Logo tak ada kaitan. Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal, kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal, macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi? Dan kalau logo BN itu sangat keramat, kenapa PRN Sarawak nanti GPS tak pakai logo BN tapi pakai logo GPS. Dan kenapa Perikatan Nasional yang hanya 17 bulan boleh menang 2 kerusi; paling ajaib di kerusi yang banyak undi awal (undi pos?).
Masalahnya pimpinan PH tak tahu siapa pengundi PH atau buat pura-pura tak tahu. Dari keputusan PRU14 lagi sudah nampak yang pengundi PH adalah majoriti dari M40 dan T20 ( kelas pertengahan dan kelas atas). Mengatakan yang golongan ini tak undi PH sebab logo adalah sama seperti kata mereka ini adalah buta huruf dan tak reti mengeja. Betul, logo ada signifikannya mungkin bagi saluran 1 dan 2 bagi pengundi totok UMNO/BN. Dan di PRN Melaka saluran ini yang banyak mengundi sebab yang pengundi luar @ atas pagar semua banyak yang tak pulang.
Kekalahan ini bukan sesuatu yang mengejutkanpun. Saya tahu pimpinan PH juga sudah dapat taklimat yang PH akan dapat kurang undi Melayu tapi tindakan mengambil bekas UMNO itu adalah satu tindakan yang fatal. Kan Newton sudah kata "for every action there is an equal and opposite reaction", atau macam pepatah Melayu selalu tulis yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.
Mengambil bekas ahli UMNO ini adalah tindakan konsensus, jadi pimpinan PKR adalah sama bersalah dengan pimpinan Amanah, dan juga Pengarah Pilihanraya PRN Melaka sebab benarkan mereka bertanding di bawah bendera PH. My respect is on DAP sebab jelas menolak "katak-katak" ini. Jadi ketiga-tiga individu ini kena bertanggungjawab dan perbaiki sebab kita ada PRN Sarawak pula selepas ini.
Bertanding atas agenda reform makna kita kena fully reform bukan hanya di bibir. Kalau tidak kita akan jadi sama dengan Parti Lebai yang sudah di tolak bulat-bulat oleh masyarakat. Dan kena ingat politik ini adalah sentimen, bila BN especially Banduan Antarabangsa main isu katak, regardless explanations yang pimpinan PH kata (nak kata mereka di pecat bukan melompat), orang tak mahu dengar. BN pun ada Adun Katak Rumbia tapi kenapa mereka boleh menang? Jangan di tanyalah kenapa, kalau banduan antarabangsa pun mereka boleh angkat sebagai boss, tengoklah pengundi mereka dari demografi yang mana.
Saya pernah ulas dulu, scenario terburuk adalah PH akan kembali semula kepada keadaan PRU13 dan ini adalah mirip kepada keadaan tersebut.
On the flip side, Bersatu dan mereka yang bersetongkol dengan langkah Shereton sudah dapat lihat apa nasib mereka untuk PRU15. 2 Kerusi yang mereka menang ini pun satu kerusi dari undi POS, satu lagi kerusi yang mana 2 calon DAP dan MCA hampir sama, dan PN yang meletakkan calon Melayu dapat jadi King Maker.
Sebab itu Ilham Centre tulis kalau peratusan pengundi bawah 80%, PH sukar hendak tawan Melaka dan mereka tepat.
Peratusan undi popular PRN Melaka ikut ilham centre.
BN 40%,
PH 33%
PN 24%
Dalam PRU14 undi popular adalah seperti di bawah.
PH 5,685,252 undi 50%
BN 3,624,921 undi 32%
PAS 2,043,159 undi 18%.
Maknanya PH hilang secara kasar 17% undi dalam PRN Melaka dan kalau hendak menang ikut track rekod PRU14 kena ada paling kurang 50%. Mungkin 17% tadi termasuk dalam golongan yang sudah terkesan dengan pendemic dan election fatigue? Kalau ini caranya, PH kena segera push untuk akta lompat parti, bagi pengundi tahu yang undi mereka itu tidak sia-sia.
Pimpinan PH kena ingat, bila pengundi cerdik, demand mereka akan jadi tinggi. Politik adalah arena menjual idealogi. Macam kalau kita release smartphone yang tak cater public interest, mereka boleh tukar pada brand lain. Gen millennial ini, brand loyalti adalah kurang. Kita tak boleh harap yang pesaing kita keluarkan product yang subpar untuk attract pengundi, kita sendiri kena improve, improvise produk kita baru ada orang hendak membeli.
Macam saya sendiri, weekend saya sibuk dengan kelas universiti, masa dengan keluarga dan ia sangat berharga. Orang yang mid/upper class biasa mereka akan kira masa mereka untuk membuat kerja yang lebih value dan berfaedah, mereka tahu PRN Melaka takkan merubah tampuk pemerintahan negara lepas tu buat benda tak cerdik macam ambil calon recycle dari UMNO, awak fikir adalah mereka akan rasa masa dan wang yang mereka spend itu berbaloi? Jangan mudah salahkan pembeli kalau produk yang kita tawarkan itu sendiri tak menarik.
On the flip side, kalau PH tak ambil calon recycle dari UMNO pun belum tentu menang, tapi sekurang-kurangnya maruah PH tak tercalar bila kita sendiri kata kita ini reform. Ingat perjuangan ini bermula dari 22 tahun yang lepas, rata-ratanya dari anak muda dan ramai yang kini sudahpun tua; mereka ini semua masih lagi setia berjuang untuk satu total reformasi dalam sistem.
