PRESIDEN & X PRESIDEN MENGHITUNG HARI
Tiada lagi suara-suara samada dari pemimpin, pemuda dan Cybertrooper
UMNO mempertahankan Najib mahu Zahid yg menjadi Presiden UMNO ketika ini. Malah
ada Exco Pemuda sibuk membela TS Muhyiddin yang teruk dikritik netizen tetapi
bukan Presidennya sendiri.
Seperti kita maklum UMNO sedang dalam proses 'dihijack'. Sebelum
kita melihat pergi jauh... lihat sahaja ketika ini kerajaan PN telah pun
menghijack 'logo BN'. Seolah olah ada cubaan mengelirukan pengundi BN.
Dari tahun lepas saya meramalkan UMNO akan dihijack dengan
pelbagai cara sebagai pra syarat utk kerajaan PN meminta Agong utk membubarkan
Parlimen. Selagi belum terjadi selagi itulah jangan bermimpi Parlimen akn
dibubarkan.
Siapa sangka Najid dan Zahid yg dulu dipandang hebat dan
digeruni sebagai orang nombor satu dan dua negara kini seolah olah tidak
dipedulikan. Yang menyedihkan di kalangan pimpinan tinggi UMNO yang berada di
dlam kabinet Muhyiddin sendiri seolah olah tidak bersama Presiden. Arahan
Presiden seperti tidak diambil peduli oleh pimpinan.
Suara pemuda yang dulu gagah perkasa kini kelihatan sepi membela
Presiden mereka. Kejadian ini boleh la diangap buat pertama kalinya berlaku dlm
sejarah UMNO.
Begitulah kehidupan.. apabila kita meraih kesetiaan dengan
memberi rasuah jawatan dan projek.. apabila kita hilang kuasa maka hilanglah
kesetiaan. Mana kawan-kawan dulu? Mana
anak-anak muda yang sanggup mati hidup
bersama Presiden?
Hilang kuasa hilanglah kawan, saudara dan pengikut. Selama hari
ini mereka mendapat kawan atau pengikut yg hanya mahukan pangkat, kuasa dan RM
sahaja...dunia tipu-tipu.
Andaikata Najib dan Zahid didapati bersalah dan disumbat ke dlm
penjara... maka berakhirlah kisah dua lelaki paling berkuasa di negara ini.
Ambil iktibar dari kisah ini...