Oleh MALAYSIA DATELINE / November
22, 2021
Di sebalik kekalahan
Pakatan Harapan hari ini di media sosial seruan terhadap Naib Presiden PKR,
Rafizi Ramli untuk kembali ke pentas politik semakin bergema.
Ketua Penerangan AMK
Sabah Razeef Rakimi berkata, seruan untuk Rafizi kembali bukan sahaja dalam
kalangan akar umbi PKR malah akar umbi AMANAH dan DAP juga turut menyeru agar
arkitek kemenangan PH pada PRU-14 itu kembali ke lapangan membantu PH kembali
ke landasan.
Rafizi sebelum ini
menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu yang membantu
penubuhan AMANAH bagi menggantikan Pas yang dikatakan bersekongkol dengan Umno
pada ketika itu.
Rafizi melalui Invoke di bawah
seliaan beliau telah turun ke lapangan dan melalui gerak kerja beliau berjaya
membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad.
Bagaimanapun
katanya, setelah berjaya menawan Putrajaya pandangan dan kritikan Rafizi mula
ditolak pimpinan PH.
Misalanya
kata beliau, teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan
sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam
PH dan tumbangnya kerajaan PH yang hanya memerintah selama 22 bulan.
“Keputusan
PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga
kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari AMANAH.
“Ini
merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua
11 kerusi yang ditandingi,” ujarnya.
Dapatan di media sosial terutama
Facebook memdapati akar umbi PH mahu Rafizi Ramli kembali ke politik dan
membantu PH bagi menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlansung pada bulan
Disember ini.
Menurut
rata-rata pengguna Facebook, Rafizi perlu segera kembali dengam strategi yang
beliau ada atau PH akan tersungkur pada PRU-15 akan datang.
Pilihanraya
Negeri (PRN) Melaka telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan kemenangan selesa
Barisan Nasional (BN) dengan 21 kerusi menewaskan Pakatan Harapan (PH) yang
hanya mendapat lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Ini
sekaligus membuatkan BN menang selesa dengan menguasai lebih 2/3 kerusi DUN
Melaka.