TERDEDAH! BAGAIMANA MUHYIDDIN BANTU MENANTU DALAM SKANDAL RM1 BILLION?
Buletin SEDAR, 1 Februari.
Skandal RM 1.159 BIllion, Muhyiddin Yassin perlu jawab 4 soalan ini.
Saksikan, laporannya.
LAGI ANGKARA "TRUST DEFICIT" : HANCUR PELABURAN ASING DI MALAYSIA?
Sebelum ini Sony Corp cabut. Kini satu lagi gergasi pembuatan
Jepun angkat kaki. Kali ni Panasonic Corp.
JIKA ini melibatkan kilang mereka di Kulim Hi-Tech Park bermakna
MBalak Kedah yg otak senget akan kehilangan industri pelabur asing.
Sekaligus ini melibatkan MITI dan KERAT.
Tahniah Minrit. Kawasan industri milik bersama MITI-Kerajaan
Negeri Kedah bakal kehilangan Pelabur Asing dan MENCIPTA BERIBU PENGANGGUR.
Selepas ni kilang apa lagi?
Wallahualam.
Zus Din
01 Februari 2021
YEEE HAAAAA.....
SHAHBUDIN HUSIN
Dengan 335 orang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat
sempena sambutan Hari WP tahun ini, 30 ribu keluarga miskin
bandar ini dipercayai akan bertukar menjadi kaya dengan serta-
merta.....
KENYATAAN MEDIA 1 Februari 2021
Perkembangan terkini di Myanmar sangat merungsingkan tatkala
pihak tenteranya seolah-olah sedang menggerakkan kudeta atau rampasan kuasa
yang dilihat akan menginjak suara rakyat dan demokrasi. Semua pihak harus
menjunjung perlembagaan, mandat rakyat serta akur dengan keputusan pilihanraya.
Meski terdapat banyak kecurangan serta pencabulan hak asasi
manusia yang melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya oleh rejim yang lalu,
demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan serta yang punya masa depan.
Tindakan pihak tentera ini hanya akan membalikkan aspirasi rakyat Myanmar, dan
menjerumuskan negara itu terus ke lembah kediktatoran.
Pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembeleng suara dan
menggesa untuk pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan
negara hukum. Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk
memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihanraya. Pihak tentera di
sana sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat Myanmar, dan saya
menggesa mereka untuk hormat serta lindungi pilihan yang telah dibuat oleh
rakyat. Ia belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan
rakyat.
ANWAR IBRAHIM
KEMBALIKAN KERAJAAN AWAM DI MYANMAR – ANWAR
Kembalikan kerajaan awam di Myanmar – Anwar
Pihak tentera tidak seharusnya melakukan rampasan kuasa di Myanmar yang sedang berusaha untuk memulihkan demokrasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan di Myanmar amat merungsingkan tatkala pihak tentera seolah-olah mahu mengembalikan negara itu ke era sebelum pilihan raya umum (PRU) 2015 yang menyaksikan kerajaan awam berjaya ditubuhkan.
“Pihak tentera seolah-olah sedang menggerakkan kudeta atau rampasan kuasa yang dilihat akan menginjak suara rakyat dan demokrasi. Semua pihak harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat serta akur dengan keputusan pilihan raya (yang terbaharu).
“Meski terdapat banyak kecurangan serta pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya oleh rejim yang lalu, demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan serta punya masa depan. Tindakan pihak tentera ini hanya akan membalikkan aspirasi rakyat Myanmar, dan menjerumuskan negara itu terus ke lembah kediktatoran,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN tersebut mahu pemimpin-pemimpin ASEAN melakukan tindakan pro-aktif bagi menamatkan tindakan ketenteraan dan penahanan pemimpin kerajaan yang sah di negara berkenaan.
“Pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembeleng suara dan menggesa pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan negara hukum.
“Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihan raya.
“Pihak tentera di sana sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat dan saya menggesa mereka untuk hormat serta lindungi pilihan yang telah dibuat oleh rakyat. Ia belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan rakyat,” katanya lagi.
Myanmar diperintah oleh rejim junta tentera sejak rampasan kuasa pada 1992. Sejak itu tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan rumah.
Pada 2015 parti Suu Kyi, NLD menang dalam Pilihan Raya Umum dan membuka jalan kepada perkongsian kuasa dengan tertubuhnya kerajaan tentera – awam.
