WAH TAK SEMPAT HABIS PKP ..PN TERIMA GERAKAN....HADI YIADA BANTAHAN?


Hamdan Taha


Tahniah kepada Pakatan Nasional dan Pas kerana menerima kemasukan Gerakan di dalam PN


Ikut kenyataan PM darurat sehingga bulan ogos ni mengurangkan politik dan tumpukan masalah covid 19


Tapi ini masa PKP dan Darurat ni lah pula terima kemasukan Gerakan...tunggu lah lepas PKP berapa hari la sangat lagi pun pru lambat lagi...


Saya pun nak tanya Pas apa beza Gerakan dengan Dap. Apakah Gerakan pernah menerima Hudud dan Ruu 355 Pas yang boleh melayakkan Gerakan di terima masuk PN ....setahu saya dari segi kenyataan menentang hukum islam ini tak terdapat perbezaan antara dua parti tersebut...


Jika PN ada Gerakan dan BN ada Mca dan PH pula ada Dap. Kerusi kerusi yang mejoriti cina apakah akan ada tiga penjuru. BN - PN - PH dan saya kira Dato Hamzah sedang mencari parti india untuk di bawa masuk PN....IPF...PPP...MAKATSAKTI ada lagi yang akan di bawa masuk....


Tahniah Muhyuddin dan Haji Hadi.



Kerajaan bantah permohonan rayuan cabar penggantungan Parlimen

 

(Dari kiri) Salahuddin Ayub, Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari mencabar penggantungan Parlimen bawah darurat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak permohonan untuk semakan kehakiman difailkan tiga Ahli Parlimen yang mencabar penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendapat bahawa Artikel 150 (6) dan (8) Perlembagaan berada di luar bidang kuasa mahkamah ke atas perkara-perkara tersebut menyebabkan kebenaran tidak boleh diberikan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Salahuddin Ayub, Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa ambang permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman adalah rendah ketika ini.

“Selanjutnya, kebenaran untuk memulakan proses semakan kehakiman tidak boleh ditolak berdasarkan klausa penyingkiran.

“Akses ke mahkamah tidak boleh dinafikan kepada pemohon yang membabitkan masalah kepentingan umum, dan kesahihan klausa pengusiran adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah,” kata pernyataan yang dikeluarkan oleh peguam.

Perbicaraan maya di hadapan Ahmad Kamal Md Shahid diadakan hari ini dan hakim dijangka menyampaikan keputusannya pada 11 Mac.

Peguam Gurdial Singh Nijar, Christopher Leong dan Abdullah Abdul Rahman mewakili Salahuddin (Ahli Parlimen Pulai), Johari (Ahli Parlimen Sungai Petani) dan Aziz (ADUN Tebing Tinggi di Perak).

Peguam kerajaan yang hadir mewakili AGC adalah Suzana Atan, S Narkunavathy, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Mazlifah Ayob.

Peguam Steven Thiru, Abdul Rashid Ismail, Gregory Das dan Azreen Rastom mengadakan taklimat menonton untuk Majlis Peguam Malaysia.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu mencabar Perlembagaan Seksyen 11, 14 dan 15 Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 11 Jan.

Mereka mendakwa bahawa ia tidak berperlembagaan, bertentangan dengan aturan undang-undang, serta tidak perlu dan tidak wajar untuk menangguhkan dan mengenepikan fungsi Parlimen dan dewan undangan negeri secara efektif.

Bantahan sama turut difailkan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dijadualkan di Mahkamah Tinggi bulan ini dan pada Mac.

Antara yang mengemukakan bantahan itu adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, bekas pemimpin PPBM, Khairuddin Abu Hassan dan kumpulan NGO.



RAKYAT TETAP KENANG TOK GURU...YANG RAKYAT TAK FAHAM ANAK TOK GURU.....

 

ARIFF KADIR AL KATAMI


Ooooouukkk aloh laa demo. Ayah dah lama meninggal pun dok kena jual lagi dek anak. Perangai anak derhaka sungguh laaa. Bakpo dok jaja lagi tu? Buat aje laa program tanpa melibatkan arwah ayah. Nik Omar tak de lak buat kelaku mcm ni. Padahal tu ayah dia jugak.

