Tapi ada kutu Kincin Tatak Mungi dok sanggah saya dan kata
KUNUNnya Malaysia lebih mirip Singapore. Tengok sendiri Singapore di mana dan
hospital Malaysia jadi macamana mana?
Jangan nafikan sikap Penguasa yang CLUELESS telah menyebabkan
Frontliners dan Sistem Kesihatan Awam kita tertekan.
Wallahualam.
- Zus Din
10 Januari 2021
*********************
Medan Perang Dalam Hospital
Bekerja semalam, katil-katil penuh dengan kes-kes berisiko
Covid. Pasukan kami bekerja keras tanpa henti. Kes-kes pula tidak dapat masuk
ke wad kerana semua katil hospital telah penuh. Malah kes-kes yang perlukan ventilator
yang sepatutnya masuk ICU terpaksa diurus di zon kecemasan.
Kami juga berhadapan dengan rakan-rakan yang ‘tumbang’ satu
persatu kerana dijangkiti Covid. Malah kes-kes berisiko di kecemasan semasa
bertugas hari ini, walaupun tiada kontak dengan pesakit Covid, 5 dari mereka
positif Covid apabila ujian makmal balik kemudiannya.
Malah, semalam satu kes yang ditikam isteri selepas bergaduh,
positif Covid. Merawat trauma satu hal, merawat Covid pula satu hal lagi. Yang
positif dadah ‘methamphetamine’, yang dapat sawan, dapat strok, serangan
jantung masuk ke zon rawatan yang sudahpun penuh.
Satu-satunya penenang jiwa adalah pasukan kami yang sabar dan
bantu-membantu dalam susah dan senang. Habis syif semua keletihan tetapi masih
tetap senyum mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja satu syif.
Cuma terasa tidak seronok kerana rakan-rakan yang mengambilalih
syif menerima katil-katil yang penuh pada permulaan syif. Tidak suka menjadikan
hari mereka sukar.
Anda masih makan beramai-ramai di pantri dan kedai makan pada
jarak kurang 1 meter? Anda ketawa terbahak-bahak di meja yang dicantumkan? Anda
membuka mask dan mengambil gambar di kenduri-kendara? Anda bersalam, berpeluk
dan cium dengan saudara jauh yang melawat?
Malah, tanpa sekuman rasa bersalah dan penuh bangga anda
berkongsi gambar-gambar yang diambil rapat-rapat kurang 1 meter dalam keadaan
membuka mask di media sosial dan ini seterusnya menjadi ikutan orang lain.
Ianya amat menusuk hati kerana menjadi bukti langgar SOP yang dipamerkan.
Saya sangat hairan dengan nilai moral dan etika mereka yang
masih demikian sikapnya walaupun dipesan dan diingatkan dengan mesra, rayu
malah sedikit rasa marah. Tulis surat sudah, buat video pesanan pun sudah.
Kes sudahpun meledak dan kita berada dalam peperangan yang
momentumnya deras. Jumlah kes adalah tertinggi kini.
Pulang kerja, apabila melewati kedai-kedai makan, saya melihat
fenomena serupa - makan ramai-ramai pada meja kecil yang jaraknya kurang 1
meter. Kalau makan 2 orang semeja pun, ia meja kecil dan jaraknya kurang 1
meter dan pastinya virus boleh melompat dengan mudah dalam keadaan tanpa mask.
Begitu juga bila beriadah.
Anda boleh berseronok tanpa sedikitpun ada etika untuk
menghentikan rantaian Covid. Rakan-rakan sekerja kami bertarung dan ada yang
tumbang. Kami menerima semua ‘hasil sumbangan’ anda setiap hari di hospital.
Apabila anda tidak serius mengamalkan SOP, anda memberi ‘peluru
hidup’ kepada virus untuk frontliner ditembak. Mereka yang serius pula menjadi
perisai kepada kami dan sungguh kami hargai. Terima kasih atas budi baik anda.
Sebenarnya hanya anda sahaja yang boleh memenangkan perang ini,
bukan kami.
Kami hanya menguruskannya sahaja.
Nota: Sekeping Surat Dari Frontliner :