Namun pada PRU 8 November 2020 lalu parti Suu Kyi menang besar, sedangkan parti pro tentera hanya mendapat 30% sokongan. Pihak tentera mengambilalih kerajaan pada awal pagi 1 Februari dengan alasan berlaku penipuan dalam PRU.
TANGANI COVID: WANITA KEADILAN LANCAR KEMPEN KOMUNITI WASPADA
Tangani Covid: Wanita KEADILAN lancar Kempen Komuniti Waspada
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kecewa dengan kelembapan kerajaan Perikatan Nasional menangani jangkitan wabak Covid 19, Wanita KEADILAN dalam masa terdekat akan melancarkan kempen Komuniti Waspada bagi memberi kesedaran kepada rakyat bertujuan melindungi mereka daripada ancaman wabak.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, hal itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) secara aplikasi zoom yang dipengerusikan Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, semalam.
Katanya, dalam mesyuarat itu Wanita KEADILAN berpendapat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa bermula 13 Januari lalu telah gagal dan negara sedang bergerak ke arah gelombang yang amat menakutkan dengan kenaikan mendadak empat angka kes positif harian sejak 29 Januari 2021.
“Bagi kami jika kerajaan sudah tidak mampu menjaga rakyat eloklah berundur dengan cara terhormat. Dengan kudrat yang ada ditangan, kami merasakan sudah tiba masanya memperluaskan jaringan sinergi demi kesejahteraan komuniti.
“Kisah suka-duka masyarakat, kehidupan sosial yang tempang, institusi keluarga yang berantakan, keganasan rumahtangga, penderaan anak-anak dan pelbagai kemudaratan kini menjadi hidangan berita harian yang membimbangkan.
“Justeru, bagi meningkatkan kualiti hidup, keselamatan awam dan partisipasi komuniti untuk kesejahteraan masyarakat, MPWP memutuskan pelaksanaan Model Pembangunan Komuniti yang dikenali sebagai “Komuniti Waspada@ Community Alert” akan dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN tidak lama lagi.
“Model Pembangunan Komuniti ini akan disusun dan digerakkan oleh Wanita KEADILAN di seluruh negara sebagai sebuah ekosistem sokongan dalam masyarakat,” kata Ker Chean dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, program komuniti waspada itu juga selaras dengan usaha mengarusperdanakan kesaksamaan gender.
Katanya, Wanita KEADILAN akan ke hadapan meneruskan advokasi polisi berkaitan gender terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Negeri Sembilan, mencontohi Pulau Pinang yang jauh terkehadapan dalam hal tersebut.
“Seluruh ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) berdoa agar kita terus kuat mengharungi cabaran pendemik ini dan mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mematuhi SOP, menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing. Bersama-sama kita menjadi pemutus bukan pencetus (gelombang Covid),” katanya lagi.
ABIM tempelak kenyataan Khairuddin memberikan kebenaran untuk membalak semasa PKP
February 1, 2021
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan mengenakan moratorium terhadap sebarang kegiatan pembalakan, selepas ia kembali dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kebenaran itu bercanggah dengan proklamasi darurat yang turut menyebut bencana banjir sebagai antara faktornya.
“Abim menegaskan perkembangan terbaru ini (kebenaran untuk pembalakan) amat bercanggah dengan penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mendakwa nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perisytiharan darurat bagi menangani beberapa isu besar iaitu penularan wabak Covid-19 serta bencana banjir di beberapa buah negeri.
“Abim menegaskan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengeluarkan satu perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan sebagai solusi tuntas kepada kedua-dua bencana ini yang akhirnya membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Dia juga berkata kegiatan pembalakan berleluasa adalah antara punca perubahan iklim yang akhirnya menyebabkan ketidaktentuan cuaca seperti waktu dan kadar taburan hujan.
“Bencana besar banjir yang sering berlaku berpunca daripada perubahan iklim.
“(Ketidaktentuan hujan) menjadi penyebab banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi,” katanya yang juga koordinator Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim (MCCIN).
Pada 30 Jan lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor perhutanan dan yang berkaitan, termasuk pembalakan, akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di saat penularan Covid-19.
