SUSAH NAK DAPAT MELAYU KERJA LADANG...
Norshidah Mohd Daud
Sekarang ni pun punya susah nak dapat pekerja Indon untuk ladang
Rata2 nk blk ke negara sendiri disebabkan nilai tukaran wang negara kita yg makin kecil
Nk harap pekerja tempatan kerja kt ladang?
Xyah berharap sgt la...
Zaman pemerintahan sape ntah dulu dok galak ambik pekerja asing utk ladang konon menuju negara maju
Sudahnya rakyat tempatan x berminat dgn kerja2 ladang & aktiviti pertanian
X lama lg bila ekonomi Indonesia semakin membangun, x mustahil rakyat kita lak jd pengemis p sana utk bekerja
Ehhh pasal dividen ASB rendah aritu mmg x nmpk muka2 pejuang Melayu ni dok maki hamun kerajaan kan?
Owh lupa... Kita kena bercukur dengan apa yg dah diberi
Janji bukan DAP perintah Msia rite
Bodoh la korang smpai mampos
ANGKARA "TRUST DEFICIT" - HILANG FDI.
Seawal KERAMITA PN merampas dari PH saya dah bagi amaran yg
mereka sedang mencipta "TRUST DEFICIT" yg abakal menghilangkan
keyakinan Pelabur Asing lalu merencatkan FDI ke negara ini.
Mungkin ramai yg tak faham waktu itu. Hari ini kita boleh lihat
walau Menteri-menteri Sembang Kari KUNUNnya Malaysia masih menjadi destinasi
pelaburan, tapi Indonesia yg kerap mendapat pelbagai FDI sejak mutakhir ini.
Apa yg rakyat Malaysia rasa skrg? Temberanglah apa pun.
Tunjuklah angka2 pelaburan berbillion tapi apa yg rakyat marhaen rasa di bawah?
Ia bukan kesan dari apa yg berlaku smlm atau sebulan yg lalu
tapi kesan dari PNkhianatan 10 bulan yg lalu.
Pendokong-pendokong KERAMITA PN tidak boleh nafikan hakikat
bahawa ia memberikan kesan buruk kpd Rakyat dan Negara ini. Semua rakyat, tak
kira parti, tak kira penyokong UMNO BN, PH mahupun PA$, Bersatu dan PN semua
akan merasa impak negatif ini.
Pendokong2 KERAMITA PN hanya seronok sbb PH jatuh, bersyukur
KUNUN tanpa DAP tapi sdarkah mereka, kuasa telah diberikan kpd yg TIDAK layak
dan BUKAN AHLI. Tunggulah bala seterusnya.
Amacam? Masih nak sokong sbb KERAjaan Melayu-Isle?? Ini
"Endurance Test". Kita lihat apa akan berlaku jika DSAI dan UMNO
gagal menjatuhkan KERA jaan yg paling lemah dan tidak dipercayai dalam sejarah
Malaysia.
Wallahualam
- Zus Din
10 Januari 2021
COVID-19: 2,433 kes baharu, angka kematian kembali meningkat
TERINGAT SAAT AWAL PANDEMIK BILA BERPUSU-PUSU DIBIARKAN STUDENT BALIK KPG SAYA KATA CARA KERAMITA PN HANDLE AKAN MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI ITALY.
Tapi ada kutu Kincin Tatak Mungi dok sanggah saya dan kata
KUNUNnya Malaysia lebih mirip Singapore. Tengok sendiri Singapore di mana dan
hospital Malaysia jadi macamana mana?
Jangan nafikan sikap Penguasa yang CLUELESS telah menyebabkan
Frontliners dan Sistem Kesihatan Awam kita tertekan.
Wallahualam.