May be an image of 5 people, people sitting and text that says "Nik Mohamad Abduh 16h Bersama esok malam insya Allah.. 1931-2015 2015 DALAM 1150 2021 KENANGAN 8.00 pm Forum 'Perjuangan Almarhum: Suatu Sorotan Dari Kaca Mata Ahli Keluarga' Ustaz NikAbduh Ustaz Nik-Zawawi Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ustazahmaddusuki LIVE Streaming Almarhum TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Murobbi Sepanjang Zaman Moderator: Haji Ahmad Fadzli Yusof, Nrane NLP Trainer Ustaz Ahmad Dusuki *Anjuran matanevent"

HANYA PENULIS YANG FAHAM APA YANG DITULIS

 

TLDR, sebenarnya sudah terciduk kan? Mengaku ajelah.


May be an image of 1 person and text


MOHD MUKHLIS


Cerita panjangnya membuktikan firman Allah yang menyempurnakan perjanjian itu wajib. Tapi SSST buruk sangka, suruh OT mungkir janji, tuduh orang yang ada nama dalam perjanjian sebagai rakus. Lepas itu SSST boleh pula sertu pengkhianatan; tidak amanah pada ilmu, kata Allah akan bagi rahmat pada kerajaan pengkhianat macam serba tahu masa hadapan.

Sedangkan yang ambil buah tamar yang bukan hak dia pun, amal dan doa di tolak, inikan lagi berkhianat sampai satu negara susah, sebab dia tidak Qawwi dan Amin!

Jangan mudah berlepas diri wahai SSST. Ini semua hasil dari tangan dan fatwa anda. Jangan lupa siapa yang samakan Aqidah pegawai menteri yang muslim dengan aqidah Lim Kit Siang; hanya sebab benci yang melampau. Allah hanya tunjuk sedikit sahaja di dunia, di akhirat nanti masih ada bahagian lagi.

Sebagai permulaan; cuba ulang sikit aje apa yang enta kata kat Kerajaan dulu. Nak tanya Islam terancam atau tidak di bawah PN? Atau masih lagi bincang secara ilmiah?





UMNO NAK TUNGGU APA LAGI, KEMASUKAN GERAKAN KE DALAM PN BUKTI DARURAT INI BERMOTIF POLITIK


 Tanpa memgambil kira PKP atau darurat dan di sebalik omongan dirinya tidak berpolitik dan hanya ingin menumpukan kepada usaha melawan Covid19, Muhyiddin Yassin sekali lagi membuktikan bermain politik dan keinginan mengekalkan kuasa memang menjadi keutamaannya.

Jika dalam tempoh PKP sebelum ini, beliau mengambil kesempatan mengukuhkan penguasaannya dalam Bersatu dengan memecat semua penentangnya, termasuk Tun Mahathir Mohamad, kini beliau membawa masuk Gerakan pula menyertai PN.

Kemasukan Gerakan ini dilakukan ketika dalam tempoh PKP 2.0 dan darurat dilaksanakan yang konon ia terpaksa dilakukan bertujuan memastikan keberkesanan usaha kerajaan menangani Covid19.

Sementara tiada sebarang usaha yang nampak berkesan dilakukan dalam tempoh darurat ini untuk memerangi Covid19, yang terbukti dilakukan Muhyiddin akhirnya ialah membawa masuk Gerakan menyertai PN di ketika semua pihak lain diserunya memberi tumpuan memerangi wabak penyakit tersebut.

Dengan kemasukan Gerakan ini, PN sekarang dianggotai lima parti – Bersatu, Pas, Star, Sapp dan Gerakan.

Maka, sahih dan terbuktilah sekarang darurat yang dicadangkan Muhyiddin untuk mendapat perkenaan Agong, selain ketika itu keabsahan dan majoritinya kian menghilang, ia hanya untuk menangani darurat politik dalam dirinya.

Berbeza dengan UMNO, bukan anggota PN tetapi bersama menubuhkan kerajaan PN, di sebalik gembar-gembur meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu serta ingin keluar daripadankerajaan, tetapi bertindak macam siput dengan menangguh-nangguhkan keputusan yang mahu dibuat.

