GAY DALAM UMNO? LOKMAN ADAM SINDIR HISHAMMUDDIN?
Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh. Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk. Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik.
Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung-selindung. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Di pihak pembangkang mereka tidak boleh bersatu dan di pihak kerajaan sentiasa bergaduh-gaduh.
Kita risau kerana pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Negara jiran Indonesia telah membuat lebih baik dari Malaysia dalam menarik pelabur asing kerana mereka bersatu hati. Pemerintah dan pembangkang di sana mahu bekerjasama tidak seperti di Malaysia.
Semakin hari semakin teruk ekonomi negara kita. Dengan rakyat yang sudah tiga suku juta tiada kerja, masa depan Malaysia agak malap.
Persoalannya sekarang, adakah kita akan dapat melihat, situasi politik kita menjadi stabil semula dan kucar kacir kembali tenang? Rakyat sentiasa memerhati. Namun ianya bergantung kepada ahli-ahli dan pemimpin politik.
Jangan nanti menjadi terlalu lewat untuk negara kita bila nasi sudah jadi bubur. Kurangkanlah berpolitik atau cari jalan keluar. Apa pendapat anda?
Apa pendapat anda?
#SembangPolitik
#RakyatJagaRakyat
#KitaAmalPolitikMatang
Syed Syah Dedah Siapa Sebenarnya Calon Utama PM Interim. Bukan Tun M
Tuan Syed Syah Dan Tuan WFauzdin Dedah apa yang terjadi sebenarnya kepada PH ketika Kerajaan PH dijatuhkan oleh pengkhianat
WALAUN LENJUN KENA KENCING
RINA HAMZAH
Sejak MCA, Gerakan & Pas bersama-sama dalam satu kawah
bernama Penularan Nasional PN..
Dari RUU355, kes Adib, haramkan sekolah vernakular dan bermacam
lagi, semuanya dah dibuang dibakul sampahkan.
Padang Merbok pun lengang sunyi sepi tiada lagi himpunan &
demonstrasi burung (d)ungu dari mereka.
RUU355 apa khabar?
Annuar Musa perlu minta maaf, dikenakan tindakan tegas! -Lip Eng
Pada oleh PENTADBIR
oleh Ghafar NS
Tan Sri Annuar Musa wajar dikenakan tindakan undang-undang tegas sama seperti orang lain, tegas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Katanya, perbuatan Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat rakyat berasa marah dan kecewa.
Dakwa Ahli Parlimen Kepong itu, tatkala ramai rakyat biasa dikenakan tindakan undang-undang tegas kerana melanggar SOP, Annuar dengan senang hati berkumpul beramai-ramai menjamu selera dan beramah mesra.
Malah menurut Lip Eng juga, ini bukanlah kali pertama beliau melanggar SOP PKP yang ditetapkan.
“Ketika aktiviti riadah lebih dari dua orang adalah dilarang sama sekali, Annuar Musa pernah memuat naik gambarnya beriadah bersama dua orang rakan di kawasan perumahannya.
“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam perutusan khasnya pernah membicarakan perihal ‘no double standard’ (tiada pilih kasih),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Namun menurut Lip Eng, rakan-rakan menterinya terang-terangan mendapat layanan berbeza apabila melanggar SOP.
“Mengapa Annuar Musa, yang melanggar SOP terang-terangan tidak dikenakan tindakan?”
“Apakah alasan beliau tidak dikenakan undang-undang?” soal Lip Eng tegas.
Media semalam melaporkan Polis Kuala Lumpur memulakan siasatan berhubung tindakan Annuar, yang didakwa melanggar SOP PKP.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan dibuka berhubung gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan dan tular di laman sosial.
33 POSTING HINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL
SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL . SOKONGAN ANDA
DIHAGAI.
AHMAD SHAHRIL
TAK KISAH YANG PENTING MELAYU KATA WALAUNCAI BEBAL NAK MAMPUS
NAMA PUN WALAUN...DOK PIANG SITU LA...DEPA SAJA BETOI...TAMBAH PULAK DENGAN DALIL....
Walaupun PN berserabut, PAS tetap ‘puas hati’ kerana ahli tetap wala’
February 15, 2021
Selepas hampir genap setahun berada dalam kerajaan, adakah Pas atau lebih tepat pengikutnya berbangga dengan pencapaian yang diperoleh para pemimpinnya sebagai menteri atau timbalan menteri?