- Zus Din
10 Januari 2021
*********************
Medan Perang Dalam Hospital
Bekerja semalam, katil-katil penuh dengan kes-kes berisiko
Covid. Pasukan kami bekerja keras tanpa henti. Kes-kes pula tidak dapat masuk
ke wad kerana semua katil hospital telah penuh. Malah kes-kes yang perlukan ventilator
yang sepatutnya masuk ICU terpaksa diurus di zon kecemasan.
Kami juga berhadapan dengan rakan-rakan yang ‘tumbang’ satu
persatu kerana dijangkiti Covid. Malah kes-kes berisiko di kecemasan semasa
bertugas hari ini, walaupun tiada kontak dengan pesakit Covid, 5 dari mereka
positif Covid apabila ujian makmal balik kemudiannya.
Malah, semalam satu kes yang ditikam isteri selepas bergaduh,
positif Covid. Merawat trauma satu hal, merawat Covid pula satu hal lagi. Yang
positif dadah ‘methamphetamine’, yang dapat sawan, dapat strok, serangan
jantung masuk ke zon rawatan yang sudahpun penuh.
Satu-satunya penenang jiwa adalah pasukan kami yang sabar dan
bantu-membantu dalam susah dan senang. Habis syif semua keletihan tetapi masih
tetap senyum mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja satu syif.
Cuma terasa tidak seronok kerana rakan-rakan yang mengambilalih
syif menerima katil-katil yang penuh pada permulaan syif. Tidak suka menjadikan
hari mereka sukar.
Anda masih makan beramai-ramai di pantri dan kedai makan pada
jarak kurang 1 meter? Anda ketawa terbahak-bahak di meja yang dicantumkan? Anda
membuka mask dan mengambil gambar di kenduri-kendara? Anda bersalam, berpeluk
dan cium dengan saudara jauh yang melawat?
Malah, tanpa sekuman rasa bersalah dan penuh bangga anda
berkongsi gambar-gambar yang diambil rapat-rapat kurang 1 meter dalam keadaan
membuka mask di media sosial dan ini seterusnya menjadi ikutan orang lain.
Ianya amat menusuk hati kerana menjadi bukti langgar SOP yang dipamerkan.
Saya sangat hairan dengan nilai moral dan etika mereka yang
masih demikian sikapnya walaupun dipesan dan diingatkan dengan mesra, rayu
malah sedikit rasa marah. Tulis surat sudah, buat video pesanan pun sudah.
Kes sudahpun meledak dan kita berada dalam peperangan yang
momentumnya deras. Jumlah kes adalah tertinggi kini.
Pulang kerja, apabila melewati kedai-kedai makan, saya melihat
fenomena serupa - makan ramai-ramai pada meja kecil yang jaraknya kurang 1
meter. Kalau makan 2 orang semeja pun, ia meja kecil dan jaraknya kurang 1
meter dan pastinya virus boleh melompat dengan mudah dalam keadaan tanpa mask.
Begitu juga bila beriadah.
Anda boleh berseronok tanpa sedikitpun ada etika untuk
menghentikan rantaian Covid. Rakan-rakan sekerja kami bertarung dan ada yang
tumbang. Kami menerima semua ‘hasil sumbangan’ anda setiap hari di hospital.
Apabila anda tidak serius mengamalkan SOP, anda memberi ‘peluru
hidup’ kepada virus untuk frontliner ditembak. Mereka yang serius pula menjadi
perisai kepada kami dan sungguh kami hargai. Terima kasih atas budi baik anda.
Sebenarnya hanya anda sahaja yang boleh memenangkan perang ini,
bukan kami.
Kami hanya menguruskannya sahaja.
Nota: Sekeping Surat Dari Frontliner :
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC) PORT DICKSON CABANG PERTAMA LULUSKAN USUL HENTIKAN KERJASAMA POLITIK BERSAMA TUN DR MAHATHIR
ELOK SANGAT LAH...DOK IKUT SAKA TUA TU BUAT APA..MENYEMAK SAJA
MATC Cabang Port Dickson telah diadakan pagi tadi di Glory Beach
Resort, Port Dickson yang telah diresmikan oleh Ketua Penerangan Pusat, YB
Shamsul Iskandar. Sebelum itu, Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang juga telah
diadakan.
