Oleh MALAYSIA DATELINE / November
11 , 2021
Pakatan Harapan (PH)
Melaka komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha memajukan ekonomi
selain memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diperkasa.
Komitmen itu selaras
dengan pengumuman Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang merangkumi tiga
teras utama, enam strategi dan 32 inisiatif.
Adly yang diumumkan sebagai calon ketua menteri Melaka jika PH
menang membentangkan manifesto PH Melaka hari ini.
Perkara ini diumumkan
oleh Adly Zahari, Pengerusi PH Melaka ketika membentangkan manifesto PH untuk
pilihan raya negeri Melaka semalam.
Bagi teras Melaka
Sejahtera, PH Melaka telah merangka inisiatif bersepadu
yang merangkumi aspek kesihatan
fizikal dan mental serta kesejahteraan rakyat dalam bangkit dari cengkaman
Covid-19.
Di
bawah teras tersebut, beberapa inisiatif kesihatan telah direncana termasuk:
1)
Dana Khas Covid-19 Melaka: Membiayai program pemulihan termasuk FTTIS+V dan kit
ujian saringan percuma kepada industri serta kumpulan berisiko tinggi.
2)
Dana Ihsan Covid-19: Bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga
akibat Covid-19.
3)
Kad Melaka Sihat: Manfaat RM300 setahun kepada keluarga B50 yang layak untuk
dapatkan rawatan di klinik swasta.
4) First Support Point Keganasan
Rumahtangga: Berpusat di JAPERUN untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.
Sementara
itu, di bawah teras sama, beberapa inisiatif kesejahteraan rakyat dirancang
iaitu:
1)
Skim HARAPAN Rakyat Melaka: Berbentuk bantuan tunai one-off atau tahunan kepada
rakyat Melaka dari pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, pelajar, warga
emas, ibu dan bapa tunggal serta caruman PERKESO percuma.
2)
Skim Bakul Makanan Harapan: Bantuan makanan asas kepada golongan B50 yang
layak.
3)
Skim Perumahan Rakyat Melaka (Mel-Home): Skim rumah percuma, skim rumah sewa
murah dan skim rumah harapan.
4)
Dana Ihsan Bencana: Bantuan bencana untuk mangsa banjir, ribut dan lain-lain
bencana.
5)
Melaka Digital : Bantuan berupa pakej wireless modem dan prepaid SIM, latihan
dan bimbingan ekonomi digital percuma, sokongan perniagaan digital marketing,
dan pembangunan bakat baru pemain E-sport.
6)
Pengecualian Cukai Tanah Pertanian di bawah dua ekar untuk dua tahun.