Katanya, ia juga memberi kelegaan bagi sektor tersebut selain manfaat kepada mangsa banjir untuk mendapat bekalan perabot baru yang musnah. Menurutnya, sektor perabot dianggarkan menggukana 85 peratus bahan mentah tempatan.
Menyifatkan kenyatan Khairuddin sebagai “tidak kena”, Faisal berkata kerajaan seharusnya tidak berdepan masalah untuk mengenakan moratorium jika mempunyai kemahuan politik yang tinggi.
Tambahan pula, katanya lagi, kerajaan pada 2019 pernah mengeluarkan perintah sma terhadap kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang pada 2019.
32 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL- COVID 19 UPDATES
TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR. SILA
TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA
AWAL PAGI.
COVID-19 UPDATE : MALAYSIA
Sudah 2 minggu Darurat pun masih gagal turunkan jumlah kes
harian ke? Kes harian hari ni 4,214 kes. Apa guna Darurat tu? Batal je lah, sbb
hari demi hari Darurat menakutkan Pelabur Asing. Pakat lari dan tutup industri
mereka. So...panggil Parlimen bersidang utk bincang.
Hgpa percaya tak aku kata KERAT ni memg CLUELESS, HOPELESS and
USELESS..?? Skrg KPK mengaku plak jumlah kes yg tinggi adalah kerana
"backlog". Apa maksudnya?
Selama ini mereka umum dan bertindak atas Data Semasa yg SALAH?
Mcm mana pencegahan boleh berkesan jika dok kejar nak tekan lekuk pandemik
COVID-19 dgn data yg salah??
Dr. Dzul dah kata, negara lain percepatkan atau Ramp Up Test
kemudian percepatkan Contact Tracing supaya mereka yg positif belum sempat
sebarkan pada org lain tapi sudah diasingkan dari masyarakat.
STFC bertindak pantas tapi KKM taknak terima idea tu? Kenapa?
Sbb KERAT tak bagi budget utk tingkatkan jumlah Frontliners jadi 5 kali ganda
utk buat Contact Tracing mcm negara lain??
Nampak tak pasal apa aku dok kata KERAT ni CLUELESS, HOPELESS
and USELESS..???
- Zus Din
01 Februari 2021
GELARAN PALING LAYAK BUAT MUHYIDDIN – TOKOH PERUTUSAN KHAS SEDUNIA
Sedar tak sedar, dalam tempoh belum pun sampai setahun berkuasa, rupa-rupanya Muhyiddin Yassin telah muncul sebanyak 38 kali menyampaikan perutusan khas melalui kaca televisyen.
Sebaliknya, belum pernah sekali pun beliau berani bersoal jawab secara terbuka dengan media, baik dalam atau luar negara, sebagaimana lazim dilakukan oleh semua Perdana Menteri sebelum ini.
Ghairahnya Muhyiddin mahu tampil menyampaikan perutusan khas secara sehala itu sehingga sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam pun beliau juga yang muncul berbuat demikian.
Walhal sebelum ini, tidak pernah sama sekali mana-mana Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan diadakan.
Dalam hal ini, mujurlah hanya ada Hari Wilayah Persekutuan saja di negara kita, kalaulah ada Hari Johor, Hari Melala, Hari Kedah dan sebagainya, pastilah beliau juga akan mengambil kesempatan muncul dengan perutusan khas yang ucapannya makin memualkan rakyat itu.
Dengan pencapaian Muhyiddin yang amat cemerlang itu, beliau bukan saja mengatasi semua Perdana Menteri sebelum ini, bahkan sejak zaman Nabi Adam dan barangkali sehingga Hari Kiamat nanti pun mungkin tidak ada mana-mana Perdana Menteri atau ketua kerajaan di alam maya ini yang mampu mengatasinya dari segi kekerapan muncul melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.
Dengan pencapaian yang tiada tolok bandingnya itu, Muhyiddin sebenarnya layak dianugerahkan gelaram Bapa Perutusan Khas Sedunia Kelas Dewata.
Bahkan jika Azmin Ali atau Annuar Musa sedia mengadakan majlis besar-besaran meraikan pencapaian Muhyiddin itu dan disiarkan pula secara langsung ke seluruh dunia, ia pasti bukan saja menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa, malah juga mampu meningkatkan ekonomi serta melonjakkan kemasukan pelabur asing ke dalam negara.
