Lawatan dua pemimpin utama negara ke Daerah Hulu Langat semalam
dan hari ini jelas terlihat perbezaannya.
Semalam, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar
Ibrahim melawat mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat menggunakan
motorsikal.
Presiden KEADILAN itu membonceng motorsikal sukarelawan Team
Selangor bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau mengganggu tugas
pembersihan sukarelawan biar pun beliau mempunyai pengiring polis (out
rider) serta pengawal.
"Jadi kita minta sukarelawan, NGO supaya kawal kemasukan
kereta, memberi laluan utama kepada lori sampah.
"Sebab itu saya naik motor, kalau naik kereta dengan VIP,
mengganggu pekerja membersihkan kawasan," katanya kepada pemberita alasan
mengapakah beliau sanggup menempuh jarak lebih 2 kilometer membonceng
motorsikal.
Ismail
hadir menaiki kenderaan rasmi kerajaan melambai rakyat
Bagaimanapun hari ini, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob ke daerah yang sama diberitakan menaikki kereta rasmi kerajaan.
Hal itu disindir netizen, kerana setelah seminggu baharu datang
menjengok mangsa, apakah beliau ingin membantu mencuci selut banjir.
"PM dah blah ke Dusun Tua pulak. Katanya dia datang tadi
tolong cuci.
"Cuci mata...." senda seorang pengguna Twitter.
Manakala akaun mikro media berkenaan, ADUN Dusun Tua, Edry Faizal dari DAP didapati meluahkan rasa agak terkilan kerana banyak polis menyekat laluan sehingga beliau tidak dapat hadir bersama menyambut kedatangan Ismail Sabri.