DUN Lendu merupakan kubu Umno-BN sejak sekian lama. Namun
kesedaran politik mula dirasakan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Bagi jentera dari KEADILAN Wilayah Persekutuan, khususnya Cabang
Wangsa Maju, seminggu membantu calon DUN Lendu, Asri Ibrahim berkempen terasa
akan wujud gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.
Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai berkata, masyarakat bukan
Melayu kelihatannya memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Harapan (PH).
Oleh kerana sokongan Melayu dijangka berpecah akibat pertembungan BN dan PN,
katanya, undi bukan Melayu akan menjadi penentu kemenangan
Tambahan pula, imej Asri sebagai peguam muda dan anak jati kawasan
berkenaan yang pastinya maklum masalah penduduk setempat.
"Melalui kempen beberapa hari ini, saya mendapat respon yang
positif dari masyarakat India berkenaan dengan watak Asri yang profesional.
"Beliau boleh menjadi ADUN yang baik. Saya menyeru
rakan-rakan di Melaka untuk memberi sokongan kepada Asri Ibrahim, calon nombor
2, N04 Lendu," katanya.
Asri bertanya khabar pengundi Lendu dalam
kempen tidak langsung di majlis jamuan
Manakala seorang pengundi bukan Melayu, Jeeva, yang tinggal di
Seri Lendu pula mengharapkan Asri menang kerana beliau tidak ada beban politik
perkauman, dan akan membawa gaya pentadbiran baharu di DUN berkenaan.
"Anak muda yang berpotensi wajar diberi peluang.
Sekurang-kurangnya, partinya mengamalkan semangat muhibbah dan pernah menunjuk
prestasi baik dalam 22 bulan pentadbiran," katanya.
Selain daripada kempen dengan Prosedur Operasi Piawai yang ketat,
Asri dan pasukan juga telah dijemput ke sebuah majlis rumah terbuka Deepavali
penduduk di Seri Lendu pada 14 November lalu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi Andre yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan,
pengundi Lendu perlu memberi peluang kepada politik baharu bertapak di Melaka.
Manakala beliau dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan
Yee Kew akan sentiasa berulang alik ke DUN berkenaan untuk membantu kempen.