Soalan seterusnya, apakah pencapaian yang membanggakan para pengikut Pas itu?
Apabila menjadi sebahagian anggota kerajaan, Pas sebenarnya berdepan kerja mudah kerana mereka tidak dibebani dengan sebarang manifesto.
Iyalah manifesto apa yang mahu dilaksanakan jika kerajaan yang ditubuhkan itu pun bukan daripada mandat rakyat.
Sebaliknya, Pas hanya perlu melaksanakan apa sahaja yang mereka teriakkan semasa menjadi pembangkang dahulu.
Mahu laksanakan RUU355, perjuangan keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Mohd Adib, hapuskan pengeluaran minuman keras dan pusat perjudian, laksanakan hudud, hapuskan sekolah persendirian, laksanakan tulisan jawi di semua sekolah tanpa kecuali dan hapuskan persatuan pendidikan Cina, Dong Zong.
Malangnya, selepas hampir setahun Pas menjadi kerajaan, adakah mereka mampu laksanakan apa yang dipekikkan satu masa dahulu?
Adakah mereka mampu laksanakan RUU 355 selepas puas berhempas pulas menghimpunkan sekalian ahli di seluruh negara hadir ke Padang Merbok?
Jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Pas hanyalah sebuah parti cap ayam yang hanya pandai berkokok tapi ekor bergelumang najis!
Ayam jantan kalau berkokok pada waktu Subuh, apabila matahari muncul, maka didakwa, matahari muncul kerana kokokannya.
Jauh panggang dari api
Demikian juga dengan Pas, tak sudah-sudah mendakwa segala kebaikan yang terlaksana di bumi Malaysia adalah jasa perjuangan parti mereka. Jauh panggang dari api!
Tetapi kini selepas menjadi kerajaan, nada mereka bukan sahaja sudah berubah tetapi memeningkan pula.
Hatta apabila Saifuddin Nasution mempersoalkan kedudukan RUU 355 dalam perjuangan Pas, beliau pula ditempelak dengan Ahmad Fadhli Saari.
Kata ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pakatan Harapan (PH) sendiri tidak boleh diharap perjuangkan pindaan akta tersebut.
Aneh sekali fikiran pemimpin Pas sekarang. Sebelum ini, merekalah yang paling lantang memekik mendakwa diri dan parti sebagai pejuang tulen Islam.
Tetapi kini apabila ditanya perjuangan untuk martabatkan perundangan Islam, pihak yang ditanya pula ditempelak.
Jangan kecil hati tapi sekadar nasihat awal, sewajarnya pemimpin Pas sekarang diperiksa tahap kesihatan mental mereka.
Siti Zailah yang dahulu lantang menggegarkan Dewan Rakyat dengan menuntut keadilan untuk Adib, kini, selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sudah membisu seribu bahasa.
Tatkala pelbagai masalah melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak seperti keganasan domestik, pencabulan, sumbang mahram dilaporkan, suara beliau hampir langsung tidak kedengaran sama ada melalui kenyataan media atau ulasan berita.
Sebaliknya, beliau muncul di laman sosial dengan perkongsian yang mudah dipersendakan seperti menguruskan masalah tangki air dan binatang ternakan yang berkeliaran di kawasan Parlimen diwakilinya.
Isu industri judi usahlah ditanya kerana umumnya sudah maklum betapa Pas kebaculan bersuara dalam hal ini. Cabutan bertuah yang dikurangkan oleh PH daripada lapan kali setahun telah kembali kepada 22 kali. Apa tindakan yang diambil oleh Pas? Hampir tidak kedengaran.
Keadaan Pas yang cukup lemah, bacul dan tempang ketika ini memang merimaskan ahli-ahli bawahan. Mereka ingin bersuara tetapi bimbang dilihat melawan pimpinan terutama Abdul Hadi Awang.
Maklumlah, sudah sekian lama otak didoktrin bahawa menyanggah pendapat pemimpin melanggar adab berjemaah, maka takutlah sekalian Pas untuk bersuara kerana bimbang kalau mati dicampak ke dalam neraka.
Apa yang mampu dibuat oleh ahli-ahli Pas hanyalah bersangka baik dengan pemimpin mereka walaupun di sudut hati memberontak. Bagi mereka, pemimpin Pas bertindak berlandaskan kepada ilmu dan kepakaran walaupun tidak dapat dipastikan apakah kepakaran yang mereka miliki.
