Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi yang memberi amaran kepada peniaga-peniaga sekiranya menaikkan harga barang lebih awal menjelang perayaan Krismas.
Kata Lim, peniaga-peniaga juga menjadi mangsa dalam hal ini oleh itu, tidak boleh salahkan peniaga semata-mata sekiranya mereka menaikkan harga barang.