LAAAAA.....AWAT LA BIAR DUIT ORANG PEGANG PULAK ? DUIT 1 MBD BOLEH SUAMI BEKAS GABENOR PEGANG ? PELIK MALAYSIA NI YA

 



SPRM digesa bertindak segera RM65 juta dana 1MDB dipegang suami Zeti




SPRM baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera susulan pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan dalam syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tawfiq Ayman.

Gesaan itu dibuat Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Apakah YB Tumpat setuju susulan laporan media baru-baru ini pada 19 Nov yang mengatakan dana 1MDB ada kaitan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, di mana nama suaminya disebut dan jumlah wang sebanyak USD15.4 juta bersamaan kira-kira RM65 juta terlibat.

“Apakah YB Tumpat setuju SPRM dan pihak lain mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin kerana seluruh negara tergempar dengan berita ini dan rakyat nak tahu,” soalnya ketika bangkit mencelah ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi yang membahas Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Che Abdullah bersetuju dengan Azeez dan meminta menteri terlibat memberi penjelasan di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan dalam syarikat milik suami Zeti.

Sehingga kini, SPRM berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion, termasuk pemulangan aset bernilai USD15.4 juta melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, syarikat milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Tawfiq pernah disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berhubung siasatan itu dilaporkan.