Oleh kerana pemimpin Pas itu memperjuangkan Islam, maka ahli-ahli Pas percaya bahawa tindakan pemimpin mereka sentiasa mendapat suluhan cahaya daripada Allah Taala.
Dalam Pas memang begitu sifatnya, para pemimpinnya juga cukup cekap menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan dalil yang digoreng sesuka hati.
Jika dahulu, Umno dianggap musuh Islam tetapi kerana budaya ilmu tidak subur dalam Pas, maka apabila diubah Umno sebagai saudara Islam sekalipun, ahli-ahli Pas dengan mudah menerima kenyataan tersebut tanpa banyak soal.
Maka selesalah pemimpin Pas apabila kedudukan mereka tidak mendapat tekanan ahli-ahli bawahan yang wala’ tak kena tempat..
VIDEO : APA PUNYA LEKEH...ENGLISH TAHAP MENTERI MACAM GINI ? ADIBAH NOOR SKRU MENTERI RATU CANTIK
[VIDEO] Menteri berucap dalam bahasa Inggeris, sekali Adibah Noor tampil betulkan sebutannya
February 15, 2021
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.
Menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.
Menerusi Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt‘ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 6,000 ulang ciap dan hampir 9,000 tanda suka.
Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin kurus dan bergaya.
Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang.
Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima kecaman netizen.
Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.
“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook. – MK
Video Player
00:00
00:54
Rasisme berlaku kerana kelas sosial, bukan bangsa
Pandemik Covid-19 mengajarkan kita banyak perkara, termasuklah semangat kekitaan yang muncul dalam waktu-waktu yang sukar. Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tapi sejak dahulu lagi kita terkenal sebagai negara berbilang kaum yang mampu hidup dalam keadaan harmoni.
Kedatangan pandemik memberikan kita satu pengajaran baharu – isu rasisme sebenarnya ditunjangi oleh permasalahan kelas sosial yang menjadikan rakyat ada darjat yang berbeza. Saya tidak menafikan wujudnya rasisme berasaskan kaum, cuma diskriminasi berasaskan kelas ini merupakan sesuatu yang lebih kronik.
Kita ada golongan kayangan yang selalunya hilang bayangan tentang nasib kelas pekerja yang terkesan akibat pandemik. Malangnya, kelas kayangan (elitis) selalunya menjadi pemegang taruh terbesar dalam pembinaan polisi dan dasar negara; disebabkan hal ini dasar-dasar kerajaan sering memberi keuntungan kepada kelas kayangan.
Sekiranya kita melihat semangat yang ditonjolkan oleh rakyat sepanjang pandemik, kita dapati semangat tolong-menolong tanpa mengira bangsa berlaku dengan rancak. Kita menghulurkan bantuan semampunya pada sesiapa yang berada dalam kesusahan tanpa mengira bangsa.
Masyarakat yang hidup dalam kelas yang sama memahami kesukaran yang dihadapi dan mengetahui bentuk bantuan sebenar yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Saya masih ingat sebuah video yang tular beberapa minggu lepas – video rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa cuba menyelamatkan anjing yang tersepit di tepi jalan – walaupun ia bukan contoh terbaik dalam memberi gambaran kesatuan rakyat Ketika pandemik, tapi ia menghantar mesej keharmonian yang kuat.
Sebaliknya apa yang berlaku ketika pandemik ini adalah golongan kayangan yang kurang terkesan akibat pandemik. Bagi golongan kayangan, kesukaran ketika pandemik adalah penurunan keuntungan syarikat; bagi marhaen, kesukaran adalah tidak mendapat bekalan makanan.
Sudah tentu kesukaran ini akan diuruskan dengan cara yang berbeza. Kompaun maksimum RM1,000 yang dikenakan sekiranya melanggar SOP turut memiliki nilai yang berbeza. Bagi kelas kayangan ia umpama duit kopi, bagi kelas pekerja ia adalah perbelanjaan bulanan. Disebabkan hal ini kita melihat ramai golongan kayangan yang sambil lewa dalam pematuhan SOP, lebih-lebih lagi ahli politik yang merasakan diri mereka sudah cukup berkuasa.
Isu rasisme berdasarkan kaum sering dinyanyikan oleh ahli politik kerana ia sentiasa memberi keuntungan kepada kelas kayangan. Apabila kelas pekerja bergaduh sesama mereka, maka kesatuan dalam kalangan pekerja hampir mustahil akan berlaku.