Apakah kita sebagai rakyat marhaen yang hanya ada satu undi dalam tangan masing-masing tidak mahu tumpang bangga sama?
(Shahbudindotcom 01/02/2021)
MENTERI KEWANGAN BERI PERUNTUKAN KEPADA KAWASAN TIMBALANNYA DI PAYA BESAR RM 200K?
Saya mendapat maklumat bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan, YB
Senator Tengku Zafrul telah mengunjungi kawasan Parlimen Paya Besar untuk
meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir.
Kebetulan, Parlimen Paya Besar sekarang diwakili oleh MP nya YB
Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan. Di dalam kunjungan Menteri
Kewangan ke kawasan timbalannya itu, dikhabarkan MP Paya Besar telah diberikan
cek sumbangan banjir khusus kepada Paya Besar dari Kementerian Kewangan. Sudah
tentu masyarakat di Paya Besar yang rata-ratanya terlibat dengan banjir
baru-baru ini merasa bangga dan bertuah sekiranya mereka tahu Ahli Parlimen
mereka mendapat peruntukan sejumlah tersebut.
Peliknya, mengapa ramai masyarakat di sini tidak tahu Ahli
Parlimen mereka dapat peruntukan begitu banyak? Mengapa penyerahan cek tersebut
tidak disiarkan di dalam FB Ahli Parlimen berkenaan? Difahamkan pada asalnya
penyerahan cek tersebut ada di dalam FB, tetapi telah dibuang dan hanya
gambar-gambar lawatan Menteri Kewangan sahaja disiarkan. Mengapa perlu
disembunyikan?
Satu lagi persoalan, apakah setiap Parlimen di Pahang yang
terjejas teruk dengan banjir turut menerima cek sebanyak itu? Berapa jumlah
Menteri Kewangan luluskan peruntukan banjir untuk negeri Pahang, dan berapa
pula jumlah yang Menteri Kewangan luluskan di setiap Parlimen? Atau, adakah
hanya Paya Besar sahaja yang beruntung memperolehi bantuan sebanyak itu kerana
MP nya Timbalan Menteri Kewangan? Berapa pula jumlah peruntukan bantuan banjir
yang Paya Besar terima dari kerajaan negeri?
Semua kita tahu, kerajaan Pusat memang ada memperuntukan bantuan
banjir kepada kerajaan negeri Pahang untuk diagihkan kepada setiap Parlimen
yang dilanda banjir. Bahkan kerajaan negeri Selangor juga turut menyumbang
sebanyak RM 1 juta kepada kerajaan negeri Pahang bagi membantu mangsa-mangsa
banjir. Tentunya Paya Besar juga telah menerimanya selain dari 'bantuan khas'
sebanyak RM 200K dari MOF.
Baik dan telusnya kerajaan negeri Selangor di bawah PH kerana
salurkan bantuan terus kepada kerajaan negeri, bukannya kepada saya selaku
Ketua Cabang Paya Besar atau kepada Parlimen Kuantan du bawah YB
, selaku Pengerusi Keadilan Pahang. Tiba-tiba pula dari MOF
terus kepada MP Paya Besar. Menteri beri kepada Timbalan Menteri.
Hebat
!!
Apa pun, rakyat di Paya Besar berhak menuntut hak mereka
terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka berhak mendapat bantuan yang
sewajarnya hasil dari peruntukan dari kerajaan negeri serta peruntukan
'istimewa' dari Menteri Kewangan kepada MP Paya Besar.
Keadilan Paya Besar akan terus memberikan perkhidmatan sebaik
dan semampu mungkin. Kami hanya melihat dan mendengar kerajaan negeri Selangor
beri peruntukan sejuta ringgit kepada kerajaan negeri Pahang, semoga rakyat
Paya Besar turut mendapat bahagiannya. Bagi kami, InsyaAllah, kami akan
bergerak mengikut kemampuan kami.
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Cabang
KEADILAN Paya Besar
SUASANA KRITIKAL, ADUN SEMAMBU YANG JUGA BENDAHARI KEADILAN PERSOAL DI MANA MENTERI SEKARANG?
