KAK IDA ABDULLAH
WE ARE MISSING THE POINT
Saya pernah tulis mengenai bahaya berencana jahat sewaktu
Mahiaddin dan Kitols merampas kerajaan. Tapi waktu itu orang Melayu beragama
Islam sangat bangga, Malaysia pertama kalinya berkerajaan Melayu Islam,
dipimpin oleh Abah, anak orang alim.
Itu yang orang Melayu lihat. Malah orang alim agama juga
mengiktirafkannya sehingga membuat saya tertanya-tanya, "aku kah yang
berdosa mempertikai cara mereka menjadi kerajaan?"
Adakah pengkhianatan itu tidak berdosa hanya kerana Melayu Islam
lakukannya? Covid19 memberi jawapan. PM kerajaan Melayu Islam GAGAL
menguruskannya sehingga rakyat kelaparan meminta bantuan melalui bendera putih.
Lalu orang agama pun muncul dan berkata "Haram angkat bendera putih minta
bantuan!" Gagal uruskan kebajikan rakyat Halal la? Kenapa mereka gagal
setelah bersusah payah sanggup khianat kerana ingin berkuasa sebagai PM.
Merasalah juga 17 bulan dalam kehinaan.
Proses khianat berulang dan PM bertukar sekali lagi. Kali ini
diuji dengan pengurusan banjir besar dan jelas dan nyata gagal sekali lagi.
Kenapa gagal dalam 100 hari?
Kenapa Gagal kedua-dua PM yang diangkat melalui khianat yg
disuci melalui SD?
INI JAWAPANNYA: Apabila seseorang berniat ingin mengkhianati,
MAKA dia akan diilhamkan dengan segala kejahatan sebagai strategi. Pelbagai
cara akan diilham kepadanya. Apabila dia melaksana dan tentunya berjaya, yang
ada padanya hanya kejahatan sahaja. Kerana apa? Kerana jika dia baik, mana
mungkin khianat? Tak payah bagi alasan apa2 pun, kau khianat, kau jahat.
Apabila kau jahat, TIADA ilham baik akan membantu mu melaksana kebaikan.
Sebab itu seperti semasa Mahiaddin GAGAL mengurus COVID19,
begitulah Sabri Ismail GAGAL mengurus banjir. Yang berjaya ADALAH RAKYAT!
Rakyat yang baik, yang membantu sesama sendiri! Jika masih lagi tidak percaya,
masih lagi merasakan tidak mengapa siapa jadi PM, asal negara berkerajaan.
Terimalah kerajaan gagal.
Yang membenar kerajaan gagal Mahiaddin dan Ismail Sabri BUKAN
rakyat. Hanya mereka yang memberi pengiktirafan menggalas dosa, rakyat pula
mengharungi bencana dan merana. Jangan persia-siakan segala pengalaman pahit
anda, wahai rakyat. Mereka akan datang semula mengemis undi anda, BERSEDIALAH
UNTUK MENGHUKUM MEREKA.
Jika anda lembik leher dan melupakan air banjir yang keruh dan
mengambil rasuah undi yang jernih, PM selepas ini mungkin akan menyebabkan
Malaysia hilang dari peta dunia! Mustahil ka? Kaum yang lebih
hebat
Allah telah musnahkan, apalah istimewa sangat Melayu ni?
Bukti apa lagi Melayu perlu untuk benar-benar beriman dengan
Tuhan dan meninggalkan perbuatan mengagungkan tuan? Semua bala bencana adalah
dari tangan-tangan hamba yang mendahulukan selain dari Allah pemilik sekelian
alam. Pemimpin Malaysia sudah lama khianat rakyat dalam diam dan tidak
kelihatan.
Aset dan harta negara mereka agihkan sesama mereka. Itulah
pengkhianatan yang mengundang bala. Pemimpin zalim dijanji Allah, haram merasai
syurga. Jangan kita pula memandai-mandai mengangkat mereka menganugerah mulia.
Kita taat mereka sebagai kewajipan kepada Allah. Saat mereka khianat amanah
Allah jangan pula kita menjulang mereka di atas jemala.
Orang Melayu buang sikap pelik mu, mengutamakan tuan melebihi
ketaatan kepada Tuhan. Tuan kamu juga merasai mati, tiada yang akan
dikecualikan. Minggu ini diramalkan taufan pula melanda. Sebagai hamba kita
hanya mampu berdoa memohon ehsan Allah, kerana pemimpin negara tiada ilham baik
untuk membantu kita kerana niat mereka semata-mata ingin kuasa untuk menjadi
kaya. Apabila kebajikan kita tidak diutama, tinggallah #kitajagakita.
Semuga Allah pelihara kita dan lindungi kita yang sungguh tidak
berdaya di bumiNYA kerana kita tidak dapat berharap kepada pemimpin yang gagal
menjaga kita dan mengurus negara.
Ya Allah, kami memohon, jika ada taufan yang akan melanda HANYA
DIKAU dapat menghentikannya. Amiin ya Rabb.