NI ZAMAN WALAUNCAI PERINTAH.ISLE N MELAYU LA SANGAT..MELINGKUP DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.
SAIFUDDIN NASUTION
Ayam RM 5.99 sekilo, Telur Gred B RM 9.49 sepapan, Tomato RM 2.99 sekilo dan Kacang Panjang RM 5.99 sekilo.
Hari ini saya telah melakukan pantauan harga bersama pegawai-pegawai di Giant Kulim, Kedah. Tujuan pantauan adalah untuk memastikan kepatuhan dengan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi Hari Raya Puasa 2019.
Alhamdullilah, kesemua 27 barangan di bawah Skim mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.
Malah, terdapat beberapa barangan yang dijual di bawah harga maksimum seperti ayam yang dijual pada RM 5.99 sekilo berbanding harga maksimum RM 7.50 sekilo, telur gred B yang dijual pada RM 9.49 sepapan berbanding harga maksimum RM 11.70 sepapan dan kacang panjang yang dijual pada RM 5.99 sekilo berbanding harga maksimum RM 9 sekilo.
Setakat ini, pegawai-pegawai penguatkuasa telah memeriksa 28,000 premis perniagaan seluruh negara dan hanya mendapati 2 kesalahan di mana peniaga menjual barangan kawalan melebihi harga maksimum.
Saya dan pegawai-pegawai Nforceteam Kpdnhep akan meneruskan pantauan di seluruh negara bagi melindungi pengguna daripada lonjakan harga sempena Hari Raya Puasa ini.
Sementara kementerian terus memantau harga-harga keperluan asas, saya menggalakkan para pengguna untuk membanding beza harga agar mendapat harga yang terbaik.
Saya sarankan agar pengguna memuat turun aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh kementerian untuk mendapatkan harga terbaik di kawasan masing-masing.