HAMDAN TAHA
Antara bencana teruk kali ini selain sri muda dan bukit lanchong
ialah Hulu Langat dan Janda Baik dan Mentakab Pahang...
Tapi kisah banjir di pahang seolahnya di tutup rapat rapat
kerana kes kes banjir di sana sama seperti di gua musang kelantan dan kuala
krai kelantan semuanya kerana kerakusan memusnahkan hutan hutan...
Jika di pahang terdedah maka akan ada pihak yang nampak baik
tapi sebenarnya perosak alam...hutan,tanah,besi semua keluarga mereka yang
punya...begitu juga di hulu langat kemusnahan hutan juga menyebabkan kepala air
menjadi alat kemusnahan....
Di bandaraya dan kota raya hutan sudah tak ada tapi di musnahkan
pula dengan pembangunan yang tidak seimbang sehingga ke kawasan yang tak boleh
pun di bolehkan...kawasan tadahan air di berikan kepada syarikat syarikat
kroni..lombong di tambak...sungai tidak di jaga....semuanya kerana tamak
haloba....jika di siasat akan terdedah lah syarikat siapa...mereka ini di
sokong oleh siapa.....rakyat jika protes dan dedahkan akan di penjara dan di
dakwa kononnya derhaka....
Kita masih lagi di takuk lama....rasuah di semua tempat....maka
rakyat akan menderita....hartanah kawasan banjir sudah tentu merudum jatuh
harga dan tak laku untuk.di jual....dan kawasan ini pula ramai orang melayu dan
india....jadi lagi lah harga jatuh teruk sangat....