( VIDEO PEMBENTANGAN SAIFUDDIN DI DALAM ) DULU NAK SEKAT SUNGAI-LA AJAK BERTUMBUK (MELAWAK) TAPI NAMPAK TAK CERDIK- TU LA MB KEDAH : NAK KATA APA YANG SESUAI ?





Saya sanggup ‘bergomoi’ demi tuntutan bayaran pajakan P Pinang, kata Sanusi





Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, berkata segala tuntutan dibuat bukan untuk dirinya, sebaliknya demi memastikan demi kepentingan Kedah.

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan terus melawan mendapatkan hak negeri itu walaupun terpaksa ‘bertumbuk’, kata Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian bagi menyatakan penekanan tuntutan Kedah membabitkan pembayaran ‘pajakan’ Pulau Pinang daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM100 juta, selain RM50 juta bagi pengambilan air dari Sungai Muda dari negeri jirannya itu.

Sanusi berkata, beliau tidak akan berhenti menuntut jumlah pembayaran berkenaan dan tidak sesekali terganggu sekiranya Pulau Pinang, menyatakan rasa kurang senang dengan permintaan kerajaan negeri, selain percaya lambat laun negeri berkenaan akan membuat pembayaran seperti dituntut.

Katanya, semua tuntutan terhadap Pulau Pinang, termasuk kepada kerajaan persekutuan membabitkan peruntukan bukan untuk dirinya, sebaliknya demi kepentingan Kedah.

“Bukan saya suka cari gaduh tapi perlu bergaduh dapat hak saya, saya berani, saya akan pulun (berusaha), tumbuk pun mau. tapi tak lah sampai takat tu kot.

“Bersungguhnya saya, bergomoi (bergusti) pun boleh. Sat (Sekejap) lagi paper (surat khabar) tulis ‘Sanusi sedia bertumbuk’ ah jahanam. Bahasa Kedah sajalah ucapan sahajalah bukan betui (betul),” katanya disambut hilai tawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini kekal dengan pendirian negeri itu mempunyai kedaulatannya mengikut Perlembagaan Persekutuan, dan bukannya dipajak daripada Kedah.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang juga bertegas tidak akan membuat pembayaran kepada Kedah membabitkan pengambilan bekalan air dari Sungai Muda.

Bermula 2018, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, bersetuju memberikan sumbangan khas RM10 juta setahun kepada negeri ini, yang sebelum itu, Kedah sekadar menerima bayaran royalti pajakan Pulau Pinang berjumlah RM10,000 sahaja.

Dalam pada itu, Sanusi mendedahkan Sultan Kedah juga terbabit dalam keputusan kerajaan persekutuan menaikkan jumlah pembayaran berkenaan pada 2018.

Katanya, baginda berkenan bertemu dengan Mahathir menuntut “bila Pulau Pinang akan dikembalikan kepada Kedah semula”.

Sanusi berkata, Mahathir bagaimanapun “menutup mulut” dan kemudian hanya memutuskan menaikkan bayaran khas itu kepada RM10 juta setahun.