KENYATAAN MEDIA |1 FEBRUARI
2021
Peruntukan sebanyak RM 100 juta oleh Kerajaan bagi menampung kos
perubatan untuk pesakit Covid-19 ke Hospital Swasta telah diumum kelmarin,
namun ia masih penuh dengan keraguan. Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham
Baba dinasihatkan agar tidak lagi menghilangkan diri dan perlu tampill
menjelaskan maklumat perinci berkenaan dengan keputusan tersebut. Selain itu,
saya menggesa Hospital Swasta supaya tampil ke hadapan untuk menawarkan
perkhidmatan perubatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan mentaliti yang
tidak hanya mementingkan keuntungan.
Kes baru Covid-19 telah mencecah 5,000 kes untuk 3 hari
berturut-turut, kes kematian rakyat Malaysia juga meningkat secara mendadak dan
kita sebenarnya telah memasuki tahap perang dengan wabak Covid-19. Walaupun Persatuan
Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengumumkan kerjasama dengan Kerajaan
untuk merawat pesakit Covid-19 tetapi ia juga memaklumkan bahawa kos perubatan
untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kepada setiap kes. Saya berpendapat
bahawa ia adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Ini adalah waktu
kritikal seluruh rakyat Malaysia memerangi Covid-19, tetapi kenapa Hospital
Swasta masih berkira-kira tentang keuntungan mereka?
Sejak projek penswastaan Hospital dilaksanakan, Hospital Swasta
telah memperolehi keuntungan yang lumayan. Tambahan pula sepanjang wabak
Covid-19, kebanyakan Hospital Swasta juga telah mengaut keuntungan yang besar.
Contohnya kumpulan KPJ, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
pada bulan Mac hingga Jun 2020, mereka telah mencatat keuntungan bersih
sebanyak 12.66 juta ringgit untuk suku tahun tersebut. Bagi bulan Julai
sehingga September selepas PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat atau Pemulihan, kumpulan tersebut mencatat keuntungan bersih yang
lebih banyak iaitu RM 33.97 juta. Wabak tidak berlaku setiap tahun di negara
ini, jikalau tidak meminta mereka untuk berkorban untuk negara sekarang, kami
kena tunggu bila lagi?
Selain daripada itu, Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua
timbalannya, Dato’ Noor Azmi dan juga Dato’ Aaron Ago Dagang tidak kelihatan
dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. Kes Covid di negara
kita telah mencecah 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut dan ini adalah
krisis besar bagi negara tetapi nampaknya mereka tiada kaitan, malahan
menjauhkan diri daripada krisis ini. Saya berharap agar Adham Baba dapat
menjelaskan masalah berkenaan dengan peruntukan RM100 juta kepada Hospital
Swasta yang memerlukan persetujuan daripada Kerajaan dan pihak Hospital Swasta
dari segi kos rawatan sebelum ia dipindahkan dari Hospital Awam ke Hospital
Swasta.
Kerajaan Perikatan Nasional telah mengisytiharkan Darurat di
seluruh negara kelmarin, tetapi di sebelah sini mengelakkan diri daripada
meminta hospital Swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
Sebaliknya, mereka masih membazirkan masa dalam rundingan harga. Ini jelas amat
mengecewakan.
Saya mencadangkan agar Persatuan Hospital Swasta Malaysia
mengambil inisiatif dengan memberi cadangan untuk meringankan beban sumber
Hospital Awam dan harus memikirkan tanggungjawab sosial mereka sebagai syarikat
Malaysia agar tidak mengecewakan harapan rakyat.
YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu
Gelaran Dr. ni dapat daripada mana pulalkk??
Setahu aku la..nak dapat PHd ni rambut makan bantai..kata orang la..bukan ambik celah longkang macam tu sahaja...layak kah kalau pengkhianat harapan rakyat, diberi gelaran Datuk dan juga Dr...kah....Murah sangat gelaran Datuk dan juga Dr PHD ni.....
RASUAH SELAGI BOLEH...AKHIRNYA JATUH JUGA....KALAU NAK JATUH...
Kes rasuah RM3 juta: Isa Samad ketahui nasibnya Rabu
KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Felda, Isa Samad akan mengetahui nasibnya pada Rabu berhubung kes rasuah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Kuching oleh badan itu enam tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual menyampaikan keputusannya setelah mendengar hujah lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan pada 24 Dis lalu.