Rakyat dari kelas pekerja harus berganding bahu tanpa mengira bangsa, agama, dan ideologi untuk memastikan golongan kayangan tidak menjadi punca kesusahan mereka. Jika gerakan kesatuan ini dapat dilaksanakan, sudah tentu ia mampu untuk mendesak kerajaan memperkenalkan gaji wajar.
Semangat kita jaga kita harus diteruskan di luar konteks pandemik; ia harus dijadikan cara hidup jika kita mahu Malaysia bergerak lebih jauh ke hadapan.
Mari kita menyemak semula apa yang berlaku pada tahun lepas. Pada Jun-Ogos 2020, rakyat menang melawan Covid-19, hasil daripada usaha keras yang kita lakukan untuk membendung Covid-19. Kemudian apa yang terjadi? Pihak kayangan mengambil keputusan untuk melakukan pilihan raya ketika kes di Sabah meningkat mendadak, dan ada pengecualian SOP berlaku untuk memberi kesenangan kepada ahli politik.
Harga daripada insiden ini kita masih bayar sehingga ke hari ini. Siapa yang menerima kesan terbesar daripada aksi-aksi golongan kayangan ini? Sudah tentu rakyat. Hari ini Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan semula – lihatlah betapa ramai rakyat yang sedang resah kerana kehilangan punca pendapatan.
Menjelang pilihan raya akan datang, saya berharap kita harus berhati-hati dengan ahli politik yang menggunakan ‘rasisme’ sebagai bahan kempen. Kita harus bertanya kepada mereka, siapa sebenarnya yang rasis dan mendiskriminasi? Adakah kami sesama rakyat, atau golongan kayangan yang selalu membebankan golongan pekerja?
Ketika krisis ahli-ahli politik mendapat gaji penuh walaupun mereka adalah punca masalah. Rakyat biasa yang telah menang melawan Covid-19 pula yang perlu membayar harga ketamakan mereka. Marilah kita bersatu dalam semangat ‘kita jaga kita’ untuk menentang kedangkalan kaum elitis.
Rahman Imuda merupakan seorang penulis dan aktivis buruh.
LEBAI...BERHENTI LAH MEMBODEK.
Lebai ni memg menyibuk sungguh. Apahal yang beriya-iya sangat nak Tun
kekal sampai hujung penggal sedangkan Tun pun kata tak boleh tahan dah sebab dah dekat
95 tahun?
Janji Manifesto yang lainnya dituntut oleh lebai kongkiak ni.
Tapi janji PH dan janji Tun pada rakyat ni lebai ajar supaya langgar?? Bukankah
aku selalu dok sebut yang lebai PA$ ni memang syaitonnnn...??
Bukan sahaja Tun yang pernah dikutuk tapi sekarang bodek, Najib pun lebai pernah kipas. Bila DSAI jadi PM kita boleh tengak le puak Lebai ni p melutut mengadap DSAI plak. Tak mustahil masa tu lebai akan peluk DSAI dan kata..."Ini kawan lama ana...enta tahu apa? Ye lah..antum semua hanya pencuci tahik unta.."
Simple jer...PA$ sokong Tun kekal sepenggal sebab nak halang DSAI
jadi PM kononnya sebab nak selamatkan negara? Punya muhong pait..!!
Awat teruk sangat ke DSAI sampai negara perlu diselamatkan dengan
halang dia jadi PM?
Kalau betoi DSAI tu teruk, PA$ dan UMNO patut sokong dia cepat-cepat jadi PM ganti Tun M supaya PH kalah di PRU15. Baru UMPA$ boleh menang dan jadi kerajaan bukan?
So...hakikat sebenar yang UMPA$ nak sangat halang DSAI ialah sebab depa
takut M(B)N - Muafakat (BARISAN) Nasional ditamatkan riwayatnya oleh DSAI yang
bijak meraih sokongan rakyat sebab dia sejak dulu consistent sebagai PEJUANG RAKYAT
MARHAEN.
So berhentilah berlakon Pak Aji berhenti bodek Tun. Tun pun
tahu, saja dia layan, politik Tun ni matang, punya wisdom bukan politik bodo
mcm lebai kongkiak....
- Zus Din
15 Februari 2020
PELINGKUP DULU DULU KINI DILANTIK LAGI?
