AGAK AGAK BILA DAP NAK MULA? KOMEN BUDAK DAP YANG TAK LAHIR ZAMAN PENENTANGAN TERBESAR WAKTU ITU.

 Aku sebenarnya nak berehat daripada menulis di FB sekejap. Nak lapangkan fikirkan. Tapi masih lagi baca berita semasa.

Hari ini aku terbaca berita ini. Rasa nak marah. Tapi bila fikir balik, rasa kelakar.
Oklah kalau DAP nak keluar daripada PH. Aku pun rasa itu langkah
terbaik
. Selama ini DAP yang jadi penghalang PH menawan undi orang Melayu.
Kalau DAP jalan sendiri, ia cukup melegakan kami. Lebih mudah sebenarnya nak berkempen. Tiada lagi mulut celupar yang buat kenyataan tanpa guna otak macam pemimpin DAP selalu buat.
Tapi kalau DS Anwar berundur, aku rasa aku pun akan hilang minat dengan politik Malaysia.
Bukan sebab aku taksub kepada DS Anwar. Tapi aku tak yakin ada pemimpin lain yang boleh pimpin rakyat menentang BN.
Nak harap pemimpin DAP? Kerjanya cuma cetus kontroversi. Nak harapkan apa? Pembangkang nampak kuat selama ini kerana DS Anwar.
Tapi lepas dah merasa jadi kerajaan 22 bulan, masing-masing dah lupa daratan. It's ok. DS Anwar pun tak rugi apa kalau berundur.
Makin lama DAP makin jadi api dalam sekam. Bagi aku, kalau DAP nak hulur salam permusuhan, kecil tapak tangan, Padang Merbok aku tadahkan.
Kalau pemimpin utama DAP tak beri amaran untuk sedarkan 2 pemimpin mudanya yang terlajak petah berkata-kata, maka kita boleh bermusuhan. No hal.
So? Bila nak mula?
May be an image of 1 person and text that says "Home Malaysia SPROUT YOUR MIND Gazette Akhbar Cina Pemimpin muda DAP mahu Anwar lepaskan 2 AKHBAR CINA UTAMA By admin Pemimpin muda DAP mahu Anwar lepaskan jawatan 22 November 2021 MalaysiaGazette® Anwar Ibrahim PETALING JAYA Beberapa pemimpin muda DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kepimpinannya dalan Pakatan Harapan (PH) dan PKR susulan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya di Melaka. Malahan, terdapat pemimpin muda parti itu yang mendesak kepimpinan pusat DAP untuk mempertimbangkan kemungkinan pengunduran daripada PH."