Disebabkan memberi tempoh untuk memuktamadkan usul putus hubungan tersebut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang sepatutnya 31 Januari lalu, semuanya jadi tersekat kerana dipintas dengan Muhyiddin lebih dulu mendapat perkenan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Untuk itu, tiada ketahuan bila tarikh sebenar Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan selepas ini.

Lebih daripada itu, tindakan Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan juga dibuat secara berdikit-dikit seolah-olah selain Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz, semua yang lain adalah mereka yang lebih sayangkan jawatan berbanding perjuangan.

Kalau benar sayangkan perjuangan UMNO dan sedar Bersatu ingin membunuh UMNO, mengapa mesti bertangguh-tangguh lagi?

Masuknya Gerakan ke dalam PN ini memperlihatkan Muhyiddin sentiasa memperkemas dan menguatkan kedudukannya untuk menghadapi PRU15 akan datang dan dengan perlahan-lahan cuba mengenepikan UMNO serta BN.

Malah, berbanding BN yang ada empat parti – UMNO, MCA, MIC dan PBRS – PN kini sudah jadi lebih besar lagi kerana memiliki lima parti di dalamnya.

Jika sebelum ini, Muhyiddin mencuri Pas yang sudah bertunang dengan UMNO melalui Muafakat Nasional untuk menjadi anggota sah PN, kini janda BN pula dijadikan milik terbaru PN.

Tidakkah semua ini sebenarnya suatu penghinaan kepada UMNO dan BN?

Terbaru, berdasarkan keterangan di mahkamah semalam yang membuktikan UMNO ada memiliki akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik, ia mungkin bakal menjadi alasan terbaik untuk pihak kerajaan mengisytiharkan parti itu sebagai tidak sah serta haram.

Selepas ini, kita tidak tahu lagi apa gerakan Muhyiddin seterusnya, tetapi yang pasti beliau tidak akan berdiam diri bersama Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin untuk terus merancang sesuatu demi masa depan mereka.

Jika UMNO, khususnya Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti itu kekal leka dan terkemut-kemut dalam bertindak, impian UMNO untuk kembali berkuasa, berdasarkan gerakan politik yang dilakukan Muhyiddin sekarang ini, semua itu bolehlah dianggap hanya tinggal angan-angan saja.

Terlihat semua yang dilakukan Muhyiddin secara perlahan-lahan dan satu demi satu ini seperti sudah ada skrip yang memang disiapkan lebih awal lagi.

Masihkah UMNO mahu terhegeh-hegeh lagi bertindak meninggalkan kerajaan PN atau memang sudah takdirnya UMNO akan kena telan dengan Bersatu?


 (Shahbudindotcom 11/02/2012)







Gempar! Ada pemimpin Bersatu nak haramkan UMNO?

 

Gempar! Ada pemimpin Bersatu nak haramkan UMNO?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan terdapat usaha untuk mengharamkan UMNO.

Ia susulan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman yang mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat akaun rahsia UMNO.

“Kalau betul kenyataannya, nampaknya seperti ada pemimpin Bersatu nak UMNO diharamkan. Atas isu ada akaun tak betul sejak tahun 1988. Sejak Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) jadi Presiden UMNO lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.Tambah beliau, usaha itu dilihat akan menyulitkan pemimpin dari UMNO yang sedang kuat mempertahan Bersatu.

“Kawan-kawan dari UMNO yang sedang kuat mempertahankan Bersatu adalah sahabat yang wajib didokong. Atau hanya bersahabat waktu diperlukan? Bajet pun dah lulus. Manis pun dah habis…,” katanya.

Dalam kenyataannya, Dr Muhammad Faiz menyifatkan pendedahan bahawa UMNO mempunyai akaun bank rahsia, tidak disahkan dan tidak rasmi yang aktif sejak 1988 sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahlinya.Katanya, jika terbukti akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit) mempunyai berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan UMNO, ia merupakan pelanggaran serius di bawah peraturan RoS.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di Facebooknya berkata, akaun bank rahsia yang dilaporkan adalah merujuk kepada akaun bank tahun 1988 ketika UMNO baru ditubuhkan.

“Berita semalam sebenarnya merujuk kepada akaun bank tahun 1988 masa UMNO baru ditubuhkan semasa aset-aset UMNO lama yang sengaja diharamkan dipindah kepada UMNO baru.

