NICHOLAS LIM
Ikan siakap RM1,196.80 = harga Yahudi"?
1. Dalam menu dah terang lagi bersuluh dinyatakan RM16 untuk 100g. Dalam erti kata lain, RM160 untuk 1kg. Si pengadu gagal matematik SPM ke?
2. Nak letak harga dalam gram atau kg terpulanglah pada perniagaan. Itu namanya strategi pemasaran. Janji bukan tipu, rompak atau tunggang agama. Samalah seperti pasaraya letak harga RM15.90 instead of RM16. "RM15.90" nampak lebih murah sebab bukan "RM16". Kalau si pengadu tak puas dengan harga tu, kenapa masih nak makan kat sana?
3. Ada juga yang kata salah peniaga sebab tak maklumkan berat ikan. Hey bro, tu ikan sampai meja makan tak nampak ke sebesar 3 atau 4 kaki? Kalau rasa terlalu besar, patut dipertikaikan sebelum makan. Bukannya pertikaikan selepas makan.
4. Yg patut disalahkan adalah orang yang order ikan sebesar tu. Nak bergaya makan ikan besar, tapi nak mengadu mahal. Macam lah orang yang bergaji RM2,000 sebulan, nak makan daging wagyu setiap hari, tapi nak complain juga pasal harga. Pengadu tersebut seharusnya ukur baju di badan sendiri.
5. Lagi seperkara. Yang mempertahankan pengadu tu, pleaselah jangan bebal sangat compare harga dengan harga ikan siakap kat pasaraya.
6. Ikan siakap kat pasaraya RM13 sekali sebab saiznya sebesar tapak tangan je. Ikan saiz sebegitu dalam laut banyak. Kalau nak ternak siakap sebesar 500g pun ambil masa kurang daripada setahun je. Tapi siakap 7kg tu orang dah ternak cecah 10 tahun. Kurangnya siakap sebesar saiz itu, makin mahal lah harganya.
7. Macam hang beli telur kat pasar, harga telur gred A lebih mahal daripada harga telur gred B. Ikan makin besar pun harganya lebih mahal. Takkanlah ikan 7kg seekor harganya sama dengan ikan 500g seekor?
*Dilampirkan adalah rupa ikan siakap seberat 7kg