|
Adly tidak mahu dipayung, |
BARANGKALI bukan saja saya yang merasai, tatkala Pengerusi PH
Anwar Ibrahim mengumumkan nama Adly Zahari sebagai calon Ketua
Menteri Melaka pada suatu majlis petang tadi, tetapi orang lain juga seperti
pengumuman itu akan menjelma menjadi kenyataan selepas 20 November nanti.
Pengumuman calon PH Dun
Bukit Katil itu sebagai bakal Ketua Menteri disambut dengan tepukan bergemuruh
yang hadir pada majlis pengumuman itu.
Tepukan berderai itu
menunjukkan pemilihan dan pengumuman PH itu sebagai tepat.
Pemilihan Adly
Zahari, 50 menurut Anwar dibuat secara konsensus di kalangan
parti-parti PH, ertinya tidak ada dakwa dakwi lagi, dan pemilihan itu sepakat.
Ada bersama dalam majlis peluncuran Manifesto PH bertemakan "Maju Bersama
Harapan" itu ialah pimpinan tertinggi DAP, Lim Guan Eng dan juga Presiden
Amanah, Mohamad Sabu. Beberapa pemimpin lain juga turut hadir.
Dengan pengumuman itu
menjadi PH parti yang pertama mengumumkan calon ketua menteri mereka. Walaupun
BN telah membayangkan Sulaiman Md Ali sebagai calon ketua menteri, tetapi ia
tidak dibuat secara rasmi seperti mana PH. Timbalan Presiden Umno Mohamad
Hassan menyebut, Sulaiman hanya dijadikan sebagai poster boy sahaja.
Itu bermakna BN masih belum memutuskan calon bakal Ketua Menteri
mereka.
Dalam pada itu belum ada
kedengaran mana-mana individu bakal dilantik sebagai ketua menteri daripada PN.
Apakah parti itu telah menyedari harapan mereka untuk menang sangat tipis?
Walaupun Pas bersama mereka, tetapi parti itu tidak dapat dijadikan tempat
menyandar harapan.
Pemilihan Adly yang juga
naib presiden Amanah sebagai bakal ketua menteri adalah tepat. Sekaligus
penamaan Adly itu menjadikan pengundi Melaka sudah tidak berkeluh kesah lagi
untuk memastikan PH menang besar Pirane Melaka itu. Tentunya pemilihan bekas
Ketua Menteri itu berpandukan kepada rekod perkhidmatan cemerlangnya selama 22
bulan menjawat jawatan itu.
Adly seorang yang |
Seperti diketahui umum dan dirasai oleh rakyat Melaka, Adly
telah berjaya menunjukkan prestasi sebagai ketua menteri memuaskan dan
sekaligus membuktikan bahawa PH mempunyai pemimpin dan seorang ketua menteri
terbaik. Walaupun pertama kali memegang jawatan itu tetapi Adly dapat
melaksanakan dengan sempurna sehingga menjadi sebutan rakyat.
Keterkenalan dan rasa
senang terhadap beliau bukan sahaja dari kalangan rakyat Melaka, tetapi turut
juga terhimbau ke negeri-negeri lain. Semasa PH memerintah kerajaan Persekutuan
dan beberapa negeri, Adly disebut-sebut antara sebagai Ketua Menteri berjaya
membawa aspirasi PH untuk rakyat.
Beberapa polisi dan dasar serta pendekatan diperkenalkan
olehnya, cukup disenangi rakyat justeru apabila kerajaan PH dikhianati sehingga
tumbang ia dikesali. Rakyat Melaka khasnya terkilan dengan apa yang berlaku.
Ada rakyat yang menangis
dan menyifatkan tindakan BN itu sebagai kejam dan menafikan hak dan suara
rakyat. Rakyat Melaka belum puas menikmati pentadbiran Adly. Situasi itu
menjadi rakyat berdendam dengan anasir yang mengkhianati dan mengganggu
kerajaan Adly.
Apabila nama Adly
dicadangkan untuk menjadi ketua menteri, rakyat tentu berharap semoga calon
Bukit Katil itu akan dapat menyambung tugas dan amanahnya yang ternafi kerana
khianat BN sebelum ini. Semoga dan harapan rakyat untuk memastikan PH menang
menjadi lebih berkobar-kobar lagi.