Perbicaraan itu bermula 7 Okt 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil 15 saksi dan enam saksi dipanggil pihak pembelaan.
Pada 16 Jun lalu, Nazlan memerintahkan Isa membela diri atas sembilan tuduhan rasuah, tetapi membebaskannya daripada satu pertuduhan pecah amanah.
Bagi tuduhan rasuah, Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan dan bekas anggota Kabinet, dituduh menerima wang sogokan sebanyak RM3.09 juta untuk meluluskan pembelian Hotel Merdeka Palace.
Felda Investment Corporation Sdn Bhd dikatakan membayar RM160 juta pada 2014 untuk pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak.
Harga itu didakwa dilaporkan sekurang-kurangnya 50% lebih tinggi daripada nilai sebenar hartanah terbabit.
Isa didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah suapan.
Peguam Salehuddin Saidin berhujah pembelaan menolak andaian di bawah Seksyen 50 Akta SPRM yang RM3 juta didakwa diterima Isa adalah wang rasuah.
Katanya, Isa, 71, sudah menafikan menerima wang berkenaan dan lima saksi lain memberi keterangan menyokong pembelaan anak guamnya.
Peguam itu berkata, Muhammad Zahid Mat Arip, pegawai khas Isa dan saksi pendakwaan, mendakwa mengambil wang itu sebanyak sembilan kali daripada Ikhwan Zaidel, pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd yang ketika itu memiliki hotel berkenaan.
Bagaimanapun, setiausaha Isa ketika itu, Zuraidah Ariffin @ Shaari memberitahu mahkamah dia tidak pernah melihat Zahid membawa beg kertas mengandungi wang itu ke pejabat Isa.
Peguam itu berkata, keterangan Zuraidah disokong testimoni pegawai khas Isa, Kamar Bashah Shariff, kerana kedua-duanya selalu berada di pejabat tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata, wang itu diserahkan kepada Isa apabila Zuraida dan Bashah tiada di pejabat.
“Ia dilakukan secara diam-diam,” katanya sambil menambah Zahid adalah orang tengah di antara tertuduh dan Ikhwan.
Kata Afzainizam, tugas pendakwaan adalah membuktikan Isa menerima wang itu dengan niat korup dan bukannya di mana dia menyimpannya serta untuk apa ia digunakan.
ADAKAH KERANA POLITIK KERAT GUNAKAN KKM UNTUK TIDAK BERKONGSI "DATA SEMASA" PENULARAN COVID DGN STFC - SELANGOR...???
1) Adakah kerana politik KERAT pergunakan KKM utk tidak
berkongsi Data Semasa atau "Realtime Data" penularan COVID-19
sekaligus membantutkan usaha PANTAS "Contact Tracing dan pengasingan
pesakit COVID-19 secara lebih SEGERA sebelum berlaku penularan seterusnya???
2) JIKA ini BENAR, ia adalah sesuatu yg AMAT malang dan tidak
bertanggungjawab kerana ia bukan shj membahayakan nyawa Rakyat Selangor tetapi
juga merisikokan penularan ke seluruh negara.
3) Cuba baca dan fahamkan betul-betul Item 10 sehingga 19 dalam
tulisan panjang lebar Dr. Musa Mohd Nordin di bawah ini. Beliau mendakwa KERAT
mendenda dan mengganggu premis-premis yg memaparkan QR Code Selangkah bagi
digantikan dgn MySejahtera. Ini menyebabkan Database SELANGKAH terganggu.
4) Tapi KKM tidak pula mahu berkongsi "Realtime Data"
dgn STFC menyebabkan mereka juga turut lambat melakukan "Contract
Tracing" dan mengasingkan pesakit COVID-19 dari masyarakat.
5) KKM terlalu lambat bertindak sdgkan seperti disebut oleh Dr
Dzul dan DS Anwar Ibrahim dalam Wacana COVID-19 & Vaksin Buat Rakyat, kita
patut "RAMP UP" testing seperti dilakukan oleh Singapura, Taiwan, New
Zealand, malah US dan negara-negara yg berjaya menangani COVID-19.
6) Bagi STFC, yg PERTAMA mereka mahu menyegerakan "COVID-19
Testing" (Ramp up), KEDUA mereka melakukan "Contract Tracing" yg
pantas, bertindak "hyper-active" supaya pantas mengasingkan pesakit
dari masyarakat yg sihat SEBELUM sempat ia menular ke individu seterusnya.
