BERITA TANPA GAMBAR SEBAB KELABU KERANA DIANGGAP PELESU
KEH..KEH..........
Owh... Belanja besar untuk kediaman rasmi PM sebab Najib Razak (PM Ke-enam) bawa keluar perabot, kata Mahiaddin. Katanya lagi, Najib dakwa yang perabot dan lampu chandelier itu miliknya.
Masa Najib keluar, yang masuk adalah Mahathir. Dengan sifat benci Mahathir yang ekstrem terhadap Najib, rasanya agak tidak logik untuk Mahathir biarkan Najib bawa keluar perabot.
Tapi entahlah kalau Mahathir dan Najib tu musuh tapi mesra. Cerita belakang tabir kita tak tahu. Lagi pun Mahathir memang pandai berlakon.
Tapi kalau berdasarkan apa yang kita nampak, mustahil Mahathir akan lepaskan Najib. Aku rasa mesti Mahathir akan arahkan perkara ini disiasat dan sudah pastilah Najib akan dikenakan tuduhan.
Kalau betul perabot itu milik Najib sekalipun, bukan alasan nak belanja sebesar RM38.5 juta, sedang dalam masa yang sama bila rakyat minta bantuan, Mahiaddin kata kerajaan dah tak banyak duit!
Seperkara lagi yang Mahiaddin sebut, dia tidak tinggal di kediaman rasmi tersebut. Yeah right. Kita semua faham. Rumah sendiri pun dah macam istana. Siapa kata renovasi kediaman sebab nak tinggal dengan selesa di sana.
Soalnya bukan siapa yang tinggal di kediaman itu. Soalnya siapa yang dapat tender. Soalnya betulkah kos sebenar RM38.5 juta. Siapa duduk tu isu lain. Yang kita cakna siapa dapat untung dari projek itu?
Maklumlah, seluruh cakrawala tahu kerajaan Mahiaddin amalkan Scheme of Things kan. Kalau dah habis jawatan, berikan tender pun mungkin boleh jadi umpan juga. Mana kita tahu. Kan?
Tapi yang kita tahu, Mahiaddin yang dapat sertu mufti kayangan ni bukanlah tak sesuci mana tapi sangat kotor dan jelek. Ternyata kerajaan Melayu Islam yang dicanang itu jauh dari bersifat Islamik.