WANG DAN TOLAK UNDI 18 PRN SARAWAK PUNCA KEKALAHAN PKR

 



Kekalahan Pakatan Harapan (PH), khususnya KEADILAN di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dilingkari faktor yang pelbagai tetapi sebahagian besanya di luar kawalan.

Menurut Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, faktor utama

yang menyebabkan PRN kali ini tidak begitu disertai golongan muda pengundi PH adalah kerana taktik kerajaan Sarawak yang mengadakan pilihan raya tanpa menunggu Undi 18 dibolehkan membuang undi.

"Kerajaan GPS berniat untuk menindas pengundi dengan

mengandakan pilihan raya sebelum akhir tahun untuk menyekat undi belia kerana pilihan raya berlangsung sebelum Undi-18 dilaksanakan pada 1 Januari 2022. Akibatnya, kira-kira 150,000 pengundi muda terlepas peluang mengundi dalam pilihan raya ini.

"Di samping itu, lebih setengah juta pengundi tambahan yang

baru-baru ini ditambah ke dalam daftar pengundi tidak dapat mengundi serta senarai tersebut tidak akan dilaksanakan sehingga awal 2022," katanya.

Faktor berkenaan, kata mereka, menyebabkan golongan muda memboikot

keluar mengundi kerana kecewa dengan ketidakmampuan mereka membuat perubahan kerajaan sekiranya membuang undi.

Selain itu, KEADILAN Sarawak juga kecewa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal melaksanakan undi pos, walaupun hampir 250,000 Rakyat Sarawak tinggal di Malaysia Barat, yang majoritinya tidak dapat pulang ke Sarawak kerana harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi. Tiada had harga dilaksanakan oleh kerajaan untuk memudahkan perjalanan pulang bagi menunaikan tanggungjawab.

"Kesan pandemik Covid-19 dan pilihan raya yang diadakan pada

hari Sabtu juga membawa peratusan keluar mengundi yang lemah. Sekiranya pilihan raya diadakan pada hari Ahad ia akan memberi rakyat Sarawak yang tinggal di luar untuk menempuh perjalanan panjang pulang mengundi. Dalam beberapa keadaan, pengundi perlu melalui udara, jalan raya dan air untuk kembali ke kawasan mereka," kata kenyataan itu.

Kerajaan GPS juga dikecam kerana gagal memastikan capaian internet

yang stabil di sebahagian besar kawasan luar bandar di seluruh Sarawak untuk menjadikan kempen secara maya berkesan . Pembangkang pula tidak mempunyai akses langsung kepada media arus perdana.

Di samping itu, kata mereka, politik wang terus diamalkan secara

berleluasa oleh parti parti yang mempunyai dana dan kuasa.

"Kami melihat beberapa contoh di mana politik wang memainkan

peranan penting. Kami telah melaporkan kejadian ini kepada polis, SPRM dan SPR serta sedang menunggu pihak berkuasa mengambil tindakan," kata mereka lagi.

KEADILAN Sarawak mengkritik keras taktik yang sengaja dilakukan bagi mempertahankan kuasa GPS dan meneruskan rompakan ke atas hasil bumi Sarawak. Dengan lebih 1.5 juta penduduk luar bandar terus merana tanpa air bersih, elektrik, internet akses, jalan raya dan hospital.

Sehubungan itu, mereka menyeru kepada pembaharuan pilihan raya

bagi untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil serta menamatkan politik hegemoni serta politik wang pada masa hadapan.