Menurut Dr. Musa Mohd Nordin, STFC cuba berkongsi pandangan dan idea ini dgn
KKM tapi mereka buat pekak badak.
7) Dr. Dzul pula berkata, mempercepatkan "Contract
Tracing" juga dilakukan oleh banyak negara termasuk Thailand dan Vietnam
dengan menambah peruntukan bagi Frontliners, merekrut lebih ramai petugas dgn
budget besar disediakan sehingga menambah kekuatan 5 kali ganda menjadikan
"Contract Tracing" mereka menjadi cekap dan pantas sebelum pesakit yg
dijangkiti sempat menularkannya kpd org lain.
8) Berkaitan budget dan perbincangan secara holistik dgn
penglibatan pakar, DSAI kesal kerana PH telah lama menegur di dalam Dewan
Rakyat tapi tidak dipedulikan. Natijahnya adalah apa yg berlaku hari ini. Benar
juga kekesalan DSAI itu sdgkan RM35 juta boleh pula diluluskan utk bina 3 Dewan
Serbaguna manakala Menantu kesayangan diberitakan dapat kontrak RM1.2 billion?
Wow..!! Begitulah "komitmen" KERAT. Sgt berdaddykasi. Apapun....KERAT
memang CLUELESS, HOPELESS and USELESS...!!
Wallahualam
- Zus Din
31 Januari 2021
******************************
It’s all Doom and Gloom unless...
Dr Musa Mohd Nordin
29 Jan 2021
There is much misunderstanding about the COVID-19 situation in
the country.
In particular, the high rates in Klang Valley and the role of
the only state task force, the Selangor Task Force on COVID-19 (STFC)
Allow me to share a few points and insights for you to carefully
consider:
1. Do not look at absolute numbers which the daily press
releases only harp on. This is unthinking sharing of numbers which is a lousy
description of disease epidemiology!
2. Numbers are misleading unless expressed as per population.
Klang Valley is densely populated, of course the absolute numbers will be high.
More importantly, look at where the positive cases are. SOCSO is aiming to
complete testing of about 850,000 workers in KL & Selangor in January and
February, so don’t be alarmed with the anticipated hikes in the numbers.
3. Look at incidence and infectivity rates expressed as per
100,000 or per 1,000 respectively (attached are graphs of incidence rates and
infectivity rates for both cumulative and active cases)
4. One must understand the influence of demography and the
socio-economic circumstances on the data
5. S’gor contributed 24% towards the national GDP
6. It is rich in industrial plants and factories. It therefore
houses about 1 million registered migrant workers (MW) and probably similar
numbers of unregistered MW. These communities are epicenters of COVID-19 due to
their poor working and living conditions
7. And there are 100k refugees in the Klang Valley alone,
another high risk community
8. To its credit, the STFC convinced Selangor government to
purchase vaccines for both high risk communities
9. The state government has put aside X million for Y million
migrant workers and refugees who would otherwise be the last in the hierarchy
for COVID-19 vaccines, if ever at all
10. BTW Health is a federal matter. There is very little that
any state can do without Federal blessings or intervention (except Sabah &
Sarawak). Even when PH controlled state planned to roll out the Pneumococcal
Conjugate Vaccine (PCV) well before the 2019 Budget, the BN YBMK blocked it. In
many ways, if the STFC had not stepped in, did mass testing, rolled our POIS
(Prevention of Outbreaks at Ignition Sites), allocated Z millions for FTTIS,
the situation in Selangor would be far worse, critical even.
https://drive.google.com/.../1xV57W4JZcSj3SgNdM1y3kk.../view
11. Federal stopped sharing cases line-listing to STFC since 2
Oct 2020, at the onset of the 3rd wave. This severely hampered the state’s
response and coordination of COVID-19 cases. Dr Dzul exclaimed “You ask us to
box in the ring but you blindfolded us.” Cases began climbing from 10 Oct 2020
onwards. Now you go figure out why?