PERLANTIKAN JAMIL KHIR SEBAGAI PENGERUSI PERHEBAT
Baru-baru ini diumumkan bahawa Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil
Khir bin Baharom (B) telah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal
Bekas Tentera (PERHEBAT).
PERHEBAT diwujudkan bagi menyediakan kursus kemahiran kepada
veteran tentera untuk mereka mendapat pekerjaan selepas perkhidmatan.
Kini kerajaan mengambil keputusan meletak Dato’ Seri Jamil Khir,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebagai Pengerusi PERHEBAT yang baru.
Sewaktu Dato’ Seri Jamil Khir memegang jawatan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab ke atas Lembaga
Tabung Haji, Tabung Haji menghadapi beberapa kesulitan sehingga rizabnya
menjadi negatif dan mendapat teguran Bank Negara pada 2015.
Ini menyebabkan kesukaran Tabung Haji memberikan hibah kepada
pencarum sehingga aset-aset Tabung Haji terpaksa distrukturkan semula.
Kita juga tidak lupa beliau pernah dikaitkan dengan
penyalahgunaan wang untuk anak yatim dan miskin di bawah Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 2015.
Ketika itu, Pengarah National Oversight and Whistleblowers,
Akmal Nasir (kini Ahli Parlimen Johor Bahru) mendedahkan sebanyak RM410,978.56
wang Yayasan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) digunakan untuk rombongan Dato’ Seri
Jamil Khir ke Amerika Syarikat.
Ini termasuk beberapa acara meraikan Menteri seperti golf,
jamuan dan rombongan membeli-belah.
Fungsi PERHEBAT menjadi lebih penting kini dalam kegawatan
ekonomi ekoran wabak Covid-19.
Mengapakah pentadbiran Perikatan Nasional mengambil keputusan
meletak bukan sahaja orang politik, tetapi seorang yang dikaitkan dengan
salahguna wang amal jariah di kedudukan penting ini?
Adakah usaha menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh
lebih penting dari kebajikan veteran-veteran tentera yang ada?
NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA
Daim kata UMNO hanya syok sendiri, tak mampu menang PRU-15
February 15, 2021
Veteran politik Daim Zainuddin melihat Umno tidak mampu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika diadakan sekarang.
Ini, dakwanya memandangkan parti itu tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat di negara ini.
Menurut bekas menteri kewangan itu, Umno kini sarat dengan “warlord” (panglima perang) yang merasakan mereka masih memimpin negara
“Mungkin Umno boleh memperbaiki pencapaiannya berbanding PRU lalu, tetapi apakah ia mampu memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan secara sendiri? Saya fikir tidak,” katanya pada wawancara FMT, terbit hari ini.
Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan era PH berkata Umno seperti tidak belajar dari sejarah, dipercayai merujuk kepada kejatuhan Umno pada PRU14.
Umno juga, kata Daim (gambar, atas) gagal menawarkan kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat.
Daim berkata pemimpin Umno hanya mementingkan untuk menjaga kepentingan diri sendiri.
“Mereka masih bertindak seolah-olah mereka ‘warlord’ yang menguruskan negara,” katanya yang sebelum ini dipecat Umno kerana berkempen untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum PRU14.
Daim turut mengulas tindakan sebilangan pemimpin Umno yang dilaporkan menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional bagi mencetuskan pilihan raya umum.
Ia menyaksikan sebilangan besar pemimpin Umno bahagian menyuarakan gesaan supaya parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.
Menurut Daim, sangkaan Umno silap sekiranya mengandaikan parti mereka yang lebih kuat berbanding parti majoriti Melayu dalam PN – PAS dan Bersatu, untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
“Tetapi pandangan ini berasaskan apa?
“Ia sebenarnya cuma untuk berlagak (posturing), dan (mahu) berlagak, malah berlagak dalam kalangan mereka yang dikatakan sekutu politiknya,” katanya
CAKAP TAK MAU KALAH...DAPAT JADI MB PUN DENGAN KERJASAMA PH...KALAU TIDAK.... BERSATU LUKU KEPALA...