“Jadi, orang yang paling sesuai menjawab isu ini adalah presiden serta bendahari UMNO masa itu. Korang (anda) kenal siapa mereka?”katanya. – SH

Persekitaran menteri selamat, jadi yang positif Covid-19 sebelum ni menteri mana?

 

Persekitaran menteri selamat, jadi yang positif Covid-19 sebelum ni menteri mana?


PERSEKITARAN MENTERI SELAMAT..JADI YANG POSITIF COVID-19 SEBELUM INI MENTERI MANA ?

Aku suka bila Dr Dzul respon terhadap kuarantin 3 Hari khas kepada Menteri mengikut Seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, apakah fakta Sains disebalik tindakan tersebut Menteri diberikan keistimewaan..

Antara jawapan paling Popular penyokong hatta cerdik pandai dalam Kerajaan, Persekitaran, Kawalan kepada menteri berbeza dengan orang awam.. Jika itu fakta dan alasanya.. Bagaimana pula rekod sebelum ini Menteri2 yang didapati positif Covid-19 ? Hatta Menteri Agama yang melawat Sabah dalam PRN atas urusan Rasmi tetap dijangkiti Covid-19..

dimana kawalannya ? Dimana persekitaran Selamat ? Hatta Menteri Keselamatan Dalam Negeri KDN jua dijangkiti Covid1-9..Jika ikut persekitaran selamat..Bagunan Menteri Putrajayalah sepatutnya tempat paling selamat..Tetapi Pejabat Putrajaya itu juga terdedah kepada Resiko…

Tidak ada beza resiko Covid-19 itu kepada Menteri atau orang awam.. Sama.. hatta dia seorang Ulama’..Mantan Mufti pun tak kebal dari wabak Covid-19.. Jika alasan Menteri hadapi SOP dan persekitaran berbeza ketika lawatan rasmi itu hanya alasan..yang mereka kebal adalah dari sudut hukuman dan tindakan dari pihak berkuasa..Itu jelas mereka jauh lebih kebal dari rakyat Marhaen..

Kadang aku heran dengan Penasihat Kesihatan ni hatta Ketua Pengarah Kesihatan sendiri.. Sudah sudah lah mempertahankan Kerajaan yang benar benar gagal.. Bukan saja Menteri sendiri agal patuhi SOP..tetapi gagal menguruskan Ekonomi dan Pendemik.. 🙂


Panas! Keluarga Allahyarham Adib kecewa dengan kerajaan PN.Janji taik minyak pimpinan tebuk atap tidak dipercayai

 May be an image of 10 people and text that says "GAGASANTIĞA DRMA Keadilan Adib 2021 malayslakini Ayah Adib kecewa, dakwa polis sambil lewa dalam siasatan Subang tersebut ewadi menganggap NKERAMAT AYULAM ahlam dimaldumkan. ambil PAS WANTA UMNO CARI SEGERA PEMBUNUH ADIB TOMMY HOMAS TEG ALLAH KEADILAN ADAP AM ADIB 'HERET' PEMBUNUH ADIB SEGERA DATO' NORAINI AHMAD 2019 Harakah PEMBUNUH ADIB DIBURU Indakakanterlepas PDRM-AG amb selanjutnya 2019 Kemana perginya semua Pejuang ADIB? Dah jadi Ayah ADIB sendirian mencari Keraiaan tiba2 kancing gigi keadilan untuk arwah anaknya"



Panas! Keluarga Allahyarham Adib kecewa dengan kerajaan PN

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes kematian anaknya yang meninggal dunia semasa bertugas di lokasi rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dua tahun lepas.

Menurut Mohd Kassim, kelewatan kes tersebut memperlihatkan pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap ia bukan masalah kepada negara.

“Kami masih lagi menunggu tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa. Kami pun dah selalu minta kerajaan percepatkan proses siasatan dan tangkapan. Sebab perkara ini dah lama sangat, keputusan mahkamah sebelum ini pun dah dimaklumkan. Tapi pihak berkuasa masih tidak ambil tindakan lagi.

“Kami selalu minta pihak berkenaan percepatkan buat siasatan, buat tangkapan untuk mencari kebenaran kematian anak kami.

