BAGAIMANA UMNO GIGIH MEMBANTU YANG MEMERLUKAN- TAK KIRA LAH WALAU HANYA KETIKA PILIHANRAYA

 

KAK IDA ABDULLAH


Saya nak bercerita... Ia benar dan terpulang lah bagaimana yang sudi membaca menilainya. Ia berlaku TETAPI oleh kerana sikap manusia lebih suka mengadili dari memahami MAKA iblis akan terus menang.


Peristiwa ini berlaku semasa saya masih dalam PAS. Waktu itu kami sibuk kempen untuk menawan hati orang kampung yang memang totok UMNO/BN. Seperti biasa dari dulu (sampai sekarang) modal kami semasa dalam PR dulu ialah pemimpin BN makan rasuah. 😀


Ada seorang ibu tunggal dalam kampung itu yang nampak cenderung kepada PR telah mengadu bahawa atap rumahnya bocor. Dia dan anak-anak terpaksa tadah baldi apabila hujan dan sangat takut apabila angin kencang.


Ceritanya disampaikan kepada orang PR tetapi sayangnya tiada usaha dari mereka untuk membantu ibu tunggal itu. Selang beberapa hari petugas/perayu undi dari BN telah memasuki kampung tersebut dan rumah ibu tunggal itu dikunjungi mereka. Apa agaknya berlaku?


Esoknya ada orang membawa beberapa keping metaldeck dan atap bocor rumah ibu tunggal itu ditukar. Ibu tunggal pula sudah bertukar pondok panas dari PR ke BN. 😂 Tahu apa muslimat PAS cakap?


"Kerana beberapa keping atap, imannya goyang!"


Tau apa muslimat bernama Kak Ida jawab, "Masa rumah dia bocor dan dia ketakutan bersama anak-anaknya tatkala angin kuat, di mana pula iman kita?"


Jadi... JANGAN cepat  menyalahkan orang kampung yang susah kerana mengundi BN. Mereka adalah 'simple people' yang mengharap bantuan dari sesiapa yang sudi membantu. Sifat orang kampung BUKAN macam orang bandar. Mereka jenis kenang budi.


Kamu pergi kempen pemimpin BN makan rasuah sedangkan kamu yang bersih, cuci calat tak pernah pergi jengah mereka tatkala mereka susah. Kamu ingat mereka kisah dengan kempen rasuah kamu? Kempen negara akan musnah, kedudukan negara teruk, pendidikan ketinggalan, kamu ingat ada kesan kepada mereka?


Buka pintu depan ada sarapan, buka tingkap tepi dah sedia makan tengahari, buka pintu belakang dah lepas makan malam. Kamu ingat rasuah pemimpin akan menjadi beban kepada mereka? Anak kawin, YB hulur, anak nak masuk kolej, YB hulur, kamu di mana waktu itu?


Jika PKR hilang kerusi di Melaka, ada hikmahnya supaya bangun dari mimpi dan jangan ujub dengan bersihnya kamu. Kerana sewaktu seekor anjing kehausan, pelacur itu memberi minuman dari kasutnya! Ada fahamka??? Kau ingat waktu itu pelacur itu rasa mulia dari anjing itu? Kau ingat dia tahu dia akan ke syurga kerana bantu seekor anjing? Atau kerana waktu itu dia juga rasa anjing dan dia tiada beza? Sama-sama perlu bantuan?


Selalu cakap sahaja bahawa walau jahat tetapi jika ia tersusun dan berdisplin, tetap akan menang. Walau baik dan bersih tetapi berterabur akan kalah! Gagal belajar kerana ujub dan over confident tentera Uhud? Tidak pernah mencontohi kesatuan dan keikhlasan tentera Badar?


Orang baik ujiannya ujub dan riak, jangan lupa! Apabila kau ujub dengan kebaikan mu, maka yang jahatlah akan menang kerana mereka akan bekerja berlipat ganda dan teguh ikatan mereka.


Aku rakyat yang dah bosan! BUKAN putus asa yang Malaysia akan kembali bermaruah TETAPI dah bosan dengan memberi harapan kepada yang tidak fokus mengembalikan maruah Malaysia. Ok done!