Tanpa Bersatu dan PAS, UMNO Perak mampu menang 34 kerusi
February 15, 2021
Tanpa Bersatu dan Pas, Umno Perak mampu menang 34 kerusi
Pru 14
Walaupun Umno diselubungi macam2 isu besar seperti 1MDB dan GST
Umno masih boleh menang 27 kerusi
Umno kalah tipis 2 kerusi ditangan Pas
DUN Selama, Umno kalah 289 undi
DUN Kubu Gajah, Umno kalah 180 undi
Umno kalah tipis 5 kerusi ditangan PH
Pru 15, jika Umno bergabung dengan Pas
7 kerusi ini kena bagi kepada Pas
Umno tetap 27 kerusi
Jika tidak bergabung dengan Pas
Dalam keadaan tiada isu besar menyelubungi Umno
Umno boleh menang 7 kerusi ini menjadi 34 kerusi
Dah boleh bentuk kerajaan yang kuat
Tak perlu berharap kepada parti-parti lain
Jika bergabung dengan Bersatu
Daripada 27 kerusi, Umno hanya tinggal 24 kerusi
Umno bukan bodo
RINA HARUN PATUT TERAJUI ‘FRONTLINER’, BUKAN JADI ‘FRONT COVER’
Rina Harun patut terajui ‘frontliner’, bukan jadi ‘front cover’
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Masyarakat (KPWKM) Rina Harun sepatutnya menggerakkan kementeriannya menjadi frontliner pada saat rakyat, terutama kaum wanita tertekan menghadapi situasi pandemik Covid 19 dan kejatuhan ekonomi.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, menteri itu lebih berminat menjalani sesi fotografi di pejabat kementeriannya dan menjadikan beliau bahan berita front cover media massa yang tidak menyumbang apa-apa penyelesaian kepada permasalahan kaum wanita.
“Saya berpandangan gambar sensasi tersebut keterlaluan di saat kita berhadapan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kes penderaan kanak-kanak yang meningkat dalam tempoh pandemik.
“Sebagai Kementerian utama yang menangani isu-isu kebajikan rakyat dalam tempoh pandemik, imej KPWKM sepatutnya dilihat sebagai kementerian barisan hadapan (frontliner) dan bukannya menjadi “front cover” yang memaparkan foto-foto sensasi Menteri KPWKM,” katanya.
Bagi Fadhlina, tidak salah sekiranya Rina mahu mempromosikan gaya hidup sihat kerana berjaya merampingkan tubuh badannya dalam usaha melestarikan tauladan kehidupan yang sihat dan sejahtera, terutamanya sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun hal itu, menurutnya tidak perlu dipromosikan secara berlebihan sehingga menghabiskan waktu menjalankan tugas harian di kementerian.
Sebelum ini, kata Fadhlina, Rina juga telah gagal dalam membentangkan draf Rang Undang-undang (RUU) Gangguan Seksual di Parlimen yang memberi perlindungan lebih tegas kepada golongan wanita.
“Saya ingin mengingatkan YB Menteri bahawa kegagalan dan kelambatan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Gangguan Seksual yang sepatutnya berlaku di sesi sidang Parlimen yang lepas telah mengakibatkan rakyat khususnya warga wanita masih terdedah kepada ancaman gangguan seksual tanpa perlindungan di sisi undang-undang,” katanya.
Akibat kegagalan kementerian Rina itu, kata Fadhlina lagi, KEADILAN menghulurkan pertolongan kepada rkayat Malaysia dan menawarkan khidmat nasihat guaman kepada seluruh rakyat khususnya kaum wanita yang menjadi pemandiri gangguan seksual.
“Kami juga komited untuk melaksanakan program-program advoaksi dan pendidikan berkaitan gangguan seksual di seluruh negara khususnya agenda “Komuniti Waspada” dalam usaha memberdaya komuniti dan mempertingkatkan kesedaran awam,” katanya lagi.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian gangguan seksual dilakukan oleh anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di ibu negara.
Terdapat dua kes tular di media sosial. Pakatan Harapan menyalahkan KPWKM kerana kelewatan membentangkan Akta Gangguan Seksual kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus mencegah perbuatan berkenaan.
VAKSINASI COVID: TIGA ISU UTAMA BELUM SELESAI – AKMAL
Vaksinasi Covid: Tiga isu utama belum selesai – Akmal
Oleh: Redzuan RF8 Media
Negara dilaporkan bersiap sedia untuk proses vaksinasi Covid 19 bermula pada Mac tahun ini, namun terdapat beberapa persoalan asas yang masih tidak diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kebimbangan awam.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir, kebimbangan awam atau kemusykilan rakyat perlu diselesaikan segera sekiranya kerajaan mahu hasil yang maksimum daripada program vaksinasi.