“Kami sekeluarga rasa cukup kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan, seolah-olah sambil lewa, seolah-olah ia bukan masalah bagi kerajaan,” katanya

Mohd Kassim berkata demikian ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini bagi mengulas kelewatan hasil siasatan polis berhubung kematian anggota bomba itu.

Disember lalu, kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi keadilan buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata setakat ini pihak Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini di peringkat akhir, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

 

Malah, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga kini masih tiada tindakan lanjut dibuat oleh pihak kerajaan.

‘Kenapa perlu ambil masa lama?’

Mengulas perkara itu, Mohd Kassim berkata dia musykil kenapa kerajaan perlu mengambil masa terlalu lama dalam mengambil tindakan.

Sedangkan, kata Mohd Kassim, Mahkamah Koroner sebelum ini telah memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah.

“Saya pun musykil kenapa kerajaan lewat mengambil tindakan, sebab apa kerajaan ambil masa begitu lama, sedangkan keputusan prosiding inkues sebelum ini pun dah putuskan arwah meninggal dan mereka juga telah serahkan kepada pihak berkuasa untuk terus membuat tangkapan.

“Tapi, sampai sekarang pun tidak ada apa apa perkembangan dan kita pun tak tahulah macam mana,” keluhnya.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Mohd Kassim berkata pihaknya masih lagi meletakkan harapan yang tinggi untuk pihak berkuasa menyelesaikan kes itu.

Namun katanya, dia berharap tiada lagi suara suara yang menyatakan akan membuat siasatan sebab-sebab kematian Muhammad Adib.

“Kita minta tiada lagi. Sebab apa? Sebab mahkamah dah putuskan sebab-sebab kematian itu, apa lagi sebab untuk buat siasatan berhubung kematian arwah.

“Saya harap itu tak adalah. Sekarang ini kerajaan hanya perlu buat tangkapan dan dakwa pihak pihak yang terlibat.

“Dan buat masa ini kami ambil langkah tunggu dan lihat. Tapi kalau keadaan berterusan kita akan teruskan langkah seterusnya,” tambahnya.

 

Rasa kecewa itu turut dikongsi peguam Aidil Khalid, yang mewakili Mohd Kassim.

Menurut Aidil, ini kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan bahawa polis tidak bersungguh-sungguh mahu menyiasat kes kematian anggota bomba tersebut.

Malah katanya, polis masih menjaja cerita bahawa kononnya tidak ada saksi yang nampak Muhammad Adib dipukul.

“Bila pihak yang sepatutnya menyiasat, mengatakan ingin menyiasat semula, tetapi dalam masa sama tidak menunjukkan kesungguhan itu, maka harapan untuk mendapat penyelesaian semakin malap.

“Di bawah undang-undang jenayah, hanya kerana tiada orang nampak, bukan bermaksud jenayah itu tidak dilakukan,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengambil contoh kes pembunuhan Sosilawati Lawiya beberapa tahun lepas, Aidil berkata dalam kes itu, bukan sahaja tiada ada saksi yang nampak bahawa jutawan kosmetik itu dibunuh, bahkan mayatnya juga sehingga kini tidak ditemukan.

“Tetapi polis dalam kes itu menyiasat bukti-bukti sampingan (circumstantial evidence atau keterangan mengikut keadaan) dan akhirnya pelakunya berjaya didakwa dan disabitkan,” katanya.

Jelas Aidil, jika dibaca alasan penghakiman Mahkamah Koroner setebal 52 halaman, hakim sudah jelaskan dengan panjang lebar bahawa walaupun tiada saksi yang nempak secara terus Muhammad Adib dibunuh, namun bukti-bukti ‘circumstantial’ terlalu banyak untuk merumuskan bahawa dia sememangnya telah dibunuh.

“Dalam hiruk-pikuk rusuhan di Kuil tersebut, tiga orang saksi nampak seseorang dikerumuni, sambil disepak-terajang. Salah seorang daripadanya kata, apabila dia datang dekat, dia nampak dengan mata kepala bahawa orang yang dikerumuni itu adalah arwah Adib (walaupun dia tidak nampak kejadian ketika mana Adib dipukul).