Ingat PRU14 dulu ramai yang berkorban wang ringgit dan masa beli tiket kapal terbang dari luar negara hanya kerana sekeping undi? Bila dah dapat kerajaan boleh pula mengkhianati. Paling tak boleh bla ada pula suara sumbang dari MUDA dan Pejuang sindir dan kata PRU14 menang sebab Mahathir. Lagi best yang sindir itu sendiri tak mahu bertanding PRN Melaka. Ni nak cakap, kalau Pejuang dan Muda bertanding PRN Melaka, masib mungkin atas sikit dari Putra tetapi hilang semua pozek, sedangkan PAS yang berpuluh tahun itu pun dapat telur, inikan parti yang sendiri jadi co-conspirator dalam langkah Shereton.
3 hari lepas Kit Siang tulis DAP submit nama Shahredzan untuk jadi senator pada 2019 tapi sengaja di lambat-lambatkan, jadi ini bertepatan sekali dengan kata Husam Musa yang jawatan senator itu sendiri sengaja di simpan untuk berkhianat.
Apa-apapun PRU15 adalah balasan kepada pengkhianat yang merancang langkah Shereton. Ada yang gila nak jadi PM selama-lamanya, ada yang gila nak jadi PM tapi bila dah jadi hanya pandai baca doa dan bagi PDF, ada kitul yang suka tikam belakang, lompat sebab nak jadi PM juga; last-last semua tak dapat. Kalau UMNO/BN menang PRU15, saya hendak lihat mereka bertiga-tiga ini menjadi kluster mahkamah pula; you reap what you sow.
Saya juga berdoa yang Tan Sri Duta panjang umur dan kekal bersama dengan Tan Sri PDF. Padan lebai tak mahu bersama BN sebab BN hanya mahu bagi mereka 2 kerusi sahaja. Tapi kalau di campurkan kerusi PN + BN, PH mungkin hanya akan dapat kerusi macam PRU12; jadi kita kena elak 2 penjuru.
Saya juga tak nafikan yang PN habiskan berjuta-juta ringgit untuk kempen baik di sosial media dan juga fizikal. Kalau tak percaya tanya macam mana mereka boleh dapat slot khas dengan sinar harian, iklan dengan site macam rotikaya etc, semua itu pakai duit bukan percuma.
Kita faham PH ada kekangan kewangan, kita memang underdog dari dulu tapi bila buat keputusan sesuatu, jangan alienated penyokong dan pengundi PH yang sedia ada. Kalau PH kalah tanpa adun lompat kami yang jadi pengerak sosial media macam saya boleh terima, itu kalah berprinsip. Benda sensitif yang susah hendak di terangkan dalam satu ayat mudah adalah satu sentimen negatif yang banyak implikasi dia. Juga tak lupa dengan DAP yang banyak melompat isu judi dan arak, padahal DAP sudah tahu itu semua permainan lebai hanya untuk PRN. Esok lusa lebai akan halalkan semula. 60 tahun berpolitikpun masih kena main.
Sebagai penutup, PH masih lagi jadi parti alternative untuk mereka yang tolak korupsi dan mahukan islah. Tapi perkara islah itu kena selari dengan tindakan sebab penyokong PH rata-ratanya bukan memajak akal pada pimpinan. Ini juga menidakkan kata-kata pengtaksub yang mahu PKR bertanding 222 kerusi kata boleh menang; jadi sudah faham kenapa saya kata PH itu sendiri lebih besar dari PKR, DAP, Amanah atau UPKO?
Keputusan ini sudah menyakinkan UMNO untuk bertanding secara bersendirian untuk PRU15. Sebab itu PRU14 mereka sengaja pilih hari berkerja untuk mengundi sebab pengundi teras mereka ada di tempat lokal. Lagi kurang jumlah pengundi lagi tinggi peluang BN menang. Macam mana PH banyak bergantung pada pengundi luar, macam itu juga lebai bergantung pada pengundi luar kelantan untuk menang. Kalau UMNO Terengganu tak mahu berkongsi dengan Lebai Terengganu, maka 3 penjuru sudah pasti terjadi.
Cumanya bila 3 atau 4 penjuru pastikan yang perpecahan undi tersebut dapat kepada PH bukan pada blok king maker.
Saya juga percaya yang PRU15 nanti banyak undi golongan muda yang lebih cerdik dan tak terpaut pada sentimen kepartian. Jadi adalah penting PH untuk menunjukan qudwah hasanah, role model yang terbaik dan kenapa PH berbeza dari parti politik yang lain. Undi 18 ini sangat signifikan sebab itu GPS tergesa-gesa bubar sebelum undi 18 automatik tahun hadapan dilaksanakan. Kalau PH boleh explain dengan baik, yakinkan semula aktivis PH insyallah masih lagi ada peluang. Kalau tak jadilah seperti definasi insanity, membuat perkara yang sama berulang kali dan berharap dapat keputusan yang berbeza.
Kalau PH berani, pimpinan Amanah dan PKR kena tukar, tukar pada siapa itu hangpa sendiri pandai-pandailah. Tak payah nak tarik nama Rafizi sebab dia sendiri kata dah pencen. Kalau nak retain juga pimpinan yang sama, you need to deliver a magic, start listening to the grassroot bukan punahsihat yang di sekeliling.
Negara ini sebenarnya sudah sakit tenat, baca pendedahan dari edisi siasat tentang kecurangan penguasa mengiakan yang ia hanya dapat di selamatkan hanya melalui total reformasi politik. Tapi takat ada camera 128Mega pixel , 20GB RAM 1TB Storage, Snapdragon 888, kalau di balutkan oleh manufacturer cap ayam tak ada orang akan beli. Jadi spesifikasi telefon dan jenama itu perlu seiring dalam satu pakej barulah pembeli akan tertarik.
MMMS