12. It is dishonest and misleading to point that Selangor‘s use
of its own Contact Tracing system – SELangkah , is the reason why cases are
spiraling out of control. Allow me to emphasize 2 points.
a. First, no contact tracing can be initiated if No Patient Data
is shared (see 11). You can have the best Contact Tracing ecosystem in the
world, but with no “case data”, CT cannot be initiated.
b. Second, quite to the contrary, when Selangor was actively
using SELangkah , daily incidence were well controlled. Yes, there were still
cases appearing, but we managed to trace it fast and clamp it down faster. On
18th of August, an announcement was made in the daily press conference,
obligating all stores to use MySejahtera. Words on the streets went wild –
stores were fined / harassed for displaying SELangkah QR code. Effectively,
SELangkah Contact Tracing ecosystem died off when many shops no longer
displayed it. During this period, and until today, MySejahtera was the
exclusive Contact Tracing ecosystem operating in Malaysia. Post 18th August
too, is the exact time when we saw case numbers climbing up. It doesn’t take
much to figure that MySejahtera has failed not only Selangor, but the entire
Malaysia when we consider the number of cases today.
13. If KKM is doing such an excellent job at crushing COVID-19,
and flattening the curve, and STFC was terribly hopeless, the sequelae would be
obvious, everywhere would be green and Selangor would be the only red state. Is
that what is happening? Nope I am afraid.
14. And BTW other states, industries, agencies etc are buying in
STFC’s POIS program and implementing it. This tripartite initiative between
government-industry-NGOs pivots on 3 preventative strategies namely, enhanced
public health measures, early detection testing regime and health education.
15. So STFC don’t just talk, but rolls out programs, mass
testing, POIS, procuring vaccines etc to end the pandemic
16. In no uncertain terms, the KKM has failed in their back to
basics of pandemic management. Their FTTIS is a colossal failure, and you can
have cycles upon cycles of MCOs but if you do not get the basics of FTTIS
right, you will fail to check the spread of COVID-19. Imagine the 1-2 days Turn
Around Time (TAT) of STFCs strategy versus the 5-7 day TAT of KKM.
17. STFC since Oct 2020 has been trying to share information and
new ideas with KKM but it is falling on deaf ears
18. IMARET went into Sabah with our RTK-Ag kits. This was when
KKM was still adamant with PCR testing (they still are). We covered most of the
islands off Tawau. We did not require to boat ride our tests to Tawau and then
fly them to KL and wait for at least a few more days for the results. We
diagnosed within 1 hour of testing, isolated the positive case, and completed
contact tracing and quarantine within 1-2 days. This is how you bust a cluster
and prevent sporadic spread, definitely not with the modus operandi of the KKM.
19. This is how we handled a disaster. We were well trained by
our Public Health maestros and our generals in the military (Angkatan Tentera
Malaysia). I remembered in Cox Bazar, the ATM’s top commanders, including their
1 and 2 star generals star were with us virtually all the time, dirty their
hands, sweating out the only referral tertiary hospital serving 1 million
Rohingya refugees.
20. With due respect, I would be still be wary of the Sabah and
Sarawak numbers, and for that matter most states. I suspect they are under
testing, like a Trump self fulfilling prophecy. Our postive rate is still above
the WHO threshold at 5.8% as at 26 Jan 2021.
21. Whenever STFC through SELangkah Finds (the F in FTTIS)
hotspots, IMARET, SelCare and JKNS and our team of volunteers will undertake
mass testing of a few thousands at any one time
22. So in Selangor, STFC captures the
asymptomatic/pre-symptomatic and not just the symptomatic which KKM only does,
thus missing the forest for the trees
23. At the end of the day, we are in it together. If we refuse
to learn from each other, and operationalize best Public Health practices we
are in for a rough ride.
24. I hope the national task force as petitioned by the 46 top
physicians, is rapidly recognized, accepted, and formalized to empower it to
immediately re-strategize and transform the mindset, and policy at the top end
of the KKM, so that the operations at ground zero will be a truly rapid
response FTTIS which has zero tolerance for cases, clusters or outbreaks
25. MCOs are the blunts tools of those who have failed to
operationalize the back to basics of pandemic management and in my opinion they
should either seek a second opinion from the Task Force and/or gracefully exit
to minimize further harm to the nation and allow the Task Force to steer the
nation out of this COVID-19 conundrum and to protect the lives and livelihood
of its rakyat.
26. Otherwise we are doomed! Allah bless Malaysia.1)