OLEH KERANA DIA SOMBONG DAN ANGKUH- AKU SERU SEMUA WARTAWAN BOIKOT MENTERI AGAMA NI DENGAN MENYOAL APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA SETIAP KALI JUMPA DIA,,,

 


Bongkak! Menteri Agama enggan minta maaf kepada wartawan wanita

Bongkak! Menteri Agama enggan minta maaf kepada wartawan wanita

Naib Presiden PAS Idris Ahmad menolak “nasihat” supaya memohon maaf kepada seorang wartawan, sebaliknya memberitahu Dewan Rakyat beliau tidak melakukan sebarang provokasi terhadap petugas media itu.

“Walaupun ini perkara luar konteks, saya rasa, pada saya, tiada unsur bersifat provokasi pun,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu pada sidang Parlimen petang tadi.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Idris dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim memohon maaf kerana dikatakan menggunakan kata-kata kasar terhadap wartawan FMT, Minderjeet Kaur semalam.

Awang adalah Ahli Parlimen Pendang daripada PAS.

Sivakumar berkata, wartawan FMT itu tidak sepatutnya dilayan sebegitu kerana bertanya isu penutupan kedai judi nombor ekor di Kedah dan impaknya ke atas hak bukan Muslim.

“Saya rasa perkara seperti itu perlu dielakkan sebab wartawan itu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Dia nak tahu apakah sebab kerajaan Kedah mahu menutup semua kedai-kedai nombor. Jadi, tidak salah untuk wartawan itu bertanya seperti ini.

“Saya minta kepada YB menteri dan juga kepada timbalan menteri (Awang Hashim) supaya memohon maaf kepada beliau dan juga keluarganya secara terbuka,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Idris tidak berbuat demikian, sebaliknya berkata, beliau tidak melakukan sebarang provokasi.

Semalam, apabila ditanya mengenai isu penutupan kedai judi nombor ekor di Kedah oleh Minderjeet, Idris membalas dengan bertanya “You setuju ke kalau suami you kaki judi?”.

Minderjeet mengingatkan menteri itu bahawa isu berkenaan bukan mengenai keluarganya.

Idris enggan menjawab sebarang soalan lanjut selagi wartawan FMT itu tidak menjawab soalannya.

Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik hari ini membidas dua pemimpin PAS itu kerana bersikap bermusuh terhadap wartawan yang hanya menjalankan tugasnya.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, kesatuan itu tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa pemimpin dan ahli politik seperti pemimpin PAS berkenaan yang “membuli wartawan ketika menjalankan tugas”.

Dalam temu bual kontroversi itu, Awang turut mencelah dan beberapa kali berkeras mahukan Minderjeet bertanya soalan dalam Bahasa Melayu, malah secara sinis bertanya sama ada wartawan itu warga Malaysia.

Sivakumar berkata, penggunaan kata-kata kasar terhadap wartawan tidak harus berlaku walaupun dia “faham” kenapa kerajaan pimpinan PAS di Kedah mengumumkan tidak lagi akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor.

“Saya faham ini adalah niat PAS untuk meraih undi pilihan raya negeri Melaka. Itu adalah strategi tetapi cara YB menteri menangani isu ini dengan mengadakan konfrontasi dengan bahasa kasar terhadap wartawan wanita itu tidak baik,” katanya, seperti dilaporkan FMT.