Di kelab malam,pub dan pusat karoke yang penuh ada lah lelaki berumur 40 ke 70 tahun dan di sini lah gadis gadis melayu muda menjadi GRO atau pelayan menghiburkan lelaki yang ada duit ini....ada pegawai polis tentera,pegawai Dbkl,penguatkuasa PBT ,KSU,TKU SUB dan macam macam jawatan tiap malam mereka ada di pusat hiburan...termasuk menteri ....timbalan menteri...ahli parlimen dan YB YB....


Jadi pemusnah anak anak gadis melayu ini bukannya cina....bukan india....iban jauh sekali....tapi orang orang hebat melayu....itu sebab saya tak hormat golongan ini kerana saya bertahun lamanya melihat perkara ini di depan mata....kata sdr Zul Yahya....


Adoiii berat pendedahan ini....



RASUAH - BUSUK IKAN MULA DI KEPALA



Sementara itu, Fitch Solutions telah menyemak semula ramalan pertumbuhan KDNK 2021 menjadi 10.0%, daripada 11.5% sebelumnya. “Pekerjaan dan gaji cenderung sekali lagi berada di bawah tekanan yang kuat, kali ini dengan ruang lingkup sokongan fiskal yang lebih rendah, memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus dari KDNK,” katanya.







Salahkan KPM, DidikTV, bukan guru, kata aktivis selepas rancangan TV dikecam

 

Jangan mengejek guru, tetapi persoal pihakbertanggungjawab, kata Teo Nie Ching.

PETALING JAYA: Aktivis memberitahu Kementerian Pendidikan (KPM) dan penerbit DidikTV supaya mengambil tanggungjawab ke atas rancangan TV Pendidikan yang dikecam secara meluas berikutan murid Tahun 2 dua diajar mengenai sistem reproduktif.

Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata, guru DidikTV hanya menjalankan tugas mereka dan tidak sepatutnya dipersalahkan.

Katanya, kementerian itu perlu menggunakan kebijaksanaan dalam memilih guru dan memastikan kandungan rancangan terbaik.

Pengguna media sosial mengecam klip video pendek seorang guru yang menerangkan topik sistem reproduktif dengan menggunakan bahasa Inggeris yang lemah di saluran TV yang baru dilancarkan itu.

Teo berkata, beliau terkejut mendengar guru yang bersiaran secara langsung itu diminta menulis skrip mereka sendiri sedangkan staf teknikal yang relevan boleh dimanfaatkan oleh kementerian terbabit.

“Ini merupakan tempoh mencabar dan murid-murid kita berhak mendapatkan yang terbaik,” katanya.

“Ini bukan masanya untuk kita mengejek guru, tetapi untuk mempersoalkan mereka yang bertanggungjawab, iaitu menteri pendidikan dan pihak lain di kementerian itu.”

Teo juga bertanya mengapa program pendidikan tidak disiarkan di saluran penyiar awam RTM.

Pengerusi Gerakan Akademik Malaysia, Zaharom Nain berkata, semua pihak yang terlibat dalam penerbitan rancangan DidikTV perlu dipersalahkan atas kesilapan itu.

Beliau berkata, skrip diguna pakai lemah, selain mempersoalkan sisipan pendapat dan ideologi yang “tidak begitu halus” yang tidak ada tempat dalam program sains untuk murid-murid Tahun 2.

“Pengarah pelakon perlu diganti kerana tidak menjalankan kerja,” katanya.

Zaharom berkata, guru terbabit seharusnya menolak tawaran untuk muncul di kaca TV kerana beliau jelas penguasaan bahasa Inggerisnya lemah.

“Jika dikatakan beliau mengikut arahan, maka ‘kebodohan’ mentaliti feudalistik ‘saya yang menurut perintah’ kitalah yang patut dipersalahkan,” katanya.

Zaharom juga berkata, isu itu akhirnya menunjukkan dari “masalah bergenerasi ” yang melanda sistem pendidikan kita.

Beliau antara lain menyenaraikan masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, latihan yang lemah dan gaji guru yang rendah.

“Ini adalah sistem yang tidak membayar gaji selayaknya kepada guru,” katanya.

“Ia adalah sistem yang tidak mendorong meritokrasi, tetapi kulitokrasi.

“Ini adalah sistem yang menghasilkan idea yang tidak begitu bijak untuk memulakan saluran TV baharu untuk pendidikan, malah mengabaikan pelbagai sumber perisian pendidikan yang dibuat secara profesional, yang boleh diperolehi secara percuma dan dalam talian.

“Ia seperti mencipta semula roda kayu ketika kita sudah mempunyai rim tayar sport dan tayar simpanan.”

Tunku Munawirah Putra daripada Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan mempersoalkan samada pelajaran itu telah melepasi penelitian profesional sebelum disiarkan di TV.

“Adakah ini merupakan sabotaj terhadap niat KPM untuk meningkatkan piawaian bahasa Inggeris dan program dwibahasa?

“Pada akhirnya, yang rugi adalah anak-anak kita. Guru, yang mungkin memberikan yang terbaik, tetapi tidak menyedari mereka boleh memperbaiki diri dengan bimbingan dan latihan berkesan bagi mencapai potensi terbaik juga rugi.”