Adly adalah pendatang
baru dalam kepimpinan kerajaan. Beliau juga digolong dalam pemimpin muda,
usianya 50 tahun. Tetapi dengan ilmu dan iltizam beliau sebagai pemimpin,
beliau berjaya meletakkan dirinya dikenali dan setanding dengan pemimpin lain
yang lebih senior.
Pendekatan sederhana,
hidup penuh kehambaan antara sebab beliau disenangi.
Semasa menjadi KM beliau
tidak tinggal di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara sebaliknya
kekal tinggal dirumahnya. Beliau juga tidak bersusah payah untuk menukar
perabot baru atau membuat ubah suai kediaman itu, tetapi kekal dengan peralatan
lama. Malahan kediaman rasmi ketua menteri itu dibuka untuk menjadi lokasi
kunjungan rakyat. Langkah itu diambil adalah untuk tidak membazir dan
menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Selain itu pendekatan
atau polisinya berjumpa rakyat pada setiap minggu sangat disukai rakyat. Beliau
juga memperkenalkan minggu berjumpa rakyat. Menerusi program ini beliau
berjumpa dan bermesra dengan rakyat pada setiap minggu melibatkan seluruh
Melaka.
Menerusi program ini
beliau bersama pegawai kerajaan berintraksi dengan rakyat untuk mengetahui
apakah permasalahan rakyat dan cuba mengatasinya.
Dalam hidupnya tidak ada
istilah protokol rakyat boleh berjumpa bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Pintu rumahnya terbuka 24 jam.
Saya merasai dan melihat
sendiri akan kerendahan diri dan ketinggian budi Adly ini. Kebetulan suatu hari
saya hadir ke majlis lawatan beliau ke bendang padi yang diubah sesuai menjadi
ladang kenaf.
Semasa turun melawat
ladang kenaf itu beliau selamba sahaja. Kedatangannya tidak disambut sedemikian
biasa vvip hadir sehingga yang tidak pernah mengenalinya tidak sangka kalau dia
adalah ketua menteri. Beliau tidak berkehendak begitu. Kebetulan ketika itu
hujan turun renyai-renyai. Pihak penganjur telah menyediakan sekaki payung
untuk melindunginya daripada ditimpa hujan tetapi ditolaknya. Beliau tidak
dipayungi. Beliau melangkah turun ke bendang dan membiarkan kepalanya dititis
hujan bersama rombongan lain.
Keselambaan Adly menyebabkan |
Ikut sama dalam lawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin yang ketika
itu Timbalan Menteri Komoditi. Lagak dan wataknya ketika di majlis itu sedikit
pun tidak menggambarkan beliau vvip yang memerlukan layanan istimewa seperti
pembesar lain. Walaupun pihak majlis cuba memberi sambutan tetapi
ditolaknya.
Sementara itu di
kesempatan lain saya berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang. Kebetulan kami
menginap di hotel yang sama. Apa yang hendak saya sebut, baju yang dipakainya
(Oren) adalah baju sama yang pernah saya lihat sebelum ini, semasa beliau belum
menjadi ketua menteri lagi.
Gambaran itu sudah
menjelaskan akan kehambaan dirinya. Kalau kedudukan itu ditempat orang lain
sudah pasti mereka tidak mengenakan baju yang sama, sesudah bergelar ketua
menteri. Apa lagi ketua menteri ada peruntukan elaun khas untuk pakaian seperti
menteri lain. Namun itu tidak berlaku kepada Adly.
Kehambaan Adly inilah
kita tidak berasa hairan kenapa rakyat Melaka sayang dan masih merindui
kepimpinan dan pentadbirannya. Kerana Adly dapat memenuhi citarasa rakyat
menjelmakan seorang pemimpin khas seperti ketua menteri. Yang hidup bergelumang
dengan rakyat dan bukannya menjadikan jawatan dan kuasa untuk kepentingan diri
sendiri. Sesungguhnya rakyat Melaka bertuah diberi kesempatan untuk memiliki
Adly sebagai pemimpin. [wm.kl.9:19 pm 10/11/2021]