PEMBOHONG PUNYA MAIL SABRI- DI BERA DIA KELENTONG KATA BARANG NAIK REGA SEBAB LUAR NEGARA TAK BOLEH NAK IMPORT MASUK. 500K DAPAT KERJA MAI KOT MANA MAIL OIIII

 


Ismail bermimpi, mana bukti 500,000 orang berjaya dapat kerja, tanya MP


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin sedang bermimpi apabila mengumumkan lebih 500,000 pencari kerja telah berjaya mendapat peluang pekerjaan setakat 3 Disember lalu.

Lip Eng berkata, beliau ingin mengetahui, daripada 705,000 penganggur yang direkodkan pada Oktober tahun ini, berapa ramai antara mereka yang benar-benar mendapat pekerjaan.

“Atau adakah ia satu lagi kenyataan syok sendiri yang memuji diri sendiri dan cuba menipu pengundi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, jika Malaysia boleh mencapai pemulihan yang ajaib dalam pengangguran di negara ini, kerajaan Ismail harus menawarkan rundingan untuk mengajar Amerika Syarikat dan seluruh dunia cara mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi.

Tambahnya, beliau juga sedia memberi markah yang tinggi kepada pencapaian Ismail jika benar apa yang didakwanya tentang lebih 500,000 rakyat Malaysia mendapat pekerjaan, adalah benar.

“Saya bersedia untuk memberi Ismail Sabri markah yang tinggi jika apa yang didakwanya itu tidak palsu.

“Tetapi saya fikir ia adalah angka rambang, tanpa agensi kerajaan yang menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong angka itu.

“Ismail Sabri tidak sepatutnya memberi maklumat yang salah! Dia perlu membuktikan angka itu benar, atau dia dan Kabinetnya tidak layak berada lagi 100 hari di dalam kerajaan,” katanya.