“Saya punya CEO sendiri bergerak ke
Pahang, sudah tidak datang ofis tiga hari sebab nak tolong orang.
“Dan selepas tujuh hari, perdana
menteri kita baru nak kerah jenteranya…. apa berlaku,” tanya Baba Ayam dalam
satu video yang kini tersebar luar.
Baba Ayam merujuk kepada pengumuman
perdana menteri melalui twitter pada 23 Disember untuk gerakkan Nadma,
Polis,Bomba dan Askar untuk membantu mangsa banjir dan memberikan laporan
harian.
Ekoran twitter itu, orang ramai
berkicau marah kepada pengumuman Ismail Sabri itu kerana banjir telah melandar
negara sejak 17 Disember lalu lagi.
“Hari ke 7
baru nak arahkan?! L.E.M.B.A.B #KerajaanGagalLagi,” tulis KZ melalui twitter
beliau bagi menjawab arahan Ismail itu.
MuhdKaz pula
mengulas, “Orang dah ramai hilang nyawa, barulah nak suruh itu ini. Mlm banjir
tu pergi mana?Orang dah teriak dah masa malam pertama.”
Sehingga
kini, sudah 41 nyawa disahkan hilang berikutan banjir yang melanda Selangor,
Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain negeri sejak seminggu lalu.
“Sidang
media tu nak umum semua KP tu nak letak jawatan sebab gagal kewww?? Yeayy,”
tulis Makcik Hwaz Wa.
Tujuh
hari, air dah surut, orang dah mati, sebahagian rumah sudah dibersihkan.
“Selepas
tujuh hari baru perdana menteri nak buat sidang media untuk kerahkan tentera,
bomba dan polis, lepas tujuh hari.
“Lepas
semua NGO dekat