Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu secara tidak sengaja mendedahkan Amanah bukanlah boneka DAP seperti yang didakwa sebelum ini.
Menurut laporan FMT, Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata beliau terpaksa menguruskan ‘pertengkaran’ antara Amanah dengan DAP setiap hari ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar.
Beliau membuat dakwaan bahawa DAP dan Amanah sentiasa berjuang untuk kepentingan agenda parti masing-masing.
“Ketika saya dijadikan Menteri Besar Perak, kerajaan Pakatan Harapan dengan DAP dan PAN (Amanah) hari-hari kerja saya bergaduh atau menguruskan pergaduhan dalam mesyuarat.
“Pada setiap Rabu ada mesyuarat Exco. Nak adakan satu mesyuarat tu kena buat tiga empat mesyuarat lain.”, katanya.
Mengulas lanjut, Faizal mendakwa terdapat kejadian apabila beliau didatangi pemimpin DAP yang meminta beliau melaksanakan sesuatu tanpa memberitahu pemimpin atau Exco Amanah.
“Amanah pun sama. Mereka akan berkata, ‘MB Peja (nama panggilan Faizal), buat satu atau dua perkara ini dahulu, jangan beritahu mereka’. Saya kata macam mana nak buat, kena bawa ini ke mesyuarat Exco.