“Ini juga disokong dengan keterangan daripada saksi pakar Patologi, Prof Shaharum, yang membuat kajian forensik, bahawa memang jelas ada kesan Adib ditarik keluar dari van, diseret, dan kemudian dipukul,” katanya.

Tambah Aidil, ia juga disokong dengan rakaman video yang menunjukkan para perusuh menyerang kenderaan bomba.

“Juga disokong lagi oleh keterangan ketua Balai Bomba Subang Jaya dan pegawai Institut Jantung Negara (IJN) yang mengesahkan bahawa ketika dia melawat Adib di IJN, Adib ada memaklumkan kepadanya bahawa dia ditarik dan dipukul.

“Kesemua bukti-bukti ini, walaupun bukan bukti ‘ada orang nampak’, tetapi adalah bukti-bukti ‘circumstantial‘ yang sangat kukuh,” tegasnya.

 

Bagaimanapun, tegas Aidil dia bukannya magu mempersoalkan kenapa polis tidak lagi menjumpai pembunuh Muhammad Adib.

Namun katanya, alasan yang diberikan oleh pihak polis melalui kenyataan-kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menunjukkan pihaknya tiada kesungguhan dalam mencari keadilan untuk Muhammad Adib.

“PDRM perlu terus menyiasat dan kalau tak jumpa, terus lagi menyiasat dan mencari siapakah pembunuhnya.

“Tetapi jangan sesekali nafikan dan ubah jalan cerita, seolah-olah Adib tidak dibunuh hanya semata-mata untuk menutup kegagalan pihak polis mencari pembunuhnya.

“Tidak semua kes jenayah akan berjaya diselesaikan. Jika tidak berjaya cari pembunuhnya, maka kes ini perlu terus jadi kes yang tidak diselesaikan, tetapi jangan nafikan hakikat bahawa arwah mati dibunuh. Ini yang kita bantah,” tambahnya.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.. 





AKIBAT TAKUT..UGUT AKHBAR JANGAN SIARKAN TOKOH TERTENTU.ADAKAH PN LEBIH TERUK DARI BN...?

 

ATUL ZBN


May be an image of 1 person and text that says "Ketua Kumpulan Karangkraf Hussamuddin Yaacob berkata pegawai berkenaan mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika media memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka. Translate Tweet பRட Ada pegawai menteri berotak bingai, kata bos Karangkraf malaysiakini.com"


Pabila nafsu menguasai akal....minda akan nakal selari difikirkan....perbuatan serta kelaku selalu dihalalkan.....rebah dan rugi siapa mahu peduli.....yg penting matlamat politik aku jgn siapa berani hentikan.....

Membaca itu menjadikan akal,minda,pemikiran menjadi seiringan jika dibaca sesuai penulisan...

"Perangai pegawai Menteri berotak bingai..."

ADAKAH PN LEBIH TERUK DARI BN...?

Sebenarnya saya terkejut dgn statement pemilik Karangkraf, Dato Dr Hussamuddin di tweetnya. Terkejut kerana beliau tidak pernah menzahirkan perkara sebegitu sejak mengenalinya 28 tahun dahulu.

Bekas majikan ini setahu saya beliau tidak berminat campurtangan urusan politik. Baginya yg penting perniagaannya maju. Siapa jadi kerajaan baginya tidak penting asal boleh membawa ekonomi dgn baik utk ahli perniagaan sepertinya.

Saya menjadi saksi sebenarnya fokus syarikat ini apa sahaja yg boleh dijual mendatangkan keuntungan itulah yg dijual. Produk2 yg ingin dihasilkan mestilah mempunyai demand dari masyarakat.

Contoh Eksklusif dahulu pernah terjual hampir 500 ribu naskah seminggu. Ketika itu kemuncak Reformasi 1998. Media sosial seperti FB, Tweet masih belum ada. Jadi akhbar seperti Eksklusif dan Harakah sgt2 dinantikan rakyat Malaysia.

Sebagai ahli perniagaan beliau sgt bijak mengambil kesempatan utk mengeluarkan akhbar mingguan tersebut. Apa sahaja cerita Anwar Ibrahim sebagai Lead story ( muka depan ) return hanya 2-3% sahaja. Tapi jika meletakkan cerita mengenai Mahathir ( ketika itu PM ) atau pemimpin kerajaan ketika itu pastinya return banyak. Lalu Eksklusif dulu juga sering ditegur mengenai perkara tersebut oleh KDN agar berita mesti lebih seimbang.