Di dalam MATC pagi tadi, satu usul yang dibawa oleh perwakilan sdr Yusoff Latiff
iaitu mendesak Parti Keadilan agar menghentikan kerjasama
politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk membawa bekas PM kerajaan PH
itu ke dalam PH sekali lagi. Ini berlanjutan daripada tingkah laku Tun Dr
Mahathir yang berterusan menyerang Presiden Keadilan selepas kejatuhan kerajaan
PH akibat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir yang tidak dirunding bersama
dengan Majlis Presiden PH sehingga membawa pengkhianatan dilakukan oleh
kumpulan Muhyiddin dan Azmin.
Sikap Tun Dr Mahathir ini tidak langsung menggambarkan semangat
setiakawan di dalam PH dan samasekali tidak bertanggungjawab. Bahkan, cita-cita
beliau ingin mewujudkan kerajaan perpaduan adalah sebagai cara untuk membunuh
PH itu sendiri sekaligus untuk menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM selepas
beliau seperti perjanjian di dalam PH sebelum PRU14 lagi.
Usul yang dibawa oleh perwakilan tersebut telah mendapat
sokongan sebulat suara dari semua perwakilan.
Tindakan yang dilakukan oleh Cabang Port Dickson ini patut
diberi pujian kerana membuat keputusan yang tepat dan jelas. Semoga kesemua
Cabang di seluruh negara melakukan perkara yang sama di dalam MATC
masing-masing sebagai tanda kita bersolidariti dengan nasib PH yang dikhianati
dan juga terhadap Presiden yang kita sayangi yang terus diserang oleh Tun Dr
Mahathir.
WFAUZDIN NS
JANGAN PERCAYA PUAK PUAK NI..MANA BERANI ..MUHYIDDIN PICIT TELOQ ....
Panas! Tajuddin dakwa beberapa lagi MP Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin
Itu jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dijangka menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku berikutan kedudukan kerajaan PN yang ketika ini sangat tipis sokongannya.
Tanpa menyebut ahli Parlimen yang akan menarik sokongan itu, Tajuddin berkata, perkara itu berlaku disebabkan kelemahan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Apabila itu berlaku maknanya jatuh kerajaan, jika satu lagi tarik diri, kerajaan kalah, kalau dua Ahli Parlimen?” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pada Program Kami Prihatin, Seronoknya Ke Sekolah anjuran Skuad Prihatin bersama GT Haulage di Arena Belia Felcra Changkat Lada di sini hari ini.
LEBAI GELABAH APA PASAI...LEMBU...
Ustaz Idris Ahmad, lebai Pas kata, kalau kuasa kerajaan Melayu Islam sekarang ini hilang, usah haraplah akan bangkit semula.
Kenapa lebai gelabah? Kerana islam sangatkah? Atau, takut hilang
jawatan?
Jual nama melayu islam je lah....dah elok-elok ada kerajaan PH Melayu
Islam yang kurangkan cabutan judi dari 22 kali kepada hanya 8 kali, puak lebai
sokong pengkhianat dan jadi kerajaan PN yang tambah cabutan judi dari 8 kali kepada asal 22 kali...
Islam la sangat...
WFAUZDIN NS
MUDAH JADI BINI MENTERI AIR SUAM KATANYA...CEPAT NAIK PANGKAT
Ada orang merungut isteri menteri yang baru dilantik ni, naik pangkat dua kali dalam masa enam bulan sahaja. Dari asal JUSA C, lompat JUSA B terus JUSA A. Betul ye?
PN KERAJAAN YANG GAGAL, MEMANG WAJAR DIJATUHKAN
Wajarkah Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN dijatuhkan pada waktu ini?
