Calon KEADILAN DUN Saribas, Patrick Haji Kamis berjanji akan melakukan reformasi insfrastruktur dan sosio ekonomi di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, kaedah pengagihan tanah yang mengutamakan kroni dan pemberian bantuan ekonomi akan ditangani dengan saksama sekiranya beliau diangkat sebagai ADUN Saribas.
"Skim bantuan pertanian dan penternakan dibuat secara diskriminasi dan eksploitasi. Kronisme dan monopoli juga wujud dalam pengagihan dan pemilihan tanah lot untuk kediaman, sedangkan penduduk yang lebih memerlukan tanah gagal dalam permohonon.
"Begitu juga ketirisan meluluskan projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Pemohon yang sepatutnya layak mendapat bantuan dipinggirkan dan yang tidak menepati kriteria pemilihan diberi pemilikan dan didahulukan sampai ada rumah yang dah berhantu pun tidak berpenghuni," katanya dalam sdiang media pagi tadi.
elain itu, penganguran dalam kalangan belia di Saribas juga akan ditumpukan dan cari jalan penyelesaiannya.
"Strategi drastik untuk membasmi pengangguran di kalangan belia di daerah Saribas dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah sosial setempat.
Model ekonomi komuniti luar bandar akan kami laksanakan dengan memperkasa dan mempromosi produktiviti tempatan untuk menambahbaik kualiti hidup penduduk serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
"Pakej sokongan E-Perniagaan Percuma seperti Pakej Latihan dan Bimbingan E-Digital Percuma juga akan disediakan.
"Termasuk latihan khas dianjurkan untuk wanita dan suri rumah yang ingin berniaga melalui perniagaan kecil dan sederhana termasuk “cottage industry”," katanya.
Di samping itu, cikgu Patrick juga berjanji akan memberi tumpuan kepada merangka pelan strategik keselamatan dan kesejahteraan kampung serta rumah panjang.
Beliau juga akan memastikan sistem pengurusan sisa pepejal, perparitan, tebatan banjir, rungutan masalah tempat letak kenderaan di Debak Baazar diperbaiki.
"Kami memberikan halatuju yang jelas untuk suatu perubahan di Saribas dengan ikhlas, tanpa bermuka-muka dan saling tolong-menolong tanpa memilih siapa kroni.
"KEADILAN untuk Sarawak, KEADILAN untuk Semua," katanya lagi