Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit menyifatkan
keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini telah mencerminkan kebencian
rakyat terhadap budaya lompat parti.
Katanya, Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti dua pertiga
dalam telah berjaya mengeksploitasi isu lompat parti untuk kepentingan mereka.
“Bagi saya, orang ramai serius dengan isu lompat parti. Pendapat
peribadi saya ialah pengundi Melaka telah menunjukkan mereka tidak suka isu
ini.
“BN, terutama UMNO, mempunyai ramai pelompat parti meninggalkan
mereka bukan sahaja di Melaka tetapi juga ahli Parlimen," katanya.
Namun, beliau yakin perkara yang sama tidak akan berlaku di PRN
Sarawak.
“Pakatan Harapan (PH) juga boleh menyediakan kerajaan yang stabil.
Kita di PH Sarawak kini tiada katak. Oleh itu, hanya PH Sarawak adalah
alternatif yang baik kepada GPS dalam membentuk kerajaan akan datang,"
katanya.