Bila mengetahui beliau tidak berminat dgn politik, aktiviti politik saya ketika bertugas dulu saya byk sembunyikan. Saya hanya merujuk kpd Datuk Fikri utk kami berbual mengenai politik semasa.

Akhbar Sinar Harian pernah dituduh akhbar pro pembangkang. Pelik bagaimana anggapan tersebut boleh berlaku. Sebaliknya jika beberapa lead dari pemimpin2 kerajaan... ia dianggap pula akhbar pro kerajaan atau sudah dibeli kerajaan oleh pembangkang ketika ituDescription: 😂

Penerbitan awal Sinar Harian 4 peneraju Editorial yg awal adalah Allahyarham Datuk Hj Fikri Yaakob (Penasihat Editorial), Allahyarham Datuk Jalil Ali (Ketua Pengarang), Allahyarham Jalil Yusop (Pengarang Berita) dan saya sendiri (Pengarang Rencana).

Tidak pernah kami berempat meeting di pejabat Sinar Harian di Pengkalan Chepa... akhbar ini utk siapa mana2 parti .Malah Datuk Hj Fikri mencadangkan akhbar ini berkonsepkan akhbar negeri dan daerah (komuniti).

Menurut beliau konsep ini sgt berjaya di negara Jepun. Oleh kerana akhbar ini diterbitkan awal di Kelantan dan Terengganu, fokus kami fokus isu2 tempatan. Akhirnya konsep akhbar komuniti ini berjaya apabila dlm tempoh 3 minggu ia telah mengatasi jualan Harian Metro, akhbar terlaris di Kelantan ketika itu.

Apabila bekas bos saya ini begitu berani menulis di Tweet menzahirkan ketidakpuasan hatinya pasti ada sesuatu yg membuat beliau benar2 marah. Sebab sebagai ahli perniagaan saya melihat beliau sejak dulu akn mesra dgn goverment of the day.

Utusan Malaysia adalah akhbar pertama di Malaysia ketika kerjaaan bertukar. Kenapa ia terjadi? Kerana akhbar tersebut dilihat seolah olah terikat dgn kerajaan memerintah. Apabila media sosial menguasai media dan minda rakyat... akhirnya akhbar itu yg pertama ditutup kerana ia dilihat sebagai akhbar pengampu kerajaan.

Media mesti bebas... Rakyat berjuang utk kebebasan. Jika kita dikongkong hanya mesti mengikuti pemerintah apa bezanya negara kita dgn junta Junta Tentera Myanmar.

Akhir kata saya sgt simpati dgn bekas majikan saya. Ia adalah peristiwa hitam media negara yg seolah ingin dikawal dgn pelbagai ugutan. Benarlah apa dikata... PM kita lihat perangai pegawai2 mereka itu yg mungkin lebih sudu dari kuah.

Credit utk bro

Norman Radzuan

.....

Lepas baca dan faham gua mesti copy....

 

ZAHID DAN NAJIB YANG KINI SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI.UMNO MENUNGGU REBAH KERANA PIMPINAN LEMAH DAN RASUAH....

 

 

NORAN RADZUAN


PRESIDEN & X PRESIDEN MENGHITUNG HARI

 Image result for NAJIB ZAHID

Tiada lagi suara-suara  samada dari pemimpin, pemuda dan Cybertrooper UMNO mempertahankan Najib mahu Zahid yg menjadi Presiden UMNO ketika ini. Malah ada Exco Pemuda sibuk membela TS Muhyiddin yang teruk dikritik netizen tetapi bukan Presidennya sendiri.

 

Seperti kita maklum UMNO sedang dalam proses 'dihijack'. Sebelum kita melihat pergi jauh... lihat sahaja ketika ini kerajaan PN telah pun menghijack 'logo BN'. Seolah olah ada cubaan mengelirukan pengundi BN.