Barangkali ini merupakan persoalan yang banyak berlegar di fikiran kita di mana di ketika Covid19 melanda semula, gerakan mahu menjatuhkan kerajaan pun dilihat sama aktifnya.
Dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mengumumkan menolak kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang sah dan semalam pula, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob menarik sokongannya, realitinya Perdana Menteri sudah pun hilang majoriti.
Ditolak dua Ahli Parlimen yang telah meninggal dunia dan menunggu sehingga PRK yang diisytihar darurat diadakan di Batu Sapi dan Grik, perkembangan terbaru ini menunjukkan Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan daripada 220 Ahli Parlimen keseluruhannya.
110 daripada 220 bererti tiada lagi majoriti, lebih tepatnya kedudukan yang seri atau tergantung.
Walaupun ada yang mendakwa Muhyiddin masih ada majoriti melalui 110 sokongan itu kerana blok pembangkang berpecah, tetapi mereka tidak sependapat hanya dalam soal untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri saja.
Sebaliknya, dalam soal menolak dan ingin menjatuhkan Muhyiddin, blok pembangkang adalah sepakat.
Begitu pun, selain Ku Li dan Ahmad Jazlan sah tidak lagi menyokong Muhyiddin, ketidaklayakan beliau duduk sebagai Perdana Menteri akan lebih mudah difahami jika ada dua atau tiga lagi Ahli Parlimen BN berbuat demikian dalam waktu terdekat ini.
Jika mereka ingin berbuat demikian, sebaiknya ia mesti dilakukan pada hari ini atau esok iaitu sebelum Muhyiddin menyampaikan perutusan khas pada petang atau malam Isnin untuk mengumumkan langkah-langkah terbaru kerajaan mengawal penularan Covid19.
Ada khabar mengatakan PKP di beberapa negeri atau larangan rentas daerah serta negeri akan dikuatkuasakan semula dalam pengumuman Perdana Menteri esok nanti.
Beserta jangkaan Kementerian Kesihatan bahawa kes Covid19 boleh menjangkau sehingga 8,000 kes sehari menjelang Mei, jika PKP atau larangan rentas negeri dilaksanakan, bermakna Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual pada 31 Januari untuk mengesahkan usul putus hubungan UMNO dengan Bersatu dan seterusnya keluar daripada kerajaan PN, dengan sendirinya tidak dapat lagi dilakukan.
Jika Perhimpunan Agung tertangguh, bererti juga kekallah lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Kekal lagi beliau sebagai Perdana Menteri, terus terancamlah masa depan UMNO dengan pembulian barangkali tambah dipertingkatkan lagi.
Tidak mustahil selepas itu UMNO tidak mampu lagi menyelamatkan dirinya daripada terus dimangsa dan ditelan oleh Bersatu.
Maka itu, tindakan menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan PN mesti dilaksanakan dengan secepat mungkin demi masa depan UMNO itu sendiri.
Selepas Isnin nanti, segala-galanya sudah terlambat.
UMNO jangan rasa bersalah untuk menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan di tengah-tengah Covid19 sedang melanda ini kerana Muhyiddin sendiri menjadi Perdana Menteri melalui Langkah Sheraton ketika Covid19 ketika itu belum lagi reda.
Sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri, kes Covid terus meningkat sehingga PKP dilaksanakan di seluruh negara.
Lebih daripada itu, ketika Musa Aman menggerakkan usaha merampas Sabah susulan kes mahkamahnya digugurkan secara tiba-tiba sehingga akhirnya memaksa PRN diadakan, ia juga digerakkan ketika Covid19 masih melanda.
Jadi, jika Muhyiddin sendiri menggerakkan pengkhianatan untuk menjadi Perdana Menteri ketika Covid19 dan kemudian melorong serta merestui tindakan Musa Aman mahu menjatuhkan Shafie Apdal juga ketika Covid19, apa masalahnya beliau pula dijatuhkan ketika wabak yang sama masih melanda?
