Panas! Mohamad Ali tak puas hati kalah dengan undi tentera.Alaaaa..macam la tak faham tentera kat Malaysia nih....kah..kah...kah

 

Panas! Mohamad Ali tak puas hati kalah dengan undi tentera


Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila 17 daripada 18 saluran mengundi dalam kalangan anggota tentera memihak kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Mohd. Aleef Yusof yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, belum pernah terjadi dalam sejarah sejak merdeka mana-mana calon BN boleh tewas 17 daripada 18 saluran pada pada pilihan raya namun yang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Soal kalah atau menang itu adat pertandingan tetapi kekalahan saya hanya menang di satu saluran pengundi tentera sangat-sangat mengejutkan.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan kewajarannya apabila 17 daripada 18 saluran saya tewas. Perkara ini sedang dikaji dan melihat mungkin berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

“Calon PN pula bukan anak jati Sungai Udang dan tidak dikenali di sini sebaliknya beliau hanya muncul sebagai calon mewakili PN semata-mata untuk mendapatkan tempat bertanding di Sungai Udang,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

Dalam PRN Sabtu lalu, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali apabila hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

erbekalkan majoriti 530 undi, calon PN itu yang juga bekas Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya yang melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding membuat kejutan menewaskan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Kekalahan itu mengejutkan ramai pihak yang seperti tidak percaya kubu kuat itu tumbang ketika BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang PRN negeri dengan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, beliau lega apabila undi awam jelas banyak memihak kepadanya kerana mereka percaya beliau boleh membela nasib penduduk di situ.

Kekalahan itu tegasnya, tidak mematahkan semangat juangnya dan semua itu bukan alasannya untuk kecewa sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dalam DUN Sungai Udang.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk di Sungai Udang yang telah mengundi saya begitu juga kepada jentera parti yang bertungkus lumus membantu sepanjang PRN lalu,” ujarnya.