Selepas
22 bulan ingatkan Umno berubah, sangkaan saya meleset, kata Adly
Oleh NASUHA RAHMAN / October
21, 2021
Selepas 22 bulan Pakatan
Harapan memerintah di peringkat persekutuan dan juga di negeri Melaka, Umno
yang disangka berubah rupanya tidak apabila mendapat semula kuasa, kata bekas
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Pengerusi Pakatan
Harapan itu menjangkakan Umno sudah mempunyai kesedaran untuk memanfaatkan
kesejahteraan rakyat Melaka setelah hilang kuasa selama 22 bulan malangnya ia
tidak berlaku.
“Bila Umno dapat kuasa
Umno berubah. Umno tidak wajar diberi kepercayaan semula,” katanya sebaik
ditanya wajarkah rakyat Melaka memilih Umno dalam PRN nanti.
“Ketika kita hadapi Covid pusat
khidmat ada diberi bantuan 100 pek makanan untuk diagihkan kepada 26,000
pengundi jumlah terlalu kecil, selebihnya kita cari sendiri.
“Untuk
keluar dari pandemik, dari fasa 2 nak masuk fasa 3 Ketua Menteri salur 1000 pek
makanan di kala rakyat ada yang angkat bendera putih kenapa sedikit sangat?
Rakyat yang harus dibantu,”katanya.
Justeru,
katanya Umno sudah hilang fokus kepada rakyat secara keseluruhan dan jika asas
ini tidak diguna pakai pemimpin Umno sukar untuk berubah akhirnya Umno dan
rakyat jadi jurang yang cukup besar.
“Apa yang dilalui rakyat tidak dapat dirasai oleh Umno sendiri,” katanya.