Bukankah pepatah ada menyebut – “what goes around comes around.”
Lagi pula, selain UMNO tidak harus berlengah lagi untuk menjatuhkan Muhyiddin demi survival parti itu, kerajaan PN yang dipimpinnya ini juga dikira gagal teruk dalam mengurus dan mentadbir negara.
Bukan saja tiada kemajuan dilaksanakan sepanjang 10 bulan yang lalu, bahkan pelabur besar seperti Hyundai, Tesla, LG, Toyota, pembuat bateri CATL, Amazon dan beberapa yang lain telah mengambil keputusan memindahkan pelaburan mereka ke Indonesia.
Apakah kita mahu melihat lebih banyak pelabur sedia ada meninggalkan Malaysia?
Kenapa Indonesia lebih diyakini berbanding Malaysia?
Sementara diakui Muhyiddin dan anggota pentadbiran kerajaan PN dilihat gagal kerana tidak mampu menambahbaik keadaan negara, adalah diyakini masa depan Malaysia akan terus memburuk jika mereka tidak segera dijatuhkan.
Dalam keadaan Muhyiddin yang tidak mampu dan kesihatannya pula tidak berapa baik, mengganti kerajaan dan Perdana Menteri adalah suatu kewajipan untuk mengelakkan negara dan rakyat terus terperosok tanpa haluan.
Selain UMNO ada asas kewajarannya sendiri menarik sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin, rakyat juga seharusnya menyambut baik perkara itu.
Kerajaan yang gagal tidak boleh dibiarkan kekal dengan kegagalannya, bimbang nanti lebih ramai yang mati kerana tak cukup makan dan tiada pekerjaan daripada disebabkan Covid19. (Shahbudindotcom 10/01/2021)
KEADAAN YANG BAKAL BERLAKU-
Semalam saya telah terangkan, Tan Sri Muhyiddin wajib dibawah
amalan perlembagaan untuk menghadap DYMM Di-Pertuan Agong untuk memaklumkan
kepada Baginda, beliau telah hilang majoriti di dewan dan kerajaan PN ini kini
adalah kerajaan minoriti.
Ramai yang tanya, apa langkah seterusnya? Di bawah perlembagaan
dan amalan Westminister Agong mempunyai budibicara untuk:-
1) Meneliti laporan PM dan menerima perletakkan jawatan PM;
2) Tidak menerima perletakkan jawatan buat sementara masa, dan
berjumpa dengan pimpinan parti, atau ahli parlimen untuk memastikan ada ahli
parlimen lain yang kini mempunyai sokongan majoriti seperti yang diperuntukkan
dibawah Artikel 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.
3) Menerima perletakkan jawatan PM dan memberi peluang atau
keutamaan kepada Ketua Pembangkang untuk menubuh kerajaan baru.
4) Membenarkan PM kerajaan sekarang untuk terus mentadbir negara
ini sebagai kerajaan minoriti.
5) Menerima cadangan PM untuk bubar Parlimen dan mengadakan
Pilihan Raya Umum.
Hakikatnya mengikut amalan, PM perlu menghadap Agung segera
untuk memaklumkan situasi terkini & menawar untuk letak jawatan kerana
telah hilang kepercayaan majoriti AP dan terpulang kepada budibicara Agung
untuk mengambil tindakan seterusnya demi kestabilan politik selaras dengan
keadaan negara sekarang & perlembagaan persekutuan.
Jimmy Puah Wee Tse
Timbalan Pengerusi Keadilan Johor
10hb Januari 2021
Sumber dalaman Umno dedah perpecahan ‘mendalam’ kepimpinan parti
PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Umno mendedahkan mengenai perpecahan mendalam dalam parti itu, yang mungkin menyebabkan sebilangan Ahli Parlimennya menjadi punca tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menarik balik sokongan di Parlimen.
