Oleh MALAYSIA DATELINE / November
19, 2021
Persetujuan Pas untuk
mencalonkan Datuk Mas Ermiyati sebagai calon ketua menteri Melaka jika
Perikatan Nasional (PN) menang ditempelak oleh Umno.
Ia dilakukan oleh rakan
baik Pas sendiri dalam usahanya untuk berbaik dengan Umno sebelum ini iaitu
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Saya tak tahu ilmu apa
yang dipakai oleh PPBM. Ini lebih dari jolebat jolebu ni.
“Entah apa ilmu yang dipakai
sehingga lobai-lobai ni lupa nak bangkit,” kata bekas Menteri Besar Negeri
Sembilan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat itu.
Tok
Mat mengulas pemilihan Mas Ermiyati sebagai calon KM bagi PN jika mereka menang
dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Tok
Mat adalah pemimpin yang disebut-sebut oleh Pas sebagai yang layak memimpin
negara jika Muafakat nasional (MN) yang kini berkubur berjaya dalam pilihan
raya umum nanti.
Tok
Mat dipercayai berkata demikian merujuk kepada sikap pemimpin Pas khasnya Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menolak cadangan agar Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.
Walaupun
yang dinyatakan adalah kerana Wan Azizah tidak layak menjadi MB, tetapi sebab
sebenarnya adalah dipercayai kerana Wan Azizah adalah wanita yang tidak layak
menjadi pemimpin utama sesebuah negeri atau negara.
“Kerana apa, kerana kuasa dan
jawatan,” kata Tok Mat dalam satu majlis beliau yang dirakamkan dan kini video
itu disebarkan kepada orang ramai.
Semalam,
Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengumumkan pemilihan Mas Ermiyati
sebagai calon ketua menteri jika PN menang dalam PRN ini.