Akmal berkata, isu utama yang menghantui fikiran rakyat hari ini adalah sama ada vaksin tersebut selamat atau tidak.
Hal itu, katanya berpunca daripada propaganda pihak anti-vaksin atau maklumat salah yang sampai kepada rakyat tentang pengalaman di negara lain menerusi media sosial.
“Ini mungkin ada unsur-unsur kumpulan tertentu yang mempunyai agenda. Kita tidak boleh ambil mudah isu-isu kesan sampingan, kemudaratan yang berlaku di negara lain mungkin terpencil tetapi ditularkan di sini .
“Apa langkah penyelesaian? Jawapan dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan menguruskan soal imunisasi ini, cara beliau meyakinkan rakyat adalah dengan PM menjadi orang pertama disuntik vaksin. Hakikatnya, di Malaysia ramai yang telah diminta menjadi sukarelawan dalam kajian vaksin, salah seorangnya Adam Loh dari AMK. Dia telah diiktiraf sebagai orang pertama menerima vaksin.
“Soalnya, adakah bila Tan Sri Muhyiddin ambil vaksin kita semua percaya? Jangan main politik. Tidak perlu gimik media. Yang perlu kita lakukan ialah program vaksinasi dan bagaimana bina keyakinan.
“Salah satu kaedah yang kita boleh buat dengan memastikan sebarang masalah yang timbul di kemudian hari dapat dikawal. Di negara lain mereka mempersiapkan tabung (dana khas) kawal kes-kes tidak diingini. Kalau apa pun berlaku kerajaan akan mengambil tanggungjawab.
“Kaedah kedua, saya cadangkan ialah mengambil skim insurans bagi melindungi mereka yang mengalami kes-kes di luar jangka,” katanya dalam siaran di akaun You Tube beliau malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, rakyat masih tidak lupa kerajaan PN mempunyai rekod buruk dan menjadi punca kembalinya wabak Covid ke tengah masyarakat berikutan gagal melaksanakan kuarantin wajib kepada ahli parti yang pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah pada Oktober 2020.
Selain itu, Akmal juga mempertikaikan angka yang diberi oleh Kementerian Kesihatan bahawa sehari maksimum 126,000 rakyat Malaysia akan menerima suntikan.
Katanya, kementerian menyebut terdapat 600 pusat suntikan. Setiap pusat 7 orang bertugas beri suntikan dan mampu memberi 30 suntikan sehari.
“Kita dengar cantik. Tetapi 126,000 ini adakah mampu memenuhi imuniti masyarakat? Pfizer perlukan 2 suntikan, jadi sebulan berapa orang?
“Kita boleh dapat 1.89 juta orang. Kalau dilihat jumlah populasi negara, dicampur warga asing lebih kurang 35 juta. Di Singapura mereka menjangkakan selesai vaksinasi hujung tahun ini.
“Di Malaysia jika guna anggaran tadi paling cepat kita boleh lakukan dalam 18 bulan. Sekarang bulan Februari, hujung bulan barisan hadapan kemudian yang berisiko tinggi. Untuk rakyat biasa bila pula? Sekitar Ogos, dan mahu capai 100% maksudnya 18 bulan dari tarikh itu?” katanya.
Akmal menasihatkan kerajaan agar tidak menjadi hero dalam hal vaksin. semua pihak perlu dirundingi dan diambil pendapat agar rakyat tidak dipersalahkan sekali lagi jika pelan vaksinasi itu terlewat atau tertangguh.
“Angka yang diberikan kerajaan sangat idealistik. Saya risau bila sistem ini terlalu diikat dengan pelaksanaan badan induk, proses akan lewat jika berlaku masalah.
“Kita tidak boleh pusatkan, jangan terlalu kawal di satu pihak. Kita ada badan yang meluluskan, saya rasa proses ini perlu dipercepat dan diperluaskan. Cari jalan memudahkan proses vaksinani,” katanya.
Akmal juga mengingatkan kerajaan suoaya memulakan segera kempen vaksinasi. Katanya, tempoh pengambilan vaksin semakin hampir tetapi masih banyak rakyat yang belum diyakinkan.
“Proses kempen perlu diperhebatkan, bukan hanya mengambil agamawan tetapi juga melibatkan pemikiran masyarakat. Perlu diwar-warkan pengambilan vaksin ini demi menyematkan jiran atau keluarga kita,” katanya lagi.