Bercakap kepada FMT, pemimpin yang tidak mahu dinamakan itu menyifatkan penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “kejatuhan domino pertama”.
“Beliau tidak mendapat restu daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno yang tidak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimennya supaya menarik balik sokongan. Namun seperti biasa, tidak semua dalam Majlis Kerja Tertinggi tahu keadaan yang sedang berlaku.
“Orang ramai menunggu arahan presiden (Ahmad Zahid Hamidi), tetapi langkah berdiam dirinya cukup jelas,” kata sumber itu.
Beliau juga berkata, mereka yang berada dalam parti tahu Ahmad Jazlan menyebelahi pemimpin mana.
Katanya, kumpulan itu, termasuk pemimpin parti yang menghadapi perbicaraan, mahu memaksakan kejatuhan kerajaan sebelum perhimpunan agung Umno diadakan pada 31 Jan depan.
Pada perhimpunan itu Umno dijangka membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin.
Sumber berkata, kejatuhan kerajaan Muhyiddin tidak semestinya membawa kepada pilihan raya baharu.Perdana menteri baharu sebaliknya boleh dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.
Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz daripada Umno berkata, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik perdana menteri baharu jika beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Alternatifnya, Parlimen boleh dibubarkan dan perdana menteri interim dilantik oleh Agong sehingga pilihan raya diadakan.“Kepemimpinan Umno berpecah berhubung isu kewajaran mengadakan pilihan raya sekarang, dan kemungkinan kita mencapai keputusan yang baik jika ia berlaku sekarang,” kata sumber itu.
Beliau berkata, kumpulan yang berusaha menjatuhkan kerajaan itu menyedari skeptitisme pemimpin berhubung perkara tersebut dan mahu memaksakannya sebelum perhimpunan tahunan Umno diadakan.
“Mereka mahu mengambil keputusan itu daripada tangan kepemimpinan kolektif kerana kewarasan mungkin akan menang pada waktu itu (perhimpunan tahunan Umno).”Penarikan sokongan Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan semalam menyebabkan hanya 111 Ahli Parlimen kekal menyokong kerajaan PN daripada 222 ahli di Dewan Rakyat.Nazri kemudiannya memberitahu FMT bahawa lebih ramai Ahli Parlimen Umno dijangka mengambil langkah sama dengan menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan.
HILANG MAJORITI, MUHYIDDIN HARUS SEGERA MENGADAP AGONG
1. Apabila Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermakna ketika ini jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN hanya ada 110 orang sahaja.
2. Dalam keadaan ini Perdana Menteri Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat dan Kerajaan PN tumbang.
3. Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya. Dua orang Ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal parlimen ke-14 tinggal 220 orang.Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti di Dewan Rakyat.
4. Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin pada 1hb Mac 2020 sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa pada hemat Baginda Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
5. Sepanjang 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kerajaan PN, beliau telah mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.
6. Perkara yang paling hampir yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ialah melalui pengundian semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021 di Dewan Rakyat. Undi yang paling tinggi dicapai oleh Kerajaan PN yang menyokong Belanjawan tersebut diperolehi pada 15hb, Disember 2020 semasa pengundian belah bagi bacaan ketiga Belanjawaan 2021 tersebut. Kerajaan PN mendapat 111 undi manakala pembangkang mendapat 108 undi. 111 undi yang diperolehi oleh Kerajaan PN ketika itu adalah termasuk sokongan dari Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan.
7. Kini Ahli Parlimen Machang itu telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan juga Kerajaan PN. Dalam keadaan ini, elok kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sekali lagi. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
8. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah jelas. Maka saya selaku salah seorang ahli Dewan Rakyat menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mematuhi peruntukan undang-undang tubuh negara kita ini, Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan segera mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dengan seberapa segera. Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia telah berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Inilah masanya untuk membuktikan ikrar dan sumpah jawatan tersebut.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Bertarikh Ahad 10 Januari 2021.