 

Dari tahun lepas saya meramalkan UMNO akan dihijack dengan pelbagai cara sebagai pra syarat utk kerajaan PN meminta Agong utk membubarkan Parlimen. Selagi belum terjadi selagi itulah jangan bermimpi Parlimen akn dibubarkan.

Siapa sangka Najid dan Zahid yg dulu dipandang hebat dan digeruni sebagai orang nombor satu dan dua negara kini seolah olah tidak dipedulikan. Yang menyedihkan di kalangan pimpinan tinggi UMNO yang berada di dlam kabinet Muhyiddin sendiri seolah olah tidak bersama Presiden. Arahan Presiden seperti tidak diambil peduli oleh pimpinan.

 

Suara pemuda yang dulu gagah perkasa kini kelihatan sepi membela Presiden mereka. Kejadian ini boleh la diangap buat pertama kalinya berlaku dlm sejarah UMNO.

 

Begitulah kehidupan.. apabila kita meraih kesetiaan dengan memberi rasuah jawatan dan projek.. apabila kita hilang kuasa maka hilanglah kesetiaan. Mana kawan-kawan  dulu? Mana anak-anak  muda yang sanggup mati hidup bersama Presiden?

 

Hilang kuasa hilanglah kawan, saudara dan pengikut. Selama hari ini mereka mendapat kawan atau pengikut yg hanya mahukan pangkat, kuasa dan RM sahaja...dunia tipu-tipu.

 

Andaikata Najib dan Zahid didapati bersalah dan disumbat ke dlm penjara... maka berakhirlah kisah dua lelaki paling berkuasa di negara ini. Ambil iktibar dari kisah ini...

 

Ahli parlimen desak Menteri Kesihatan tarik balik ketetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri

 

Ahli parlimen desak Menteri Kesihatan tarik balik ketetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri


Sekumpulan 34 ahli parlimen pembangkang bergabung mendesak kerajaan dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik balik tetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri yang pulang dari luar negara.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata mengatakan menteri seharusnya memberi teladan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak menjadi punca kepada kluster baru apabila berjumpa dengan rakyat tanpa mematuhi SOP.

“Kami juga menyeru kabinet PN mengadakan perbincangan segera dengan teliti dan mendalam dalam isu kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, dan membuat keputusan yang adil dan sama-rata kepada semua pihak mengikut data saintifik, dan bukan untuk memudahkan gaya hidup Menteri.

“Wabak Covid-19 adalah soal hidup atau mati yang perlu ditangani dengan serius,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu juga menyorot bahawa peraturan terbaru itu menimbulkan kritikan serius daripada pelbagai pihak termasuk pakar penyakit berjangkit.

Antara nama yang disenaraikan dalam kenyataan itu ialah Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, pengasas bersama Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Dua hari yang lalu, Adham mengeluarkan perintah yang membolehkannya melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada tiga hari.

Adham mengatakan peraturan itu mungkin akan diluaskan kepada ahli perniagaan dan orang awam pada masa akan datang.

Dia mempertahankan keputusan itu dengan berkata tempoh kuarantin 10 hari telah menghalang para pelabur untuk berkunjung ke negara ini, sehingga menjejaskan ekonomi.

“Ini bukan mengenai sains sepenuhnya. Ini mengenai bagaimana kita mengatur siapa yang akan pergi ke luar negeri.

“Di luar negeri mereka tidak harus kuarantin, tetapi ketika pulang (ke tanah air) mereka harus kuarantin. Ini tidak adil,” kata menteri kesihatan itu.

Senarai lengkap 34 ahli parlimen yang disenaraikan dalam kenyataan besama itu adalah seperti berikut:

1. Darell Leiking (Penampang)
2. Syed Saddiq (Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Bakri)
6. Baru Bian (Selangau)
7. Rozman Isli (Labuan)
8. Salahuddin Ayub (Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub)
15. Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Kluang)
17. Teresa Kok (Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (Batu)
22. M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (Stampin)
24. Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh)
25. Chan Foong Hin (Kota Kinabalu)
26. Steven Choong (Tebrau)
27. Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
28. Chan Ming Kai (Alor Setar)
29. Dr Azman Ismail (Kuala Kedah)
30. Thomas Su (Kampar)
31. Alice Lau (Lanang)
32. Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
33. Christina Liew (Tawau)
34. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Merbok)